Monday, August 29, 2011

Selamat menyambut AIDILFITRI buat semua



Salam bahagia kawan-kawan,



Bukan sengaja menyepi.. tapi talian telefon dan streamyx di rumah ada gangguan (sudah lebih 2 minggu.) Dah lama report tapi masih belum juga ade perubahan.uhukkk... sedih ni.. rindu benor dengan blog, kawan-kawan blog, kawan-kawan twitter dan kawan-kawan di FB.


ni gigih juga bersiaran guna netbook adik, dari rumah mak. ;)


jadi atas kesempatan yang sebentar ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kenalan dan kawan-kawan blog, twitter dan FB. 


Saya tak pasti bila akan ada peluang untuk online lagi.. jadi saya mohon ampun maaf atas segala salah silap sepanjang tahun ini. Buat kawan-kawan yang akan beraya pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan. 


Contest Ibu Sihat Anak Riang masih ON/berlangsung... saya pun tidak berkesempatan lagi untuk menyemak penyertaan... Ada ke penyertaan ???? :p   







p/s :  recycle kad raya tahun lepas jer... tak mampu nak buat kad raya baru... almaklum lah bersiaran guna netbook orang kan...










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, August 8, 2011

Roti John


Salam bahagia,

Ini antara juadah berbuka kami pada hari ke-5.

Suami beli di bazar Ramadhan di perkarangan medan selera Tasek. Beli dengan peniaga yang biasa kami beli, dia memang berniaga di pasar malam Tasek Damai. Dah setahun lebih, kami kalo berhajat dengan roti john, memang cari peniaga ni ajer.. tak cari yang lain. Sebab kalo beli yang lain, anak2 tak mau makan.. Smile





Untuk satu ni harganya RM3.50, cukup penuh 1 pinggan.. jika anak ber3 yang adap ni, sekejap jer depa ber3 belasah sampai licin. Winking smile


tambahan : apa yang istimewa sangat dengan roti john ni.. intinya daging cincang... bersos black pepper.. tiap kali kalo nampak muka en ayah kat depan gerainya.. tuan gerai memang tak potong roti tu.. dia biorkan panjang gitu.. sebab dah kat rumah nanti, kami tambah extra perasa.. mayonis ler... baru la bertambah kaww.. 



nota :
Alhamdulillah, sehingga hari ke 8 ni.. belum ada lagi makanan yang terbazir.. setakat ni cukup2 ajer.. mana2 yang tak habis semasa berbuka, kita forward ke masa sahur..




salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Video : Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Wardina



Salam bahagia,


Terima kasih pada Mama Yatie sebab tag saya untuk video ni.. sangat2 BAGUS dan berMANAFAAT tips dan panduan yang dikongsikan oleh Wardina ni.. Thumbs up


Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Wardina Safiyyah


Memang benar kata-kata Wardina, kita harus ajar anak solat 5 waktu dahulu @ seiringjalan, sebelum kita ajar anak berpuasa. Maksudnya pada usia 7 tahun anak sudah tahu kewajipan bersolat 5 waktu, maka usaha untuk asuh berpuasa penuh mungkin lebih mudah.


Bukan apa, dalam kehidupan sebenar ni, ramai ibubapa yang selalu terlupa tentang asuh anak solat, suruh puasa tapi tak suruh solat.. bila anak tak puasa, kita tak beri ganjaran contoh duit raya.. tapi bila anak2 tak solat, kita buat apa? Winking smile


Jadi, jom asuh anak berpuasa dan tak lupa juga solat. Banyak tips yang dikongsikan, begitu juga aktiviti yang boleh dibuat dengan anak2 sepanjang Ramadhan. Masya Allah, saya sangat suka dengan perkongsian (video) ini.


Terima kasih kepada pihak (OneHeart creative solution) yang telah berusaha untuk menerbitkan/membuat penggambaran video ini. Jazakallahu khairan kathira. Open-mouthed smile 


Semoga lebih banyak perkongsian sebegini dapat diterbitkan untuk panduan bersama.


p/s : menonton vidoe ni secara online memang agak slow.. saya dload ajer.. cepat nak dengar.


salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, August 7, 2011

DITAMATKAN : Contest “Ibu Sihat Anak Riang” via Kakyong Ibu 3A




CONTEST INI TELAH DIJENAMAKAN SEMULA..
SILA RUJUK ENTRY DI SINI



Salam bahagia,

Seperti yang dijanjikan, tanpa perlu bermadah seloka mahupun memanjangkan celoteh dan leteran.. saya lancarkan Contest Ibu Sihat Anak Riang. Open-mouthed smile






Tema contest : Ibu Sihat Anak Riang.
  • Ibu yang sihat bukan setakat ‘FIT’ dari segi fizikal, tetapi juga dari segi emosi, mental dan rohani.
  • tujuan dipilih tema ni adalah untuk berkongsi tips dan juga betapa pentingnya kesihatan untuk ibu
  • Asasnya ibu yang sihat harus lah sihat dari segi emosi dan fizikal kan, supaya kita boleh jadi “SuperMak” yang dikagumi anak-anak. Jika sihat fizikal tapi celaru emosi, tidak baik juga untuk perkembangan anak-anak. Smile

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Bihun sup simple untuk anak-anak



Salam bahagia,

hari ke-5 Ramadhan..anak-anak dara bangun pagi nak makan. Saya pun memang dah plan nak masakkan depa sosej bertelur.. sekali buka dapur, gas habis lah pulak.. Smile with tongue out terbantut jap operasi..

Suruh anak2 berendam dalam bilik air dulu.. bior depa mandi lelama sikit.. Winking smile

At last, rice-cooker la alternatif yang ada… keluorkan baki nasi semalam… cuci bersih dan mulakan operasi..



Plan asalnya memang nak buat sosej bertelur.. tapi ANis request nak mee pulak.. kebetulan ada lagi sup daging berbuka semalamnya.. maka sebaik sosej dah mengembang dengan comelnya.. saya pun curah ajer baki sup tu.. dan tambah sikit air.. & masukkan garam siki.. Smile




dan masukkan bihun… bihun ni memang malam tadi saya dah rendam (actually baki yang saya tak habis rebus malam tu)… so itu lah hasilnya… berselera tengok anak-anak makan… laju jer sosej dihabiskan… hehehhe.. Winking smile

Time depa makan tu, lupa lah pulak nak snap foto..

Petang tu, jam 5 lebih baru suami balik. Dia marahkan saya kenapa tak minta tolong adik2 saya belikan gas.. Sad smile

BUkan tak nak minta tolong.. nak minta tolong camana? Telefon rumah ni dah seminggu tak berfungsi @ tak leh guna. Ntah bila la orang Telekom ni nak betulkan.. nak ajak en ayah pergi melawat ke pejabat Telekom, pulangnya jam 5-6 petang.. hmm, mimpi siang sajor lah..

Henfon?? dah berbulan kami hidup tanpa henfon.. nak beli baru memang sah2 lah saya kena kumpul duit dulu.. Kadang2 saya memang terasa hidup macam ‘zaman batu’ bila takdak henfon.. bila teringat nak call adik2 ker.. terkial2 saya cari no telefon depa.. almaklumlah buku telefon dah lunyai diconteng dek anak2.. dan bila telefon rumah tak berfungsi, lagi lah terasa susah nak berhubung.. Sad smile

gitu lah, alkesahnya.. kalo tak sabor memang macam2 kejadian tak baik boleh jadi…


p/s : Alhamdulillah, hari ni pipi bengkak dah beransur surut.. tapi selera masih belum UP lagi...



salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, August 5, 2011

Rezeki GA yang terbaru | hadiah yang sampai



Salam bahagia kawan-kawan ,


Ni baru semak keputusan GA yang join bulan JUlai 2011.. Alamdulilllah, sangkut juga satu lagi… Winking smile  Red heartRed roseRed rose

Result penuh kat SINI.



Terima kasih Aisha.. ini hadiah ke-3 yang saya pernah menang melalui GA di blog Aisha. Winking smile 


dan ini dia hadiah sabun pengantin tu..

dah sampai pada 23 JUlai 2011..  Terima kasih Zie. wangi dan harum bau sabun nya..






 p/s : sila abaikan tangan2 comel ni yang nyebuk nak jadi 'model' ...


dan ini dari tehcameron dari Nini D .. terima kasih NIni. Saya takde menang apa2 pun.. tapi Nini ni memang suka mengirim untuk saya...




ada satu lagi hadiah yang saya terima minggu lepas.. masih lupa nak snap… nanti saya update.. Smile



.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Alhamdulillah.. Tahniah buat Salwa..



Salam bahagia kawan-kawan,


Saya lambat online hari ni.. dah lepas jam 2 petang baru dapat online.. sebabnya ntah sebab apa tah, streamyx TUTUP PINTU sejak jam 7 malam tadi… uhukkk…

ni baru jer di BUKA PINTU.. baru la dapat berhubung dengan dunia internet.. Open-mouthed smile

susulan dari n3 semalam ..

Tahniah buat Salwa.. setelah 72 jam berikhtiar mencari ke sana-sini akhirnya suaminya sudah ditemui.  Saya tumpang gembira. Bukan apa, Salwa dan keluarga nya memang tak pernah berhenti diberi dugaan oleh Allah, bak kata orang, tak putus-putus diuji. Orang yang selalu diduga dan sabar pula melalui pasti disayangi Allah. Crying face  terharu.. 






Saya sebenarnya musykil.. teringin sangat nak tahu misteri disebalik kehilangan En Ithnin ni… Just kidding  Harap2 Salwa sudilah berkongsi serba sedikit alkesahnya di blognya nanti… blog lama Salwa memang dah tak boleh nak akses..


.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, August 4, 2011

Semoga suami Salwa kembali dengan selamat



Salam bahagia kawan-kawan,

Saya hanya diduga dengan sedikit dugaan kecil.. tak berat mana pun.. tapi sahabat saya, Salwa, diuji dengan ujian yang lebih berat.

Suaminya hilang setelah keluar rumah pada jam 3 pagi pada 2 Aug 2011, hanya untuk check kereta, kemudian terus tidak masuk ke rumah.

Ini saya printscreen dari wall FB salwa. Mungkin di kalangan rakan blogger ade yang mengenali nya dengan nama IK @ IbuKauthar.




saya mengetahui berita ini malam tadi.. sangat-sangat terkejut tatkala dapat tahu berita ni. Walaupun sudah lama saya tak ke blog Salwa, apa tah lagi berhubung (saya kan dah berbulan tiada henfon), tapi ukhwah tu tetap ada rasa terjalin rapat. Menitis airmata saya. Saya tahu Salwa ni tabah dan cekal orangnya, sudah banyak dugaan yang beliau lalui. dan kali ini saya mohon Allah berikan kecekalan hati dan kekuatan emosi dan minda buat Salwa.


semoga Ithnin kembali pulang ke rumah dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga Ithnin dapat ditemui secepatnya. Amin

Pada saya, suami Salwa ni sangat baik orang dan berbudi bahasa. Saya pernah beberapa kali berbual dalam telefon, sebab tak dapat bercakap dengan Salwa, tapi suami Salwa ni sangat lemah lembut tutur bahasanya. Memang bertuah sungguh Salwa.


KAWAN2,
tolong sebarkan berita ni & berdoa semoga suami Salwa pulang dalam keadaan selamat. Amin







p/s
saya jadi tak boleh tidur malam bila memikirkan jika saya yang berada di tempat Salwa.


salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, August 3, 2011

Makin membengkak hingga susah nak buka mulut



Salam bahagia,

N3 ini adalah rentetan dari n3 semalam Bengkak pipi gara-gara sakit gigi.

Hari kedua berpuasa, masih lagi hari yang ‘flet’ untuk saya.. cuma gagahkan juga untuk memasak keteow goreng untuk hidangan berbuka suami dan anak-anak.

Juadah berbuka kami hari ke2 : keteow goreng, pecal (suami beli di restoren yang biasa), air mata kucing (di kedai berahim yang menjual air di Bt 8 Ulu Kinta).

Saya betul2 flet.. sampai hilang selera nak makan.. saya hanya minum 2 gelas air mata kucing.. kemudian rasa sikit pecal.. tapi sebab sukarnya nak buka mulut dan susah nak mengunyah, saya terus berhenti dan solat maghrib sementara suami monitor anak-anak makan.

Saya agak saya ‘flet’ sebab hari ke-2 saya baru kebah demam, dan saya bersahur hanya dengan semangkuk bubur nasi kosong, buah kurma dan air susu kambing. Mungkin tak cukup simpanan tenaga sehingga lewat petang, lagipun saya gigih selesaikan beberapa kerja rumah yang tertangguh, gara2 demam pada hari pertama berpuasa.

Bengkak di pipi tu, saya ingatkan dia akan surut seperti kes2 saya sakit gigi yang lalu. Tapi nampaknya, bengkak yang awalnya hanya sebesar telur burung puyuh, dah membesar seperti telur ayam kampung (kalo kata telur ayam biasa , besor lah pulak.. ekekek). Selepas Isya’, saya pun check le gigi saya (ala2 dentist gitu..), rupanya gusi belakang geraham tu yang sakit/bengkak.. rupa bengkak ni dah macam beguk lah pulak dan sakitnya sudah mula berdenyut sikit-sikit. Lewat malam, sakitnya mencengkam sampai ke kepala..

Sebelum tidur saya tampal koyok.. memang tak berkesan Smile with tongue out saya bangun jam 5 pagi tu… rasanya bengkak tidak makin susut, tapi makin membengkak

Kesanya dari bengkak ni.:
  • susah nak buka mulut luas-luas…
  • nak menguyah pun susah.. tak leh nak menguyah di belah yang bengkak nih
  • kadang2 sakitnya berdenyut-denyut.. memang menjangkit/menangkap ke kepala


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, August 2, 2011

Bengkak pipi gara-gara sakit gigi



Salam bahagia kawan-kawan,


Semalam diuji dengan sedikit kesakitan.. sejak malam sebelumnya gigi geraham belah kanan buat hal (gigi geraham belah kiri sakit tahun lepas & dah cabut pun)… mencucuk-cucuk sakitnya. Tapi lepas jam 11 pagi semalam, peak sangat rasanya.. terus terbaring, tak leh nak buat apa2.. anak-anak pun melayan diri sendiri jer. Sad smile 

Sakit gigi memang sakit yang dasat sekali.. tahun lepas seharian tak bangun gara-gara demam sakit gigi. Kali ni, sakitnya tidak lah sedahsyat tahun lepas.. tapi sengsara juga lah time bulan puasa nih. 2 jam sebelum berbuka tu memang tak leh bangun dah.. badan panas sangat, may be sebab tak cukup air.

Cuba mandi, tapi baru jer jirus kaki.. dan jirus badan 2 kali.. jadi menggigil-gigil.. tangan jadi hilang darah (pucat), rasa sakit mencucuk-mencucuk usah cakap la… terus keluor dan pakai baju laju2 dan berselimut dalam comforter… 

Alhamdulillah, sebelum mandi tu dah siap goreng ayam dan masak bubur nasi (untuk diri sendiri). Nasi jer tak sempat masak, baki nasi dari bersahur memang lah ade lagi.


gambar takde kena mengena dengan n3.. saje jer nak tampal muka budak ni..

Anis lah yang paling prihatin sekali, banyak kali dia datang bawa secawan air.. “Ibu, minum lah air. minum air dulu, nanti ibu baik” Sian Anis, sampai nangis-nangis paksa ibu minum air. Saya gigihkan juga terus berpuasa. Berbuka tu saya minum air kelapa muda 1 cawan dan kurma setengah biji (susah nak kunyah.. huhukkk..).. pastu terus masuk bilik baring semula.. Sakit sangat dah 1 badan… menggigil-gigil.. tapi badan panas, sakit gigi memang mencucuk.. niatnya memang nak baring kejap jer.. tapi ntahlah sedar2 dah hampir jam 9 malam. Terus bangun walaupun rasa sejuk sangat..

Masa amik wuduk - menggigil, usah cakap lah.. ni baru sakit yang baru 1/2 hari, ntah camana lah orang yang sakit berbulan-bulan dok kat wad hospital tu kan. Anak-anak pula bila tengok ibu dah wuduk, depa pun sibuk nak solat sama.. depa komplen ibu solat lama.. nak buek camno anak2, ibu solat pun menggigil-gigil. Memula nak solat duduk, tapi rasa macam larat lagi berdiri, cuma sesekala jer jadi menggigil Smile

Alhamdulillah, lepas solat, baru la berpeluh-peluh sikit. Tapi still badan sakit-sakit. makan bubur nasi sikit & minum air satu cawan… terus baring lagi.. anak2 pula dok jap2 jengah ibu, tolong picit kepala lah, picit kaki lah.. Anis dia picit sikit2 jer.. “Muka ibu panas” Fikri pulak tolong picit kaki, dia pun kata, “kaki ibu panas macam api”

Saya pun tak pasti pukul berapa suami kerah anak2 tidur.. tapi depa bukannya tidur, tapi melompat-melompat pulak atas katil.. Smile with tongue out yes, on the same katil yang ibunya baring.. sekali kena tempik dengan ayahnya, “turun, basuh kaki, lepas tu tidur”.. Lepas basuh kaki, 3-3 orang berebut2 nak tidur dengan ibu.. siap berimpit-impit lagi, pastu main tolak2 pulak.. Kena tempik lagi dengan ayahnya, baru la si abang mengalah dan tidur kat tempat biasa dia.

Saya memang tak larat nak buat apa2 dah, memang berselimut jer.. Alhamdulillah, lewat malam tu rasa sakit gigi tu dah hilang.. cuma demam menggigil jer.. sedar-sedar suami kejut bangun pukul 4 pagi. Masa tu memang berpeluh-peluh, Alhamdulillah, kebah juga demam saya.

Kerja rumah? hari ni saya tak mop lantai lagi.. pinggan-mangkuk dalam sinki masih penuh.. Pagi2 ni, tangan saya jadi sakit2 bila terkena air lama-lama. So saya decide tunggu tengahari sikit.. urusan mendobi ajer yang dah selesai.

Alhamdulillah, hari ni tiada sakit gigi, gusi pun dah tak bengkak.. tapi pipi yang membengkak Disappointed smile  dan semalam sejak dari jam 11 pagi, saya memang tak online langsung lah.. Smile Hari ni pun gigih menaip n3 ni.. lepas selesaikan kerja2 rumah nanti saya online lah semula.. terima kasih pada komen2 di n3 contest.. harap2 ramai yang sudi join.


p/s – dah lama tak menaip n3 panjang2 macam ni.. Winking smile

salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .