Showing posts with label Jom kenal kawan ibu. Show all posts
Showing posts with label Jom kenal kawan ibu. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Ummi Hanie

Salam ceria dan salam bahagia,


Kali ni mari kita berkenalan dengan Ummi Hanie. Hanie ni kira dah jadi pelawat resident tegar blog ni. Mana taknya kalo tengok dari Stats sebulan yang lalu sehingga ke hari n3 ini dibuat.. hanie adalah top 2.


stats-13nov-12dec2010
*selingan : pelawat dari bloglarian pun ramai juga… terima kasih… pada yang sudi ziarah dari link bloglarian.. jemput la tinggalkan komen, buleh la kakyong balas ziarah *


Berbalik ke citer Ummi Hanie. Open-mouthed smile 


Ibu dah kenal Hanie ni lebih dari satu tahun.. ibu tak leh nak recall camana leh ter’berkenalan’.. tapi yang ibu ingat masa ibu kenal Hanie ni, ibu tengok blog dia memang ‘vogue’ la. Memang dia nampak expert la berbanding dengan ibu, sebab masa tu ibu pun baru jer belajor beraktif dengan blog, jadi banyak benda tak reti..


ummihanie 

Fakta yang perlu diketahui tentang Ummi Hanie :

  • SAHM cum WAHM.. ibu kepada 4 cahayamata.. muda lagi usia Ummi Hanie, cuba teka ummi hanie kahwin masa umur berapa tahun? <<<—yang dapat bagi jawapan tepat akan di review blog.. Winking smile
  • sangat berminat & obses dengan dunia online.. macam2 yang Hanie dah explore.. bertuah Hanie sebab mendapat sokongan sepenuhnya dari suami…
  • Rajin godek2 template kod html.. (macam ibu jugak la..) Dalam tempoh sebulan ni, rasanya dah 5 kali Hanie dok tukor template blog… agaknya yang biru ni lama sikit kot & memang nampak pro dan kemas.. Winking smile
  • Ummi Hanie juga empunya kepada Pink Muslimah Store & DiariNiaga.com
  • the rest sila selidik sendiri ya.. jangan lupa jengah blog Ummi Hanie

Yang ini cross-stitch bookmark dari ibu untuk Ummi Hanie, sempena Hanie telah melepasi 300 visits (sila refer Top 10 members widget di sidebar).


IMG_9330


MInggu ni baru nak pos, sekali dengan pemenang capture 45555. Maaf yer sebab minggu lepas, en ayah asyik lupa jer.. nak pesan kat adik tolong poskan, depa plak ade macam2 hal.



salam kasih sayang buat semua,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 1, 2010

Jom kenal kawan ibu : Zara n Family’s blog

Salam ceria dan salam bahagia,

Ini adalah hutang lama.. Smile with tongue out sepatutnya dah buat review ni pada bulan Julai/Ogos 2010… dah masuk DEc 2010 baru ibu ade mood nak buat… maaf kan lah yer…

Mama Zara telah meneka gambar ibu pada n3 21 tahun yang lalu.. dan ibu dah janjikan blog review..

mamazaranov2010


Ibu dah kenal Mama Zara ni sejak Mar/April 2009 kot.. Among n3 awal yang ibu ingat (antara n3 terawal yang ibu baca la, masa baru berkenalan dgn blog Zara n Family ni) adalah sambutan harijadi Zara yang pertama... buat kat taman/park... nampak meriah.. 


Ada sesapa yang tak kenal Mama Zara? Kalo belum, meh berkenalan :
  • Ibu kepada Nur Riza Azzahra (Zara)..
  • sedang pregnant baby ke 2 (sudah 6++ bulan)
  • isteri PJJ juga, macam Ina Hashim., papa zara koje kat Kuantan, koje apa? tu kome kena selidik sendiri.. Winking smile
  • Pada pandangan ibu le.. mama zara ni lembut dan soft-spoken orangnya.. namun berhati waja, yer la mampu berdikari walaupun papa zara tidak pulang setiap minggu. Yang ibu nampak mostly kawan2 yang PJJ husband & wife ni kuat hati belaka.
  • Mama Zara pernah kena sakit pelentong masa bulan pertama kehamilan ke2. kome tau apa tu sakit pelentong?

Yang menarik dalam blog Zara n Family?

Macam-macam ada.. citer pasal makan-makan, jalan-jalantengok movie.. xtvt keluarga di hujung minggu.. mostly kesah pasal zara la…

(lily : kakyong kidnap gambor ni… geramnya tengok lily makan aiskrim tu… nak jugak…)

Lastly ibu doakan semoga dipermudahkan sepanjang baki tempoh kehamilan.. bebaru ni BP naik kan.. so take care & jangan stress sangat yer.. Red rose

Jom berkenalan dengan Mama zara @ Lily Azliyana

p/s :
next review pasal Ummi hanie plak… Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, September 6, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Ieda Al-Habsyi

Salam ceria hari Isnin







sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Gamaknya hari ni sudah ramai yang bercuti.. yang cikgu-cikgi pasti lah dah bercuti.. pastilah lebuhraya pun semakin sesak dengan kenderaan nak pulang beraya.. tak lama lagi weii dah nak raya...

btw, pagi ni ibu nak bayar hutang lama.. huhuuu.. patutnya 2 bulan lepas dah patut siap entri ni tapi dok tunggu mood tak mari-mari.. maka hari ni ibu paksa juga untuk siapkan n3 ni.. rasanya ini akan jadi review terpendek yang pernah ibu buat...




Ieda Al-Habsyi @ iedaluvsham.com - ibu kenal dia ni melalu blog makngah miela.. Ieda ni dok Ipoh, dekat2 kot dengan area taman perumahan makngah miela.. tapi secara live nya kami memang tak pernah berjumpa.

Yang menarik tentang Ieda :

  • Ibu rasa dia ni sempoi orang... dari n3 dan cara penulisan.. tapi hakikat di luor tu idak le diketahui.. tak pernah jumpa kan...
  • Among blogger yang femes gak ni... hehehe.. sebab follower pun dah cecah 1000++...  femes la dari blog kakyong.com... ;) 
  • ada anak comel nama Amanda... cumil, kecik molek...cam ibu dia juge..
  • the rest kome korek2 la sendiri kat blog Ieda yer...

Ieda...
meh la datang beraya ke rumah kakyong... rogi bebenor.. dah setahun kenal tapi tak juga bersua muka.. walhal kita ni sedaerah jer...

nota :
lepas raya ni Insya Allah.. ibu akan cuba mendisiplinkan diri (eceheewaahh) jadual mingguan untuk n3 segmen Jom Kenal Kawan Ibu.. Kali ini ibu akan mulakan dengan mereka yang peramah di blog ibu ni... nanti ya.. ibu UP kan n3.. sapa dia yang peramah untuk bulan Ogos 2010.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 29, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Are10 & Family

.
Salam bahagia buat semua,

okeh kali ni time turn blog Are10 & Family pulak untuk direview..




Aten @ Fatin ni ibu kenal dah lebih 1 tahun... ibu penah dapat buahtangan dari Fatin... cenderahati dari Cameron Highland..

Apa yang best tentang Aten @ fatin :

  • selain shikeen, kak nza.. aten juga antara yang paling rajin jengah ke blog ibu.. ibu penah bagi award superb friend pada aten lasy year.. 
  • jarang update blog.. (aten.. pasni rajin2 update nooo... ;) ) tapi kalo sesekala update tu pasti ada perkongsian.. selalunya pasal Hawa, kadang2 juga pasal tempat makan-makan, juga tempat depa sekeluarga p jalan-jalan...
  • ibu  tak pernah jumpa Fatin, tapi ibu agak setelah lebih 1 tahun berkenalan di alamaya.. pada ibu Fatin ni lembut & ramah orangnya...juga  menghargai persahabatan.
  • blog kedai Fatin sekarang ni ada buat Giveaway.. nak join kena lah terjah blog Aten & Family..  




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, June 21, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : OurDreamsOfLife

.
Salam bahagia buat semua,

Setelah bebas dari kerja akaun ni, baru lah lega & lapang sikit nak buat review.

Pemilik blog OurDreamsOfLife - Ina Hashim @ Hezlina, bukan lah asing dengan ibu. Kami dah kenal sejak umur 18 tahun lagi... lama gak yer... dah 20 tahun rupanya. Kami kenal semasa sama-sama belajar di Martikulasi UUM di MRSM Kulim, pada Jun 1990-May 1992. Kemudian kami sama2 sambung belajar kat UUM hingga lah tahun 1996. Lepas grad tak pernah jumpa, baru lah tahun lepas berjumpa di blog. 


klik pada image utk ke link OurDreamsOfLife

Tapi kami ni tak lah rapat, tapi kenal lah.. Umi Ina yang ibu kenal dulu, orangnya pendiam & tak banyak cakap. Tak tau lah selepas berbelas tahun tak jumpa, mungkin banyak yang dah berubah. Umi Ina ni seorang Pensyarah di sebuah universiti di Perak. Kalo kalian nak tahu, harus terjah blog Umi Ina.. 


Apa yang best tentang Umi Ina


  • dia antara kawan sekampus ibu yang rajin berblog.. tak ramai @ tak jumpa kawan2 sekampus yang juga gila blogging nih...
  • pasa saya , Hez ni kuat semangat orangnya.. ya lah sudah lebih 2 tahun kot (atau lebih.. Hez sila betulkan fakta)., fakta yang betui : sudah 3 tahun lebih @ nak masuk 4 tahun  dok PJJ dengan suami nya.. gagah sungguh, sorang2 handle 4 orang anak-anaknya .. Hez ni kahwin awal, anak dara pun dah rajin ke dapur.. ;)
  • sekarang ni tengah pregnant anak yang ke5.. pesanan utk hez : rajin2 update pasal pregnancy ya.. buat panduan untuk mereka yang nak pregnant pada usia lewat 30án.. ;)
  • banyak maklumat yang sesuai dengan ibu2 ade di blog Ummi Ina... pasal CD, Breasfeeding & macam2 lah... sila jengah ya.. jgn malu2..

Selebihnya, sila la terjah ke blog Ummi Ina yer.... dan akhir kata, nak ucapkan terima kasih pada Ummi Ina, sebab rekemen kan kerja akaun tu....  appreciate it VERY MUCH...  







anak dara hez... 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, June 13, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Tinta Comellote ©

.
Salam hari minggu,

hari ini baru berjaya Up kan entri ini... empunya blog Tinta Comellote ©   ini namanya Wan Anie.. last week semasa ibu baru nak memulakan sessi review... layout blog nya warna pink.. yang macam kat bawah ni..





hari sabtu (semalam), ibu berkunjung ke blog wan anie.. dah bertukor ke layout baru pulak... dulu pink sekarang sudah jadi biru...

sila klik untuk terjah ke blog wan anie

Ibu ni belum lah lama berkenalan dengan blog Tinta Comellote ©  ni... mungkin baru 1 bulan kot.. & ibu tak ingat macam boleh berkenalan.. mungkin Wan Anie boleh remindkan ibu... heheh...

Apa yang best di Tinta Comellote ©  @ yang perlu anda tahu tentang Wan Anie..

  • kalo bab ber"cloth-diaper" - wan anie ni kira dah otai.. dah hampir 3 tahun dah men'Cd' kan anak-anak2nya.. so nak minta nasihat & apa2 pasal CD.. terjah jer blog ni, usah le nak malu-malu.
  • Ibu yang berkerjaya dari rumah ni... kalo compare dengan daku.. wan anie dah bertapak-tapak lebih advance dari ibu... jika ade 'tali tape kejayaan'.. ibu ni baru 1/10, tapi wan anie dah 8-9/10 gitu...
  • dari blog archive blog ni mula ditulis pada October 2009.. belum setahun berblog  tapi content blog bagus & berinformasi.. setelah digodek2.. ibu jumpa lagi blog ini Tentang Kita (kehkeh.. bab godek2 ni memang expert.. tu pasal suka dengan koje audit... )
  • jika kalian (ibu2 ya) punya anak yang ade masalah ekzema, pun boleh rujuk dengan Wan anie.. why I say so..? ishhh, takkan semua nak kabo kat sini.. aci cuba kenal dengan wan anie.. nanti kome tau la.. 
  • dah banyak dah ibu citer sini.. so nak tahu lanjut.. usah le malu2 terjah ke blog Tinta Comellote ©

In term of blog layout - pada ibu okay jer.. simple (yg layout baru ni memang simple), cepat loading & semua widget yang penting/perlu ada untuk blog is in order. 




foto hasil rembatan dr blog wan anie.. . 



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, June 4, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : UmmiAbbiQis

.
Salam hari jumaat,

sudah hampir ke hujung minggu baru ibu ade peluang nak buatkan review ni. Minggu ini memang terasa singkat.. hahah, ya lah tu.. sendiri yang tak urus masa betul-betul.. actually minggu ni memang banyak yang perlu dibereskan, hinggakan semua n3 yang di'plan' untuk dibuat pada minggu ini banyak yang harus dibawa ke minggu depan..  

Add caption

okeh, jom terus terjah ke blog Yan.  klik jer kat foto atas nih. Yang sakan berposing tepi pantai tu adalah Qis, anak sulong Yan yang tak lama lagi bakal jadi kaklong.

Ibu pun ingat2 lupa, bila agaknya ibu mula terberkenalan dengan Yan nih.. kalo ikut congakan kasar ibu, kami dah kenal melalui alamaya ni lebih daripada 1 tahun. Jumpa memang tak pernah lagi..

Blog Yan baru jer selesai mengadakan contest Seiras Wajah musim ke2.. ibu pun ade jugak masuk.. berjaya ke top 5 feb 2010 jer.. untuk ke final ni tak berjaya lah pulak.. 

Sekarang ni pun Yan tengah buat contest suka-suka teka.. nak tahu kenalah jengah ke blog Yan.. mana tau ade rezeki. Contest ni akan tutup pada 11 Jun 2010. Jadi pada yang suka meneka.., sila lah jengah ya.. 

Apa yang ibu suka dengan blog Yan ni, may be sesuatu yang anda perlu tahu :.

  • entri nya simple tak panjang berjele meleret-leret
  • senang nak baca sebab dalam baris-barisan macam sajak pantun gitu... 
  • n3 blog biasa lah citer ibu2, anak2 , hal2 semasa diri empunya blog.. memang ibu suka lah nak nyebuk amik tahu.... 
  • Yan ni peminat rancangan realiti tv.. AF, mentor.. so kalo anda juga minat, leh la kawan dengan Yan
  • Yan ni la ni sedang membawa perut memboyot.. bila tengok foto2 Yan yang nampak kembang semangkuk tu.. teringat plak masa zaman ibu pregnant dulu.. camtu lah lebih kurang... kembang cam pokok willow, mujur le lepas berpantang kuncup balik... hehehee... Yan kalo baca ni jangan kecik ati plak.. ni statement kakyong untuk diri sendiri.. rogi sbb takde foto masa pregnant... 
  • Kalo perasan - signature Yan : maya qarmyla... nak tau nama apa tuh, kena lah godek2 blog Yan... ;)



suka dengan foto nih.. lebih lagi tengok gelagat Qis makan... berkelah atas rumput... rock nya UmmiQis nih..
last ni pesanan untuk Yan :
~ Yan, kalo boleh foto2 dalam blog tu buat le watermark.. nanti orang amik tak best tau...


p.s
coming soon review blog tintacomelote pulak...
uhhh.. kawan baru nih.. kena buat homework dulu...
kalo kawan dah lama kenal ni main belasah jer.. sebab dah banyak fakta dlm kepala...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 25, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Daily rambling of Cybermummy™

.
Salam ceria & salam bahagia,

Hari ini mari kita berkenalan dengan kawan ibu yang berada di seberang tambak.. tambak mana lagi, Tambak Johor lah.

klik sini




Nick blog beliau adalah cybermummy. Ibu ni macam ingat2 lupa camana & bila ibu kenal cybermummy nih.. tak silap mungkin dalam bulan Jun @ Julai 2009. Ibu ingat masa tu ibu ada terbaca beberapa entri seram di blog beliau. Pastu jenguk lah on & off, best jugak kan dapat kawan dari Singapura.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, May 19, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Bicara hati

.
Salam ceria buat semua,

Sebagai pembuka kata, Insya Allah, selagi ibu terdaya & ade ilham nak menulis/menaip, selagi itu lah segmen Jom Kenal Kawan Ibu ini akan diteruskan. Ibu akan tulis ikut suka-hati ibu.. suka-suka jer nak citer @ gebang pasal kawan ibu.. hanya dari pandangan hati /  mata kasar ibu... Ibu pilih ikut random.. sapa yang terlintas di hati ibu.. so, dia lah yang terpilih..

Jika ikut jumlah kawan ibu aka Followers sudah ada 350++. Terima kasih ya pada kawan-kawan yang sudi jadi kawan ibu & follow blog ibu yang tidak seberapa ni.. http://www.emocutez.com

Di kakyong's bloggerlist ada lebih kurang 500++ blog list.. huhuuuhh.. hampir 300++ adalah blog list ibu-ibu.. memang tak daya nak jelajah ke semua blog... 1 hari dapat jelajah 10 - 15 blog pun rasa cam nak pengsan.. http://www.emocutez.com


Jom kenal dengan empunya blog Bicara Hati.


klik untuk image lebih besor

Ibu pun tak ingat camno leh terberkenalan dengan Nadiah.. mungkin melompat dari blog Dayah

Lama juga dah kenal dengan Nadiah ni.. kenal dalam blog ajer lah.. sejak penghujung Jun 2009.. nak hampir 1 tahun dah.. kejap jer masa berlalu kan.

Masa baru kenal tu, Nadiah baru jer sampai ke Lincoln.. kalo nak tahu Lincoln tu kat mana.. Nadiah buat apa kat sana..  & jika ingin kenal dengan Safiyyah yang comel,chubby, sweet, bijak.. sila lah jengah ke blog Bicara hati.

Nadiah ni kan memang sangat rajin beramah-mesra dengan kawan2 blog, rajin blogwalking.. kalo ikut rekod, sejak awal kenal hingga lah kini.. Nadiah memang among Top Komentar di Catatan Ibu... tengok jer poin Giveaway Catatan Ibu.. Nadiah masih ambil tempat teratas.. cuma bulan Mar 2010 tu surut sikit poin nya.. ada problem dengan internet connection kan masa tu Nadiah.. Jadi tak rugi tau jadi kawan Nadiah ni..  http://www.emocutez.com

Pasal layout or presentation blog --> takde komen.. okey jer pada pandangan mata ibu. Loading pun cepat. Yang penting boleh baca post & tinggalkan komen.

Hopefully persahabatan di blog ini akan berpanjangan & berterusan.. semoga dapat bersua muka suatu hari nanti.. ada 2 tahun lagi kan Nadiah di rantauan.. 

Jika suka baca kesah rakan2 di rantauan., sila lah jangan malu untuk jelajah ke blog Nadiah... ibu suka.. suka sangat, sebab tak pernah ada peluang kan.. so baca pengalaman pun terasa macam ada kat sana... ya lah tu...


foto ini di'kidnap'dari blog Bicara hati...


suka dengan foto ni.. baby & nature...
Safiyyah cari apa tu...??!! 



p.s
pasni sapa plak nak kena.. kena baling dadu kot..
jika mahu blog anda masuk dalam segmen ni.. sila lah bodek ibu ya... hihiii..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .