Salam bahagia & salam ceria,
Jika sebelum ni ada tepek foto lama 21 tahun yang lalu.. kali ni tepek foto 20 tahun yang lalu...
klik utk imej lebih besar, kalo tak cukup besar juga.. sila klik Ctrl + , & kecilkan semula Ctrl - |
Alkesahnya foto ini diambil semasa matrik UUM 1990/1992.. kami mendaftar di MRSM Kulim pada Jun 1990 & penghujung Jun 1992 pulak sambung ke UUM Sintok. Ni foto diambil semasa program sekolah angkat. Anak-anak sekolah tu tak silap pelajar darjah 6. Rasanya la ni depa ni umur pun dah awal 30án...
sila baca gambar dari kiri tangan anda :
- kak che li @ zainon alias - sama dengan kakyong dari MRSM terendak.. masa kat kampus UUM kami sama2 main gamelan.. tak silap masa kerja di Ipoh, kak che li pernah main gamelan untuk grup kebudayaan negeri Perak...
- nik rusliza - tak ingat lah dia ni dr MRSM KB @ KT.. tapi dia ni memang pelembut orangnya.. cakap pun sangat tersusun tutur kata... pun masih belum jumpa walau dalam FB sejak grad tahun 1996
- si baju merah tu Aya - roomate kakyong masa form 1.. foto ni dapat dari dia lah...
- sebelah Aya ni
memang tak leh nak recall nama dia.. Ummul Khair (special thanks to Hez) .. tak jumpa lagi dia even dalam FB.. dia ni orang Kedah.. rumah dekat dengan Lembah Bujang.. selalu dok ingat asal-usul dia sebab suka usik tempat candi Batu Pahat (bahan sejarah) dekat dengan rumah dia... - yang sebelah ni pun x leh nak recall nama dia.. pun sama, tak jumpa lagi dlm FB.. walhal dia ni kawan sama2 rapat masa dok di dorm Mahsuri... tak silap dia ni dari MRSM KB & sah2 dia ni orang kelate..
- bertudung ikat hitam, berkurung hijau muda... ni sapa ya.... hehehee...
- Azah Rahman - dia ni tak silap MRSM Jasin..
- Kak Has - yang cool , owner Anis Sweet Choc .. kak has pun sama dengan kakyong dari MRSM Terendak..
- halim - dah lama x contact.. FB pun tak jumpa.. dia ni dah masuk UUM pun stil aktif.. optimis orangnya...
- Shahrom Shahidan - dah jumpa dlm FB, pendiam orangnya ni... dulu la.. jenis tak banyak cakap..
- Amran Mohd Tomin - pun dah jumpa dlm FB.. tak kenal sangat dia ni.. hahaa..
- Mohd Rizal Mohd Rashid - ni jiran sejak dok kat Seberang Takir dulu.. kawan baik dengan adik dia.. kira dia ni senior la.. dia masuk MRSM Kuantan masa tahun 1984.. siap antor surat ke cikgu sekolah.. cikgu fotostat & tampal surat dia kat papan kenyataan sekolah, kami berebut2 nak baca.. masa tu kakyong darjah 6... sungguh2 lepas tu berkobar-kobar nak masuk MRSM.. abg rizal ni tak silap dia ni pilot TUDM , dah jadi instructor kot... hahaa.. main kot-kot jer.. x dan nak update dengan perkembangan setiap org...
- Halim Razak - dia pun geng sama2 aktif masa dah masuk kampus UUM.. tp susah sikit nak faham idealism & pandangan dia ni... hihiii..
- Azli Abu Bakar - dah jumpa dia dalam FB.. sampai hari ni dia tak confirm friend confirmation.. gamaknya dia dah lupa dengan kakyong kot...
Selebihnya tu pelajar-pelajar tahun 6.. tak ingat lah sekolah mana.. tapi sekolah rendah sekitar Kulim jugak lah... semoga semuanya telah berjaya & berbahagia dengan kehidupan masing-masing.
p/s
sekadar mencatat & ditepek di sini untuk bahan kenang-kenangan..
Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!