Friday, July 9, 2010

Home » » Saiz CD untuk anak yang 'lebih' COMEL

Saiz CD untuk anak yang 'lebih' COMEL

.
Salam Jumaat untuk semua,






Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.

Ibu kan selalu jadi gusar dan susah hati bila ade pelanggan yang bertanyakan 'ada tak jual saiz CD yang lebih besar, anak saya besar, berat 15-17kg'

Selalunya @ kebiasaannya ibu akan syorkan CD Minky. CD minky ni panjang cawat @ pantnya lebih 1 inci daripada CD Coolababy

okay, jom kita buat kajian sikit tentang saiz CD..  btw, ini hanya based pada ukuran yang ibu buat sendiri dan juga pengalaman ibu memakaikan CD pada Anis (si kakak chor) dan si Aliya (yang kurus keding)..




memula kita kaji panjang cawat @ pant.. macam yang ibu letak anak-panah biru tu.


CD babyland printed - patern lama

cawatnya pendek - 16 inci sahaja.. 
so kalo Anis (sudah 16kg sekarang) yang pakai memang kepadatan sanggat tinggi.. 
dan ia jadi nampak macam pakai spender jer.. 
kerana itu, ibu memang tak rekemen CD ini untuk anak 'lebih' comel umur 2 tahun & berat 16 kg
kecuali jika anak anda umur 4 tahun, berat 16 kg dan badannya slim.. 



CD Coolababy - button vs velcro

panjang cawatnya 17 inci 
Anis masih boleh muat pakai,
cuma jika guna button, kena tarik & adjust betul-betul..
kalo guna velcro takde masalah..



CD Babyland printed - new design

panjang cawat sama macam CD Coolababy - 17 inci
so Anis masih boleh muat CD ini , 
keselesaan adalah sama seperti guna CD Coolababy



CD minky QQ baby @ Sunny minky

panjang cawat 18 inci
ini lah CD yang paling selesa untuk Anis pakai
tapi ibu selalu guna untuk pakai malam..
sebab boleh guna 2 insert
jika di siang hari ibu guna 1 insert jer..
untuk Anis bila dia pakai CD minky dengan 2 insert,
memang akan nampak cam buntut itik donal duck tu... ;)
so ibu pakaikan belah malam.
pakai dari jam 12 tghmalam, 
boleh bertahan hingga jam 7-8 pagi tanpa bocor.
cuma harus pastikan anak buang air kecil dulu sebelum tidur


untuk info tambahan :
saiz bahagian perut anis adalah 21 inci, dan saiz montotnya adalah 23 inci

jadi ibu selalu nasihatkan ibu2 yang ingin beli CD untuk anak2 'lebih' COMEL ini,
supaya ukur dulu 2 bahagian tersebut.. 

jika saiz kurang daripada ukuran Anis..
maka ibu syorkan guna CD Coolababy, CD Babyland printed new design & CD Minky,
jika lebih daripada ukuran Anis.. ibu memang tak leh nak buat apa2...
mungkin kena survey jenama lain yang lebih mahal..
sebab ibu jual Coola, Minky, Babyland printed & Rainbow sahaja..

kenapa ibu tak sentuh tentang CD Rainbow dalam entry ini,
sebab cutting Rainbow memang kecil.. 
tapi kalo terdesak ibu pakaikan juga pada Anis..
cuma kena tarik kemas2.. 
Pantnya adalah stretchable.. 
Insya Allah, kalo tarik untuk adjust supaya mudah nak dibuttonkan, takkan koyak..



ini foto Anis guna CD Coolababy & CD babyland printed retro design  pada Feb 2010.
sekarang ini, Anis hanya boleh muat CD Coolababy.. 
dan dengan kepesatan kecomelan nya sekarang..
have to say good bye to CD babyland printed retro design


jadi apa yang penting adalah :
untuk beli CD bagi anak yang 'lebih' COMEL...
sila ukur bahagian bawah perut & montotnya..

jika saiznya lebih kurang @ kurang dari saiz Anis.. 
boleh la pilih mana2 CD yang berkenan di kakyong's shoppe
jika anak anda saiz nya lebih daripada Anis..
then sila buat survey di kedai lain yang menjual jenama lain,

hopefully info di entry ini membantu ibu-ibu yang nak membuat keputusan untuk berCD.




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .