Wednesday, July 7, 2010

Home » , , » Aliya masih lagi menyusu ibu

Aliya masih lagi menyusu ibu

.
Salam bahagia










Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.



Jika dikira mengikut tahun hijrah, Aliya sudah pun genap 2 tahun pada 14 Rejab yang lalu.. jika mengikut perkiraan tahun masehi 18 Julai 2010 nanti, genap lah Aliya 2 tahun.

Saya bukan lah seorang yang obses bab penyusuan ibu ni.. tapi ibu telah mencuba segala daya yang terbaik untuk Aliya.. sebab Fikri hanya menyusu ibu selama 5 bulan sahaja, itu pun campur-campur. Anis pulak ekslusif 3 bulan++ , bila ibu dapat tahu mengandungkan Aliya, masa tu Anis dah masuk 4 bulan, susu pulak kering... sila consider pada faktor usia.. jadi rezeki Anis hanya 3 bulan sahaja..

Walau Anis hanya sempat menyusu 3 bulan++ sahaja, tapi Anis sangat kuat menyusu. Ibu habis jer pantang, berat badan turun banyak... memang rasa best sangat masa tu.. rasa ramping jer.. tapi tak sempat nak bergaya bagai, mengandung pulak lah lagi..

Agaknya mungkin sudah tersurat rezeki Aliya memang lebih berbanding abang Fikri & kakak Anis, ditambah pula pada waktu itu ibu pun dah pandai sket 'merancang'.. dan sudah banyak juga menggali ilmu2 supaya dapat membanyakkan susu daripada doktor, gynea, orang2 tua dan jiran-jiran.


Aliya pada usia 4 bulan ++

Ibu sebenarnya tidak ada banyak tips dalam penyusuan ibu ni, yang ibu amalkan adalah sikit lebih kurang macam ni :

  1. minum air 1 cawan sebelum dan selepas menyusukan Aliya.. ini tips yang penting. Camno badan nak stimulate air susu kalo air dalam badan tak cukup.
  2. orang kata halba baik.. tapi ibu tak rebus @ minum air halba.. sebaliknya ibu guna halba campur tiap kali masak kari ikan. Kami anak-beranak memang suka makan kari, anak2 lebih suka kari berbanding masakan lemak yang lain.
  3. MInum susu - tak juga.. sangat2 jarang.. tapi ibu kerap minum milo panas.. sekurang2nya 1 cawan 1 hari.
  4. Ibu suka biskut IKO.. semua biskut IKO yang berasaskan OAT ibu makan. ini pun makan 1 paket kecil @ 2 keping 1 hari.
  5. Minum soya - tak juga.. boleh di kira berapa kali je, tapi ibu suka tauhu & tempe.. jadi dalam 1 minggu mesti ada 1,2 kali lauk yang ada tauhu @ tempe.. tauhu goreng cicah dengan sambal kicap, sangat mebeles.. sambal tempe goreng bersama ikan bilis pun yummyyy...
  6. ada orang kata daun kucai boleh banyakkan susu.. tapi ibu takde la buat stail rebus kucai & minum air nyer.. tak lalu. Ibu pastikan tiap kali masak mee goreng, keateow goreng @ cucur mesti letak kucai. 
  7. hmmm.. apa lagi ya... ohh ya,, ibu ada makan jamu... hmm, ade ibu BF banned terus jamu nih.. ohhh, ibu tidak, ibu dapatkan nasihat & amik tahu apa kandungan dalam jamu tu.. so far jamu yang ibu makan ni memang membantu untuk stimulate susu ibu... nantilah ibu share lain kali pengalaman ibu dengan jamu ni 
  8. Ibu suka minum air mata kucing/longan... walau bukan hari-hari, tapi sekurangnya 1 minggu mesti nak cari jugak. 
  9. last sekali ibu rasa lebih kepada sikap & kemahuan kita. Dalam amalan pemakan, harus konsisten, begitu juga dari segi emosi & motivasi.. sebab ada yang baru cuba pemakanan 1 kali tengok cam takde hasil terus give up... ohhhooo, tolong jangan cepat putus asa.. bab pemakanan ni, sila lah beri ruang kepada badan kita untuk digest & sesuaikan diri dia.. mana ade ubat 1 kali makan terus menampakkan hasil kan. So, cuba berkali2 baru cakap, cara pemakanan A tu tak sesuai untuk anda.



Cara Aliya menyusu : berapa kali 1 hari.. ??

ntah lah ibu dah tak larat nak kira.. permintaan dia memang takde penghujungnya. kalo ikutkan Aliya ni selalu jer melekap dengan ibu. Sambil ibu buat kerja pun dia selamba jer memposisikan diri dia untuk bergantung. Walau dah kenyang makan, dia mesti nak melekap juga. Kalo tidur malam, memang bergantung jer.. ibu le yang lenguh bahu sebab kena mengiring.

Cuma kalo kami pergi ke majlis kenduri/kuor jalan-jalan ker, dia memang akan asyik nak makan jer. dia boleh menahan gian dia.. tapi once dah masuk kereta, terus mencari posisi untuk melekap. Kalo di rumah kenduri tu, kalo dah tak leh tahan tu, dia mula lah bisik-bisik "ibu.. nak t*t*k" .. tahu pulak dia malu, kalo di rumah, lambat sikit jer.. mahu melalak sampai jiran sebelah pun boleh dengar.

btw, sekarang ni Aliya dah pandai guna botol susu. Botol susu tu hanya untuk minum milo jer.. 








Buat masa ni ibu belum lagi merancang nak weaning-off.. lagipun dah biasa Aliya selalu jer melekap.. bior le dulu  kan.. nanti kalo dia dah tak nak melekap.. ai rindu plak...








sempena entri pasal penyusuan ibu ni (tak lah sehebat ibu-ibu yang lain..) ibu tampalkan award dari shira ni.. dah lama ibu peram award ni.. dah 1 tahun lebih.. baru ni nak tampal...

tak ingat le either shira kata leh kasi kat kawan2 blog yang lain atau tidak.. tapi ibu nak kasi & nak minta ibu2 yang terpilih ni story mori serba sedikit tentang pengalaman kalian menyusukan anak.



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .