Salam ceria & salam bahagia
Ni alkesah minggu yang lalu.. 27 JUn 2010... citer dah basi.. ibu tak main, tapi ibu sibuk snap foto jer...
dah lama tak tayang muka kat blog... sesekala leh la menempel
ni la adik-beradik kakyong dengan makbonda, ada 1 orang yang takde iaitu adik yang kerja kat Genting
Jom tengok aksi-aksi depa main bowling...
gaya makbonda.. lempor cam lempor nyiur jer... tau2 jer dah strike.. kekadang ke longkang juga..
ni aksi Dekla (yg no 8, kira adik yg no 7).. ke longkang ler... ni le adik kakyong yang koje kat Ria Moda Ipoh.. & masih sambung belajor kat Kolej swasta
gaya maksu... ke longkang juga... maksu main kejap jer, pastu anak2 sedara yang cover line..
ni Pakngah (adik bawah kakyong) gaya mesti ada walau bolanya ke longkang juga.. oppss, ni makngah Miela yang punya
makteh ani (adik no5) ni adik kakyong yang ada kedai jahit.. kahwin muda masa umur 17 tahun..
suamiku punya lah happy.. strike la katakan..
pakcik Am (adik lelaki yg bongsu, kira yg no 9, second last), tahun ni akan amik SPM..
ibu tak sempat snap foto pakcik Ju beraksi baling bola bowling.. asyik dok pujuk si aidil yang mengamuk. Aidil tak padan dengan kecik, melalak sebab tak dapat main & pegang bola keras
abang nasrul dengan Aliya. nasrul ni anak makteh Ani, umur 11 tahun.. pandai speaking mandarin.. dari umur 5 tahun sekolah cina.. boleh tahan juga dia main bowling..
Aliya melalak tak hengat.. terkejut tetiba suasana bertukar dengan bunyi bola bowling yang melantun-lantun.. tapi kejap ja melalak.. pastu tempat tu dia buat cam rumah sendiri.. lari sana-sini... sampai tak mau balik...
merekod markah... yang pakai topi hitam tu, pakcik John, adik no 3..
ni la asbabnya kami berkumpul..
pertandingan bowling keluarga Taman Bertuah anjuran komuniti Jiran taman.. family kami menang 3 hamper.. 1 hamper pakcik Ju dapat sebagai pemain perseorangan, dan 2 hamper dapat pada anak sedara Mamat & Nasrul sebagai tunas jiran...
Ibu pun sebenarnya tahu hal ni pagi Ahad tu, so apa lagi ajak lah en ayah ikut sekali.. lagipun bukan selalu adik-adik yang dok KL balik Ipoh... & tak mudah juga kami nak kumpul beramai-ramai...
Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!