Friday, July 30, 2010

Home » , » Jahitan #1 dan #2 : peasant blouse & ruffle skirt for Aliya

Jahitan #1 dan #2 : peasant blouse & ruffle skirt for Aliya

.
Salam bahagia & salam ceria,




Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com ... meh la join.


Ibu kan memang dah lama nak menjahit.. tapi ada sahaja peralatan yang tak cukup. Jadi kali ni dengan apa sahaja peralatan yang ada, ibu meneruskan misi jahitan. 

Disclaimer : jahitan ibu hanya untuk anak-anak ibu jer dulu.. tak konfiden lagi nak amik tempahan.. lagipun dah hampir 15 tahun ibu tak menjahit.. so perlu ambil masa untuk mengasah semula kemahiran ini.

Tutorial membuat & menjahit peasant blouse ni ibu refer dari Home made by Maya


Bangun pagi-pagi semalam, terus ukur dan potong kain dulu.. sebelum ni memang dah banyak kali dok belek dan 'digest' tutorial tu.. tapi ketaq juga tangan nak potong kain. Almaklum lah kain ni beli 1 meter jer.. kang salah ukur dan potong susah plak. Btw, dari tutorial tu memang senang nak faham.. Part paling challenging sekali adalah part nak sambungkan badan dan lengan baju... terkial ibu nak menjahitnya... 


ini hasilnya setelah dicantum semua.. 



Ibu tak hantar jahit tepi pun.. rumah makbonda ada mesin jahit tepi.. tapi nanti lambat pula.. sebabnya kain untuk seluor fikri masih lagi belum siap dijahit tepi.. . jadi untuk blaus ni ibu buat jahit tindan. terkial-kial juga menjahit, sebab tak leh nak pakai spek.. kalo pakai spek jadi kabur.. spek ku kan untuk rabun jauh.. untuk menjahit ni kena pakai spek kanta cembung kot... hehehe..




sudah siap.. with my own label.. label ni ibu order dari sakinah




cantik kan blaus baru Aliya.... hehehhe... si kecik ni tak sabar-sabar nak pakai baju ni.. tak senang ibu nak habiskan jahitan.. Kain kapas yang ibu beli ni kain murah.. baru je Aliya pakai, guling-guling sket, dah kedut seribu.. huhhuuuu..




Lepas tu belah petang, ibu mulakan projek untuk buat skirt ropol pulak, untuk dipadankan dengan blaus ni.



Jam 4 petang baru nak ukur kain & potong kain.. tutorial untuk buat ni pun ibu dapat dari Home made by Maya. Sungguh mencabar bila menjahit dengan anak2 di depan mata.. kejap2 Aliya datang usik2 mesin jahit.. pastu Anis pulak, usik kain, usik gunting... mujur le en ayah agak supporting.. tolong mandikan anak-anak.. Selepas maghrib baru lah siap menjahit nya.. siaran tergendala beberapa kali... rumit nak menjahit skirt bertingkat ni.. tapi teringin nak tengok anak-anak pakai...



ni pandangan dari depan... perlu banyak improvement lagi skirt ni.. 

pandangan dari belakang... sila abaikan meja yang bersepah serta bawah meja yang tak sempat nak dikemaskan tu..


Esok (hari ni la 30 Julai) nak menjahit blaus dan skirt untuk Anis pulak, kain dah potong, cuma tunggu turn nak jahit jer.. 

Anis pun dah bising, 'mana baju kakak?!!"  "kakak nak pegi jalan pakai baju baru.."

Sabar le nak ooii.. ibu ni pun terkial-kial menjahit ni.

p/s
esok lusa macam wajib jer nak ajak en ayah kuor ..
nak cari kain lagi.. dapat 3,4 kombinasi yang cantik2 pun dah puas hati...
habis jahit baju & skirt Anis. sambung plak jahit suor & baju fikri..







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .