Salam bahagia buat semua,
Aliya demam sejak seawal pagi Isnin.. subuh tu memang badan dah panas... tapi dia langsung tak merengek ke apa.. ingatkan biasa ajer lah.. tapi pagi tu dia tak mau mandi.. lepas salin CD (cloth diaper) dia minta milo.. so buatkan milo.. pastu dia nak makan.. mujur lah seawal pagi dah masakkan seperiuk kecil bubur nasi.. suap lah dia sikit.. pastu dok merengek2.. muntah-muntah.. dan the stories goes unlisted.. rasanya ibu-ibu semua faham kan situasi bila anak demam.. jadi ibu tak yah nak cerita panjang lah..
so hari semalam, kerja rumah memang tertangguh.. mujur la 1 load kain baju dah dimesin malam ahad tu.. cuma belum dijemur jer... semalam, pukul 1 tengahari baru jemur kain.. & ada 1 load lagi, lepas maghrib baru mesin.. bagai nak rak mesin tu bekerja.. load tersangat full...
en ayah pulak, petang tu dia kuor mancing dengan jiran sebelah... adeh... terus ibu terpaksa 'cuti kerja'... kali ni Aliya demamnya memang kuat. Jadi kadar memerap juga boleh dikatakan tahap keterlaluan. UBat tak mau makan.. dia dok cakap 'demam'.. ibu la dok pujuk, 'demam la kena makan obat'.. sikit ajer yang masuk ke mulut.. lain semuanya ke lantai... asyik nak melekap jer.. jadi ibunya lah yang harus lebih makan & minum untuk makesure susu sentiasa ada.
petang tu, dah lega sikit.. sempat lagi nak main2 kat buai... ( nota : saya tahu ade ibu2 yang banned buaian.. tengok jugak lah jenis buaian yang macamana yang boleh mendatangkan bahaya dan bagaimana cara anda endoi anak anda.. dan bukan lah sepanjang masa anak tidur dalam buaian... buaian rumah kami ni dah 12 tahun usia nya... Alhamdulillah, so far okay.. tak pernah lah lagi biarkan anak sorang2 di buaian & ibu buat kerja di tempat/bilik lain )
tengahmalam tadi, ALiya masih belum kebah lagi.. melekap jer... ibu pun tak dapat nak BW (blogwalking)... jadi kawan2, kalo ari ni ibu tak jengah @ balas singgahan kalian, harap dapat faham lah situasi ibu ya...
ini pula hadiah giveaway daripada NINI Taiping.. ibu dapat 1 klip kertas yang boleh dibuat bookmark, 1 mask shiseido (lama tak guna mask untuk treat wajahku yang semakin kusam nih) dan juga 1 art pen kaler sikver... Terima kasih sparkle... rasanya ini antara penganjur giveaway yang sangat murah hati.. dia cabut sampai 28 pemenang...
Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!