Showing posts with label MomBloggersPlanet. Show all posts
Showing posts with label MomBloggersPlanet. Show all posts

Monday, June 22, 2009

168 Special featured in MomBloggersPlanet

Ini hanya sekadar untuk kenangan diri sendiri atas penghargaan dari MomBloggersPlanet.. masa awal2 entri ini keluar di MomBloggersPlanet, kakyong lupa nak ambil & simpan di blog Catatan Ibu. Terima Kasih LittleMama @Rose of MomBloggersPlanet. Terima kasih atas inisiatif yang HEBAT ~ mengumpul ibu-ibu blogger dan menyediakan flatform yang HEBAt ini . ;)

Featured Mom Blog – Kak Yong

Let’s meet our April ‘09 Featured Mom Blogger, Kak Yong! Her wonderful blog with the title ‘Catatan Ibu’ is located at http://kakyong72.blogspot.com/. Kak Yong is a wife to Sharul Ainal and a proud mother of 3 kids – Fikri, Anis and Aliya. She currently live and blog from Ipoh, Perak.

Kak Yong

Q: Tell us a bit about yourself and your family.

Kakyong adalah Akauntan yang telah mengubah profesion kepada pengurus rumahtangga sepenuh masa (SAHM) sejak setahun yang lalu. Ibu kepada 3 orang anak comel (setahun seorang), Fikri (3 tahun 2 bulan), Anis (21 bulan) & Aliya (10 bulan). Isteri kepada Encik Sharul Ainal dan baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke4 pada 30 April 2009. Berkahwin pada usia 33 tahun dan agak lewat memegang title seorang ibu. Agak berat bila setiap tahun melahirkan, namun kini anak-anak lah penyeri hidup kakyong & suami.

Q: How did you first discover blogging? When did you start? Why do you blog?

Pada tahun 2007, selalu membaca blog cik puan sitisifir10. Beliau pandai menulis macam-macam artikel tentang kehidupan berkeluarga dan juga sosial.

Kakyong mula menulis blog kali pertama pada 6 Januari 2008. Sekadar hanya nak buka akaun blogspot, tidak pernah terfikir akan serius berblog seperti sekarang. Sesekala ade la juga buat entri, sekadar untuk rekod sendiri. (tak pernah terfikir orang akan berminat untuk membaca blog kakyong)

Mula menanam tekad untuk menulis satu entri sehari pada awal tahun 2009. Itu pun selepas sudah tidak terikat lagi dengan kerja-kerja part time. (kakyong membuat kerja-kerja akaun sebagai menambah pendapatan sejak jadi SAHM). Ada sesapa nak upah kakyong buat akaun?! ?

Asalnya kakyong berblog adalah untuk mengasah semula minat menulis. Kini kakyong berblog bukan setakat ingin terus menulis, tetapi berharap dapat terus saling berkongsi dengan kawan-kawan lebih-lebih lagi kawan-kawan yang bergelar ibu. Pada kakyong berblog adalah TERAPI untuk ibu-ibu seperti kakyong yang 24 jam 7 hari seminggu terperuk di rumah.

Q: Is this your original blog that you started with? If so, have you made any changes since you began? What types of changes?

Ya, ini adalah blog yang pertama, diberi nama Catatan Ibu, Catatan Ibu sudah berusia hampir 1 tahun 5 bulan. Telah 2 kali menukar header, dan penampilan blog juga telah 4@5 kali ditukar. (sentiasa tidak puashati dengan penampilan heheheh), dari 2 kolum dijadikan 3 kolum.

Q: What blogging platform are you using (eg: Blogspot, Wordpress, TypePad etc)? Why do you choose this platform?

Blogspot, sebab mudah, mesra-pengguna dan yang penting percuma.

Q: Do you consider blogging your hobby or a business? If it’s a hobby, do you ever think of ways to make money from your blog?

Lebih kepada hobi, belum pandai bab-bab hendak menjana pendapatan melalui blog. Tapi ada lah tampal Advertlets (pendapatan yang sangat pasif).

Q: How often do you blog and why?

sejak 1 jan 2009, bertekad untuk membuat sekurang-kurangnya 1 entri 1 hari.

Q: Do you think blogging communities or social networking communities like MomBloggersPlanet are important for bloggers? Why?

jaringan social ni penting sebagai perujuk @ platform untuk ibu-ibu. Selain dapat pelbagai maklumat di MomBloggersPlanet, boleh juga mendapat kawan baru.

Q: Does the term ‘mom blogger’ bother you? Why or why not?

Tidak sama sekali. Pada kakyong momblogger adalah ibu-ibu hebat yang berkongsi pelbagai cerita-cerita hebat (walaupun sengal).

Q: What’s your advice for moms who want to learn more about blogging or start blogging?

Sabar & rajin belajar cara untuk berblog. Beri masa pada diri belajar cara untuk membuat entri yang sedap dipandang mata & sedap juga dibaca. Cuba menulis sesuatu yang boleh dikongsi oleh semua, sebab ibu-ibu hebat memang punya bakat hebat tersendiri. Dan rajin-rajin lah bermesra di kotak komen, bila anda mesra anda pasti disenangi, Insya Allah pasti boleh mendapat ramai kawan.

Q: Do you think there’s a special talent needed to become a blogger?

Tidak. Yang penting minat & kesungguhan.

Q: What types of blogs do you read regularly? What kind of information do you seek from bloggers?

80% blog kawan-kawan/kenalan blog adalah ibu2, selebihnya adalah pelajar & kenalan yang selain ibu. ?

Catatan Ibu by Kak Yong

Catatan Ibu is such a wonderful blog to visit, read and follow. And, if you have any trouble doing your own accounts, go get Kak Yong to help!

Thanks Kak Yong for being such a great mom blogger. Here is the Featured by MomBloggersPlanet badge to be showed off on your amazing blog.

mama_featured

Technorati Profile

There Are 10 Responses So Far. »

  1. i read kak yong and she has been great in giving comments to my blog. kak yong rocks :D :mrgreen:

    [REPLY]

  2. saya suka baca blog kak yong juga!p/s: word veri ‘kaku’ terpaku I!

    [REPLY]

  3. cik fid,

    memang terpaku mjawab QnA di kala mlm sambil diganggu oleh anak2..

    p/s: pesanan penaja.. ingin kenal kakyong jemputlah ke Catatan Ibu :smile: :razz:

    [REPLY]

  4. salam.. yanpun baru lagi mengenali kakyong.. sebenarnye yanpun igt2 lupe cemane yan buleh terjebak kt blog beliau.. err kakyong igt tak?? mungkin yan bloghopping kot mase tu.. ntahla..

    tp yan suke baca blog kakyong yg yan rase byk info mengenai kekeluargaan.. klu bukan infopun.. cerita-cerita menarik yg tak jemu tuk dibaca..

    pastu kakyong sangat mesra dgn komentarnyer..

    ermm yg pasti yan paling igt.. yan mula tertarik ms kakyong wat entry pasal MIA.. coz yan pun dlm accounting field.. nak jd akauntan.. smpai 2-3 komen yan bg dlam entry tu punyela tertarik menarik ms tu.. penah terpk nak wat partime buatkan akaun orang.. tp tak tau nak market cemane..

    [REPLY]

  5. Yan,

    kakyong rasa kita kenal masa MamaAqish buat contest cute baby tu kot.. sbb kakyong dpt gak ramai kawan baru lepas join contest tu..

    Yan, kalo nak cari buat a/c, g jer tanya kat kedai2 mamak ke @ restoren mamak, tanya jer ade tak org buat a/c.. kedai2 runcit pun byk yg tak rekod a/c.. percaya lah.. kalo rajin memang boley buat duit..!! kakyong masa tgh sarat pregnant Aliya, org offer buat a/c Mee Rebus Ramli (MRR). MRR ni femes la kat IPoh.. tp tak daya nak amik, lepas pantang terus tak menang tgn dgn anak2.. kalo tak bleh le RM1-2K sebulan, sbb RMR ade 3 cawngn…

    kalo u advance in Excel, lagi senang.. manipulate jer pivot report utk buat report a/c…

    [REPLY]

  6. salam saya pun suka baca blog KakYong..Kakyong pulak rajin gak mengomen di blog saya..walaupun saya ade kesukaran nak komen di blog kakyong sbb guna IE>.saya akan cuba sedaya updaya…

    terus memblog ye kakyong…

    [REPLY]

  7. Mmm….k.yong dah menjadi contoh teladan kepada saya juga….jgn mention k.yong follow saya sedangkan saya yang sdg mengekor k.yong…kiki…

    [REPLY]

  8. Saya pun suka baca blog kakyong…dia tak lokek berkongsi ilmu & jujur bagi komen…kalau boleh hari-harilah saya mesti masuk blog kakyong ni…he,he…

    [REPLY]

  9. Salam,kak yong memang blogger tegar-suka sangat baca blognya dan kak yong pun mesra pembaca. apapun tahniah utk kak yong yea-ku akan jadikn dirimu contoh..hehe:0

    [REPLY]

  10. kak yong best..friendly sesangat..apatah lagik dgn blogger yg baru seperti saya..sangat ramah..!!

    [REPLY]


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, May 23, 2009

137 Terima Kasih MomBloggersPlanet

Salam buat semua,

ni dia badge yang diceritakan semalam. Bercinta nak mendapatkannye... *due to the connection.. agaknya semalam memang connection bermasalah kot*

Dengan badge ini maka blog Catatan Ibu akan 'muncul' di MomBloggersPlanet selama sebulan. Kalo ade yang tak perasan lagi, boleh jenguk di sini. *Glam la kejap... takut bila glam ni.. expectation orang tinggi.. tapi kakyong ni biasa2 jer yer... *

Ini adalah bukti bahwa kakyong telah mendaftarkan blog Catatan Ibu di directori MomBloggersPlanet pada 26 Mar 2009.

Buat kawan-kawan ibu (mommies ajer ye.. bapak2 tak dapek den nak bantu) yang belum mendaftar & tak pasti cara nak mendaftar, meh le sini, kakyong tunjukkan cara-caranya...

  1. pergi ke http://www.mombloggersplanet.com/
  2. cari ikon ini & klik join this site
  3. kemudian, cari BlogDirectory, klik kat situ :
  4. Pastu cari Register & akan keluar form, isi & ikut arahan seterusnya.
  5. dan jangan lupa ambil kod logo MBP & tampalkan di blog anda

Dalam blog directori MBP, blogger diasingkan kepada 8 lokasi, iaitu Central (KL, Selangor & Putrajaya), East Coast (Pahang, Trengganu & Kelantan), Northern (Perak, Penang, Kedah & Perlis), Southern (Melaka, Negeri Sembilan & Johor), Sabah & Sarawak, Brunei & Singapore *until now Brunei takdak lagi.. Noy mari join..! *, Indonesia dan Other countries.

Ini adalah status sehingga hari ni, 23 May 2009.

Paling ramai dari Central, Northen baru ada 15 blogger... so meh orang Perak, Penang, Kedah & Perlis *kakyong ade ke kawan dari Perlis!!??* jom pakat ramai-ramai join MomBloggersPlanet. Sama la yang di Pantai Timur dan dari daerah yang lain.. jom sesama memeriahkan MomBloggersPlanet.

Kenapa MomBloggersPlanet?

Macam-macam ada, nak tahu lebih lanjut, jom join dulu, *tak sempat nak cerita panjang dah.. nanti u all explore lah sendiri di MBP yer * sekurang-kurangnya dapat meramaikan kawan & merapatkan ukhuwah.

Selamat berhari minggu.

p/s : malam ni nak g rumah MIL. Ibu mertuaku masak mee rebus, lebih sedap dari mee rebus Ramli..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, May 22, 2009

136 Rekod Catatan Ibu

Salam,

kakyong dari tengahari coba untuk siapkan entri sebagai tanda terima kasih kepada MomBloggersPlanet... tetapi.. daku tidak dapat masuk ke MomBloggersPlanet (MBP) untuk kali kedua.. untuk mengambil badge MBP. Jadi kerana merasa amat kaciwa.., jadi daku teruskan dengan entri ni..

* esok ajer lah kakyong postkan entri pasal MBP berserta dengan anugerah berprestij itu. *

Hmm, kalo ade kengkawan ibu yang rajin ke MBP, sudi lah menjengah ke artikel ni --> Featured Mom Blog - Kak Yong. Jangan gelakkan daku. Susah juga rupernya nak menjawab soklan2 yang ditanya oleh LittleMama.

Untuk semua kawan-kawan ibu @ my dear followers.. sila ambil ini yer... Kalau tidak kerana kawan-kawan ibu, takkanlah ibu boleh dapat No1 Apr '09 Top Referrer di MBP. Terima kasih yer kawan-kawan.

Why I say so?

sebab masa bulan April 2009 statistik pengunjung ke Catatan Ibu begitu drastik sekali peningkatannya..

berbanding bulan Mar 2009

Kesimpulan nya

  1. sebelum 27 Mar 2009, blog Catatan Ibu masih dalam 'gua' dan tidak dikenali.... No
  2. blog Catatan Ibu mula dikenali selepas kakyong join MomBloggersPlanet.com iaitu pada 26 Mar 2009. *baru jer hampir 2 bulan yang lepas*
  3. kakyong bukan lah siapa-siapa.. hanya seorang ibu yang berblog untuk melepaskan 'beban' dalam kepala... kakyong ingin jadi ibu hebat, dan nak belajar & berkongsi sama2 dengan ibu2 hebat yang lain.. *adakah daku tulis ni berbelit2.. ape2 jer lah..janji faham yer..*
  4. Ranking Catatan Ibu di www.alexa.com.. minggu lepas 5.5 juta... baru jap tadi buat lagi 4.4 juta.. nak semak ur blog ranking, boleh g kat sini Alexa ranking
  5. Point terakhir... jom join MomBloggersPlanet.com, berdaftar lah & masukkan blog anda ke directory MBP.

Selamat berhari minggu... buat semua... semoga hepi selalu.

Na-na-na-na


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, May 2, 2009

117 Contest untuk Hari Ibu

Salam kawan-kawan & kenalan blog,

Kakyong nak berkongsi dengan semua tentang contest ini.
-klik pada foto untuk maklumat lanjut-


MomBloggerPlanet.com berganding bahu dengan AliceWonders.com menganjurkan contest@pertandingan ini istimewa untuk semua ibu sempena sambutan Hari Ibu. Jom masuk contest ni. Contest ni baru bermula pada 1 May 2009 dan akan berakhir pada 9 May 2009, *singkat ajer tempoh nyer.. apa lagi jom la kita masuk ramai-ramai.*

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik.. Perempuan mesti suka, kalo tak suka, mesti bukan perempuan..


Grand Prize Winner x 1
  • 1 AliceWonders bag of your choice (YES, you can pick ANY available bag!), and
  • 1 PurseHook with velvet pouch worth RM20 each
Consolation Prizes x 10

  • 1 PurseHook with velvet pouch worth RM20 each
Setiap ibu yang masuk pertandingan ini diberi peluang untuk memilih beg kesukaan masing-masing. Banyak juga pilihan bag-bag di ALicewonders.com. *rambang mataku dibuatnya*

Kakyong memilih beg yang ini :
-klik pada foto untuk mendapatkan perincian beg

Kenapa? sebab kakyong suka dengan warna merah hati.. sebenarnya design beg ini ada 3 pilihan warna : merah, hitam dan coklat (perang). Beg ini memang sesuailah untuk ibu yang beranak kecil dan berderet seperti kakyong. Kelihatan praktikal dan nampak bergaya.*pasti sesuai untuk daku yang bertubuh kecilala bonsai ni.. *

Kenapa kakyong teringin sangat beg ni?
Sebab sudah lama..*sejak kahwin * daku tiada pernah@belum lagi membeli begtangan. Dan daku sangat cerewet memilih beg yang sesuai untuk kegunaan daku setelah punya anak 3 berderet. Sudah satu Ipoh ku jelajahi, * Jusco, UO, Parkson * tapi tidak jua kutemui yang berkenan di hati.. *akhirnya daku telah request seseorang untuk menjahitkan beg seperti yang kuinginkan * sehingga suamiku pun sudah malas hendak membawa daku membeli begtangan lagi. Jika daku dapat beg ini, termakbul lah hajat daku.. yang dijahit pun dapat dan idaman hati dari Alicewonders.com pun dapat.


Ini adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. *maaf, dalam BI, tak daya nak translate *

Terms & Condition
  • This contest is opened to Malaysian only.
  • Contest starts from 1st May and ends on 9th May 09.
  • By participating, you expressly consent for your particulars to be posted on MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com
  • AliceWonders.com will select the winners and handle the prizes delivery.
  • Judge’s decision is final and no correspondence will be entered into.
  • Winners will be announced on MomBloggersPlanet.com and also will be contacted via email.
  • MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com reserves the rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions without prior notice to you and shall become effective on such date as determine by us. You agree to be bound by such amendments.
  • MomBloggersPlanet.com and Alice Wonders.com reserves the right to cancel the contest at any stage, if deemed necessary in our opinion, and if circumstances arise outside of our control.


Jadi, apa lagi kawan-kawan.. jom rembat beg-beg yang lawo-lawo dan cumil-cumil ni. Bukan selalu ade peluang macam ni.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .