Andai kita diberi sehelai kain sutera kapas dan diberi satu canting batik.. walhal itulah pertama kali kita memegang canting batik.. agaknya apa kah yang kita nak buat.. adakah terus masukkan canting ke dalam lilin panas dan lukiskan sahaja apa sahaja corak yang sedang terlintas dalam kepala. begitu kah? sedangkan itu sahajalah kain putih yang kita ada. dan kita telah diamanahkan untuk menyiapkan corak batik dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya kita rosakkan kain tersebut, tiada gantinya lagi.
So, kalo nak buat corak yang cantik, sedap mata memandang (bukan setakat kita nak pandang.. kita pun berhajat agar orang lain pandang juga hasil tangan kita kan.... ;) ) => jadi mula2 kena buat apa...?? tentu lah
- PLANNING kan... kena plan corak apa nak dibuat, bunga kah, buah kan, sayur kah, kereta kah..
- pastu cari ILMU.. kena lah belajor apa bahan2 yang perlu untuk buat batik canting, camno nak handle pencanting, cara nak gunakan warna2 & nak mewarnakan batik.. dsb
- kemudian baru lah boleh WORKOUT THE PLAN.. dah ade ilmu, baru lah boleh mula buat kerja2 melukis corak, masak lilin, mencantingkan corak, mewarnakan corak... sampailah selesai.
Gitu juga lah kias ibarat nya.. mendidik anak memerlukan lebih daripada 3 poin yang disebut di atas.. mendidik anak2 perlukan elemen follow Up dan Ulangan (revision) yang berterusan.
Anak2 seusia Anis & Aliya ( 2 tahun dan 1 tahun) belajar bercakap sebab kita ajar anak dengan mengulang-sebut dan ulang-tunjuk sesuatu @ barang berkali-kali.. sehinggalah anak dapat mengenal & menyebut nya. Contoh, kita ajar baby mengenal cawan. Kita akan tunjuk cawan dan sebut 'cawan'. Bila setiap hari diajar Insya Allah, akhirnya anak akan menyebut perkataan 'cawan'.. mungkin tidak begitu betul, mungkin sebutan anak 'awan'.. dan proses ulang-sebut dan ulang-tunjuk ini akan berterusan sehinggalah anak dewasa... maknanya ia tidak harus berhenti sebaik anak sudah mula naik umur 7 tahun atau sudah naik sekolah menengah.
Samada kalian perasan atau tidak, ramai ibubapa yang hampir2 melupakan proses ini (ulang-tunjuk dan ulang-sebut atau dengan kata lain ia juga merujuk kepada proses ulangkaji) sebaik anak menjejak usia belasan tahun. Mungkin ibubapa mengandaikan anak2 sudah besar & sudah tidak perlu ditunjukajar lagi. Ibu menulis ini lebih kepada ingatan kepada diri sendiri.
Sebenarnya, beberapa bulan yang lepas, ibu ada lah bersembang dengan seseorang yang berkhidmat sebagai guru pra-sekolah (tadika lah tu), meh ibu namakan dia Puan M. Dalam banyak2 hal, ibu memang setuju dengan poin beliau yang menyatakan setiap anak punya potensi tersendiri. Dan ibu sedikit pun tidak terkejut bila beliau maklumkan, setiap tahun akan ada 10-15% anak2 tadika yang masih tidak kenal huruf dan tidak boleh membaca, walaupun berada di tadika yang sama sejak usia 5 tahun.
Wow.. kalo jadi kes macam ni (masih tak kenal huruf walau dok tadika 2 tahun), sapa nak jawab.. nak salahkan cikgu tadika @ salahkan ibubapa??!!
Huhhhh.. pada mak-mak ibu-ibu... takkan nak tunggu anak dah masuk sekolah rendah baru nak 'check' anak aku pandai membaca, mengira @ kenal huruf & nombor... rasanya masing2 mak2 ibu2 ayah2 bapa2 dah tahu apa nak buat kan... so kalo antor anak ke tadika, usah le harap pada cikgu jer... bahkan mak2 ibu2 ayah2 bapa2 ler yang kena ajor anak LEBIH daripada cikgu... kannn.
Kesimpulan 'segera' ~ antor anak ke tadika belum menjanjikan anak2 boleh kenal huruf. Mungkin lain kot situasinya kalo di antor ke tadika swasta... cuma kena siapkan RM jer lah. well, this very subjective, so if this issue not applicable to you or your kids, please just ignore it. ;)
Ada satu perkara lah yang ibu agak tidak berapa berSETUJU dengan Puan M. Ibu tak pasti adakah kerana sentimen politik atau kerana beliau penjawat awam, maka beliau memberi pandangan bahawa menghantar anak ke tadika PASTI @ ABIM (ibu baca sebagai TADIKA ISLAM) tidak akan memberi faedah kepada anak untuk jangka panjang. Huuuhhhhuuuu, pada yang antor anak ke mana2 tadika Islam, sila tolong jangan sekeh ibu, ampun..
Alasan beliau, "anak2 akan lupa apa juga surah2 dan doa2 yang telah diajar. "
Alasan ini juga adalah sangat subjektif dan terlampau umum. Macam ibu cakap masa awal2 n3 tadi kan... elemen yang sangat penting dalam pendidikan anak2 adalah proses follow-up dan revision (ulangkaji, ulang-sebut, ulang-tunjuk) yang berterusan.
Sebagai ibu2 muslimah, kita ada harapan @ expectation tertentu kenapa kita nak anak kita ke tadika Islam.. kenapa kita nak anak kita pandai baca doa, pandai baca & hafal surah2.. hatta kalo tak antor ke tadika Islam pun, kita tetap perlu ajar anak2 kita baca doa tertentu, kenal alif-ba-ta, hafal surah2 mudah seperti AlFatihah...
SEBAB nya.. Islam itu kan cara hidup kita. Setiap perkara yang kita buat semua dimulai dengan doa, bangun tidur, nak tidur, nak makan, nak mandi, semuanya ada doa2 nya.. jadi kalo kita tak mulai introduce pada usia pra-sekolah, bila lagi kah agaknya?!!
Samada anak tak amalkan doa2 & lupa surah2 yang pernah dihafal, isu ini sebenarnya terletak pada bahu & pundak ibuayah.. kalo ibuayah tak selalu ingatkan anak2, tak buat revision dan ulang-baca dengan anak2 sambil2 tambah surah2 baru yang perlu dihafal (selaras dengan peningkatan usia anak2), rasanya ajarlah apa pun.. semua anak2 akan lupa. Bila anak dah sekolah, kita sibuk bantu anak buat kerja sekolah dan revision apa yang anak belajar melalui buku teks.
Jadi, dalam isu hafalan surah ni.. kena lah juga buat satu sessi hafalan & ulangan, mungkin sesi yang terbaik adalah sesudah setiap kali solat maghrib @ Isyak. (Maghrib & Isyak adalah prime time ibuayah di rumah kan..), kecuali lah kalo 'tak solat'. Isu ni sensitif kalo disebut, tapi kalo dah kita mengaku kita ni ISlam.. sila lah kembali ke jalanNya.. solat itu TIANG SERI. :) So, di sini lah isu yang sebenarnya. kalo ibu ayah tak solat, maka kebarangkalian anak2 tidak begitu pandai mengaji @ langsung tak kenal ayat2 AlQuran adalah sangat tinggi. Kecuali lah anak2 terpilih yang Allah pilih sebagai 'pembuka-mata-hati' ibu ayah.
Jadi, dalam isu hafalan surah ni.. kena lah juga buat satu sessi hafalan & ulangan, mungkin sesi yang terbaik adalah sesudah setiap kali solat maghrib @ Isyak. (Maghrib & Isyak adalah prime time ibuayah di rumah kan..), kecuali lah kalo 'tak solat'. Isu ni sensitif kalo disebut, tapi kalo dah kita mengaku kita ni ISlam.. sila lah kembali ke jalanNya.. solat itu TIANG SERI. :) So, di sini lah isu yang sebenarnya. kalo ibu ayah tak solat, maka kebarangkalian anak2 tidak begitu pandai mengaji @ langsung tak kenal ayat2 AlQuran adalah sangat tinggi. Kecuali lah anak2 terpilih yang Allah pilih sebagai 'pembuka-mata-hati' ibu ayah.
*Sebenarnya n3 ini adalah ingatan untuk ibu sendiri, Ingatan supaya ibu terus Istiqamah. banyak perkara yang kita terlepas pandang, namun asas kehidupan yang bahagia harus lah pada paksi yang betul. *
Akhir kata, corak lah anak2 ikut cara yang anda ingin kan.. mulalah merancang, carilah kaedah yang sesuai dan 'lihatlah rupa masa depan anak kita' mulai sekarang... kerana anda lah guru seumur hidup anak2 anda.
kita perlu ajar anak tentang kebersihan seawal usia anak.. ni lah jadinya bila fikri tolong ibu mengemas.. abis semua di'kumpul'kan atas meja jepun tu.. menan, tilam, bantal busuk,.. dan tu tengah ready nak mop lantai pulak... kebiasaannya anak2 ni takdah nyer nak rajin camni setiap hari..
dan kebiasaannya rumah akan jadi mcm foto kat bawah ni..
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
12 kawan ibu yang hebat:
saya xsetuju dgn Puan M itu :-. tadika @ tak tadika bkn penentunya..ibubapa yang penting. kitalah yang mencorak anak2 kita.hmmm..ingatan utk diri sendiri juga :-)
kak yong..terus terang saya nak tekan di sini..bukan kita kena bg 100 persen dekat cikgu untuk mengajar anak2 kita..kita juga kena tekan kan.ini saya ckp melalu pengalaman. nadira umur 5 tahun saya kena tekankan dia kena membaca..wlupunmasa itu dia gi kindergarden mcm untuk bermain jek..
pasal tadika pasti itu..entahla..masing2 ada pendapat sendiri..yg pasti skrg anak saya mmg darjah satu kena sekolah agama..nak harapkan saya..bukan tak reti tp bab agama ini kena ada org yg bijak dan arif yg mengajar.ops kak yong terpanjang pulok
nida @ uminuha,
anggap lah ini sbg satu cabaran & peluang utk kita usahakan yg terbaik utk anak2.. kakyong pun dah terasa bahang nyer.. maklumlah fikri 4 tahun ni.. x tau lagi mcm mana kemampuan dia.. baca ABC bercampur dgn number.. ikut sedap dia nak sebut jer.. :))
hada,
kita sbg ibu ayah memang kena LEBIH ajar anak.. usah harap kat cikgu jer.. bagus lah tu 5 tahun dah pandai mbaca..
pasal belajar agama tu, definitely lah kita serah pada yg tahu, tp yg penting kita follow up apa yg dia belajar.. kalo kurang tahu pun, Insya ALlah, anak belajar, kita pun belajar juga.. :D
kenapa cikgu M tu cakap mcm tu? Saya suka sgt Tadika Abim. Adik2 saya semua dihantar ke tadika Abim. Saya je yg tidak dihantar mungkin sbb masa tu arwah ma dan abah belum terfikir. Tapi saya tengok adik2 saya alhamdulillah pandai2 belaka.
kalo kita perhati, zaman skang parents byk spend duit utk pastikan anak sukses dlm ilmu duniawi. ilmu utk dekatkan dirinye pada tuhan, selalunye terabai.
kalo ada parents tu yg kurang bz & boleh solat berjemaah & mengaji quran dgn anak lepas magrib tu, alhamdulillah la. but most of us mmg la jenis kluar rumah subuh & blk matahari dah tengelam. bilanye anak nak dpt dididik oleh kita ni. halfday kita out bekerja & anak dok belajar apa la tu agaknye..so takde salah kita hantar anak gi tadika islam, utk build foundation dia kan?
hak anak kita bukan takat utk dpt makan, minum & kasih syg secukupnye. education tu pun gak dia. education ilmu dunia & akhirat...
betul kan?
mak ayah memang perlu memainkan perasan besar dalam proses pendidikan anak2. nak harapkan cikgu kat sekolah 100% memang tak boleh, anak murid bukannya sorang dua. jadi peringatan buat nadiah juga. tq kakyong! :)
Owh terasa daku yang menghantar anak ke PASTI tu...ngeh he he...tapi itu tidak melemahkans saya... sebabnya cikgu2 di situ banyak membantu saya untuk ajar anak2 saya sendiri... kos murah, subjek pun menyeluruh... Asmaa' skang dah belajar main bole jaring dgn tudung di atas kepala!!
Dulu ada juga org perlekeh Asmaa' pakai tudung, nnt besar katanya Asmaa' akan buka tudung..sedih pulak dengar org menyumpah mcm tu tapi saya anggap itu ujian dari ALLAH..moga dijauhkan :)
adyani,
tak pasti lah pulak kenp pendapat Pn M begitu..
sbg guru sepatutnya dia menyokong semua jenis pendidikan pra-sekolah.. or else kakyong pun boleh kata.. "tadika kemas & tadika perpaduan bukannya bagus sgt.. budak2 byk main jer dr belajar.." tapi kita ni taknak lah buat generalisasikan...
mama miya,
yer lah, betul tu situasi skrg ni kalo maghrib tu ramai ibu ayah yg masih 'dlm kereta' lagi.. btw, seminggu sekali kalo ade sesi mcm tu dgn anak2 pun bagus jugakkan.. kalo tak mampu memang harus antor anak mengaji, yer lah ade yg tak berkesempatan utk ke sek agama rakyat..
as for kakyong sendiri rasa tak mampu nak carry semua.. memang harus kena antor ke sekolah @ tadika islam or mana2 kelas mengaji yg ade di kwsn kejiranan ni...
nadiah,
kita ni anak masih kecil2 lagi.. so just get ready from now on lah kan.. :D
pija,
kakyong suka statement 'cikgu yg byk mbantu utk ajar anak2.. '.. fikri yg baru nak masuk 4 tahun ni pun kakyong harap ade yg tolong bantu ajarkan dia.. dok ricky2.. rupanya rumah jiran ade buat 'tuisyen' utk budak 4 tahun, 5 hari seminggu, selama 1 1/2 jam sehari.. fee RM30/mth..
setuju tu kakyong..pngalaman kak nza sbg guru amat mmbantu....prestasi antara murid xsama. IQ berlainan setiap individu brdasarkn keturunan, prsekitaran, pemakanan dsbnya. Ada ank2 cpt dpt apa yg diajar n sbliknya..antara ank2 pn xsama.
Setiap thn dlm kelas mmg akn ada 4-5 org murid yg ketinggalan dlm plajaran..trpaksa diberi pemulihan. 2pn masih lemah. Susah nk ingat w.pn ada yg tekun....
Yg pasti ibubapa yg memainkn peranan pnting mmbantu ank2.
Kak nza xsetuju la dgn pndpat Puan M tu cz dr pngalaman menghantar anak ke taski lbh cpt ank2 menghafal surah brbnding ank kak nza ke tadika biasa..lbh pndai menyanyi ttp xdpt hafal surah..trpulang pd ibu bapakn.
kak nza,
cikgu lagi lah alert & dah maklum dgn isu 2 mcm ni kan.. ibu ayah memang kena amik berat & amik tahu hal @ perkembangan pelajaran anak2..
kdg2 tak dpt dinafikan ade ibu ayah sibuk bebenor sampai tak sempat nak nengok kerja sek anak2.. ade setgh tu hrp kat ibu nyer jer.. kdg2 kesian gak kan dgn ibu2 yg tak menang tgn, terutama bg yg anak ramai, SAHM, suami plak koje balik lewat mlm setiap hari...
SESI MENINGGALKAN JEJAK ^_^
Kak yong,terima kasih kongsikan ilmu yang bermanfaat ni.Barulah saya tau susah nak mendidik ank ni sbnrnya.Kena bersungguh2+byk mncari ilmu pndidikn ank2.
Takut sgt klu amnh yg Allah bagi ni tak dapt saya laksanakn dgn sebaik2nya T_
UAS,
kakyong yakin dgn latarblkg pendidikan UAS & sokongan suami yang juga berilmu, Insya Allah, UAS boleh lakukan nya dgn lebih baik.. berbanding kakyong ni yg masih byk kekurangan.. kdg2 dtg juga rasa sayu & sedih bila tak dpt nak buat yg terbaik utk anak2.. maksud kakyong yg terbaik dr segi pendidikan awal anak..
Post a Comment