Friday, January 1, 2010

Home » , » selamat tinggal 2009

selamat tinggal 2009

Salam buat semua kawan ibu,

Selamat tahun baru 2010 buat semua. Setiap kali awal tahun, bahkan sejak sekolah rendah lagi, soalan yang kerap ditanya adalah "Apa azam tahun ni?"

Andai ada yang bertanya ibu soalan ini, jawapan ibu sama macam dulu.. cuma kali ini ibu ingin mempertingkatkan lagi keazaman dan kesungguhan ibu dalam melaksanakan semua perkara yang menjadi keutamaan dan tanggungjawab ibu.

dan soalan yang ibu tak ingin, bahkan tidak mahu dengar lagi, walau dari mulut en ayah sekalipun.. adalah "Bila ibu nak cari kerja?"

Sebenarnya sudah berkali2 ibu maklumkan kepada en ayah mahupun siapa jua yang masih tidak faham2 hasrat ibu untuk menjadi WAHM, "ibu cuma akan bekerja dari @ di rumah sahaja. bukannya bekerja di pejabat masuk jam 8 pagi keluar jam 7 malam. nature tugasan seorang akauntan takkan membolehkan ibu masuk 8 pagi keluar tepat jam 5 petang. Ibu sendiri tak boleh membayangkan bila ibu balik kerja, ibu hanya mampu beri sedikit sahaja ruang masa untuk anak2. Memang ibu tak mau meletakkan diri ibu dalam situasi begitu. Kerana itulah, ibu masih bertekad untuk terus berada di rumah.


Ibu tahu sepanjang tahun 2009 ni adalah tahun yang perit untuk kami sekeluarga. Bila ibu tiada pendapatan, en ayah rasa tertekan sebab sebelum ini hidup kami boleh lah dianggap senang. tapi pada ibu, ianya hanya 'senang' kepada en ayah. yer lah, bila ibu ber'duit', bila shopping ibu yang bayar. baju2 dan keperluan anak2, ibu yang menanggung. hatta perabot rumah dan barang2 dalam rumah pun semua guna duit ibu. kalo guna duit en ayah, nanti en ayah akan claim balik bila ibu dapat gaji. Yang sedihnya, ibu tak mampu nak hadiahkan diri ibu pakaian yang cantik, biarpun 2,3 bulan sekali. Setiap kali ade sahaja yang perlu dilunaskan. nak hulurkan duit pada makbonda pun berapa lah sangat. Itupun sebab makbonda tolong jagakan ANis, maka ibu dapatlah juga beri 2-3 ratus sebulan.

Semasa mengandungkan Aliya, ibu memang dah banyak berfikir. Asalnya memang ibu ingin teruskan kerja-kerja membuat akaun di rumah. Namun ia tidak semudah yang dirancang. Sebaik bersalinkan Aliya pada Julai 2008, ibu terus berada di rumah. Besar cabarannya waktu itu (julai - dec 2008) untuk ibu menguruskan Aliya yang masih baby, Anis yang baru berjalan jatuh dan fikri pula yang perlu di'toilet-training'. Alhamdulillah, dalam tempoh tersebut ibu berjaya siapkan 1 kerja akaun koperasi felda. Jika bekerja di pejabat, ibu boleh siapkan dalam tempoh 3 minggu, tapi bila di rumah.. kerja itu hanya siap setelah hampir 3 bulan. Fee yang dapat ibu gunakan untuk bayar loan rumah untuk tempoh 5 bulan dan juga perbelanjaan rumah.

Kemudian, bila ALiya semakin mula meniarap & merangkak, ANis pula sudah makin suka memanjat.. masa ibu rasanya semakin kurang untuk difokuskan kepada kerja-kerja akaun. Gangguan dari anak2 usah dikata, ada dokumen yang diconteng dek anak2.. dan setiap kali ibu nak memulakan kerja pasti ade sahaja tangan2 kecil yang 'membantu'... aduhhh.. keazaman ibu untuk meneruskan kerja2 akaun pun sedikit demi sedikit mula menyusut. Apatah lagi en ayah sudah tidak lagi membantu ibu menjaga anak2. Masa en ayah pun lebih banyak di luar. Jika di rumah pun, en ayah membuta jer.. (konon2 nak cover tenaga..) kerja2 rumah pun semuanya harus ibu langsaikan sorang2.

Menangis... itu lah antara option ibu untuk mengurangkan tekanan. nak mengadu? pada siapa? sudahnya ibu juga yang disalahkan tak pandai mengatur masa. Ibu ni bukannya robot, ada masa ibu ingin juga berehat.. walau ibu bukan yang jenis suka membuta di petang hari.. tapi ade hari2 tertentu bila ibu tak cukup tidur.. memang terlelap juga, lebih2 lagi selepas zohor. :D

Berblog.. ini juga option yang sangat2 membantu ibu melupakan masalah dan tekanan di rumah. Tak lah lupa terus, cuma pengisian dengan aktiviti berblog dan mendapat kawan2 baru, banyak membantu ibu untuk terus positif dan meneruskan kehidupan sehari-hari. terima kasih blog dan terima kasih kawan2 blog.

Tahun 2010 ni, ibu berazam supaya 'kekecewaan' yang telah ibu lalui pada tahun 2009 tidak berulang. Insya Allah, walau letih macam mana sekalipun, ibu akan berusaha untuk mengatur dan menguruskan masa ibu dengan sebaiknya.

Ibu masih ada 1 kerja akaun yang masih belum dapat disiapkan, walhal dokumen-dokumennyer dah ambil sejak Ogos 2009 lepas. Minta maaf lah yer tuan empunya akaun. Insya Allah, ia pasti akan siap dalam tempoh 1-2 bulan ni.

Selain itu ibu akan memulakan projek cross-stitch yang baru. Nanti bila ibu sudah mulakannya, ibu akan buat n3 dan maklumkan patern apa yang ibu bakal buat.

ohya, ibu harap janganlah ada yang tersalah anggap pasal yg ibu tulis tentang 'senang untuk en ayah itu'. bukan ibu nak memburukkan en ayah. hakikatnya, sejak ibu tidak bekerja ni persepi PIL pada ibu dah lain, ibu ni sudah tidak dianggap sebagai DIL yang menyenangkan anak mereka lagi. Apa pun, ibu sedar ibu tak boleh nak memuaskan hati semua orang, dan juga membuat orang lain faham keputusan ibu untuk terus berada di rumah. Ibu terima apa juga tanggapan orang sekeliling, biarlah masa yang bakal menjawabnya nanti.


p/s :
Pija sudah pindahkan ke akaun ibu, wang yang disumbangkan dari kawan2 blog dari projek mega tu sebanyak RM1,170. Ibu telah gunakan RM150 untuk membayar bil streamyx yang tertunggak. RM175 akan digunakan untuk bayar CD dari mamapayish. Selebihnya ibu tak keluarkan lagi. Buat masa ni biarlah duit tu dok diam2 dulu dalam akaun ibu.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

24 kawan ibu yang hebat:

Ummu Mishkah said...

Selamat Tahun Baru buat kak yong sekeluarga
MOga 2010 penuh dgn sinar untuk kalian!

Your Way to Heaven said...
This comment has been removed by the author.
NzA said...

selamat thn naru utk kakyong skluarga...
Xpelh kakyong, jika itu kehendak n kata hati kakyong...hanya kita yg tahu apa yg kita rasa...

ummu_abdullah said...

tabahnya ibu ini... banyak iktibar saya dapat ambil dari kisah ibu berpengalaman ni...

Kakyong, moga tabah dan terus positif meneruskan perjuangan ni ya...

♥cybermummy♥ said...

Kagum dengan kesabaran kak yong . Citer kak yong ni akan shikeen buat sebagai pembakar semangat apabila perasaan merundun . Go kak yong go !!! Kami akan sentiasa menyokong kak yong walaupun hanya menyokong secara virtual . Terasa kak yong amat dekat di hati :D

Dayah @ Real Ummu said...

Moga 2010 akan lebih bermakna dan kyong akan terus sukses.. pastinya setiap dari kita ada manis dan pahit spjg 2009.mari kita sama2 amik pengiktibaran dari 2009 utk melangkah ke 2010.

selamat tahun baru kyong..

Lily@MamaZaraZareef said...

SElamat tahun baru kak yong!!semoga sume impian n perancangan akan tercapai utk tahun ini ok..=D

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kakyong bekerja dari rumah memerlukan displin yang cukup tinggi, akak dulu bekerja dari rumah slepas berhenti kerja, kemudian berjaya membuka syarikat sendiri dan akak memberi arahan dari pekerja pun dari rumah, kalau ada meeting penting baru akak hadirkan diri. Pada mulanya memang susah, tapi akak buat jadual waktu sendiri dan sesuaikan diri bekerja dengan anak kecil duduk di atas pangku, mungkin akak agak mudah sebab ada pembantu rumah, tapi akak biasakan diri..kalau bekerja Qaisara nak duduk atas pangku duduk,duduklah, memang dalam situasi kak yong agak susah sebab anak kakyong tiga orang dan kecil-kecil pula tu, perit sikitlah. Paling penting setiap waktu adalah cukup berharga, jgn sesekali habiskan masa dengan bermain game, berblog terlalu lama, pilihlah waktu utk kak yong sesuai bagi kak yong menghabiskan kerja2 akaun kak yong, contohnya pada 2 pagi, 3 pagi..akak doakan tahun ini tahun yang cemerlang untuk kak yong..AMIN..

Leeza said...

Kak yong..
salam tahun baru. bekerja di pejabat atau di rumah sama sahaja. kak yong kena pandai uruskan masa supaya kerja-kerja akaun kakyong dapat siap dengan cepat dan dapat banyak peluang yang lain. jangan putus asa dalam perjuangan. cerita kakyong ini menjadikan saya berfikir 1001 kali sebelum berkahwin. kena cari suami yang memahami dan sekufu.

Whitelab Maira said...

Kak Yong...

Menitis airmata saya bila saya baca tulisan ni. Nasib Kak Yong sama macam saya...memang sama sangat. Terutama sikap suami. Tapi saya tak beruntung dapat luahkan kat blog sebab suami saya baca blog saya.

Moga Allah SWT muliakan niat kita...pedulikan apa orang kata. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik buat anak2 kita...

Pija Madzlan said...

kakyong...

mm....saya bukan sapa2 pun nk bg tips sbb berat mata memandang, yg pikul tu bahu sendiri juga...

tapi bak kata k.yati itu...
1. Jadual - masa kerja mesti ada dan ketika itu kakyong juga perlu jadualkan anak2 juga. TV kah (ini contoh yg kurang logik), makanan yang tidak remeh mcm cucur, keropok goreng dll, mewarna...

2. Tegas dengan masa kerja - anak mmg sentiasa mengganggu. Kalau sebesar Fikri dengan Anis, mereka akan lebih faham kalau kita bgtau tiap hari. Tp jika mereka perlukan sesuatu, cepat2 buat sbb kaau lambat, rengekkan mereka itu sangatlah tidak tahan untuk kita hadapi. Jika sebesar Alia dan Arwa saya memang kat lutut umilah tpt paling ideal mereka tapi kalau saya kata, "Asmaa', Usamah, cuba ajak Arwa main sama...." selalunya menjadi. Tapi itu perlu asuhan setiap hari kakyong.

erk...bolehkah saya bg tips di blog saya..agak melampau buat entry begini di kotak komen orang :P

apapun saya doakan kakyong!!!

Nadiah Sidek said...

sabar ye kakyong. apa pun, cekalkan hati & smg thn baru ni segala urusan kakyong dipermdhknNya..ameen..

♥MAMASYAZA♥ said...

selamat tahun baru kak yong, sebenarnya su tak suka baca n3 camni, buat su rasa sedih sgt...harap kak yong tabah hadapi setiap dugaan yg mendtg n semoga tahun 2010 ni, memberi kebahagiaan dan kesenangan yg berlipat ganda utk kakyong sekeluarga.
mmg betol kak yong, kita ni bukannya robot, semua nak kena buat, semua nak perfect, su pun bila balik keja dah lewat, bila mlm ja anak2 dok melompat2 lagi tapi si mak dah membuta..letihhh sgt

Unknown said...

ummumishkah,
selamat tahun baru utuk ummu juga & terima kasih atas doa.

kak nza,
selamat tahun baru.
setiap kita ada pilihan kan. :)


ummu_abdullah,
tabah?! mungkin belum cukup tabah.. masih byk ranjau yg perlu dilalui, perjalanan masih jauh.. betul kan Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan kita kan.. Insya Allah, positif & sabar itu sgt penting..


ikeen,
kakyong ni bukan lah sabar mana pun..
ada masa nya rasa sgt tough.. & ada masa nya rasa lemah sgt2.. cuma selalulah berdoa semoga Allah kuatkan hati utk teruskan kehidupan sehari2..

Dayah,
sama juga lah utk Dayah.. yg manis akan jadi kenangan indah, yg pahit tu buat ikhtibar.

mama zara,
selamat tahun baru.. begitu juga utk mama zara, semoga tercapai impian 2010.

Unknown said...

kakyati NB,
kakyong suka sgt nasihat dr kakyati yg sgt berpengalaman. Insya Allah, dari semasa ke semasa akan kakyong akan perbaiki terutama dr segi pengurusan masa dan anak2.
lately ni memang susah sikit nak lama2 depan laptop, sbb anis & aliya dua2 nak dok kat riba/pangku.. memang xleh buat kerja.. layan depa jer belajar.

kak liza,
kalo dipejabat mungkin kurang sedikit gangguan dan kerja boleh disiapkan dgn lebih cepat..
kalo rumah ni, baru dok 5 minit.. dah anis pulak 'buang air', pastu fikri pulak nak susu, kemudian aliya pulak nak nenen.. kalo dah aliya BF, mau kakyong pun terlena sekali. kalo depa tidur ptg, baru ade peluang nak ngadap kerja. tp la anis & fikri dah jrg tidur ptg..

kak, sebelum kahwin tu lagaknya mcm sgt memahami.. bila dah dok sebumbung & lalui mcm2 pahit getir.. baru lah terserlah... :D


QM,
maaf lah, tak berniat nak buat QM menitis air mata. Susah nak ckp lah, nak kata dia tak faham, sebenarnya dia faham.. agaknya mungkin lambat nak faham kot.. @ mungkin kerana kita ni dok rumah, jd semua kerja di rumah kita lah yg patut uruskan..
terima kasih atas doa. kakyong juga doakan yg sama utk QM.

apa2 pun kakyong salute dgn ayahmertua, kerja2 sidai kain, lipat kain, kemas rumah luar dalam, siram pokok bunga.. semua ayahmertua buat. kalo tgk adik2 ayahmertua pun seme jenis yg suka mengemas.

Pija,
sila lah buat n3 di blog.. lebih ramai yg akan dpt manafaat nanti.
buat masa ni fikri xde masalah nak uruskan dia, asal dia cukup makan, layan masa dia nak belajar, bg dia ruang masa nak tgk kartun kesukaan dia (tv9 setiap ptg),& boleh kata fikri ni dah boleh berdikari.
Anis pulak masih dlm proses nak berdikari, tp dia suka memunggah & menyelongkar brg.. tu pasal selalu kena makesure dia selalu ade depan mata.. kalo tak, dah ade plak kerja lain yg ibunya kena buat.. & anis juga sgt kuat memerap.. lagi kuat memerap berbanding aliya.

Aliya. toksah ckp lah.. la ni dah mula memanjat pulak.. selagi dia tak letih, kalo dah bosan main dgn kakak & abg, asyik nak mengopek jer.. la ni tidur ptg pun 1/2 jam jer.. anis & fikri dah jrg sgt2 tidur ptg..

kdg2 tu rasa tension letih nak menangis.. bila lah anak2 ku ni nak rehat..
jiran sebelah yg ade anak sorg thn ni masuk tahun 1, & sorg sebaya Aliya pun selalu mengeluh tension, x dpt nak rehat... anak2 ade jer kerja.. kacau sana kacau sini

dia leh ckp anak2 kakyong baik2, senang nak urus..tak dengar bunyi bising2... hahahaaaaa.. mau tergelak besar dibuatnya.. dia tak tahu dlm rumah ni kdg2 mcm tongkang karam pecah.. :D


nadiah,
semoga dipermudahkan juga urusan nadiah

su @ mamasyaza,
tak suka n3 mcm ni... uhukkkk... :(

dulu masa awal kakyong behenti tu, duit simpanan byk lah juga.. boleh servis loan rumah utk setahun, tp kdg2 lifepartner kita ni bila dah biasa kita byr semua, depa amik mudah.. bila simpanan dah habis & job yg ade onhands tak dpt disiapkan.. maka terjadilah apa yg telah terjadi...

Suhana Shahril said...

Chaiyok! Gambatin!
Jom kita sama2 jadi super moms..moga Allah beri kesihatan fizikal,mental,rohani & jasmani kita.So, baru leh jadi super woman.amin..

Nur said...

Kakyong,
u deserve a pat at the back, for being strong.
Bagi Yati yang bisnes dari rumah ni, Yati lebih suka online malam. Time budak dah tidor. Kalau siang, nak kena berebut dengan dia orang. Disiplin pun kena tinggi. Kena belajar priorotize kerja mana yang penting. Memang banyak kerja. Bukan senang. Tapi kita boleh!
Banyak dugaan. Yati doakan kakyong berjaya. Pssst, kalau akak nak buatatau terima order jahit cross stitch potret orang, Yati boleh tolong. Email Yati, yati_my@yahoo.com kalau berminat ye. May the force be with u!

Che Mah said...

Selamat Tahun Baru, semoga Kak Yong tabah dan berjaya ....

Hanz Jamaludin said...

Kakyong dearie...Happy New Year to u!

yatie chomeyl said...

tabahnya kak yong melalui dugaan2 ni dgn keazaman utk jd WAHM. semoga azam kak yong utk thn 2010 tercapai.hepi new year k yong cayang :X

Unknown said...

Suhana,
yes.. pastinya begitu lah.. sama2 berusaha ke arah itu... :)

yati,
i need a big hugg.. :D
Insya Allah.. kalo berusaha mesti boleh kan.. la ni kakyong buat kerja akaun berdikit2.. tak leh nak tunggu belah malam @ specific hour sbb ragam anis & aliya ni tak menentu.. cuma la ni kakyong kena set target.. kalo dah target nak siapkan data entri 1 file utk 2 hari.. so keep to it.. & buat sebanyak mungkin selagi anak2 tak kaco..

Insya Allah, kalo ade yg tingin nak stich potret bleh la kakyong contact yati..


hanz,
hepi new year to you too!!

yati mommy sn,
dia yg jauh tu jepun tu pun sama tabah jugak... beljor rajin2 & jaga baby Sn with TLC...

nadnye said...

Kak Yong sabar yea.. tahun baru azam baru, sama la mcm saya juga.Kena pandai urus masa

ummuabdullahsyaakir said...

SESI MENINGGALKAN JEJAK ^_^

Terharu baca entri ni.Tak pe kak yong,blog kan tmpt kita melauhkn perasaan.Moga Allah berikan kemudahan dalam setiap urusan kak yong.

Tapi betul kak yong,kalau urusn rumh sma2 suami buat rsa ringan sgt.

Unknown said...

nadnye,
yer nak mnguruskan masa ni tdk semudah kita mbuat checklist, action tu penting, disamping ketabahan kita nak hadapi & tangani 'gangguan2' kecil... ;)

UAS,
kdg2 memang bila down.. terasa nak share mcm2 kat blog.. tp ssesekala boleh la meluah rasa.. kalo kerap2 nanti org ingat kita ni 'kaki sedih' jer.... heheheee...

Alhamdulillah, 2-3 bulan ni ade lah bbrp perkara yg telah dpt di'kauwtim'kan dgn en ayah.. x byk mana pun sekurang2nya mbantu meringankan urusan rumah yg lain.. xde lah rasa tensi menguruskan semua urusan dlm rumah sorg2...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .