Salam buat semua kawan ibu,
harap kalian memahami kenapa ibu tak dapat nak update n3 setiap hari. tuntutan masa bersama anak2, kerja2 rumah dan menguruskan kerja akaun serta projek cross-stitch memang menghadkan masa ibu untuk menyiapkan n3 ini.
Alhamdulillah, akhirnya Anis & Aliya dapat juga peluang untuk memakai kain lampin moden (cloth diaper @ CD). actually baru ade 7 helai CD jer. heheheee.. :D *sajer jer nak heboh-heboh. 2 CD ibu beli dari makngah miela dan 5 CD lagi ibu beli dari mamapayish, semuanya jenama coolababy.
Jadi, la ni ibu ada 3 CD velcro, 2 CD button All-in-one (AIO) dan 2 CD button. Ibu prefer CD yang berbutton, sebabnya Aliya susah nak buka. Kalo yang velro @ jenis zap-on ni, suka2 jer Aliya nak tanggalkan CD.
Reaksi anis & aliya kali pertama ber'CD'
nak kata Aliya excited tu tak juga. CD pertama yang Aliya pakai adalah jenis velcro. Dia asyik nak buka dan tanggalkan jer. sekarang ni ibu pakaikan Aliya CD yang button jer. memandangkan stok ade 4 jer, so sehari guna 2 CD.
Anis memang excited sangat nak ber'CD. masa terima parcel dari mamapayish, Anis suka sangat, siap cakap.. "ni kakak munyer.. !!"
btw, ibu hanya beri Anis pakai 1 hari sekali jer, itupun hanya untuk 1 jam sahaja. Anis ni memang kuat 'membesye', pada percubaan pertama ibu bagi Anis pakai untuk 2 jam.. banjir sampai basah baju nyer. huhuuuuu... Actually Anis ni dalam proses awal toilet training. Selalu tu kalo pakai disposal diapers (DD) dia akan beritahu bila dia terasa nak buang air kecil. so cepat2 ibu akan bawa ke toilet. Agaknya pakai CD ni selesa kot.. sampai dia tak perasan dia dah buang air. Jadi, en ayah memang tak galakkan Anis ber'CD'.. tapi ibu bagi juga. yer lah kalo lepas mandi pagi tu, dia tengok Aliya ber'CD.. dia plak akan request.. "kakak munyer??!" nanti kalo tak dibagi boleh pecah rumah disebabkan tangisan yang ala-ala meraung tu. huhhhhuuuuu.. mana tahan...
Penjimatan?
Hmmm.. dalam kes anak2 ibu ni.. susah sikit nak cakap. sebab anak2 ibu guna DD tesco jer. Aliya guna DD saiz M 84 pcs yang boleh tahan sehingga 4 minggu. Anis pulak guna saiz L 72 yang hanya bertahan 2 minggu jer. So all in untuk 2 anak dara ibu ni, kami spend lebih kurang RM100 untuk DD. 1 pack DD tesco harga tak sampai RM30. Anis is expected to be diapersless within 4 month, Aliya pulak mungkin another 18 month. So penggunaan DD (penggunaan penuh) untuk masa depan (next 4 bulan utk anis & sehingga Aliya berumur 3 tahun) untuk kedua2 puteri ibu ni adalah dalam anggaran RM1,000 (mengambil kira Aliya akan guna saiz L).
So far ibu telah membelanjakan lebih kurang RM220+- untuk 7 keping CD. Ibu plan supaya ada 20 keping CD. jadi 13 CD lagi dicari, mungkin jenama lain... ;) another 13 CD mungkin perlu belanja dalam anggaran RM400. So total yang perlu dibelanjakan untuk memiliki 20 CD adalah lebih kurang RM600. * kalo boleh, jika ade masa lah.. ibu akan coba untuk cari2 contest yang menghadiahkan CD * Dan penggunaan DD bersulam dengan CD adalah dalam anggaran RM500 (Anis & Aliya). jika dicampur penggunaan DD + CD, kos adalah RM1,100 (RM600 CD + RM500 DD).
actually tak nampak penjimatan kan untuk anak2 yang menggunakan DD tak berjenama nih.. *ohhh.. hal ini tidak boleh sampai ke telinga en ayah... ohhhoooo ;) tapi kenapa yer ibu nak juga ber'CD'.
- sekurang2nya ibu dah membantu usaha untuk meng'hijau'kan bumi dan mengurangkan sampah DD.
- ibu suka CD yang berwarna-warni.. lagipun anak2 nampak selesa dengan CD. Anak2 sebelum ni memang tidak alami alahan @ rashes walaupun ibu hanya gunakan DD murahan jer. pokoknya ibu memang suka lah
memang tidak dinafikan bila dah menggunakan CD ni, bertambah lah sket kerja ibu. Tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan yang besor. takkanlah anak2 ber'CD ibu langsung tak leh buat koje lain.
memandangkan stock yang masih tahap minimakan.. ni ler jadinya dalam usaha supaya Aliya boleh ber'CD setiap hari. sangkut jer kat mana2 yang bleh kena angin.
Ibu sebenarnya dah lama tahu tentang CD ni sebab kawan2 blog ibu macam hanz dan nadnye yang suka buat review pasal CD. Terima kasih ya kawan-kawan. sekarang anak2 ibu pun sudah ber'CD. :D
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
22 kawan ibu yang hebat:
Bagus lah kak yong dengan usaha save the earth. Sekarang shikeen pun tolong usahakan save the earth sebab anak2 semua dah tak guna disposable diapers @ diapers free kalau tak agaknya shikeen ni no 1 perosak bumi kerana disposable diapers huhuhu .
bagusla kak yong membantu menghijaukan bumi..saya? mybe anak lepasnilaarr..nabila pun skrg dah tak guna dd dirumah...
salam kak yong,
meh laa join contest rozy, leh dapat hadiah CD..
kalau kak yong nak CD Coolababy yg sangat murah.. rozy leh tolong sebab rozy leh dapat rega distributor...so takat nak beli 20 CD tu cuma spend lebih kurang RM400.
Wa... aliya n anis da join the club eh.. bb qis pun suka bercd'ing nie..tp mmg iela x prefer velcro..if kyong nak tambah lg cd just hint2 je..iela ada byk stok tu.. xpe adik beradik..n printed pun ada..rege adik beradik je la..hehehehe
waaaa bagusnye kak yong...saya if ada rezeki. 3rd bb baru nak try pki CD ni...:)
Semoga kakyong lebih blanja brhmah selpas ni.... :) and happy birthday
awwww...sexy budak tecik pakai CD merah!!!!
THUMBS UP Kakyong! I loiiikkess!!! Anything nak tahu pasal ber-CD, feel free to ask me...
Happy CD-ing! :>
sikecik masih pakai dd tpi cuma sekrg ni dah tak nak pakai, kalo rasa nak kencing, cepat2 dia lari masuk toilet...harap2 bila umo sikecik 2thn 1/2 nanti dia dah tak yah pakai dd
Wahh..kak yong pon dh berkecimpung huna cd yerk..chaiyok2x..sy jek lom smpai seru guna cd ni lagi..isu malas nak membasuh tula..hehehe..
byknye CD..hehe..
epy beteday kak yong! :)
Selamat ber natural parenting!
banyak tu brgantungan .....bagus le, skurg2nya slamat le bumi kita...
dah berCD anak dara tu...welcome to CD world...nak cepat kering..kena la anginkan mcm tu..saya pun..
ikeen,
heheh.. jom sama2 green kan earth.. buat ikeen anak dah besor2 boleh guna cara lain plak...
hada,
ni la baru belajor2 nak guna CD..
nabila dah besor.. heheh, bila plak nabila nak dpt adik.. :D
Rozy,
anak2 kami xde pet.. camana nak join contest... uhukkk..
terima kasih rozy utk tawaran tu.. nanti ape2 hal kakyong antor email yer.. tp kakyong teringin nak cari CD jenama lain.
iela,
anis memang excited sgt nak berCD.. tp tau lah kan stok masih terhad.. so terpaksa dulu kan aliya dulu..
CT,
xper.. mulakan dr awal utk 3rd baby nanti.. :)
pija,
berhemah.. :) Insya Allah
tu la kalo boleh nak cari CD dgn rege yg lebih murah..
Fid,
hahahaaa... :)) memang sexy... ;)
hanz,
thanks.. sebelum ni pun kakyong byk refer info dr blog hanz...
su,
kalo si adik dah on-toilet-training may be not worth spend utk beli CD..
nanti share sikit pasal su toilet-training kan si adik..
anis skrg ni pun mcm dah 'sedia' utk di toilet-training.. tp yg letih tu dia kejap-kejap nak masuk toilet.. kdg2 letih dibuatnya.. kalo ibu ckp, kakak kencing dlm pampers jer lah.. dia insist nak ke toilet jugak.. walhal kita ni tak terkejar masa antr nak layan kehendak dia... aliya lagi dah suka merengek.. aliya la ni dia memang pantang kalo ibu layan kakak lebih2..
mama zara,
x per, get ready for the new baby... ;)
dah ade plan ke arah tu ker??!!! :p
iNa,
baru ade 7 pcs jer....
iedaluvsham,
terima kasih dik.. :X
ummumishkah,
terima kasih... byk lagi nak belajar tentang natural parenting nih...
kak nza,
belum cukup byk lagi tu.. masih dlm proses mencari lagi... ;)
dayah,
thanks... berusaha juga merajinkan diri ni...
Kak Yong..macam wish tahun baru tercapai jea nie.. "happy cding"
nadnye,
masih baru lah.. byk lagi yg masih dalam proses... ;)
SESI MENINGGALKAN JEJAK ^_^
Memang betul kak yong,pakai CD mmg jimat mmg mula2 beli terasa sikt tapi klu nak ikut prncangn msa depan,mmg berbaloi2.Kalau ada rezeki nnt pun saya nak pkaikn ank2 dgn CD
UAS,
mari lah ber'CD'... jengah lah kakyong's shoppe... ;)
Post a Comment