Tuesday, January 6, 2009

Home » » 019 my 37th birthday

019 my 37th birthday

meningkat lagi usia teman... 37 tahun. dah tue benor.. tapi belum cukup tua untuk dipanggil 'tue ganyut'.. haha.. apa le gamaknya pencapaian yang telah dicapai sepanjang hidup selama 37 tahun ini. kalo nak ukur pencapaian akademik, pasti boleh disenaraikan.. tapi
  • pencapaian sebagai seorang hamba Allah - boleh kah ku ukur.. iman, amal, sedekah jariah... taatkah aku dengan suruhan & larangan Nya. MasyaAllah, banyak ketikanya aku leka dengan kealpaan & kemalasan ku sendiri.. "Ya Allah, janganlah Kau palingkan aku dari jalan kebenaran setelah kau bukakan hatiku kepada Nur Mu. Pimpinlah hambaMu ini Ya Allah. Pimpinlah agar aku sentiasa memegang tali Mu.. Sesungguhnya hambaMu ini terlalu dhaif lagi miskin hatinya.. berikanlah hidayahMu agar dapat aku tetap berteguh dijalanMu. perkenankanlah permintaanku Ya Allah"
  • pencapaian sebagai seorang anak -sejauh mana kah telah kuhulurkan bakti untuk ayahbonda jua adik-beradik.. solehahkah aku terhadap kedua orang tuaku!? adakah baktiku hanya dikira dengan wangringgit yang telah kuhulurkan... namun, mana bisa lagi aku berbakti dengan wangringgit, kemampuan kewanganku kini jua amat terbatas.. Insya Allah, aku akan cuba memberi bakti tenaga sejauhmana yang termampu.. Aku tahu, sejak aku tidak bekerja, keperluan kewangan bonda amat meruncing.. adik-adik masih ada 3 orang yang masih belajar.. apakah aku bersalah kerana tidak lagi dapat membantu meringankan kewangan bonda!? "Ya Allah, ringanlah bebanan bondaku. Aku tahu terlalu banyak yang bondaku telah korbankan untuk kami 10 orang adik-beradik." Aku tahu dalam usia bonda yang telah menjangkau lebih 55 tahun, seharusnya bonda hanya berehat di rumah, tidak perlu lagi bersusah payah mencari wangringgit untuk menanggung kehidupan. "Ya Allah, berikanlah hidayah & petunjukMu kepada ayahnda ku. bukakanlah pintu hatinya agar dia lebih mengerti akan tanggungjawab yang telah diabaikannya selama ini. Amin"
  • pencapaian sebagai seorang isteri - sejauh mana kah telah aku membahagiakan suamiku, solehah kah aku dimata suami!? Adakah selama usia perkahwinan kami, aku terlalu meminta-minta sehingga suami sering menangguhkan apa jua keinginan dan kemahuanku. Atau ini ujian yang kau berikan untuk aku, agar aku bisa belajar untuk bersabar dan menerima kekurangan dengan hati yang terbuka & berlapang dada.! namun aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana dengan rahmatMu aku dipertemukan jodoh dengan suamiku, pada usia yang telah mengenjak 33 tahun. Akhirnya Kau telah selamatkan aku dari tohmahan dan gelaran 'anakdara tua' yang dilabel oleh jiran tetangga dan kawan-kawan sepejabat. Aku bersyukur dengan kurniaanMu Ya Allah, walau suamiku bukan Engineer, Lawyer, Magistret @ Manager, apatah lagi tuan Director. Walau suamiku hanya seorang peniaga kecil yang menjual santan di sebuah pasar kecil, tetapi rezeki yang Engkau kurniakan, Alhamdulillah, walau sedikit tapi sentiasa cukup keperluan kehidupan kami. Walau aku tidak dapat berganti baju baru setiap bulan, apatah 6 bulan sekali; tidak dapat bercuti ke destinasi mewah impian zaman bujangku; tidak naik kereta mewah hanya kereta wira yang sudah senget-senget; tidak dapat bemekap & membeli minyak wangi Estee lauder semasa zaman bujangku; yaaa memang banyak yang terpaksa kukorbankan.. namun kehidupan kini terasa sentiasa cukup.. hati lapang, fikiran tenang.. Alhamdulillah. "Ya Allah, semoga ditetapkan hatiku agar sentiasa belajar & berlapang dada untuk menjaga keharmonian rumahtangga yang Engkau kurniakan untuk ku ini"
  • pencapaian sebagai seorang ibu - sejauh mana kah telah aku tunaikan untuk mendidik, mengasuh anak-anak menjadi insan soleh. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah walau berkahwin pada usia yang lewat, namun kau kurniakan aku putera-puteri yang menawan & sempurna. Memang berat pada awalnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu, apatah lagi diduga setiap tahun dengan kelahiran baru. Kesakitan melahirkan, berpantang sendirian, segalanya harus diuruskan sendiri & kesibukan mengurus anak-anak terpaksa ditangani sendiri. Airmata dan tangisan menjadi teman setia untuk seketika, tatkala melihat anak-anak semakin membesar, aku cekalkan hati untuk melalui segala-galanya. Tak dinafikan kenakalan, jerit-tangis & kerenah anak-anak adakala mencuit kesabaran dihati. "Ya Allah, berikanlah aku lebih kesabaran dan kekuatan hati dalam mengasuh dan membesarkan anak-anak, semoga dapat ku asuh mereka agar kenal & taat pada perintahMu. jadikanlah aku ibu yang penuh dengan kasih sayang, agar anak-anak membesar tanpa ada perasaan terpinggir dan dendam. Amin."
Ya Allah, aku ini telah terlalu banyak meminta kepadaMu. namun pada siapakah lagi selain padaMu. Aku hanya hambaMu, yang kerap alpa, kerap terlupa akan nikmat kehidupan yang telah Engkau kurniakan padaku sejak aku kecil sehinggalah kini meniti usia 37 tahun.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

1 kawan ibu yang hebat:

Hazia said...

Wah... lengkapnya renungan hari jadi ke-37 ni:)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .