Friday, June 4, 2010

Home » , , » Anak autisme

Anak autisme

.
Salam ceria semua,

hari ni terpanggil untuk kongsi tentang anak istimewa autisme..

Dulu masa ibu masih bekerja di sebuah kilang membuat harness di Silibin, ade seorang manager ni, kami panggil che Din. Anak dia cuma 2 orang sahaja, dua-dua lelaki. Semasa syarikat dalam keadaan kelam-kabut (bakal nak bangkrup), ibu kerap membuat kerja di rumah dan che din pun kerap juga datang ke rumah, atas urusan kerja.

Ada satu kali che din datang bersama isteri dan anak-anaknya. Masa itu fikri pun dah lahir, masih dalam usia 4-5 bulan. Anak yang sulong tu dah sekolah menengah, ramah juga orang nya. Anak ke2, sangat pendiam.. dia langsung tak bercakap, tapi dia suka senyum, dari mula sampai hingga lah nak balik dia sangat asyik bermain dengan straw, kejap diputar-putarkan nya straw tu, kejap dibetulkan.. kata che din umur nya dah 9 tahun. Memula ibu pelik juga melihat kelaku yang sedikit pelik. Ibu ni mulalah bertanya itu ni, sekolah di mana etc.

Akhirnya che din beritahu bahwa anaknya itu OKU. Secara fizikal nya tiada yang cacat, normal, tiada beza sedikit pun seperti anak yang normal. Rupanya anak che din 'autisme'. Kemudian isterinya pula bercerita, masa masih baby bila diagah tidak memberi respond. Bila umur 1 tahun, pun semakin ketara.. memula ingatkan anaknya ada masalah pendengaran.. yer lah bila dipanggil tak menyahut.. tak respond apa2.. seolah2 anak nya berada dalam dunia dia tersendiri. Memula ingatkan biasa, tapi setelah beberapa kali ke pakar, akhirnya terjawab sudah persoalan. Sehingga umur 6 tahun masih belum pandai uruskan diri sendiri, semua harus dilayan seperti anak2 yang masih kecil. 

Kemudian dihantar ke sekolah khas, Alhamdulillah setelah usia 8 tahun, sudah pandai uruskan diri sendiri.. sudah boleh berinteraksi, ibunya pun sama-sama dok dalam kelas.. Anaknya memang tidak bercakap, jadi komunikasi menggunakan sign-language. Tu pasal ibunya harus dok belajar sekali dalam kelas. Isteri che din kata ibu bertuah sebab anak ibu normal. Katanya lagi, menjaga anak autisme ni sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. uhhh.. bersyukur Alhamdulillah, anak2 kita normal. Tabah sungguh che Din & isterinya, sentiasa kena duga. Kalo ibu berada di tempat isteri che din, ntah lah.. sudah lah susah nak dapat anak, diduga pula dengan anak istimewa. Namun bila ibu fikir-fikirkan, ibu2 yang punya anak istimewa itu bukan diduga tetapi diberi satu Anugerah istimewa. 

masih tergambar-gambar lambaian dari anak en che din, sewaktu tinggalkan rumah kami beberapa tahun yang dulu... sungguh sejak sekian lama baru kali ini ibu teringat bahawa ibu memang punya kawan yang ada anak autisme.

Dan seorang lagi sahabat ibu yang punya anak autisme adalah kakwani. Kakwani ni ibu kenal melalui mailinglist muslimat-net/hizbi-net pada tahun 1999. Kami sudah kerap berjumpa, berpotluck, bahkan bercuti sekali. Semasa bujang dulu pun pernah beberapa kali ibu bermalam di rumah kakwani. Cuma sejak dah berkahwin ni, belum punya kesempatan lagi untuk menziarah kakwani di Kajang.

Ada kakwani kongsikan pengalaman & cerita tentang Daniel (anak yang autisme) di blog. Kalo suka nak baca tentang Daniel  & menimba pengetahuan marilah baca SINI. Daniel ni memang hensem macam Amy search (masa dia kecik dulu lah)
 foto dicopek dari FB.. yang tengah tu Daniel.. hensem kan..
ini foto tahun lepas.. tak ingat lah daniel lahir tahun berapa.. rasanya tahun ni Danial darjah 5@6. Yang baju merah tu Zahidah,anak sulong kakwani, sebaya dengan maksu Ainun.


di Facebook pun sudah ade KELAB ANAK AUTISME


autisme ni ade level2 nya tersendiri..
begitu juga dengan anak sindrom down.. len kali citer pasal adib lah pulak




p.s
ada orang  Malu bila ade anak istimewa/OKU.. ade yang sanggup sorok anak semata2 nak jaga nama baik.. ade juga yang tak mau hantor anak ke pusat @ kelas khas untuk anak2 OKU..
usah lah sorok.. usahlah malu.. anak OKU ni anugerah istimewa.. hantar lah ke pusat @ kelas khas, supaya anak2 OKU boleh berdikari.. bahkan sekarang ni sudah ramai anak2 OKU yang berjaya samada dalam pelajaran mahupun kerjaya.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .