Thursday, June 17, 2010

Home » » malware virus.. detect semasa blogwalking

malware virus.. detect semasa blogwalking

.
Salam buat semua,


Sesi blogwalking ibu terbantut semalam.. sebaik ibu masuk blog Fizanordin (blog masak2 ni).. tetiba chrome kuor message macam kat dalam image di bawah ni. sehingga tengah malam tadi.. masih lagi jadi camni... 






Fiza Nordin.. sekiranya anda membaca entri ni.. sila amik perhatian ya.. anda mungkin perlu remove site/link jeni.resepi.net dari blog anda.

Kakyong's bloggerlist pun terkena juga macam ni... tak dapat nak tunjukkan print-screen.. lupa nak save.. & setelah bertungkus-lumus untuk buangkan site/website yang berkenaan. Akhirnya, dah tak kuor screen merah ni..  tapi dalam usaha nak buangkan/deletekan site berkenaan (Rizmy creation - x silap lah), berulangkaji jadi macam ni.. (tengok dalam foto bawah ni)





kalo tengok dalam kotak tu.. memang dah 'remove' kan blog tu.. tapi bila nak save.. dia kuor message seperti yang di'anak-panah-merah'kan .

Oleh kerana risau, kot2 lappy ibu yang diserang virus.. maka :
1. ibu tutup semua browser..
2. buat full-scan.. almost 1 jam...
3. lepas tu masuk semula browser.. check lagi (masuk semula ke kakyong's bloggerlist).. pastu semak, ade lagi tak website yang dah delete tu... Alhamdulillah dah takde.

cuma masalah nya.. masih tak dapat nak ke blog Fizanordin.. asyik kuor screen merah tu... seriau...

Actually nak tanya lah kawan2 yang pernah alami kes macam ni.. apa step yang patut buat.. riso gak weiihh, kalo virus serang blog... kalo blog haru-biru, mau nangis juga daku...




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .