.
Salam mesra buat semua,
agak lama juga blog ni tak ade tagline. Jika masa awal berblog (Jan 2008), tagline Catatan Ibu adalah 'kisah kami dan orang-orang yang disekitaran hidup kami'.. sangat poyo kan... ibu ni memang fail kalo bab2 nak buat tagline ni... kemudian bila ibu rasa macam tak best jer tagline tu.. so tak ingat dah sejak bila, header blog hanya "Catatan Ibu "..
Mulai 20 May 2010, nama blog ibu tukar ke Kakyong[dot]com. Jadi supaya ia nampak superb & sesuai dengan personaliti blog @ tuan empunya blog yang simple ni (I think I'm a simple person.. tapi tak tau la pandangan kawan2 blog).. --> jadi ibu adakan Contest TAGLINE kakyong[dot]com....
Syarat-syarat & terma contest.
1. Mesti ada blog.
2. Link kan kakyong[dot]com dan kakyong's shoppe di bloglist kalian.
3. Tampal banner di sidebar & link ke n3 contest ini.
4. Buat entri contest di blog. Content entri -
(i) cadangkan tagline yang superb - tak lebih 15 patah perkataan ya.. yang penting short & precious.. 70% markah disini ya.. sila nyatakan @ penerangan kenapa di cadangkan tagline superb itu..
(ii) beri pandangan kalian tentang blog kakyong[dot]com - apa yang suka, apa yang tak suka, serta cadangan & penambaikan untuk content entri blog adalah sangat2 dialu-alukan...5. Tinggalkan permalink @ link entri anda di kotak komen entri ini.
6. Insya Allah, 2 orang Pemenang yang berjaya menambat hati ibu dicari... menambat hatiku dengan tagline yang superb ya... .
7. Hadiahnya : (gambar akan diUP kan sepenuhnya di entri yang lain)
- Beg anyaman (1st & 2nd winner)
- Cross-stitch with frame - saiz 4"x6" (1st & 2nd winner) &
- 1 pc CD QQbaby Minky (ibu reservekan brown stripe zebra) (1st winner)
foto kredit to Beg Tangan Mengkuang
ibu masih lagi dalam sesi/mode mencari beg anyaman ini .. ade jumpa di pasar malam, tapi bukan anyaman mengkuang.. nanti nak cari lagi mungkin di Gerbang Malam @ di Pasar Loken
note : Memandangkan 80% kawan/kenalan blog ibu adalah ibu2/mommie/mama/emak.. jadi ibu sediakan hadiah untuk ibu/mama ajer.. kalo ade yang jejaka-bujang @ bapak yang join.. hadiah beg masih sesuai kan untuk ibu (bukan gelfren okeh..) & isteri...
8. Contest bermula 14 Jun 2010 dan berakhir pada 14 Julai 2010, 31 Julai 2010 (**update pada 5 Julai 2010**), 12 tengah malam waktu Malaysia.
9. Semua peserta contest ini secara otomatik layak untuk sertai Giveaway triplet-besday kakyong[dot]com yang akan diumumkan nanti.
**update 5 Julai 2010**
10. Peserta boleh membuat 2 cadangan tagline, tetapi dalam entri berbeza. Bermakna 1 blog dibenarkan 2 penyertaan.
**update 5 Julai 2010**
10. Peserta boleh membuat 2 cadangan tagline, tetapi dalam entri berbeza. Bermakna 1 blog dibenarkan 2 penyertaan.
Selamat berContest. Entri ini tidak akan di lekat gam-cap-gajah.. tapi banner akan ditampal di sidebar atas sekali.
Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!