Saturday, June 5, 2010

Home » » Dapat hadiah misteri..

Dapat hadiah misteri..

.
Salam hari sabtu..

Akhirnya cuti sekolah datang lagi... hari ini pula adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan YDA.


Supposely, n3 ni pendek jer.. hanya nak maklumkan bahawa contest yang INI.. ibu telah terpilih untuk menerima hadiah misteri. Terima kasih Ieda.


Untuk cute pink babies contest, aliya terpilih ke pusingan akhir.. pusingan akhir pun harus berentap dengan 60 calon yang lain.. yang nampaknya hebat2 belaka.

Hadiah untuk giveaway dari mama damia @ haiza telah sampai, tapi bateri kamera pulak kong. suamiku asyik lupa saja nak beli baru. Nanti dah ade bateri, akan ku tayangkan.. bukan nak menunjuk2 tapi ade yang request nak tengok.


Akhirnya kalam untuk hari ini, meh sama doakan kesejahteraan ALANA. kalian baca nanti diblog ini.. meruntun hatiku membaca nya.. melihat foto2 lama yang sangat comel & montel.. berbanding keadaannya kini. Doakan semoga ibu ayahnya tabah dan kuat melalui nya. 

Kawan-kawan, hargailah setiap detik bersama anak-anak. Kadang2 bila terlalu asyik dengan rutin harian, kita terlepas pandang keperluan anak-anak.. tidak kira emosi @ fizikal. Jadi takut jika tiba-tiba Allah tarik nikmat melihat anak cergas gembira.

Bila membaca kesah ibu2 yang begini, buat daku sedar, daku ni belum lagi jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Acapkali juga ibu terlepas pandang keperluan anak-anak bila ibu terlalu mengejar dateline kerja. Maafkan ibu anak-anak, mungkin ibu harus akur, semasa kalian masih kecil ini, urusan kerja part-time ini harus ibu kurangkan. Kerana itu lah, ibu tidak gusar lagi tatkala ibu menolak job yang menawarkan fee-lumayan itu.



p.s
jika ikut plan.. hujung minggu ini ibu akan kick-off contest kakyong-dot-com.
tapi banner pun tak buat lagi.. xde idea nak buat camana nih..
mungkin ibu postphonekan dulu kot..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .