Salam bahagia kawan-kawan,
Malam ni baru dapat update n3 baru untuk blog ni.. dari tengahari membawa ke senja, Aliya asyik merengek jer.. uhukkk… tak senang duduk melayan dia.
JIka merujuk n3 Wordless Wednesday (4) : sukat suhu mulut.. gambor yang no3 tu, saya yang punya.. hehhe.. dedor sikit jer.. on & off dedornyer..
Almaklumlah, dari hari Sabtu lepas melayan demam Fikri.. tak cukup tidur.. Ahad tu pula travel balik ke Changkat Tin. Lewat petang hari Ahad tu sesampai je rumah, terus kelam kabut masak.. huhuuuhh.. en ayah tak masak nasi mahupun apa2 lauk.. anak-anak diberi nya makan roti jer.. haru sungguh.
Hari Selasa, si Anis pulak yang demam.. sian Anis.. tengahari Selasa tu badannya dah panas.. tu yang sukat suhu mulut dia.. 39.2C. Then dia tidur, dari jam 12.30 hingga 1.30 petang, nyenyak betul dia tidur.. sedor-sedor lepas 1 jam, comforter dah basah kuyup.. adoi la kakak Anis.. tak leh nak marah, sebab faham bila dia letih sangat macam tu lah..
Sementara nak tunggu ayahnya balik jam 4 petang, saya balut badan dia dengan lampin lembab. On & Off suhu badan tu turun.. then disusuli pulak dengan muntah-muntah.. habis lah selimut dan bantal kena muntahnya. 4-5 kali juga sesi muntah-muntah ni.. sian sangat.. dah la jarang sakit.
tidur selepas habis sesi muntah-muntah |
Hampir jam 5 petang, kami 5 beranak ke klinik.. doktor sukat suhu kat dahi Anis.. 39C.. Aliya pulak punya excited lompat-lompat dalam bilik doktor.. doktor siap tanya “siapa sini yang lama susu ibu..?” heheh.. siapa lagi Aliya la.. tu yang jarang sakit.. rekod dia pun bersih jer..
Doktor beri ubat demam, antibiotik, ubat muntah dan ubat angin untuk Anis. Tak susah nak bagi Anis makan ubat.. belum sampai 1 jam dah dia demand nak makan ubat lagi… huhuuuu.. “alahai kakak, ni ubat, bukan gula-gula, kena makan ikut jadual”
peace... |
Semalam (Rabu), Anis dah kebah demamnya, cuma masih lemah dan berbaring jer.. dan selera makan pun tak UP sangat.
Aliya pula mula demam awal pagi hari ni (lepas tengahmalam semalam).. tak leh tidur saya dibuatnya dari tengah malam tu, sebabnya Aliya kejap nak minum air, kejap nak tidur atas ibu, kejap nak selimut, kejap nak tidur peluk ibu... ade ke ibu yang tidur mati bila anak demam..
Dan sepanjang hari khamis ni, ALiya dok demand macam-macam.. minta picit sana, picit sini, baru saya nak adap lappy, dia merengek lagi.. Anis pulak, ari ni baring jer.. dia nak tidur jer.. malam ni dah sihat.. macam nak pecah rumah saya dibuatnya, depa ni suka main lari-lari sambil jerit-jerit.. Aliya pun sama, dah sihat sikit, dah kurang panas badan lepas dia minum air barli.. suka pulak dia minum air barli, Anis tak suka.
rumah saya? memang dah macam tongkang karam, saya kemas apa yang patut2 jer.. selalunya saya kan sapu sampau 2-3 kali sehari & mop lantai at least 2 kali sehari.. bukan sebab rajin, tapi habuk banyak, kalo tak mop.. hitam tapak kaki.
Ade banyak komen-komen yang masih tak sempat saya balas.. & tak sempat juga nak adap blog.. badan memang rasa dedor.. tapi lepas buat kerja rumah ligat-ligat, berpeluh lah sikit badan.. cuma urat2 memang lenguh dan sakit-sakit.. ubat yang paling mujarab adalah dapat rehat tidur 1-2 jam tanpa gangguan.
Selain tu memang ada isu yang buat saya sedikit ‘emo’ dan ‘terusik’… saya jarang update status FB.. tapi jika ada yang terbaca status saya malam hari Rabu dan petang Khamis, mungkin akan faham isu tu.
LAstly, Fikri dah sihat.. kesan melepuh di muka sudah kering.. cuma di bahagian hidung tu sikit lagi..
p/s
kemarin semalam dan hari ni.. dok basuh comforter jer (muntah & yang terbabas atas comforter).. dah le petang mendung & hujan..
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!