Monday, October 31, 2011

Home » , » Fikri–menulis dan mengira nombor

Fikri–menulis dan mengira nombor



Salam bahagia,


Semalam tidak berkesempatan untuk online.. walau sebenarnya saya tidak lah pergi ke mana-mana.. hanya memerap di rumah dengan anak-anak ajer. Tiada aktiviti menarik pun.. saya menghabiskan masa menyiapkan projek cross-stitch, dan anak-anak pula dengan aktiviti menonton CD dan membaca buku. Beberapa hari ni anak-anak (Aliya & Anis) saya tak mau buat aktiviti menulis mahupun melukis.. asyik minta dibacakan buku ajer.. hmmm.. Smile 


ini cerita Fikri, setakat saya menulis n3 ini, Fikri sudah kenal semua nombor.. boleh lah sebut 1-100… tetapi.. masih ada tetapi..


dia masih keliru untuk nombor-nombor seperti  21 disebutnya 12, 31 disebutnya 13, 41 disebutnya 14.. begitulah seterusnya nombor 51, 61, 71..

menulis pula.. ini contohnya :






yang sebenarnya dia tiru ajer nombor dalam kotak pertama tu.. tapi masih tetap ada kesilapan.. sebelum tulis saya akan suruh dia eja.. sebut kuat-kuat. Winking smile  selepas sebut kuat-kuat baru dia tulis..


yang dia eja & sebut kuat-kuat tu betul… tapi bila menulis, belum tentu betul.. contoh,
  • huruf G untuk ‘tiga’ >>> G ditulis terbalik.
  • dia eja ‘5’ – “l-i li, m-a ma, lima”, tapi dia tulis ‘liam’
  • dan masih sukar nak bezakan huruf L kecil (‘l’)  dan huruf I (i) besar..






yang ini pulak.. Alhamdulillah, saya tunjuk 1 contoh.. yang lelain tu dia buat sendiri. Saya yakin 1 perkara jer.. bila dia fokus dan mood okay, dia memang boleh buat. Jika dipaksa-paksa.. perkataan yang akan keluor dari mulut dia adalah “susah la ibu.. abang tak reti buat”..


ini sahaja lah untuk hari ni.. jap lagi nak buat projek kuih gunting pulak.. nak buat semalam, tapi suami pulak buat projek membuat keresik.. jadi hari ni baru dapat buat.. anak-anak dah bising, sebab dah banyak hari request tapi ibunya takdak mood nak membuat. Winking smile



salam kasih sayang & selamat memulakan minggu baru di hujung bulan Oct 2011,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (30)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
pandai fikri menulis...ahmad sya langsung nk ajar pun..setakat ajar membaca aje...ni dh 2 minggu tk pergi sekolah...ummi malas nk pi hantar...he3...(sbb ummi kena chicken pox...malu parut belum hilang....hahahaha)

My recent post Giveaway at Yanmieonline.com
1 reply · active 699 weeks ago
fikri, go! go! go! hehe ;)
My recent post Alhamdulilllah..Dapat Balik Nikmat Sihat
1 reply · active 699 weeks ago
Syahid pon lebih kurang mcm Fikri.. tapi budak lelaki mmg macam tu kot.. layankan jer laa.. asalkan nak blaja.. pon dah ok.. ;)
My recent post Kurangkan Bercakap...
1 reply · active 699 weeks ago
ikut pengalaman saya kat sekolah
kalau budak2 kata 'payah la cikgu'
itu satu tanda positif

yang payahnya kalau mereka dok senyap je, kunci mulut
My recent post Hujan Sampai Ke Pagi
1 reply · active 699 weeks ago
Penyabar la sangat kak yong. Akak takdenya. Tips drp cikgu Atun - Make sure masa kita bagi arahan, mereka fokus. Mata kena tentang mata.
My recent post Nasi Goreng Cina
1 reply · active 699 weeks ago
Salam Kakyong. Betapa sabarnya kakyong melayan dan mengajar anak-anak. Aku baru ajar Shinta sikit udah give up.. ni yg buat aku semangat ni. Kalau kakyong boleh bersabar kenapa aku tak? :)
My recent post My Novel: Chapter 4~Hidupku tanpamu (5)
1 reply · active 699 weeks ago
ajar anak2 ni kena rajin dan sabar kan kak...

akak ni kira sabar juga, kalau saya mmg tak berapa nak sabar ni..huhu
1 reply · active 699 weeks ago
x pe kak.. pelan2 ajar.. nti lelama ok la tu.. gud luck yer fikri..
My recent post aqeef dah mula tunjuk skill memanjat
1 reply · active 699 weeks ago
betul tu kak yong, kalo dipaksa2 tak menjadi. sikecik su , tahun depan dah 5 tahun memang patut sgt ke tadika, tapi dia malas sgt nak blajar ABC, asik ingat menan keta kecik2 dia aje
1 reply · active 699 weeks ago
insyaallah...boleh tu kak yong...Nurin pun gitu jugak...& masih jugak..no 14 dikatanya 41...tp saya percaya, semakin banyak praktis, akan semakin improve..janji kena berusaha tanpa jemu...

Mood budak2 mmg gitu la kan...jadi bila mood tu swing2x saya tukar aktiviti lain...cam main puzzle ker...gunting2 gmbr ker...
My recent post Hari Konvokesyen & Konsert Tadika Along
1 reply · active 699 weeks ago
Alhamdulillah fikri ada kemahuan nak belajar, kakyong pun peka dengan masalah anak.Semoga fikri makin rajin dan cepat pandai..
My recent post CONTEST SINOPSIS NOVEL ‘TAKDIR ITU UNTUK AKU’
1 reply · active 699 weeks ago
cuma seorg ibu yg tahu perangai anaknya. kagum tgk kak yong yang rajin ajar anak2 belajar :)
My recent post Test Lesen Jepun yang mencabar jiwa raga
1 reply · active 699 weeks ago
Insya-Allah lama-lama Fikri mesti boleh! Kakyong teruskan usaha! Salute pada kakyong! ^_^
My recent post Operasi anai-anai
1 reply · active 699 weeks ago
Salam Kak Yong aka Ibu...
kalo kite tak sabo....
mau je anak kite makan penampo kan??...
tapi itule dugaan membesokan anak2.....
beso pahale nye kakyong....
sementaghe die ndak belajo tu.... kite ajo......
Insyallah ...nanti ok le tu....
1 reply · active 699 weeks ago
Tak pa kak yong slow2, Insyaallah boleh nanti, saya pun slow2 layan semangat safiyya yg on off kerajinan nya nak belajar ni,
My recent post Google+ profile vs. Blogger profile
1 reply · active 699 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .