Saturday, October 8, 2011

Home » , » Bajet 2012– apa reaksi anda?

Bajet 2012– apa reaksi anda?



Salam bahagia,

Semalam dengan setianya saya terpaku depan TV sambil menjahit cross-stitch dan menadah telinga mendengar pembentangan bajet dari YAB Perdana Mentari  yang juga Menteri Kewangan Malaysia.

Terharu – itu reaksi saya.. Smile 

Sebabnya :
  • ada bantuan RM500 (one-off kot) untuk isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 (saya termasuk dalam kategori nih.. Winking smile )… untuk mendapatkan bantuan ini, ketua isi rumah yang layak perlulah berdaftar dengan LHDN.
  • Yuran sekolah (sekolah rendah & menengah) dimansuhkan.. Kiranya kembali ke asal lah kan.. zaman saya sekolah rendah dulu, mana ade mak ayah saya kesah bab nak bayar yuran sekolah pun. Alhamdulillah.. tahun2 mendatang anak2 saya akan mula masuk sekolah.. manafaatnya ini dirasai oleh semua ibubapa kan.. bayangkan 2 orang anak sekolah rendah pun, untuk yuran sahaja dah kena sediakan hampir RM300. Nyah-Nyah
  • Bantuan persekolah RM100 akan diberi kepada semua murid/pelajar sekolah rendah dan menengah, iaitu dari Tahun satu hingga Tingkatan 5. Alhamdulillah, ayahnda dan makbonda saya tak payah lah risau, tahun depan tak payah nak kuor duit untuk persekolahan adik bongsu saya.
  • Pemberian baucer buku bernilai RM200 untuk pelajar dari Tingkatan 6, matrikulasi dan juga pusat pengajian tinggi. Ini pun makbonda saya tak yah penin pala sangat, adik saya yang kat matrik tu pun akan dapat manafaat ini, kalo ade pun makbonda saya hanya tambah sikit2 perbelanjaan ajer.
  • Kerajaan akan memberi RM3,000 kepada bekas tentera, balu dan duda mereka – ayahnda saya layak dapat ni.. tapi tahun lepas, ntah tak tau mana silap, ayahnda saya tak dapat pun skim pencen untuk bekas tentera yang bersara dari perkhidmatan kurang dari 21 tahun (bajet 2011). Disappointed smile

Selain itu peruntukan lain yang saya kira sangat baik  :
  • Tabung khas untuk perumahan nelayan sebanyak RM300 juta – ALhamdulillah. Kesian kan kalo tengok rumah2 nelayan yang rata-rata sangat daif.. Sad smile  lebih2 lagi kalo tengok kat belah Kuala Kedah, Kuala Gula.. dsb.. semoga lepas ni pakcik2 nelayan akan keluor ke laut dengan wajah cerah berseri-seri.. maklumlah bakal dapat rumah yang lebih baik @ rumah sedia ada dibaikpulih.
  • Suntikan percuma HPV @ imunisasi untuk mencegah kanser servik untuk semua wanita. Kalau sebelum ni hanya pelajar sekolah menengah ajer yang diberi percuma. Kos untuk 3 suntikan tak silap bernilai RM150 untuk 1 orang.
  • Hospital untuk wanita & kanak2… kan best kalo doktor dalam hospital tu terutama wad bersalin, semuanya doktor wanita.. Winking smile 


Dan banyak lagi lah.. tak larat saya nak ulas semuanya.. saya ulas mana yang saya ingat ajer lah.

Selain itu, kita ucapkan tahniah kepada kakitangan penjawat awam & pesara penjawat awam, yang bakal menerima bonus, minima RM500, dan juga kenaikan gaji dan gred.


p/s
ada kawan cakap rugi saya sebab tak koje gomen.. kalo tak, sure saya masih koje lagi sekarang nih dan dapat menikmati hidup selesa.. Disappointed smile hmm, rezeki tu ditangan Allah kan.. lagipun kita bekerja mengikut kemampuan kita & saya dulu memang selesa bekerja dan mengutip pengalaman di sektor swasta. Jadi bila tidak bekerja sekarang ni, saya melihat semua ni dengan lapang dada. Bila ada sahabat yang mendapat rezeki lebih, saya juga tumpang gembira.



salam kasih sayang & selamat  berhari minggu buat semua,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kak yong, tang yuran tu jgn trkeliru cz yg dimansuhkan cuma yuran khas A (area RM24-RM32) ttp yuran B ttp brjln mcm biasa cz yuran B under PIBG/SK....yuran B yg biasanya lbh byk brbnding yuran A....sbb yuran tulah ibubapa kena byr smpai beratus2 ringgit...
My recent post Jejaki Sejarah @ Muzium Islam Melaka
1 reply · active 702 weeks ago
kak nza,

x keliru dah.. Ina hashim ade remindkan saya.. & saya dah buat study pun...

so saya berpendapatan... >>> x leh lah nak dimomokkan yg kerajaan sediakan pendidikan secara percuma.. kalo percuma x perlu bayar apa2 yuran pun,... kan!? ;)
bagi yang ada anak di sekolah, dapat rasa g sekolah free. semua dapat tu. senang tahun depan klu nak hantar anak sekolah. terasa juga kalau ramai anak
My recent post Yuran Sekolah Dimansuhkan
1 reply · active 702 weeks ago
cheguzam,

Alhamdulillah.. tapi khabarnya masih ada yuran sampingan lain yg perlu dibayar oleh ibubapa pelajar kan... ??!!
kalo ade pun hrp2 usahlan sampai membebankan ibubapa..
fai shaklee's avatar

fai shaklee · 702 weeks ago

kak yong, memang ade jer yg berbunyi "untung ko kalo keje kerajaan" huhu... fai pn mcm kak yong jgk. lebih selesa dgn kerja sekarang... EPF 13% fai mmg sokong, byk la sikit duit "tabung" nnti...hihi...

btul ckp kak yong tu... sbenarnya setiap lapisan masyarakat dapat manfaat drpd budget ni... ;)

<a href :http://ceritacinta04.blogspot.com/2011/07/anak-anda-kurang-selera-makan-selalu.html> Anak kurang selera makan/Selalu demam?
1 reply · active 702 weeks ago
fai,

tahun ni pihak yg beruntung adalah guru2 & peg perubatan.. juga pesara tentera yg berkhidmat semasa darurat...
tahun lepas polis & askar dah dpt kenaikan... tahun2 akan dtg mungkin lah penjawat awam di kementerian lain pulak.. ;)
Ina Hashim's avatar

Ina Hashim · 702 weeks ago

Bib,

yang fee sekolah dimansuhkan tu jangan keliru lak..kalo x silap,hanya fee sekolah berjumlah dalam RM35 je...masih ada fee2 lain macam yuran pibg,yuran itu yuran ini blablabla...so, bila daftar masih ada yang kene dibayar :(
1 reply · active 702 weeks ago
Hez,

a'a.. betui la, thanks sebab remind me.. I baru g buat edisi siasat malam tadi... uish... belum boleh dijulang isu "pendidikan percuma nih" sebabnya banyak lagi yuran sampingan yg perlu dibayar...
Yati pun ok. Tapi biasa la, pasca bajet, macam-macam cakap kita dengor. Sesetengah orang pula tak tahu bersyukur, dapat bonus setengah bulan dicakapnya tak cukup, kenaikan gaji tak cukup, tak tau yang orang lain lagi la tak dapat apa-apa. :)
My recent post Bunga-bunga crochet
1 reply · active 702 weeks ago
Yati,

betui tu Yati... yg dpt kenaikan, terutama yg koje gomen tu.. harus lah bersyukur kan..
mcm suami kakyong yg niaga sendiri nih.. hrp2 harga barg tak melambung naik jer..
kalo tak hidup cukup2 makan & bayar hutang jer..
500 untuk isirumah pendapatan bawah 3000? aku pon bleh dpt ke tu Kak yong... tapi nak daftar kat LHDN mcm leceh jer bunyinya. EPF 13% tu memang aku suka dengar hehehe..
My recent post My story: Kisahku di hujung Minggu.
1 reply · active 702 weeks ago
mami Shinta,

kalo nak claim duit bantuan tu, kena lah gigih sikit kan...
ade taktik gomen tu... nak tracking la nanti... betui ka kita ni pendapatan below RM3000, tu yg dilantik LHDN sbg badan pelaksana.. ;) dan BSN sbg badan pembayar.. ni semua cross-checked utk kepentingan dot dot dot... :p

btw, EPF 13% tu memang bagus kan... kiranya banyak lah sikit kan tambahan simpanan EPF tahun 2012 & akan datang.. Insya Allah..
betul kakyong rezeki ada dimana2..suka entri pandangan kakyong pasal bajet..dah like.hehe..
My recent post Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri &amp; Puan Kutu
1 reply · active 702 weeks ago
puan kutu,

sebagai seorang Islam, kita meyakini rezeki itu adalah kurniaan ALlah... kdg2 dpt kenaikan gaji lebih, belanjanya juga lebih, masih juga tiada lebihan.. so dari situ kita fikir di mana keberkatan kenaikan gaji tu.. ;)

dan ade org yg hidupnya daif dr dulu.. bertahun2 tak dpt pembelaan... tp hidupnya bahagia, hati lapang.. cuma hidupnya tdk mewah saja..
banyak juga hadiah kepada rakyat malaysia
cuma kita belum tahu kesan jangka panjangnya sahaja
moga2 baik untuk semua
My recent post Belanjawan 2012 | Gaji, Bonus Dan One-Off
1 reply · active 702 weeks ago
tehr,

rezeki tu ada.. cuma harus kita ambil & manafaatkan juga..
cthnya pinjaman TEKUN.. bajet untknya dinaikkan sekali ganda.. tp kena tgk juga nanti dari segi perlaksanaan.. tak semua peniaga mampu & layak utk amik/dapat pinjaman TEKUN nih..

begitu juga dgn Amanah Ikhtiar utk peniaga wanita.. kalo xde kabel, x de org kenal, susah juga nak dpt pinjaman ni.. ;)

apa2 pun kita doakan semoga semua pihak yg rasa dia tak dpt apa2 manafaat tu, cuba lah muhasabah diri.. rezeki Allah ni dtg dlm pelbagai bentuk..
alhamdulillah....

tapi ada juga yang tak puashati. Adalah terbaca di beberapa blog yang tak puashati ttg budget ni sbb takde kebaikkan untuk mereka katanya...

Tulah, tak boleh nak puaskan hati semua pihak.

Apa pun alhamdulillah atas semua nikmat dariNya untuk kita penduduk di Malaysia ni kan..
My recent post Nanny 911
1 reply · active 702 weeks ago
Yus,

memang lah tak boleh nak puaskan hati semua org.. mcm tahun lepas polis & anggota beruniform termasuk pesara2 nya dpt kenaikan & pelarasan gaji.. tahun ni cikgu2 pulak & peg perubatan diberi elaun on call & masa kerja flexible.. still ade lagi pihak penjawat awam lain x puashati..

swasta pulak.. utk yg bekerluarga tu kita ambil lah manafaatnya dr segi yuran persekolah anak & juga bantuan RM100 tu.. rezeki jugak tu kan.. buat swasta yg bujang, amik kiralah kenaikan % EPF majikan.. ;)

tiap tahun pun bajet ni x leh nak cover semua golongan,.. apa pun setuju dgn Yus, bersyukur kita hidup di langit bumi Malaysia ni.. kita hidup aman.. & harap kita kekalkan keadaan ni..

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .