Salam bahagia,
hari ni nak kongsi tentang disleksia..
saya memang jumpa banyak simptom-simptom disleksia pada Fikri.. tapi saya belum membawa dia ke mana-mana doktor untuk dibuat ujian dsb.. sebab saya berharap simptom tu hanya sementara..
saya yakin dengan kesabaran saya pasti boleh bantu Fikri untuk keluor dari masalah pembelajaran nya.. lagipun Fikri baru 5 tahun.
Insya Allah, n3 yang lain saya kongsikan masalah pembelajaran Fikri dengan lebih terperinci, sebagai rekod untuk diri saya, dan mungkin juga panduan untuk ibu2 yang lain. 


sumber : infosihat
Masalah Pembelajaran - Disleksia
Apa itu Disleksia?
- Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
- Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
- Mempunyai keupayaan intelek yang normal
- Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
- Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
- Mereka mungkin mengalami kesukaran
- Membaca
- Menulis
- Memahami
- Mengeja
- Mengira
- Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
- Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
- Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
- Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
- Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
- Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
- Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
- Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
- Terapi pertuturan
- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
- Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
- Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
- Merasa pergerakan bibir
- Menulis huruf atau perkataan
- Langkah-langkah pemulihan :
- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
- Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
- Gunakan video atau kaset untuk belajar
- Program pemulihan khusus :
- Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Kumpulan sokongan
Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my
Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 – 8900870
salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
miela77 · 699 weeks ago
My recent post Sapa nak baucer McD - Quarter Pounder with Cheese only RM6.99 ! Meh amik kat sini>>
Ina Hashim · 699 weeks ago
Precious Crafts · 699 weeks ago
Mami Shinta · 700 weeks ago
bagus info ni.. bila baca betul-betul ada 1-2 kena kat aku gak ni kakyong. kut-kut aku pun disleksia juga ke.. contohnya tersilap 15 & 51 pastu mudah tersilap letak barang/lupa. Masa kecil aku lambat pndai membaca.. darjah 2 baru pandai baca.. hehe...
My recent post My pet : Cerita tentang Kiyui
tehr · 700 weeks ago
memang perlu tumpuan yang lebih
My recent post Seni Seorang Seniman
kakyong72 119p · 700 weeks ago
bukan setakat tumpuan lebih.. tp kesabaran tu yg paling utama.. ;)
syamila · 700 weeks ago
ahmad pun malas nk belajar..sebab sya malas nak ajar...hahahaha...sya biasa mengajar budak2 ketika bermain atau sambil tgk tv....hik3
My recent post Giveaway Herba Maharani Puanbee & Ayujamal
kakyong72 119p · 700 weeks ago
malas tu boleh kita jadikan dia rajin ..
tp anak yg lambat catch-up ni.. harus ulang berkali2.. & kena sabar juga walau selepas berminggu, dia masih buat error yg sama.. mood dia kena jaga elok2 supaya dia selalu nak belajar..
puan kutu · 700 weeks ago
My recent post A.N.A.K
kakyong72 119p · 700 weeks ago
Insya Allah, mencuba yg terbaik.. bila anak bermasalah mcm ni, ibu selalunya akan mula tercari2 cara & kaedah2 yg sesuai utk anak kan.. ada hikmah disebalik semua ini kan..