Salam bahagia,
Seminggu sebelumnya muka Fikri naik bintat2.. kata dia kena gigit nyamuk. Awal bulan Oct 2011 tu Fikri memang banyak di rumah opah.. 2-3 hari jer (jumaat, sabtu & ahad) dalam seminggu tidur di rumah. Banyak bulan jugak Fikri ni jadi anak-hujung-minggu (ade ke term camni.?!)
ni gambar saya snap 8 Oct 2011… ada bintat-bintat di hidung dan sedikit di bawah mata & bawah hidung.. tengah nangis time ni.. sebab dia ‘kalah’ main masukkan manik dalam benang. Berlumba 3 beradik jer.. kihkihkih.. Fikri ni memang kuat ‘ngobak’ (menangis).. kena marah sikit ngobak, kalo kalah berebut barang mainan dengan adik – ngobak..
ni muka masa hari dia demam.. makin teruk.. ingatkan dah letak ubat sapu, luka2 melepuh tu akan kering.. rupanya si Fikri ni dia dok garu-garu dan kopek2kan.. apa lagi, makin merebak lah.. sebab air dari tempat melepuh tu berbisa/berkuman.
Hari Sabtu (15 Oct 2011), Fikri demam dari pagi lagi. Nak minta tolong adik-adik , semuanya tak ‘mandang’ (tak ada). Petang tu suami balik baru bawa Fikri ke klinik.
Serius jer bunyi doktor cakap.. naik risau saya dibuatnya. Kata doktor, jangkitan kuman tu dah naik ke atas.. hidung dia dah bengkak.. tu yang jadi demam dan susah nak bernafas.. hidung jadi macam tersumbat. Mata dia gatal & rasa panas.
Fikri kena sakit kaki-tangan-mulut rupanya.
tak hensem dah.. |
Kata doktor jika hari Selasa ni Fikri masih demam, dia akan buat surat untuk masuk wad. Berderau jap darah saya. Yer lah, lebih lagi doktor kata, takut jangkitan naik ke otak dan paru-paru. 
MInggu ni Fikri exam, jadi kami cuba pantau closely demam Fikri ni. Sayang pulak tak amik ‘exam’ kan, walaupun hanya exam Taski ajer.
Dalam tempoh 3 hari ni, demamnya on & off.. bila demam tu kebah, dia pun lagi ligat.. bukannya reti nak baring ke, rehat ker.. kena paksa dia rehat & baring. Subuh tadi badannya dah tak panas, macam biasa ajer.. tapi risau tu tetap lah risau.
ubat demam, ubat gatal, antibiotik dan ubat titik untuk hidung |
Kesan melepuh di muka, banyak yang dah kering. Itupun berkali-kali saya cakap kat dia, jangan usik, jangan garu, jangan picit.. & pesan jugak supaya dia basuh tangan bersih-bersih. Jenuh la menerangkan pada dia, tangan abang tu kotor, abang picit luka ni, air luka tu ade kuman, nanti berjangkit satu muka, dah tak ensem.. orang tak nak kawan dengan abang nanti.
Petang ni jika masih demam, memang kena bawa ke klinik lagi.. kalo kena masuk wad, saya ikutkan jer lah, janji anak saya dipantau dengan baik dan cepat sihat.
ni baru lepas makan obat.. konon-konon dah sihat.. tak nak tidur.. layan jer lah dia nak mewarna.. |
Kemarin, makbonda saya cakap, di taman mak saya tu pun ramai budak2 sakit macam Fikri ni.. demam tak kebah-kebah, muka & tangan melepuh. Anak-anak jiran selorong dengan saya nih, belum nampak lagi yang kena sakit macam ni.. Buat masa ni Anis & Aliya masih sihat. Yang magiknya Fikri ni dalam demam pun, selera makannya okay jer.. pagi-pagi atok belikan nasi lemak berlauk ayam goreng lagi. 
salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Nani · 701 weeks ago
My recent post No montel hari ke - 6
ksari · 701 weeks ago
lynn · 701 weeks ago
anak lin pernah kena sekali..kesian sgt2..mmg kena cover dgn antibiotik baru elok betul tuh..
acik erna · 701 weeks ago
Ummi Hanie 98p · 701 weeks ago
xpeler exam taski je ... next year cube lagi ;)
ank hanie Munirah aritu pun dok kopek2 bibir dia sampai berdarah2 .. ruam2 pun tumbuh asik tergaru2 , tp mujur bukan HFMD ni sbb dah cek kat doktor ... alhmdllh lepas sapu ubat ruam tu mau lak terus ilang..lega
p.s : jom meriahkan "segmen" Hanie ;)
My recent post Segmen : Kenapa nickname saya begini ?
chekna · 701 weeks ago
My recent post WW - Aqil vs Aiman
nza · 701 weeks ago
My recent post Nasi Rainbow + Gulai Ayam.
Ummu abdullah · 701 weeks ago
ctrahani · 701 weeks ago
My recent post aktiviti hari ahad
Myra Jay · 701 weeks ago
Moga dia cepat sembuh & bersabar ye kakyong..
My recent post Klik Like and Win
Ina Hashim · 701 weeks ago
Alysha dulu pun penah kene HFMD nih tapi banyaknya dalam mulut la, kt tapak tgn n tapak kaki ada tp x byk...takde pulak naik ke muka.......mmg kene kuarantin Fikri nih sbb takut berjangkit kat adik2 dia lak...HFMD nih mmg berjangkit....
ana · 701 weeks ago
puanbee · 701 weeks ago
syamila · 701 weeks ago
ahmad pun baru je lepas baik ... minggu lepas kena cicken pox
My recent post Anda Pekerja Dalam Kategori Mana Yea…hmmmm…
FizaRahman · 701 weeks ago
Yati · 701 weeks ago
atty · 701 weeks ago
nur · 701 weeks ago
My recent post lagi aktiviti melukis