Tuesday, October 25, 2011

Home » , , » Khabar anak-anak ber3

Khabar anak-anak ber3



Salam bahagia,






Semalam Anis masih tak begitu larat... masih terbaring jer.. tak mau main, makan pun sikit ajer.. sejak sabtu lepas, Anis diserang selsema, dan hari ini disusuli dengan batuk pula. Dah seminggu lebih ni tak nampak langsung dia di meja belajar.. 




buku ni saya beli.. Fikri dah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, jadi saya ajar dia baca arahan tu kuat-kuat sebelum dia mula buat latihan


Fikri pun dah sihat sepenuhnya, walaupun ade selsema sikit... minggu ini memang minggu anak-anak saya kena selsema. Sejak insiden cikgu tak bagi kertas soalan periksa pada Fikri tu, en ayah buat keputusan Fikri belajar di rumah aje.. Duh too bad kan..!!


Jadi, ibu lah yang kena jadi cikgunya... huhhhuuu... saya tak kesah mengajar Fikri, cuma saya masih menanti cikgunya pulangkan buku-buku supaya saya boleh sambung mengajar menggunakan buku-buku itu.





Saya harap cikgu sekolah Fikri cepatlah pulangkan buku ini kepada kami. Boleh lah saya mengajar Fikri, sebab sampai hari ini saya tak tahu progres Fikri setakat mana untuk semua subjek tu. sadis kan... uhukk  Rolling Eye 

Saya harap dalam tempoh 2 bulan (November dan Disember 2011), saya dapat mengajar Fikri sebelum dia masuk ke tadika tahun 6. Masih menanti keputusan untuk ke PRA sekolah kebangsaan. Harap-harap dapat.






Aliya pun selsema juga.. semalam angin dia baik.. dah mula nak sambung semula aktiviti membaca.. Aliya ni gimik jer lebih.. dia suka berangan macam dia dah pandai membaca. Tangan macam real jer dok tunjuk setiap patah perkataan, tapi perkataan yang disebut rekaan dia belaka.. hihiii... 

Btw, harapan saya macam ibu-ibu yang lain juga.. Jika pada usia 4 tahun (tahun depan) dia dah mengenal huruf dan boleh membaca (walaupun versi merangkak), saya teramatlah berbesar hati... memang menjadi cita-cita saya nih.. cuma tak boleh nak paksa dia.  Way To Go



salam kasih sayang,
.










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .