Friday, October 28, 2011

Home » , » Fikri dan isu kertas soalan

Fikri dan isu kertas soalan



Salam bahagia,




Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana, sebabnya saya tak mau tulisan saya ni disalahanggap seolah saya menuding jari dan meletakkan kesalahan pada pihak cikgu Fikri. Lagipun jika saya menuding 1 jari ke arah pihak sekolah, 4 lagi jari akan menuding ke arah saya. Open-mouthed smile


Minggu lepas 17 hingga 21 Oct 2011 adalah minggu peperiksaan untuk Fikri. tapi hari ke3 periksa, saya dapat tahu dari Fikri yang cikgu tak bagi kertas soalan sebab nya tak pulangkan surat pengesahan untuk sambung taski ke kelas 6 tahun. Surat tu sebenarnya ada pada en ayah, saya memang tidak berhasrat untuk menyambung lagi persekolahan Fikri di situ.

Ini adalah luahan perasaan saya di wall FB saya minggu lalu.

  • Norhafizah Madzlan Kereknya cikgu tersebut
    October 19 at 8:45pm · Unlike · 1 person
  • Hadani SYa Adda Report kak yong report..Grrr!
    October 19 at 8:46pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaNorhafizah Madzlan , Hadani SYa Adda>> kakyong sedang menenangkan diri nih... rasa nak BAKOR je sek tu... dah 3 hari, ari ni baru tau...
    October 19 at 8:47pm · Like
  • Rumaizah Abu Bakar Surat sambung belajar? Bila pulak putus belajar?
    October 19 at 8:49pm · Like
  • Sapina HamidKakyong Habibah Yahya kesian ngan budak tu kan..bagi je la..nak sambung ke tidak lain cerita..
    October 19 at 8:50pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaRumaizah Abu Bakar, masuk taski 5 tahun, surat tu utk persetujuan ibubapa nak sambung anak ke kelas yg 6 tahun (tahun depan)..
    October 19 at 8:51pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya kak Sapina Hamid, kesian kan Fikri.. walaupun dia demam, saya gigih buat juga revision dgn dia.. sudahkanya saya rasa sangat hampagas..
    October 19 at 8:52pm · Like
  • Mai Madziatul Apa kaitan surat smbg sekolah dgn exam?? Surat tu utk thn dpn kn,kak yong??
    October 19 at 8:54pm · Like
  • Hadani SYa Adda Kesian pulak fikri..mana boleh seorg cikgu asing2kan budak mcm gini..kan budak2 tu..bukan tahupun!
    October 19 at 8:55pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaMai Madziatul, ntah lah Mai.. ckgu xde lah pulak ckp kalo x pulangkan surat tu, x leh amik periksa.. x adil kan
    October 19 at 8:56pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaHadani SYa Adda, fikri kata ada 2-3 org lagi kawan dia yg senasib dgn dia.. ntah2 makbapak budak2 tu pun x tau kot
    October 19 at 8:57pm · Like
  • Mai Madziatul Kak yong : aah..lain la,kalau x byr yuran cm kat U..kalau x byr yuran x boleh nk exam..mmg x adil
    October 19 at 9:01pm · Like
  • Norhafizah Madzlan Sekolah2 anak sy yg jenis biasa2 pun kalu bayo lambat (hua hua) xsampai blok budak amik xm.. Kot sangkut result satu hal jugak..ni tak kasi amik xm..
    October 19 at 9:05pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaMai Madziatul, Norhafizah Madzlan >> walaupun hanya exam taski 5 tahun.. tp tetap tinggi harapan nak tgk prestasi anak mcm mana kan.. yuran tu x pernah lah tak bayar.. uhukk.. selama ari ni sabar, tp ari ni rasa sedih sgt2..
    October 19 at 9:11pm · Like
  • Nuradyani Rosly Tanyakan sendiri pd Cikgu Besar atau pengurus kat Tadika tu K,Yong. Tak patut cikgu Fikri buat dia mcm tu.
    October 19 at 9:20pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaNuradyani Rosly, esok suami akan tanya sendiri dgn cikgu.. ada 2 org jer cikgu nya.. sorg handle kelas 5 tahun & sorg kelas 6 tahun..
    October 19 at 9:25pm · Like
  • Sazana Elma Supiat Skolah anak aku kn daftar online awal Ogos aritu..keputusan samada dpt masuk tak hanya keluar September..sebulan kn tgu ok?! Mcm nk masuk Kolej ok?!.. Tadika aje tu.. Canggih kan?! Nasib bejaya di "Offered"..
    October 20 at 1:50am · Like
  • Kakyong Habibah Yahya nana Sazana Elma Supiat, amboi.. macam nak masuk IPT pulak.. anak I pun tgh tunggu result masuk pra sek kebangsaan.. hrp2 dapat.. daftar bulan Sept baru ni.. Nov baru tahu..
    October 20 at 9:47am · Like
  • Anida Ae kak yong, taski mana tu? dkt2 area sini ke?
    October 20 at 12:25pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaAnida Ae, bukan taski sekitar Tasek @ area Klebang... ;)
    October 20 at 12:58pm · Like
  • Azizah Abdullah Iskhh gitu ke treatmentnya
    October 21 at 12:56pm · Like



Saya dapat tahu pada hari Rabu minggu lepas isu tu.. wonder juga kenapa pulak jadi macam tu.. kemudian setelah bertemu guru kelas, cikgu tu cakap “ada 4-5 orang budak yang tak mahu buat peperiksaan sama macam Fikri”. Hanya kerana itu ajer tanpa ada rasional lain. Jauh di sudut hati, saya lebih merasakan jawapan itu hanya untuk melepas-diri. Saya tidak ingin menuduh, tapi firasat saya merasakan demikian. Sad smile

Saya tertanya-tanya.. Fikri tak mau buat @ menjawab kertas soalan? betulkah?

Berkali-kali saya tanya Fikri, “kenapa abang tak nak buat/jawab kertas periksa.? owhh, abang tak reti buat yer? “
Fikri jawab : “abang reti…, cikgu yang tak bagi kertas pada abang. kawan abang dapat kertas banyak, abang dapat kertas sikit (hari Isnin), hari ni abang tak dapat kertas pun, kawan abang dapat”
Saya tanya lagi, “dah tu abang buat apa?”
Fikri : “abang dok diam-diam jerlah, tengok kawan abang conteng kertas.”


Berkecamuk & rungsing sekejap jiwa saya.. teruk sangat ke anak saya ni sampai cikgu nak buat macam tu.. betul ke dakwaan anak saya ni tak suka belajar.. atau cikgu yang gagal untuk memahami emosi dan menjaga moral anak saya… Sad smile  Besar menggunung harapan saya, biarpun dengan segala dakwaaan..





anak saya slow, anak saya tak suka belajar, anak saya tak mahu dengar arahan.. menulis, melukis pun tak seberapa.,. dsb.. tapi saya tetap berharap tahap kemajuan/prestasinya diukur dengan peperiksaan. Biarlah jika markah yang diperolehi 10 daripada 100, yang penting dia diberi hak untuk peperiksaan. Sekurang-kurang ada rekod bertulis yang menunjukkan anak saya memang betul-betul tidak berminat belajar. Confused smile

Terlalu subjektif sebenarnya untuk mengukur/menghakim >>> anak tidak mahu belajar. Kadang2 kaedah pengajaran dan situasi pembelajaran juga harus diambil kira kan.. Nerd smile

Namun bila sudah terjadi kes tak beri kertas soalan nih.. rasa macam useless untuk saya tahu prestasi Fikri. Kami (saya dan suami) malas nak panjang-panjang isu/masalah. Jadi, suami terus buat keputusan, Fikri belajar ajer di rumah dengan saya dan adik-adik dia. Disappointed smile 

Yang sebenarnya suami saya yang ‘patah hati’ sangat-sangat, sebelum ni saya tak pernah tengok suami saya termenung berhari-hari memikirkan hal persekolahan Firki. 3 hari dia dok termenung, balik jer dari meniaga jam 4 petang, lepas habis makan, dia menung.. bila saya tanya, dia cakap “pikir pasal Fikri ni, lepas ni apa pulak nak jadi”..




3 hari berturut-turut en ayah beli Snickers.. katanya tensen… hahahha… Open-mouthed smile  dulu kalo saya request nak beli, hmm, jangan harap lah dia nak belikan, katanya “manis sangat lah, mahal lah..” Smile with tongue out

Apapun saya ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi respond pada status saya tu.. saya memang jarang update status.. selalunya saya reserved @ simpan jer dalam hati.. tapi isu Fikri tu memang saya rasa sedikit terganggu.


  •  Kakyong Habibah Yahya
    cikgu tu cakap, ade 4-5 org budak yg x mau buat exam.. Persoalannya kenapa cikgu tak bg jer kertas exam tu pada depa, bior le depa buat.. walau hanya disiapkan sedikit @ hanya 1 jer.. sekurang2 boleh dinilai. bukannya tidak diberi peluang langsung.
    note : saya bukan suka nak bikin havoc, tp bila dengor yg ade favorism antr anak pegawai & anak bukan peg @ orang awam.. saya jadi menyesal antor anak saya ke situ.
    Like · · Share · October 20 at 4:43pm
  • Laila Fizie Memg pun ada bias di mana2. Kalo govt akan utamakan govt dl. Hosp pun sama. Nampak terang2 layanannya. Kalo kita ada duit biar pi swsta.
    October 20 at 4:49pm · Like
  • Hadani SYa Adda Owh Ada kasta rupanya. Nasiblah org 'bawahan' cam kita ni kak yong..
    October 20 at 4:57pm · Like
  • Mazlyza Mohamad Kat sekolah mana ni..
    October 20 at 5:03pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya maksu Laila Fizie & Hadani SYa Adda, I learn my lesson.. pasni cari sekolah yg semua anak2 org biasa jer.. , taski lain okay ajer sebenarnya.. cuma taski tempat fikri ni ramai anak peg polis.. cikgunya pun isteri peg polis..
    October 20 at 5:05pm · Like
  • Laila Fizie Kita x keje ngn govt memg dianak tirikan. Laungkan utk kerja utk rakyat bohong belaka. Penipu!
    October 20 at 5:08pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya Zert Mazlyza Mohamad, taski jer Zert.. silapnya lately baru perasan di monopoli oleh anak2 peg polis.. memula dulu heran juga, awat la org kg tu tak antor anak ke taski tu.. hmmm..
    October 20 at 5:08pm · Like

  • Kakyong Habibah Yahya maksu Laila Fizie, jgn ckp mcm tu.. tak semua org gomen mcm tu.. tp kan, dok cakap kat Enal.. ayahnya kerja kat pasar jer, selekeh.. tu yg org buli anak kita nih, compare dgn anak2 peg tu, bapak2 depa hebat.. lalu jer org panggil 'tuan'.. :p
    October 20 at 5:12pm · Like
  • Hadani SYa Adda Pengalaman duduk di kelompok masyarakat polis ke tentera ke mmg gitu lah kak yong..kaki kipas! Duduk ngan awam lg best! Lepas ni kak yong antar sekolah lain supaya fikri tak di anaktirikan. Untuk kebaikan dia juga
    October 20 at 5:12pm · Unlike · 1 person
  • Laila Fizie Memg x semua tp rata2nya camtu puak2. Lebih2 lg polis dan askar. Puak depa je. Huhuhu peel pun lebih kurg sm je.
    October 20 at 5:15pm · Unlike · 1 person
  • Norhafizah Madzlan Alkisahnya mcm tu... Sabarlah k.yong.. Diorg igt kita tak alert dgn anak2 kita sdgkan harapan kita anto ke sekolah tu tinggi menggunung tu..
    October 20 at 6:17pm · Unlike · 1 person



Setelah seminggu Fikri tak bersekolah ni, saya ada tanyakan Fikri, “abang tak nak sekolah ker?”
Fikri jawab : “ Abang nak sekolah lain”
Ibu : “ sekolah situ tak best ker?”
Fikri : “yer la, abang nak sekolah lain.”


Hmm.. malas saya nak fikir segala macam hal yang telah terjadi. Pada saya, ini adalah peringatan Allah untuk saya.. mungkin ada beberapa perkara yang saya terlepas pandang, lalai dan alpa. Dalam status FB saya, saya ada nyatakan saya menyesal hantar Fikri ke situ… >> masa menulis tu hati sedang EMO. Namun, saya berterima kasih pada cikgu nya, atas segala yang telah Fikri belajar. Tetap ada manafaatnya Fikri belajar di situ. Smile





Fikri ni memang ada masalah sedikit dengan pembelajaran... untuk mengajar dia memang harus penuh dengan kasih sayang.. jika dimarah-marah, memang dia tak akan beri respond positif  dan pastinya akan memberontak. Dan saat dia mahu belajar, harus lah terus dilayan dan diajar baik-baik.


di n3 yang lain saya kongsikan apa yang saya 'jumpa' sepanjang saya mengajar Fikri membaca, menulis dan mengira dirumah.


salam kasih sayang,
.









kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
cikgu tu mmg bernasib baik sebab parents fikri ni jenis cool jugak...kalau dapat kat husband akak mesti meleleh air mata..air hidung bagai...tak pasal2 kena ceramah free.
dengan budak kecik pun nak berkira sampai macam tu..apalah punya cikgu.patutnya dia mendidik tata susila yg baik untuk anak murid..ni tak.dia bagi contoh peribadi yg tak elok.tak fikir hal hati & perasaan bebudak tu.inilah sebahagian daripada ahli kumpulan cikgu2 yang tak bagi budak2 ambik UPSR yg kecoh kat paper dulu tu....same mentality.

My recent post AKU GILA HAMPER
1 reply · active 700 weeks ago
kak eida,

kami ni tak mau bergaduh sbb cikgu tu lebih tua.. dah hampir baya2 opah fikri pun..

biarlah beralah.. lagipun dah faham sgt cikgu tu dlm kategori mana..
yong insyaallah..fikri kan baru lima tahun..setiap anak tak sama cara dia menerima pelajaran.
anak sulong akak dulu..macam tu jugak lebih main.tapi kita tau dari kertas peperiksaan nya.
1 reply · active 700 weeks ago
kak erna...

tp cabaran anak2 skrg ni tak sama mcm dedulu kan kak.. 6 tahun dah ligat membaca..
saya cuba yg etrbaik kak.. sbb fikri ni selalu kurang yakin dgn diri.. bila dia dah pandai sikit mbaca nih, & dah pandai sikit mengira.. nampak lah sikit perubahan dr segi keyakinan diri tu..
kalau dia xnak sekolah situ.. pindahkan je. Sama mcm shinta. Taska pertama dulu dia trauma. Taska yg sekarang baru serasi..
My recent post My Story: Adventure
1 reply · active 700 weeks ago
mami shinta,

dah nak hjg tahun pun dah.. memang x plan nak teruskan dia sek situ..
Ina Hashim's avatar

Ina Hashim · 700 weeks ago

ya Allah Bib....sakit pulak hati sy yg membaca....sy pun pendidik walaupun di peringkat yg lebih tinggi....tapi tatasusila dan etika seorang pendidik tetap sama tak kiralah mengajar tadika ke,sekolah ke,uni ke....semuanya sama....

sangat2 x logik alasan yg diberi;disbbkan x pulangkan surat pengesahan tu maka x diberi kertas periksa....takkan nak paksa & wajibkan semua budak sambung di sekolah yang sama..?isk.....Bib...kalo sy di tempat Bib...mmg sy x puas hati & pegi confront dgn cikgu yg x kasi kertas periksa tu...biar sampai puas hati

takpelah Bib...next year daftar tadika lain ajelah...baru senang hati...dan Bib seeloknya amik contact no. cikgu yg mengajar so that boleh pantau perkembangan dia dari semasa ke semasa....sy amik contact no. cikgu2 kelas anak2 sy dari tadika sampailah si Kakak yg sek. menengah...
1 reply · active 700 weeks ago
Hez,

I malas nak pjg2 kan.. sbb kita hormat cikgu tu sbg org yg lebih tua.. kalo cikgu tu muda , I berani jugak nak hentam balas.. ni dah tua, dah keras kalo nak dilentur pun.. :p

la ni masih menanti result utk masuk ke PRA sek rendah.. harap2 dpt lah..
salam kak yong..takziah utk fikri ye.klu sek kebangsaan..guru tidak boleh menghalang murid dr menduduki exam atas apa pun alasan.tu mmg hak mereka wlupun budak2 tu ada mslh pembelajaran..mcm sorang murid sy thn 1 bru2 ni..dia kata malas nak tulis..mmg budak ni ada mslh sket..tp sy letak je ketas xm ats meja dia..bosan2 dia hentam je jwb..dpt gak 15mrkh..boleh la..
My recent post Teruk sangat ke cikgu sekarang?
memang tak adil cikgu buat macam tu kat fikri..

risau sy memikirkan aiman bila baca entri tentang fikri nie..sy perhati aiman nie jenis yg slow jugak bab menulis dan melukis.bukan diam tak pandai,tp sy nampak sedikit masalah kemalasan.kalau buat sesuatu ambil masa yg sangat lama.dibentak2 br nak buat..sy pulak jenis yg kurang saba bila mengajar..sekolah lama dulu takpe la cikgunya sy kenal.taun depan sekolah baru entah apa peelnya.aduh risau2... :)
My recent post Makanan Di Pasar Malam
ishh klu yan pun merajuk ati nak antar ke sekolah tu lg...
takpela kakyong... ade hikmah kot fikri tak sekolah situ..
hope pasni dapat sekolah yg jauh lebih baik...
1 reply · active 700 weeks ago
Yan,

dah nak habis tahun pun yan.. x lama lagi nak cuti sekolah.. :p
dah terlambat jika nak tukor sek ke apa.. redho ajer lah..

skrg ni menanti keputusan utk masuk PRA sek kebangsaan..
eii kak, mmg tak patut lah mcm tu. Akak tadika Abim gak kan. Anak yus Abid pun tadika Abim, tapi takde pula begitu.
Masa ujian seni kreatif, yus tak ingat hari apa. Anak yus demam, sampai hidung berdarah. Jadi dia kaler sikit aje. Esoknya cikgu beri peluang dia habiskan lukisan dia tu sebab semalamnya dia tak sihat. Ok pula...

Yus pun tak hantar lagi surat untuk smbg tahun depan, takde pula anak tak di beri kertas periksa. Lagipun kita dah bayar yuran untuk tahun ini, apa kena mengena denga tahun depan??? Cikgu tu memang tak patut. Akak boleh report kot dengan guru besar dia. Kalau budak tu tak nak buat sekali pun, beri ajelah kertas, tulis nama pun jadilah. Eii..geram yus ni, mmg tak patut betul tau!

Sekurang-kurangnya dia mencuba, tugas guru tu untuk suruh dia tulis walau apa pun jawpan di situ. Jadi, bila orang tanya, boleh tunjuk bukti, ada kertas di beri. Cikgu tu yg bermasalah rasanya kak....
1 reply · active 700 weeks ago
Yus,

itu lah Yus.. semuanya tergantung pada guru.. jika guru berdedikasi mungkin tak asingkan @ bezakan budak2..

bila ramai kwan2 suami (kiranya bapa2 budak2 kg tu) yg kata ada favorism.. kita pun jadi terkedu lah jugak..
nak nyesal pun tak guna kan..

suami kenal ahli majlis taski tu.. tp suami kata malas nak pjg2 cerita.. jiran rumah MIL pun ahli majlis/jemaah taski tu jugak, tp dia pun x hantar anak dia sek situ.. :p , dia antor anak dia ke tadika islam lain (bukan Abim @ Pasti)..

kami pulak dah 6 bulan baru tahu ade tadika islam lain di kawsan tuh.. hmmm..

a lesson utk kami..
takpe kak yong, ibu ialah guru terbaik untuk anak2. semoga kak yong ttp semangat
1 reply · active 700 weeks ago
Tie,

Insya Allah Tie.. kakyong cuba yg terbaik.. dlm masa yg sama, sambil ajar anak, sambil mencari ilmu baru.. ;)
Sampai gitu treatment cikgu
My recent post Nasi Goreng Cina
1 reply · active 700 weeks ago
kak Azie,

saya pun tak sangka akan jd mcm ni..
nak mengajar budak2 ni kena pandai ambik hati budak2..
baru budak2 suka nak belajar....
1 reply · active 700 weeks ago
eita,
salam kenalan..

yup , betul.. dalam proses mengajar anak2 belajar ni, memang mcm2 juga yg kakyong belajar.. dr situ kita nampak apa yg perlu diberi tumpuan & ibunya pun harus kena cari ilmu nak mengajar anak.. :)
Ooo.. tak elok la cikgu dia buat camtu. Nape nak bezakan taraf pula, budak ni, bapaknya kerja kat pasar, budak ni, anak pegawai, etc. Pelik, dan kalau terjadi pada Yati, Yati pun mesti sakit hati juga. Kakyong dan suami bersabar la, lagi pun hari sekolah pun dah tak berapa banyak. Belajar di rumah pun baik juga. Kesian Fikri.
My recent post Flower hairclip lagi...
1 reply · active 700 weeks ago
Yati,

ibu mana2 pun pasti akan terasa x adil anaknya dibuat mcm tu kan..
kalo ikut hati memang boleh bergaduh dgn cikgu tu.. tp kita malas lah nak tunjuk 'handal', sbb faham sgt situasi dok dekat2 dgn polis tu.. nanti terjejas pulak bisness suami.. mengalah x bererti kalah kan..

Fikri baru 5 tahun, masih byk yg dia boleh xplore walaupun hanya di rumah..

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .