Maaf ya, hari ni ibu terpaksa tunda untuk umumkan pemenang Contest Jom Main Air.. sebabnya ibu bersedih dan tak boleh nak buat2 yang ibu hepi hari ni.
Berita ni ibu lambat dapat sebab en ayah bawa henfon.. so masa makNgah Miela hantar sms memang ibu tak tahu.. dah lepas maghrib baru en ayah bagi tahu anak Nasri meninggal. Nasri ni pangkat pakcik @ bapa sedara dengan ibu.. Mak Nasri @ opah encek adalah mak sedara kepada ayahnde.
Malam tadi baru ibu baca n3 99.9% terbakar kat blog makNgah Miela.. sila lah klik untuk baca ya..
Ibu ingatkan pagi lepas sahur tadi boleh lah ibu tepon untuk tahu kesah yang sebenarnya. Tapi en ayah bawa henfon lagi.. sudahnya ibu email jer kat makngah miela. Ini lah jawapan yang ibu dapat dari email makNgah... Ibu tak tahu lah, naper berita ni menyentap hingga ke hati ibu..
Yang meninggal tu anak dia yang bongsu...si adik dr kembar tu. Masa dalam kul 6 lebih kot sbb smlm makcik tu singgah umah kata kul 5 lebih bebudak tu tengah main kat laman. Opah yang tengah bakar sampah, dia x perasan arwah adik ni ikut dia bakar sampah gak. Selalu dia x kacau. Tetiba api sambar baju gaun yg dia pakai. Mujur bukan kain getah leh gak rabut buang tapi malangnya opah yang perasan dah lewat... api dah bakar badan arwah gak. Then opah yang peluk dari belakang, habis tangan dan kaki opah yang melecur. Namun x leh wat paper sebab keseluruhan badan terbakar. Hanya belakang je selamat sebab opah yang peluk. 88% badannya terbakar dan 99.9% organ dalamannya rosak kecuali 1% iaitu jantung. Isinya masak. Meninggal jam 8.05 pg di PICU. Abg tau kul 11 mlm..dia sempat la g PICU tengok. Iela ingat nak g pagi tu..then dpt tau da meninggal. Iela g gak ke Bilik Mayat.. then amik mak, n abg bw balik cht tin. Kesian kat opah yang sebab rasa bersalah walaupun kejadian yang melanda bukan salah dia. Terjelepok kat kubur arwah merintih walaupun dia pun sakit melecur. Iela bg antivirus tu 3 suh sapu kat melecur tu sebab sebelum nie mak kena minyak panas, sapu elok. Teruk sangat iela tengok. Nasri n wife nampak macam redha tapi kembar tu nampak macam lost. Menempek je kat mak dia. Yang tinggal cuma kembar yg kakak yang ada parut kat mulut tu je. Cian depa. Tuhan nak duga bulan2 posa nie.. dorang mandi kan mayat pun sebagai syahid. Terus ke syurga arwah. Alhamdulillah.
Ibu memang jadi sayu bila dapat tahu atau terbaca kes2 kematian anak2 ni.. tak terbayang jika ibu yang berada di tempat ibuayah anak ini. Ibu doakan Nasri & isteri tabah & redho.. begitu juga untuk Opah encek. Insya Allah, selepas ni berusaha lah supaya dapat bersama dengan si kecil yang menanti di pintu syurga.
InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al- Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.
Buat semua kawan2 ibu, awasi lah anak-anak walau dalam apa jua keadaan. Malang memang tak berbau. Ajal, jodoh pertemuan memang hak Allah, maut adalah sesuatu yang Allah sembunyikan dari kita. Namun jika kita mengambil langkah2 yang dapat mengurangkan risiko, Insya Allah. Anak2 terlalu berharga untuk diri kita, namun perancangan Allah itu tiada dapat kita ketahui.
Seperti yang pernah ibu maklum kan dalam n3 sebelum ini, kawasan perumahan ibu ini adalah taman perumahan yang berhampiran dengan kawasan kampung. Masyarakat yang tinggal di rumah lot, yang punya laman luas, memang amalkan lagi pembakaran sampah secara terbuka. Mungkin selepas ni usahlah bakar sampah di laman rumah lagi. Bukan nak salahkan sesiapa kan tapi anak2 adalah sangat berharga dan anak2 kecil seusia 2-3 tahun masih belum tahu untuk membezakan bahaya dan menjaga diri. Namun apa pun apa yang telah berlaku pada keluarga nasri, kita anggaplah rahmat Allah. Rahmat ke arah satu hijrah mungkin.
Ibu teringat pada kesah seorang kakak ni, kita panggil dia kakpah. kesah nya diceritakan pada ibu semasa ibu masih bujang lagi. Menurut kakpah, anaknya meninggal kerana ter'jatuh' dalam kawah mengelegak. Waktu itu sedang sibuk masak2 kat rumah kenduri. Anak2 pulak dok main kejar sampai ke kawasan memasak. Anaknya waktu itu berusia 5 tahun. Kata kakak tu, sebelum anaknya meninggal, si anak kecil ni ada cakap pada ibunya.. "kalo dia dah takde nanti, mak jangan dah marah2 & pukul kakak & abang. "
Si anak kecil tu memang nakal, suka buat perangai ketegaq.. Anak2 ni kita nak marah pun ade hadnya, nak dipukul @ ditangan pun ade kaedahnya. Anak nakal sebab inginkan perhatian, tetapi bila tiada kawalan dan pengawasan boleh juga membawa kesan buruk kepada anak.
Syawal juga bakal menjelma tak lama lagi. Bagi yang pulang ke kampung, awasi anak2 ya.. boleh main bunga api tapi biarlah dengan pengawasan.. kadang2 bila berada di kampung, ade perkara yang kadang2 kita terlepas pandang.. maklum lah bila sudah berkumpul beramai2 memang asyik berkongsi cerita.. jangan terlupa tengok kan anak2. Anak2 seusia 1-3 tahun adalah anak2 yang suka buat aktiviti explorer.. jadi awasi tangga, awasi tempat2 yang mungkin anak2 suka nak memanjat, awasi mancis, awasi pisau & alat2 tajam... pendekata, jangan biarkan anak bermain sendirian tanpa ada yang lebih dewasa mengawasi.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
24 kawan ibu yang hebat:
Ya Allah! Sedih sungguh hanz baca kisah ni kakyong...fyi, my mom still suka bakar sampah walau dok penat kami mengingatkan..tapi since H1N ni, she said dia dah berenti..
anak2 kecil memang lasak & pantang terpica, ader2 jer, nak kena sentiasa awasi anak2 kecil...
takziah pada keluarga arwah...
sedihnye kak yong...
anak kecil mmg kene perhati selalu..
salam takziah kepada family arwah
Sayunya baca post akak petang ni. Bila benda yang melibatkan anak² hati tersentuh sama. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Mmg xdinafikan anak² ni ketegaq sket, tak rasa x berenti, kena lebih peka dan prihatin, ini buat peringatan diri makmi sendiri.
sedihnya memang dah pasti pada keluarga arwah. tak boleh bayang macamana tapi yang hidup pasti akan mati... kena redha dengan ketentuan Allah yang lebih menyayangi dirinya...
Salam takziah untuk keluarga arwah..
p/s: hari nie pun saya dikejutkan dengan kematian anak kawan kepada kawan kat office nie .. meninggal sebab accident dilanggar lori
sedihnyer..takziah buat keluarga arwah :(
Sabarla kakyong.iela sendiri pun masih lagi teringat2 muka kakak kembarnya yg duk merengek kat mak nya. Mujurla nampak Nasri n Isteri mcm redha je.. tapi dgr bila abg cite depa da siap beli baju raya n kasut raya dua pasang sorang sama corak n warna..sedih je..macam mana la nak menghadapi pagi raya nanti sedangkan beli dua pakai satu je..
sedihnya kak yong...anak2 mmg kn slalu di awasi... ingatkan diri sndiri juga.sbb aufa pun da stat lasak..
takziah..
memang sedih.. lebih sedih kat kakak si kembar lah.. selalu berdua, tetiba la ni sorang jer... apapun semua dah ketentuan Allah. hrp2 jgn lah si kakak kembar jd trauma @ depress.. yer lah dah hilang teman sejak dr dlm rahim lagi..
iela,
skrg ni depa sema di chgkt tin ker @ dah balik Ipoh.
masyaAllah Bib
sedeynya..dahla kembar pulak tu...memang la bende dah nak jadi..tapi, tetap sedeyyyy
Sedehnya...
Tp ibubapa nya pasti lebih sedih.
semoga mereka tabah hadapi dugaan yg diberi.
Sedihnye,, takziah buat ibu sekeluarga serta buat ibubapa arwah, semoga tabah dan redah dng uji ini ....,semoga arwah menanti ibubapa nye di syurga amin...
Salam takziah buat kak yong sekeluarga . Sedih sampai berjujuran airmata bila baca entry ini .
Allah lebih memnyayangi dia . Insyallah dia akan tunggu ibu bapa nya kat syurga .
takziah untuk nasri & isteri.
moga ayah dan uminye tabah... =( innalillahiwainnailaihirojiunnn
inna lillah wa inna ilayhi rajiun..
ya Allah..sedihnya. takziah dari kami sekeluarga. mdh2an ibu & ayah arwah tabah hadapi ujian..
salam kak yong..sedih sgt sy baca citer ni..teringat kat anak sy, umur 2thn lbh, bdk2 sedang ni mmg takbleh duk diam..ade je akal diorg..kene selalu awasi..apepun takziah utk famili arwah..
salam kak yong..sedih sgt sy baca citer ni..teringat kat anak sy, umur 2thn lbh, bdk2 sedang ni mmg takbleh duk diam..ade je akal diorg..kene selalu awasi..apepun takziah utk famili arwah..
salam kak yong..sedih sgt sy baca citer ni..teringat kat anak sy, umur 2thn lbh, bdk2 sedang ni mmg takbleh duk diam..ade je akal diorg..kene selalu awasi..apepun takziah utk famili arwah..
hmm..btol kate kak yong. malang tak berbau. kdg2 benda yg tak disangka2 boleh terjadi kan..harapnye anak2 kite dilindungilah dr kejadian2 sebegini..
utk kak yong n keluarga arwah, takziah diucapkan. mesti sedih sgt di pagi raya nnti esp kakak kembar arwah. harap diornag tabah dgn ujian ni..
sedeyla baca entri ni dipagi2 hening..
simpati ngan si kembar yg kilang teman yg plg akrab dgn dia..
yan penah gak bakar sampah tepi uma coz ade laman.. bile rumput pas potong atau pas racun tu.. kami bakar.. tp lepas kes ni... yan patut berjaga2la.. klu sebelum2 ni.. mmg yan dukung qis..
kak yong..sedih baca!budak tempatnya mmg di shurga. cerita kak yong ni saya teringat jiran saya pernh tglkan anak dia dalam umah sendirian dia berkerja..anaknya main api dan nyaris mati.nasib baik ada jiran yg tolong! klu tk bkan mati terbakar tp mati lemas. yang bab budk nakalpun saya sedih.teringat kat nadiera yg saya selalu marh
Takziah buat keluarga arwah... al Fatihah..
Semoga ia jd satu pengajaran wat kita para ibu bapa supaya lebih berwaspada sentiasa... Jgn anggap anak2 kita dah besar... sebab,..anak2 sentiasa ada rasa ingin mencuba!!!
Salam KY,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ...
Takziah kepada En Nasri sekeluarga ...
Pilu hati saya baca entry KY ...
takziah utk nasri+isteri. kehilangan anak daku juga pernah merasainya, cuma cara kehilangan tu berbeza tapi sudah cukup membuatkan diri ini rasa biol buat sementara waktu. harap nazri dan isteri tabah hadapi kenyataan ini. memang betul anak2 seusia 1 - 3 thn tu..memang kena bagi perhatian lebih...diaorg ni main redah ja tak ingat akan bahaya yg bakal menimpa.
Post a Comment