Salam ceria untuk semua,
Untuk yang dah terer berblog, rasanya tutorial ni mudah bangat, so kalo dah tau, dok diam2 jer yer.. yang belum tahu @ yang agak2 tau tapi tak begitu pasti.. jom ikut.. memang mudah, hanya klik-klik jer. macam lah pandai sangat pun..
Actually, tutorial ni dedicated untuk Nadnye.. actually ibu yang cadangkan supaya Nadnye besarkan sikit font di entri blog... hehee.. bukan apa ibu ni yang bermata empat ni kadang2 gigih mengendap2 depan skrin untuk membaca entri.. kalo besor kan sikit pun rasa puas sikit membaca..
1. Masukkan ke blogger dashboard & create new post
klik untuk image lebih besar |
Ruangan yang dikotakkan oren itu, adalah semua fungsi yang berkaitan dengan font.. nak besorkan, nak warnakan, nak sengetkan @ nak potongkan, atau highlight kan perkataan dengan warna.
Untuk tukor jenis font.. klik jer yang di anakpanah-merah kan tu - Default Font .. pastu pilih la mana2 font yang kalian suka..
klik gambar utk image lebih besar |
Ini untuk besarkan saiz font.. ni yang ibu request Nadnye buat.. apa yang perlu buat.. taip jer banyak2, sampai habis 1 perenggan.. atau pun sampai habis idea, kemudian baru edit.. samada dengan cara highlight semua entri , pastu klik fungsi untuk besarkan saiz font.. atau pun kalau nak besarkan perkataan tertentu, pilih @ highlightkan perkataan itu sahaja.
Yang suka bermain dengan html kod.. boleh guna cara ini :< big> perkataan < /big> , kod harus ditaip tanpa space
klik untuk image lebih besar |
Untuk warnakan font - highlightkan perkataan yang hendak diwarnakan dan klik pada fungsi 'text colour', dan pilih warna yang anda suka.
klik untuk image lebih besar |
Untuk highlight kan perkataan.. ala2 macam guna highlighter gitu.. so klik pada fungsi 'Text background colour'. & pilih lah warna yang anda berkenan.
Untuk sengetkan perkataan, klik pada fungsi Ítalic - anak panah merah.
Yang suka main dengan kod html, boleh guna kod ini < i> perkataan < /i>
kod harus ditaip tanpa space ya..
Untuk bold kan perkataan, klik fungsi yg huruf B itu..yang anak panah purple.
Yang suka main dengan kod html, boleh guna kod ini < b> perkataan < /b>, kod harus ditaip tanpa space.
dan yang terakhir.. untuk
Yang suka main dengan kod html, boleh guna kod ini < s> perkataan < /s>, kod harus ditaip tanpa space
Dah selesai.. senang jer kan... klik-klik jer...
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!