Salam hari Isnin...
Semoga semangat berkobar-kobar untuk memulakan minggu baru ni...
ni alkesah Aliya pada suatu tengahari (hampir nak tengahari tapi masa tu ibu belum masuk dapur lagi). hari tu Abang fikri & anis ikut atok, jalan2 naik motor & singgah terus rumah opah.. tinggal lah si kecik ni sorang dengan ibu.. pukul 3 petang baru abg fikri & kakak anis balik rumah
diam-diam aliya buat projek kat dapur.. ntah masa bila dia panjat kerusi & amik bekas isi susu kakak anis atas meja (ibu yang lupa nak alihkan kerusi jauh-jauh) |
susu botol belum berapa reti nak minum.. tapi susu tepung ni sedap jer dia ratah... ibu snap foto pun dia buat dek jer.. |
muka baru lepas nangis.. kena tinggal, tak dapat ikut atuk.. |
ni la muka pesalah yang langsung tak rasa bersalah.. innocent jer... |
Aliya masih lagi BF.. 2,3 minggu ni dia langsung tak mau fresh milk. Pagi2 dia akan minta milo, minum dalam botol.. Selain milo, memang asyik berkelek dengan ibu jer.. Boleh kata tiap jam dia akan mintak nak t*t*k.. so, kejadian BF sambil ibu buat kerja itu adalah suatu yang normal.
Ibu buat kerja = ibu mengadap lappy samada untuk kerja akaun, berblog, berFB, bertenet, dsb.
Pernah terjadi, suatu petang ade customer telefon.. baru jer nak bercakap dah Aliya merengek nak BF. Bila minta Aliya tunggu & cakap yang ibu nak cakap dengan kawan ibu dulu, tapi Aliya dok melalak sampai ngamuk-ngamuk. Sah2 customer dihujung talian pasti mendengar suara lalakan anakku. Jadi, terpaksalah minta maaf dengan customer sebab tak dapat nak bersembang. Minta la no telefon customer, nanti ibu buleh return-call. Sudahnya, bila ibu return-call, customer tu cakap tak jadi pulak nak beli. Takde rezeki lah kan.
Ibu pun sedih lah jugak, sebab dah hilang seorang customer. Tapi nak buek camno kan.. bukan kita tak mau layan panggilan customer, tapi situasi tak mengizinkan.. lagipun ibu takde pembantu.. sebab tu lah, kalo hal2 belian on-line ni, ibu prefer customer hantar request melalui email. Bukan sombong, tapi tak mau kejadian anak menangis minta perhatian, semasa menjawab panggilan customer, berulang lagi.
Aliya akan genap 2 tahun 18 Julai 2010.. Ibu pun belum plan apa2 untuk weaning-off.. kadang2 tu terfikir juga, kalo si kecik ni tak melekap jer kat ibu, lebih banyak kerja yang ibu boleh selesaikan. Tapi bila tengok muka tulus-mulus yang kuat merengek tu.. tak sampai hati pulak. Bior lah dia menyusu dengan ibu selagi yang dia mahu. Selagi ibu tak pregnant lagi, selagi tu la Aliya boleh terus menyusu.
Pengalaman sebelum ni, time pregnant susu memang kering.. dah tua lah katakan.
p.s
lama tak makan tempe.. bila lah ayah nak belikan tempe..
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!