Salam ceria,
Ibu sekarang ni mencuci cloth diaper 1 hari 1 kali.. sekali cuci jumlahnya lebih kurang dalam gambar kat bawah ni. La ni Anis masih berCD.. Anis cuma 1 bulan jer CD-less... mulai 16 April Anis minta nak pakai CD semula.
Baru dalam 1 minggu ni, ada masa2 tertentu Anis dia tak nak pakai CD.. pakai seluor jer.. jadi sekarang ni untuk Anis, pakai CD adalah atas permintaan dia.
cuba teka berapa insert & CD pant yang ada dalam gambar ni..??? saper yang pertama teka dengan betul.. akan dapat 'hadiah' ... di review blog & dok dalam carta bergerak selama 1 bulan... suka tak?!! |
bila CD dah mula melimpah camni.. memang harus segera dicuci.. |
Ibu simpan CD yang sudah dipakai dalam bekas ni (bekas cat di recycle.. erkkkk..).. memandanga ibu basuh hari-hari jadi ibu tak asingkan CD yang poopoo dengan yang peepee.. Untuk ibu2 yang membasuh CD 2-3 hari sekali, sila asingkan ya..
Orang selalu beri alasan, malas nak berCD sebab susah nak cuci bila anak poopoo.. sebenarnya tak susah pun.. Anis pun dah pandai nak cuci CD yang kena poopoo nih.... dia akan buang poopoo dalam toilet bowl.. pastu dia akan pasang air kuat2 & pancut kat CD sampai bersih... kadang2 boleh banjir bilik air dibuatnya.. anak-anak memang mudah mengajuk perbuatan ibu ayah... tajam pemerhatian depa..
CD yang sudah dibuang poo & dipancut bersih, sila perah & letak dalam bekas berasingan.. tapi kalau dicuci hari2, boleh la follow cara ibu.
senang mencuci CD guna mesin basuh |
Masa awal2 berCD dulu, stock CD tak sampai 10 pcs pun.. so boleh kata tiap kali pakai ibu akan cuci tangan & perah bagi kering pulas kuat2.. sekarang ni stock CD dah ade 20 pcs, (dah spend hampir RM500 untuk 20... pls take note, ibu menjual CD jadi 13 CD adalah pada harga kos, yang awal tu beli dari kedai online ). Sekali basuhan adalah dalam 10-12 keping CD, jadi ibu campak dalam mesin basuh. CD yang pee pun ibu tak bilas, lempor jer dalam mesin basuh, bior mesin yang buat semua.
Program kan siap2, sebaik mesin buang air basuhan pertama baru ibu masukkan sabun. Ibu guna sabun serbuk Kuat harimau.. kadang2 Daia.., tengok mana yang murah.. almaklumlah sekali beli pack 5 kg. Sabun untuk bash CD guna sedikit jer.. untuk basuhan 10-13 keping CD, ibu guna hanya separuh scoop jer.
Sebulan sekali ibu akan cuci insert/CD dengan cuka @ serbuk soda bikarbonat (serbuk penaik tu lah). Cuka untuk hilangkan bau pee yang kurang enak. Biasanya selepas penggunaan lebih 10 kali, CD pant & insert akan 'menyimpan' bau hancing.. so, itu adalah tanda, anda perlu 'strip washing'. Untuk 20 insert ibu akan guna 1 cawan cuka.. errkk banyak ke sikit tu... tak tau sukatan orang lain camana.. itu pun semua kerja mesin basuh yang buat. Ibu masukkan CD, programkan.. tuang kan cuka dan siap, tunggu le sampai mesin berhenti, pastu jemur tengah panas.. cuaca panas macam sekarang ni memang cepat jer CD kering.
Bagitu juga dengan serbuk soda. Ibu bancuh dulu dalam air.. untuk 20 insert ibu guna dalam 2 sudu makan... pastu campak kan semua dalam mesin basuh, program kan & jemur sebaik mesin selesai kerja dia.
Bila dah kering, angkat dari jemuran, tunggu sejuk baru la dilipat/disimpan. Sebaiknya masukkan insert siap2 dalam CD, jadi bila nak guna amik & terus dah boleh pakaikan pada anak.
Pantangnya semasa mencuci CD ni - jangan sesekali guna klorok/peluncur & pelembut kain (softener). Klorok akan memendekkan usia CD. Pelembut kain pula akan membentuk lapisan berminyak di CD & insert yang akan mengurangkan kuasa/daya serapan.. ini yang akan menyumbang kepada masalah kebocoran CD.
Pantangnya semasa mencuci CD ni - jangan sesekali guna klorok/peluncur & pelembut kain (softener). Klorok akan memendekkan usia CD. Pelembut kain pula akan membentuk lapisan berminyak di CD & insert yang akan mengurangkan kuasa/daya serapan.. ini yang akan menyumbang kepada masalah kebocoran CD.
ibu suka letakkan CD dalam bakul ni (ni bakul hantaran ibu dulu... ;) ) normally akan letak 6-7 CD. Senang untuk dicapai, tak yah berulangkali nak buka lemari. |
Senang kan nak uruskan CD.. adakah anda rasa susah & remeh ber'CD' ??!!
Jika mau tips dari pakar CD.. sila jengah SINI.
Jika mau tips dari pakar CD.. sila jengah SINI.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!