Wednesday, May 26, 2010

Home » , » Ajar anak makan berjamaah

Ajar anak makan berjamaah

.
Salam ceria hari selasa,

Jika kawan ibu yang dah follow blog ibu ni sejak tahun lepas, pasti perasan, tahun lepas banyak foto anak2 makan di meja makan. Tapi tahun ni semua makan di bawah & acapkali nya makan berjamaah.



Add caption

Sebenarnya sukar juga nak mengajar anak-anak ber3 ni supaya boleh berkongsi makan sepinggan.. so far belum lagi beli dulang.. tapi pinggan yang besor ade le 2-3 biji.. jadi guna pinggan besor jer lah..



Add caption
Masa peringkat awal tu (ibu mula ajar makan berkongsi ni pada bulan Nov/Dec 2009.. masa tu aliya pun dah 1 tahun 4 bulan.. memang dah tahap nak makan @ nak buat semua sendiri. Memula tu memang bergaduh juga, nanti si kakak tarik pinggan, pastu abang pulak tarik pinggan.. sudahnya makanan jadi bertaburan.



Add caption
Lama-kelamaan makan berkongsi ni dah jadi satu kemestian.. anak2 pun dah rasa seronok.. nampak lah sikap boleh bertolak-ansur.. tapi ada masa tu depa berebut jugak... hahahaaa... nama lagi anak2 kan.. cuma kena lah selalu ingatkan 'makan sama2, jangan gaduh2.. nanti nasi (makanan : mee /bihun/nasi goreng etc)  tu nangis.. sian kat nasi (makanan) '..

Add caption
Suatu hari ibu keluarkan talam besor.. actually jiran nak buat kenduri & nak pinjam.. fikri otomatik cakap "ibu nak buat makan sama-sama ramai-ramai ke". "nanti abang haris datang, paklang datang.." "abang haris ni dok jauh sangat lah ibu.. lambat sangat sampai"

owhhh.. fikri lately selalu sebut nama abng haris... tak tau la ibu nak cakap.. hari tu ibu bagi fikri cakap kat tepon.. tup tup abang haris cakap "ko nak apa? " mak aiii, garang nyer abang haris..

Apa kes interprem citer abang haris plak kan... fikri rindu abang haris lah tu... bila la nak bawa fikri naik ketapi g jumpa abang haris...

Ajar anak2 makan berjamaah.. ibunya sebenarnya menyahut seruan ayahnde Pengasas.. Alhamdulillah, permulaan agak sukar, tapi kini nampaknya berhasil.


p.s 
makan berjamaah tu sunnah kan.. 






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .