Fikri lahir di Hospital Besar Ipoh, pada 27 Februari 2006. Semasa lahir, fikri dah biru.. doktor marah ibu sebab ibu tak tolong diri sendiri untuk 'teran' fikri keluar.. sampai hari ni, ibu tak boleh terima cara doktor tu memarahi ibu.. memang sungguh ibu bertarung nyawa untuk melahirkan fikri, dari jam 8 pagi (dengan tidak diberi sarapan) sehingga lah menginjak ke pukul 4 petang, baru lah doktor pakar datang & decide nak vakum.. sedangkan sejak dari jam 10 pagi lagi ibu dah request.. salah ke ibu permintaan ibu itu. sampai hari ini ibu tak faham kenapa bidan & doktor tu tetap nak 'menjerit2' suruh ibu teran.. bukan ibu tak redha, tapi setiap kali ibu teringat saat ibu bersalin kan fikri, pasti perasaan sebegini hadir. Astaghfirullah.
Alhamdulillah.. selepas 24 jam fikri dilahirkan baru la ibu dapat pegang & susukan fikri. 24 jam sebelum nya fikri kena dok dalam incubator untuk pemerhatian. Jururawat hantar fikri ke wad ibu pada jam 6 petang 28 Februari 2006. Dan dari saat tu.. fikri tak berhenti nyonyot susu ibu, bila terepas ajer kejap, fikri menangis (baca teghoyak dgn kuat nyer). Ibu pulak masa tu, tak pandai lagi nak susukan macam mana.. duduk tak kena, baring pun tak kena.. Alhamdulillah, ade sorang misi ni, sangat baik sekali, dia lah yang kerap2 datang sampai tengah2 malam pun dia kejutkan ibu bila fikri 'meraung'. Dia lah yang ajar ibu, cara-cara untuk menyusu. Ibu plak memang kekok kan main.. tapi pengalaman baru yang sangat ditunggu-tunggu. hari pertama fikri menyusu, dari jam 6 petang hingga ke jam 8 pagi esoknya baru fikri betul-betul tak merengek & tidur dengan nyenyak hingga jam 12 tengahari baru menyusu semula.
Fikri menyusu dengan ibu tak lama, hanya bertahan 5 bulan ajer. Mungkin masa tu ibu tak dapat sokongan yang sepenuhnya dari ayah, sebabnya bila fikri nangis jer & ibu takde dekat fikri masa tu, ayah terus jer buat susu botol. Banyak kali ibu ingatkan ayah, biar ibu yang susukan, tapi ayah kata nak bagi ibu rehat lah, itu lah, ini lah.. yang sebetulnya ayah selalu nak berebut fikri dengan ibu. Tak tahu lah pulak dengan ibubapa yang lain semasa anak baru sorang.. tapi itu lah pengalaman ibu.
Semasa dalam pantang, fikri adalah baby yang paling senang dijaga. Bila dah kenyang menyusu, tidur ajer kerja nya. Kalo menangis pun, suara rengekan nyer pelan ajer.. ibu takut juga kot-kot sindrom malam pertama fikri dengan ibu berlarutan sampai ke rumah. Rupanya tidak. Alhamdulillah, fikri tak kena demam kuning. Orang dok bertanya, apa rahsia anak tak kena demam kuning..?! Tak tahu ibu nak jawab macam mana, mungkin dah itu yang Allah aturkan untuk fikri. Tapi semasa mengandungkan fikri, ibu makan salindah. Selain itu ibu suka sangat minum air kelapa muda, boleh kata hari-hari mesti beli.. sejak usia kandungan 6 bulan ke atas.. dah la masa tu harga kelapa tengah naik.. sebiji kelapa muda pun dah RM2.50, kalo beli sebungkus dengan sedikit isi pun RM2.00. Nak buak camner kan.. dah nak jugak.
Kata orang tua, kalo minum air kelapa muda baik untuk pembentukan tulang anak. Mungkin itu lah kot hikmahnyer, sebab doktor kata walaupun fikri dah hampir lemas, tapi badan fikri tegap & keras. Kali pertama jadi ibu, memang semuanya kekok, tapi sebab fikri tegap, mudah nak pegang, hatta dari baby lagi fikri dimandikan secara berdiri.. tak rendam dalam tab pun.
Sekarang ni, walau dah ade 2 adik, abang fikri masih nak ibu pakaikan baju & seluar. Sedangkan sebelum Aliya lahir, semua abang fikri nak buat sendiri. Ibu tahu, abang fikri jeles dengan Anis & Aliya. abang fikri pun nak perhatian juga. Ibu sayang semua, takde pun nak pinggirkan abang fikri. Tapi ibu lebih suka kalau abang fikri buat sendiri, sebab tak lama lagi abang fikri dah boleh pergi sekolah. Jadi kena lah belajar berdikari.
nampak nyer, setakat ini ajer lah catatan ibu. Jap lagi nak ke Ulu Kinta.. tak tahu ler, makcik kesayangan fikri plan nak sambut harijadi Fikri.. lucu pulak, jam 6 petang tadi, fikri tidur dengan lenanya di hall.. berkali-kali ibu kejut, fikri buat tak tahu.. tapi bila ayah kata 'nak potong kek ni, cepat.. cepat!' kelam kabut anak ibu bangun.. Masya Allah.. kuat betul penangan kek hari jadi ni.. ni mesti makcik dia lah yang dah janji semalam ni.. Alhamdulillah, bersyukur sebab fikri ade makcik-makcik yang sangat sayangkan fikri.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!