Tuesday, November 30, 2010

Mari Teka : part 2

##dah tamat... tunggu keputusannya ya!! ##

Salam ceria,

Jom kita meneka lagi.. kali ni jika ramai yang memberi jawapan yang betul.. ibu akan buat cabutan yer.. jadi setiap yang meneka mendapat peluang yang sama yer..

Jom teka kali ni akan dibuka sehingga jam 8 esok pagi yer.. jawapan nya ibu bawa ke belah petang esok lah yer.. sebab belah pagi ibu online lepas jam 10 pagi. n3 yang UP pepagi hari adalah n3 autopublish. Winking smile

IMG_9249

Dimanakah Aliya berada? Apa nama sungai ini…? ooppsss ini bukan soalan yang perlu dijawab.. Smile with tongue out

Fakta:
Aliya berada di tebing sungai Perak di Kuala Kangsar. Nama tempat ini adalah Dataran Kuala Kansar.. disebelah dataran adalah Laman Budaya, satu taman rekreasi di Kuala Kangsar.. moh kome, kalo nak merasa cendol dan laksa kuala.. moh singgah.. laksa kuala tak sama dengan laksa negeri lain.. apa yang buat laksa kuala istimewa? ade sapa tahu….??? ini soalan tambahan yer..

Arena Square Kuala Kangsar terletak di kawasan Dataran Kuala Kangsar.. Selalunya kalo ade expo @ pesta niaga deme akan buat di Arena Square. Sori ye.. lupa nak snap gambor Arena Square.

Soalannya:
Apa nama jambatan yang merentangi sungai Perak seperti yang ada dalam gambor di atas? Jambatan ini menghubungkan Kuala Kangsar dengan apa (nama tempat)?

Jika ramai yang memberi jawapan betui, ibu akan ambil kira jawapan bagi soalan tambahan – apa istimewa nya laksa kuala?-

Jika lebih dari 2 orang yang jawab dengan tepat/betul.. ibu akan buat undian yer…

Tekaan dibuka sekarang, mulai jam 8 malam dan berakhir pada jam 8 pagi esok, 1 Dec 2010.

Sekian, selamat mencari jawapan..

p/s
tak susah kan.. suka2 nak tajamkan pengetahuan am & memfemeskan negeri Perak… Thumbs up



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuah bersama § ma belle histoire §

Salam ceria,

Siri mari meneka Part2 akan dibawa ke jam 8 malam (waktu Malaysia) yer… petang ni war-war TUAH ke3 untuk bulan NOvember.. 3 jer baru..

Anda kenal Haszuraidah.. dia ni pun spesis contest/GA mania macam Mama Zharfan… dan Has pun selalu menang contest & GA… beza tau dengan ibu, ibu ni kalo ade rezeki dapat le TUAh GA.. sebab ibu tak rajin nak join contest. Pada ibu orang2 yg rajin join contest blog ni selalunya punya idea kreatif, gigih dan rajin. Sebab ibu susah nak jana idea kreatif dalam penulisan, maka ibu rajin join GA jer lah… Hot smile

Tuah ke 3 untuk bulan NOvember datang nya dari My Belle Giveaway.. Keputusan penuh boleh refer di sini.


winney-mybelle
  
Hadiahnya? Tajaan dari GBOB dan Perfume For All, dua2 adalah milik Watie Aziz mom of 2Q’s.


winnet-hadiah


Ibu pilih yang set no3… perfume 5cc dan audio CD. harap2 dapat lah yer… ibu rasa lah, ibu antara pemenang yang awal menghantar details & membuat pilihan… perasan lah jap… Smile with tongue out


sedang membayangkan besor manakan botol 5 cc ni… cc ni apa yer? sama ke dengan ml.


Last week ade baca di blog Adyani pasal Nursery Rhymes ni… percaya tak, ibu tak pernah ajo anak2 nursery rhyme ni.. even twinkle2 little star ke baba black ship ke..… ntah la, ibu tak tau naper ibu kureng sikit dengan nursery rhyme ni.. mungkin sebab ibu lebih suka anak2 dengor nasyid. Since bakal dapat CD ni kan.. harap anak2 ibu tak le jakun sebab tak tahu nursery rhyme. Sarcastic smile

Terima kasih HAs, GBOB dan PFA… Gembira sangat dengan hadiah-hadiah ni. Thumbs upRed heartRed roseRed rose

Mak-mak & bapak2.. jom singgah di GBOB (genius baby on board)





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Lempeng colek sambal ikan bilis + resepi karipap gergasi

Salam bahagia dan salam ceria,

Pepagi ni, jom makan lempeng colek dengan sambal tumis ikan bilis.. Lempeng ni memang tepung dan air semata2… memang tawor-heber la rasanya kalo makan camtu jer.. bila dah colek dengan sambal tumis ikan bilis, baru le datang nikmatnya.. nak2 kalo lempeng masih panas-panas. Thumbs up


IMG_9109


Piring ni memang antik.. kepunyaan arwah onyang Jenab (nenek pada makbonda).. tiap kali tengok piring ni mesti teringat pada arwah.. Zaman sebelum sekolah ibu dan adik (yg no2, suaminya miela) dok dengan arwah onyang. Apa yang onyang tak pernah masak untuk kami 2 beradik makan.. ubikayu bakor dalam api… lempeng, cucur kelapa, kerepek pisang kudapan harian kami, & ntah apa lagi lah… hari2 kami dok jatuhkan timba dalam perigi., jenuh onyang berleter, tapi kami tetap juga jatuhkan timba dalam perigi.. last2 dapat timba dari upih pinang sorang satu.. tu pun jatuh juga.. kome ade pengalaman macam ni… tetiba hati merasa rindu pada zaman tu… Confused smile

Since semalam dah buat tayangan perdana karipap gergasi, hari ni ibu kongsikan resepinya.. sangat2 mudah dan simple.. kalo kakyong, koleksi resepi memang semua yg mudah & simple. cepat di masak, sedap dimakan & tak lama2 kat dapur…



Bahan-bahan :
Untuk kulit
tepung, air, garam & marjerin/minyak masak
Buat macam nak buat kulit karipap le.. semua reti kan.. sukatan ikut suka, tapi 1 cawan tepung buleh dapat 3-4 biji karipap gergasi (bergantung pada saiz karipap yang dicanai)

bahan untuk inti ~ ini terpulang pada kreativiti masing, sendiri nak makan sedap kan..
telur (1 biji karipap = 1 biji telur)
bawang – didadukan @ ricih halus (ikut suka, tiada cara potong yang salah)
cili hidup/cili api..
lada sulah
daun celery/sup sebagai penambah bau… baru lagi berselera..
option sayuran lain – Carot diricih halus/kucai (semua ni baik untuk ibu menyusu)

Cara buat :

1. Canaikan kulit karipap.. canaikan sebesar pinggan makan, diameter lebih kurang 7-8 inci.. bukan le besor sangat..

2. pastu letakkan kulit yang dah dicanai bulat dalam mangkuk.. mangkuk yg kecik sket la dari saiz pinggan tadi, tujuan supaya bahan2 inti tak melimpah keluor & senang nak dikelim

3. pastu masukkan inti dalam (step 2) :  pecahkan telur 1 biji, tabur bawang, tabur cili, taburkan lada sulah dan daun celery, kalo nak tambah sayur lain (cth hirisan carot pun buleh).. pastu temukan bahagian tepi kulit untuk di kelim.. kelim bagi comel2 yer…  Hot smile kelim ni kena elok2, jangan terburai, nanti kalo terkeluor telur tu leh meletup… opppsss..

*nota 1 : jika tak suka telur tu sebiji cam tu.. leh campur kan bahan2 dalam bekas lain, kocak sikit macam nak buat telur dadar tu.. pastu masukkan dalam step 2.

*nota 2 : untuk inti ibu memang tak letak garam.. sengaja biarkan rasa natural.. sebab nanti nak colek dengan sos.. lagipun kalo letak garam dalam telur ni, dia suka berkumpul setempat, buleh hilang selera bila tergigit bahagian bergaram tu… Smile with tongue out

4. Ulang step 1-3.. buat sampai habis tepung @ ikut bajet le nak buat berapa biji..

5. Panaskan kuali (deep fried) dan goreng sampai kuning keemasan.. ikut suka la.. jangan hangus udah ler…  Untuk yang menjaga kesihatan dan nak kurangkan minyak.. buleh juga di bakar dalam oven, tapi tak pasti berapa lama & suhu berapa, sebab tak pernah cuba. Open-mouthed smile

6. Bila sudah masak, masukkan dalam pinggan comel2.. potong kan dia comel2.. hias ikut suka lah yer.. boleh makan dengan segala jenis sos pilihan tersendiri… makan dengan thousand island pun best… cili sos thai pun best jugak…

Sekian, resepi mudah dan senang dibuat. Selamat mencuba..

p/s
Masa zaman sekolah dulu, makbonda selalu buat.. buat bekal g sekolah.. penuh la 1 tipuware.. kenyang makan.. kadang2 mak buat untuk bekal balik asrama (Melaka).. selalunya habis dalam bas jer.. jauh ooo dari Ipoh ke Melaka... 8 jam.. dulu la, sekarang ni lagi cepat kot..








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, November 29, 2010

Mari Teka : part 1 (dah habis.. meh tengok sapa yang dapat... ;) )

Salam ceria dan salam bahagia..

Jom petang ni kita main teka-gambar pulak..  *dibuka sehingga jam 10 malam, 29/11/2020*

pernah tengok pintu pagor ni...?  letakkannya di Kuala Kangsar... Apa nama tempat ni???





Kalo kome pandey, sila teka... cepat teka.. ade hadiah menanti.. bagus untuk pengetahuan am ni... teka jangan tak teka.. orang Perak kalo tak tau ni, baik jangan ngaku orang Perak... :p


update 29/11/2010, jam 10.30 malam

Jawapan :
Istana Iskandariah Kuala Kangsar


yang pertama menjawab dengan betul dan tepat adalah
>>> Ummi Hanie <<<<


Tahniah...!!!


hadiahnya >>> blog review... nak upkan semula segmen Jom kenal Kawan Ibu.. ;)


tak sesia jadi oghang Peghok yer Hanie... 


jawapan "pintu pagar istana" tidak diterima yer... :p ekekekkk... 




p/s :
Esok petang ade lagi segmen Teka2 ni.. tunggu ya...




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Karipap gergasi

Salam ceria minggu baru…

Kalian breakfast apa pagi ni???

IMG_5575
Plannya pagi ni ibu nak buat karipap besor untuk anak2.. Fikri panggil karipap gergasi.. Open-mouthed smile  Fikri dia ni memang camni., apa sahaja yang dia lihat besor dari kebiasaan yang dia pernah tengok.. disebutnya “gergasi”..

contoh kalo nampak longkang yang lebih besor dari yang biasa nampak kat rumah, dia akan sebut “longkang gergasi”.. walhal tu anak sungai.. bila nampak tasek yang air melimpah ruah, disebutnya “sungai gergasi”… Hot smile

IMG_5577
ni le rupa karipap gergasi… 1 pinggan leh isi 2 biji jer.. kalo karipap saiz yang biasa, leh isi dalam 10-15 biji karipap.


IMG_5578
ni close up view nyer.. intinya telur dan bawang.. untuk anak2 telur kosong jer.. kalo untuk ibu & ayah, sure la ade bawang & hirisan cili api… Smile with tongue out


IMG_5576
Cara makannya… cicah dengan sos lah yer… kalo ade mayonis, lagi mabeles…

p/s :
gambor2 ni dah lama diambil.. jemput makan karipap gergasi…




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, November 28, 2010

Kek saya mendap

Salam ceria hari minggu,

hari ni, kami sekeluarga tiada di rumah.. kami ke Lenggong kerana majlis perkahwinan 2 puteri. Jadi ini adalah n3 autopublish.. sekiranya sehingga ke malam, ibu masih tidak menjawab apa2 komen @ berkunjung ke blog kalian, bermakna kami memang lewat sampai ke rumah. Winking smile

Hari Jumaat, 26 Nov 2010.. dengan bahan yang limited.. (sian sebenornya anak2 xde kudap2). Ibu pun kumpul2 apa yang ada.. dan mulalah projek membuat kek, sambil anis & aliya dok usik sana sini. Depa lagi xcited nak buat kek… adehhh… terlepas gak suara ibu.. “aiipppp, jangan pegang ni… tengok jer” “ tak boleh main ni, ni ibu nak buat kek…. eehhhh”

susu pekat takde stok.. susu segar lagi lah dah lama en ayah tak beli… so ade yang ini jer…

IMG_9151

konon2 nak buat kek coklat lagi… tapi serbuk koko tak ade.. maka guna la stok milo yang hanya tinggal sikit.. 2 sudu jer…


IMG_9152
ni 20 minit sebelum cukup jam.. elok jer naiknya…

IMG_9153
hangus juga walaupun dah adjust tray... ni selepas dah sejuk sket… 15 minit juga dia bertapa dalam oven sebelum ibu keluorkan.. nampak tak kek ni mendap… uwaaa… Thinking smile

IMG_9154
bukan setakat dia mendap… bahkan menguncup.. Smile with tongue out  nampak tak kat tepi loyang tu renggang… apsal yer kek jadi kuncup camni? apa masalah yang tak kena ni….

IMG_9156
ibu cuba2 buat topping.. tapi tak begitu pekat… hehehhe… kena belajar lagi, buat bagi betul… nampak tak kek tu nampak cam bengkang jer… huhuuu…  Hot smile texture yang tak menarik… ni mungkin kesan daripada mendapan yang berlaku… Open-mouthed smile gamaknya susu sejat tak sesuai kot utk buat kek....??? 

yang terer buat kek... nadiah ke.. sila beri ulasan untuk improvement..


Walaupun kek ni mendap.. tapi anak2 layan tak hengat… segan juga nak balas piring jiran.. kebetulan maks & maktam datang rumah.. maka depa lah jadi tukang rasa & tukang perabis..

as usual, en ayah takde nyer nak puji ke apa… dok tanya  “apa nama kek ni?”

Ibu jawab “ kek tak cukup bahan yang mendap ”… Smile with tongue out dah sah2 awak tak gheti buat kek, nak salahkan bahan pulak… ekekkekkeeekk… Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, November 27, 2010

Mari Mengundi ~ BPM 2010

Salam ceria,

Malam2 ni, sajer la buat n3 pendek.. kot le ade yang jengah sini malam ni… jom jengah sini. klik jer gambor di bawah ni.

bpm1
Ibu pun baru jer tau tentang kewujudan blog ni… Smile with tongue out  tu ler, tak rajin BW… lambat le dapat info semasa…

Rupanya deme ni ade buat pemilihan blog… ish ish.. naper le ibu tak tau ni.. kalo tak leh la ibu calonkan blog pilihan ibu..

tapi kan bila ibu renung2kan.. ade blog yang macam salah masuk kategori… ekekek… Nyah-Nyah  memandai jer ibu ni kan…

btw, moh le kome… tekan kat gambor bawah ni.. dan vote le mana2 blog yang kome suka… kebanyakan empunya blog tu ibu kenal.. tapi kan buleh vote 1 jer untuk setiap kategori… moh leghaih, UNDI jangan tak UNDI… tamat tempoh pada 30 November 2010.


bpm2

Blog Ummi Hanie, Mama Zharfan, ChekguIsza (sekadar menamakan beberapa) pun ada dalam senarai… ohyer, ni baru undian peringkat pertama.. Winking smile

Kalo tak tau nak pilih blog yang mana, boleh jengah ke blog deme.. senarai ade di SINI.. >> Senarai Undian peringkat pertama.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .