Monday, October 31, 2011

Fikri–menulis dan mengira nombor



Salam bahagia,


Semalam tidak berkesempatan untuk online.. walau sebenarnya saya tidak lah pergi ke mana-mana.. hanya memerap di rumah dengan anak-anak ajer. Tiada aktiviti menarik pun.. saya menghabiskan masa menyiapkan projek cross-stitch, dan anak-anak pula dengan aktiviti menonton CD dan membaca buku. Beberapa hari ni anak-anak (Aliya & Anis) saya tak mau buat aktiviti menulis mahupun melukis.. asyik minta dibacakan buku ajer.. hmmm.. Smile 


ini cerita Fikri, setakat saya menulis n3 ini, Fikri sudah kenal semua nombor.. boleh lah sebut 1-100… tetapi.. masih ada tetapi..


dia masih keliru untuk nombor-nombor seperti  21 disebutnya 12, 31 disebutnya 13, 41 disebutnya 14.. begitulah seterusnya nombor 51, 61, 71..

menulis pula.. ini contohnya :






yang sebenarnya dia tiru ajer nombor dalam kotak pertama tu.. tapi masih tetap ada kesilapan.. sebelum tulis saya akan suruh dia eja.. sebut kuat-kuat. Winking smile  selepas sebut kuat-kuat baru dia tulis..


yang dia eja & sebut kuat-kuat tu betul… tapi bila menulis, belum tentu betul.. contoh,
  • huruf G untuk ‘tiga’ >>> G ditulis terbalik.
  • dia eja ‘5’ – “l-i li, m-a ma, lima”, tapi dia tulis ‘liam’
  • dan masih sukar nak bezakan huruf L kecil (‘l’)  dan huruf I (i) besar..






yang ini pulak.. Alhamdulillah, saya tunjuk 1 contoh.. yang lelain tu dia buat sendiri. Saya yakin 1 perkara jer.. bila dia fokus dan mood okay, dia memang boleh buat. Jika dipaksa-paksa.. perkataan yang akan keluor dari mulut dia adalah “susah la ibu.. abang tak reti buat”..


ini sahaja lah untuk hari ni.. jap lagi nak buat projek kuih gunting pulak.. nak buat semalam, tapi suami pulak buat projek membuat keresik.. jadi hari ni baru dapat buat.. anak-anak dah bising, sebab dah banyak hari request tapi ibunya takdak mood nak membuat. Winking smile



salam kasih sayang & selamat memulakan minggu baru di hujung bulan Oct 2011,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, October 29, 2011

Masalah Pembelajaran - Disleksia


Salam bahagia,

hari ni nak kongsi tentang disleksia.. Winking smile  saya memang jumpa banyak simptom-simptom disleksia pada Fikri.. tapi saya belum membawa dia ke mana-mana doktor untuk dibuat ujian dsb.. sebab saya berharap simptom tu hanya sementara.. Smile saya yakin dengan kesabaran saya pasti boleh bantu Fikri untuk keluor dari masalah pembelajaran nya.. lagipun Fikri baru 5 tahun.

Insya Allah, n3 yang lain saya kongsikan masalah pembelajaran Fikri dengan lebih terperinci, sebagai rekod untuk diri saya, dan mungkin juga panduan untuk ibu2 yang lain. Open-mouthed smile




sumber : infosihat

Masalah Pembelajaran - Disleksia
 
Apa itu Disleksia?
  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi     
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
 
Apakah ciri-ciri Disleksia?
  1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  1. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
 
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
 
Masalah yang mungkin dialaminya
  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  1. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  1. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      3. Merasa pergerakan bibir
      4. Menulis huruf atau perkataan
  1. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  1. Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kumpulan sokongan


Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 – 8900870


 
 
salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, October 28, 2011

Fikri dan isu kertas soalan



Salam bahagia,




Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana, sebabnya saya tak mau tulisan saya ni disalahanggap seolah saya menuding jari dan meletakkan kesalahan pada pihak cikgu Fikri. Lagipun jika saya menuding 1 jari ke arah pihak sekolah, 4 lagi jari akan menuding ke arah saya. Open-mouthed smile


Minggu lepas 17 hingga 21 Oct 2011 adalah minggu peperiksaan untuk Fikri. tapi hari ke3 periksa, saya dapat tahu dari Fikri yang cikgu tak bagi kertas soalan sebab nya tak pulangkan surat pengesahan untuk sambung taski ke kelas 6 tahun. Surat tu sebenarnya ada pada en ayah, saya memang tidak berhasrat untuk menyambung lagi persekolahan Fikri di situ.

Ini adalah luahan perasaan saya di wall FB saya minggu lalu.

  • Norhafizah Madzlan Kereknya cikgu tersebut
    October 19 at 8:45pm · Unlike · 1 person
  • Hadani SYa Adda Report kak yong report..Grrr!
    October 19 at 8:46pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaNorhafizah Madzlan , Hadani SYa Adda>> kakyong sedang menenangkan diri nih... rasa nak BAKOR je sek tu... dah 3 hari, ari ni baru tau...
    October 19 at 8:47pm · Like
  • Rumaizah Abu Bakar Surat sambung belajar? Bila pulak putus belajar?
    October 19 at 8:49pm · Like
  • Sapina HamidKakyong Habibah Yahya kesian ngan budak tu kan..bagi je la..nak sambung ke tidak lain cerita..
    October 19 at 8:50pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaRumaizah Abu Bakar, masuk taski 5 tahun, surat tu utk persetujuan ibubapa nak sambung anak ke kelas yg 6 tahun (tahun depan)..
    October 19 at 8:51pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya kak Sapina Hamid, kesian kan Fikri.. walaupun dia demam, saya gigih buat juga revision dgn dia.. sudahkanya saya rasa sangat hampagas..
    October 19 at 8:52pm · Like
  • Mai Madziatul Apa kaitan surat smbg sekolah dgn exam?? Surat tu utk thn dpn kn,kak yong??
    October 19 at 8:54pm · Like
  • Hadani SYa Adda Kesian pulak fikri..mana boleh seorg cikgu asing2kan budak mcm gini..kan budak2 tu..bukan tahupun!
    October 19 at 8:55pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaMai Madziatul, ntah lah Mai.. ckgu xde lah pulak ckp kalo x pulangkan surat tu, x leh amik periksa.. x adil kan
    October 19 at 8:56pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaHadani SYa Adda, fikri kata ada 2-3 org lagi kawan dia yg senasib dgn dia.. ntah2 makbapak budak2 tu pun x tau kot
    October 19 at 8:57pm · Like
  • Mai Madziatul Kak yong : aah..lain la,kalau x byr yuran cm kat U..kalau x byr yuran x boleh nk exam..mmg x adil
    October 19 at 9:01pm · Like
  • Norhafizah Madzlan Sekolah2 anak sy yg jenis biasa2 pun kalu bayo lambat (hua hua) xsampai blok budak amik xm.. Kot sangkut result satu hal jugak..ni tak kasi amik xm..
    October 19 at 9:05pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaMai Madziatul, Norhafizah Madzlan >> walaupun hanya exam taski 5 tahun.. tp tetap tinggi harapan nak tgk prestasi anak mcm mana kan.. yuran tu x pernah lah tak bayar.. uhukk.. selama ari ni sabar, tp ari ni rasa sedih sgt2..
    October 19 at 9:11pm · Like
  • Nuradyani Rosly Tanyakan sendiri pd Cikgu Besar atau pengurus kat Tadika tu K,Yong. Tak patut cikgu Fikri buat dia mcm tu.
    October 19 at 9:20pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaNuradyani Rosly, esok suami akan tanya sendiri dgn cikgu.. ada 2 org jer cikgu nya.. sorg handle kelas 5 tahun & sorg kelas 6 tahun..
    October 19 at 9:25pm · Like
  • Sazana Elma Supiat Skolah anak aku kn daftar online awal Ogos aritu..keputusan samada dpt masuk tak hanya keluar September..sebulan kn tgu ok?! Mcm nk masuk Kolej ok?!.. Tadika aje tu.. Canggih kan?! Nasib bejaya di "Offered"..
    October 20 at 1:50am · Like
  • Kakyong Habibah Yahya nana Sazana Elma Supiat, amboi.. macam nak masuk IPT pulak.. anak I pun tgh tunggu result masuk pra sek kebangsaan.. hrp2 dapat.. daftar bulan Sept baru ni.. Nov baru tahu..
    October 20 at 9:47am · Like
  • Anida Ae kak yong, taski mana tu? dkt2 area sini ke?
    October 20 at 12:25pm · Like
  • Kakyong Habibah YahyaAnida Ae, bukan taski sekitar Tasek @ area Klebang... ;)
    October 20 at 12:58pm · Like
  • Azizah Abdullah Iskhh gitu ke treatmentnya
    October 21 at 12:56pm · Like



Saya dapat tahu pada hari Rabu minggu lepas isu tu.. wonder juga kenapa pulak jadi macam tu.. kemudian setelah bertemu guru kelas, cikgu tu cakap “ada 4-5 orang budak yang tak mahu buat peperiksaan sama macam Fikri”. Hanya kerana itu ajer tanpa ada rasional lain. Jauh di sudut hati, saya lebih merasakan jawapan itu hanya untuk melepas-diri. Saya tidak ingin menuduh, tapi firasat saya merasakan demikian. Sad smile

Saya tertanya-tanya.. Fikri tak mau buat @ menjawab kertas soalan? betulkah?

Berkali-kali saya tanya Fikri, “kenapa abang tak nak buat/jawab kertas periksa.? owhh, abang tak reti buat yer? “
Fikri jawab : “abang reti…, cikgu yang tak bagi kertas pada abang. kawan abang dapat kertas banyak, abang dapat kertas sikit (hari Isnin), hari ni abang tak dapat kertas pun, kawan abang dapat”
Saya tanya lagi, “dah tu abang buat apa?”
Fikri : “abang dok diam-diam jerlah, tengok kawan abang conteng kertas.”


Berkecamuk & rungsing sekejap jiwa saya.. teruk sangat ke anak saya ni sampai cikgu nak buat macam tu.. betul ke dakwaan anak saya ni tak suka belajar.. atau cikgu yang gagal untuk memahami emosi dan menjaga moral anak saya… Sad smile  Besar menggunung harapan saya, biarpun dengan segala dakwaaan..





anak saya slow, anak saya tak suka belajar, anak saya tak mahu dengar arahan.. menulis, melukis pun tak seberapa.,. dsb.. tapi saya tetap berharap tahap kemajuan/prestasinya diukur dengan peperiksaan. Biarlah jika markah yang diperolehi 10 daripada 100, yang penting dia diberi hak untuk peperiksaan. Sekurang-kurang ada rekod bertulis yang menunjukkan anak saya memang betul-betul tidak berminat belajar. Confused smile

Terlalu subjektif sebenarnya untuk mengukur/menghakim >>> anak tidak mahu belajar. Kadang2 kaedah pengajaran dan situasi pembelajaran juga harus diambil kira kan.. Nerd smile

Namun bila sudah terjadi kes tak beri kertas soalan nih.. rasa macam useless untuk saya tahu prestasi Fikri. Kami (saya dan suami) malas nak panjang-panjang isu/masalah. Jadi, suami terus buat keputusan, Fikri belajar ajer di rumah dengan saya dan adik-adik dia. Disappointed smile 

Yang sebenarnya suami saya yang ‘patah hati’ sangat-sangat, sebelum ni saya tak pernah tengok suami saya termenung berhari-hari memikirkan hal persekolahan Firki. 3 hari dia dok termenung, balik jer dari meniaga jam 4 petang, lepas habis makan, dia menung.. bila saya tanya, dia cakap “pikir pasal Fikri ni, lepas ni apa pulak nak jadi”..




3 hari berturut-turut en ayah beli Snickers.. katanya tensen… hahahha… Open-mouthed smile  dulu kalo saya request nak beli, hmm, jangan harap lah dia nak belikan, katanya “manis sangat lah, mahal lah..” Smile with tongue out

Apapun saya ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi respond pada status saya tu.. saya memang jarang update status.. selalunya saya reserved @ simpan jer dalam hati.. tapi isu Fikri tu memang saya rasa sedikit terganggu.


  •  Kakyong Habibah Yahya
    cikgu tu cakap, ade 4-5 org budak yg x mau buat exam.. Persoalannya kenapa cikgu tak bg jer kertas exam tu pada depa, bior le depa buat.. walau hanya disiapkan sedikit @ hanya 1 jer.. sekurang2 boleh dinilai. bukannya tidak diberi peluang langsung.
    note : saya bukan suka nak bikin havoc, tp bila dengor yg ade favorism antr anak pegawai & anak bukan peg @ orang awam.. saya jadi menyesal antor anak saya ke situ.
    Like · · Share · October 20 at 4:43pm
  • Laila Fizie Memg pun ada bias di mana2. Kalo govt akan utamakan govt dl. Hosp pun sama. Nampak terang2 layanannya. Kalo kita ada duit biar pi swsta.
    October 20 at 4:49pm · Like
  • Hadani SYa Adda Owh Ada kasta rupanya. Nasiblah org 'bawahan' cam kita ni kak yong..
    October 20 at 4:57pm · Like
  • Mazlyza Mohamad Kat sekolah mana ni..
    October 20 at 5:03pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya maksu Laila Fizie & Hadani SYa Adda, I learn my lesson.. pasni cari sekolah yg semua anak2 org biasa jer.. , taski lain okay ajer sebenarnya.. cuma taski tempat fikri ni ramai anak peg polis.. cikgunya pun isteri peg polis..
    October 20 at 5:05pm · Like
  • Laila Fizie Kita x keje ngn govt memg dianak tirikan. Laungkan utk kerja utk rakyat bohong belaka. Penipu!
    October 20 at 5:08pm · Like
  • Kakyong Habibah Yahya Zert Mazlyza Mohamad, taski jer Zert.. silapnya lately baru perasan di monopoli oleh anak2 peg polis.. memula dulu heran juga, awat la org kg tu tak antor anak ke taski tu.. hmmm..
    October 20 at 5:08pm · Like

  • Kakyong Habibah Yahya maksu Laila Fizie, jgn ckp mcm tu.. tak semua org gomen mcm tu.. tp kan, dok cakap kat Enal.. ayahnya kerja kat pasar jer, selekeh.. tu yg org buli anak kita nih, compare dgn anak2 peg tu, bapak2 depa hebat.. lalu jer org panggil 'tuan'.. :p
    October 20 at 5:12pm · Like
  • Hadani SYa Adda Pengalaman duduk di kelompok masyarakat polis ke tentera ke mmg gitu lah kak yong..kaki kipas! Duduk ngan awam lg best! Lepas ni kak yong antar sekolah lain supaya fikri tak di anaktirikan. Untuk kebaikan dia juga
    October 20 at 5:12pm · Unlike · 1 person
  • Laila Fizie Memg x semua tp rata2nya camtu puak2. Lebih2 lg polis dan askar. Puak depa je. Huhuhu peel pun lebih kurg sm je.
    October 20 at 5:15pm · Unlike · 1 person
  • Norhafizah Madzlan Alkisahnya mcm tu... Sabarlah k.yong.. Diorg igt kita tak alert dgn anak2 kita sdgkan harapan kita anto ke sekolah tu tinggi menggunung tu..
    October 20 at 6:17pm · Unlike · 1 person



Setelah seminggu Fikri tak bersekolah ni, saya ada tanyakan Fikri, “abang tak nak sekolah ker?”
Fikri jawab : “ Abang nak sekolah lain”
Ibu : “ sekolah situ tak best ker?”
Fikri : “yer la, abang nak sekolah lain.”


Hmm.. malas saya nak fikir segala macam hal yang telah terjadi. Pada saya, ini adalah peringatan Allah untuk saya.. mungkin ada beberapa perkara yang saya terlepas pandang, lalai dan alpa. Dalam status FB saya, saya ada nyatakan saya menyesal hantar Fikri ke situ… >> masa menulis tu hati sedang EMO. Namun, saya berterima kasih pada cikgu nya, atas segala yang telah Fikri belajar. Tetap ada manafaatnya Fikri belajar di situ. Smile





Fikri ni memang ada masalah sedikit dengan pembelajaran... untuk mengajar dia memang harus penuh dengan kasih sayang.. jika dimarah-marah, memang dia tak akan beri respond positif  dan pastinya akan memberontak. Dan saat dia mahu belajar, harus lah terus dilayan dan diajar baik-baik.


di n3 yang lain saya kongsikan apa yang saya 'jumpa' sepanjang saya mengajar Fikri membaca, menulis dan mengira dirumah.


salam kasih sayang,
.









kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .