Friday, October 1, 2010

Home » , , » Purse ibu - hadiah dari kawan

Purse ibu - hadiah dari kawan

Salam ceria pagi Jumaat,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..  

Ini purse yang ibu dapat hasil join GA Corine Craft. Hadiahnya telah sampai beberapa hari yang lepas. Purse ini sangat simple dan memang ibu suka sangatlah. Ada 3 ruangan. Ini kiranya pertama kali ibu dapat purse jahitan tangan.



Buat masa ini, ibu simpan dulu, nanti kalo terasa teringin nak guna, boleh lah guna.



Ini pula purse hadiah kahwin dari seorang teman rapat ibu. Masih ibu gunakan hingga sekarang. Ada banyak compartment dan sangat handly.. tapi tak berani kalo pegang camtu jer.. takut jer kalo tetiba orang 'rabut' uwaaa.. bukan nangis sebab takut duit dicuri, tapi kad2 mykid anak2 dan segala kad2 yang penting ade dalam tu... duit bukan tak mandang, tapi ade le 3,4 ringgit dan sekeping wang kertas Lubnan mari, hadiah dari pak uda (adik en ayah yang pernah berkhidmat di Lubnan untuk Misi Pengaman Unifil).

Ibu ni bukan le jenis yang kaki/gila branded, asal ada & boleh guna.. jalan jer. Lagipun kurang amik tahu pasal brand2 untuk purse @ aksesori perempuan ni.. tapi pernah la dengor Bonia, Sembonia dan macam2 lagi le.. tapi sebab tak tahu mana yang best & tak mampu pulak bila nengok rege nya. Jadi, hadiah purse dari kawan ni memang sangat bermakna.. lebih lagi sahabat ini memang dekat dihati ibu. Walau kami jarang berjumpa, jarang bertanya khabar, tapi sesekala dapat berjumpa.. ibu tau dia lah antara sahabat yang paling faham ibu. Siapa dia?? Dia memang takde blog, takde FB... kalo tengok dari fizikal, dia simple dan low profile. 

Di luar masa pejabat, dia selalunya berselipar jepun jer.. tapi ade orang kesah dia naik merz dan ade syarikat sendiri. Ibu suka dia.. dia gigih, dia tak gila glamer.. dia dah rasa susah senang masa kecik, dia pandai cari duit sejak kecik lagi dan dia memang selalu murah rezeki.. dia tak lokek.. dia suka bersembang dan sembang dia selalu berisi walau pun nampak macam simple jer. 

Ibu memang xde lah foto dia untuk dikongsikan. Tapi dia memang kawan yang baik.. masa bujang dulu, sesekala ibu singgah kondo dia (now dia stay rumah banglo, ntah apa nama are tu.. Sunway.. sunway apa tak ingat la).. bawa maksu Ainun g mandi kolam renang kat kondo dia. Dia bawa ibu ronda2 KL, bawa g makan tempat best-best. Paling best dapat makan masakan jowo mak dia. Until now dia memang stay dengan mak dia. Walau dia belum bertemu jodoh, tapi dia selalu positif dalam hidup. Tetiba hati ibu ni rindu nak jumpa dia..

Kali terakhir ibu jumpa dia, semasa ibu menghadiri seminar MIA di KL pada Dec 2007.. 2 malam ibu menginap di rumahnya. 

"Ape kabo kamu Pah.. tetiba jer aku rindu kamu ni"







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .