Sehari dua ni teman rasa agak tegang@stress, mungkin sebab sibuk dengan anak-anak dari pagi sampai ke malam & suami pulak kurang membantu. Rasa macam nak bawa diri sorang-sorang, "going somewhere which i spend on my own with a peace of mind".. if only i can do this. Hoping.. hoping...
Bila dah ada rasa tegang dalam diri ni, macam susah nak kawal marah.. tu pun jenuh Istigfar & amik wudhu', bila tak tahan - menjerit juga dibuatnya bila anak-anak tunjuk perangai yang macam.-macam. "Ya Allah, kuatla hati hambaMu ini." Saper kata hanya kerja di office ajer yang buat orang stress, teman dok rumah ni pun kena juga penyakit stress..
Aliya.. aliya.. anak teman yang no3 ni. Lately ni, banyak benor 'demand' nyer. Mungkin kot sebab teman sekarang ni dah sepenuh masa di rumah, jadi aliya ni 'demand' nyer lebih daripada abang fikri & kakaknyer anis.Sejak akhir-akhir ni tak boleh nak tinggal kan dia sorang-sorang. Walaupun sekejap, dah melalak sekuat hati. Kalo bagi dia mainan pun, dia cepat jemu.. tak macam fikri & anis. Depa masa baby dulu, kalo dah bagi mainan & tinggalkan atas tilam di ruang tamu.. depa main jer. Layan ler diri sorang-sorang. Takde pun nak merengek-rengek & nak ibu sentiasa ade depan mata. Masa dok berkumpul reramai hari tu, susah benor makcik-makciknyer nak amik @ pegang dia. Melalak sesajer.
From Atok balik |
From Anak-anak 2009 |
From Anak-anak 2009 |
From Anak-anak 2009 |
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
2 kawan ibu yang hebat:
Salam ziarah,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog mountdweller.
Tentang anak dan stress tu, bawa bersaborlah kak yong. Dalam bab ini saya dan isteri agak bernasib baik. Allah kurniakan kami dua orang anak saja dan kedua-duanya tidak banyak kerenah.
salam..
sekadar mencari pengisian.. 'escapism' @ melarikan tumpuan seketika daripada stress r/tangga.. Insya Allah, mungkin ada manafaat yang boleh teman pelajari...
Post a Comment