Wednesday, January 21, 2009

Home » » 032 Cross-stitch.. sambung kerja lama

032 Cross-stitch.. sambung kerja lama


Hmm.. sebenarnya kerjatangan silang-pangkah ni telah teman mulakan sejak tahun 2000 lagi.... wow wow wow.. haha.. memang dah lama, dah nak jadi pekasam.. Tapi pada awal tahun 2004, kerjatangan ni terbantut.. dan terperap ajer dalam kotak.
Masa baru dapat anak sorang, masa ade masa lapang cuba-cuba juga lah untuk meneruskan kerjatangan ni, tapi nampak gayanyer manjang jer takdan. Ade ajer yang menjadi halangan hingga akhirnya teman simpan semula dalam kotak baik-baik. Hinggalah pada hari isnin lepas, masa tengah dok kemas-kemas almari, terjumpa kotak kerjatangan tu.. memandangkan teman pun takde kojer.. jadi apa salahnya guna masa yang ade buat silang-pangkah. Untuk sehari dua ni, dapat ler juga buat sikit-sikit. Insya Allah, sebulan dari sekarang teman akan tunjukkan sejauh mana kemajuan kerjatangan ni..
Besar juga ukuran kerjatangan yang teman usahakan ni.. panjang x lebar = 1 meter x .05 meter. Bila dah siap, framekan & gantung kat ruang tamu.. tentu cantik.. hmm, berangan sajer la teman ni.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .