Thursday, January 22, 2009

Home » , » 033 Boikot KFC....!?

033 Boikot KFC....!?

Memang ler sekarang ni heboh orang dok sebut @ cerita @ sembang pasal boikot KFC. Dalam blog pun banyak yang teman jumpa. Teman pulak memang dah lama tak pergi KFC sebab

  1. harganya mahal.. sejak tak de pendapatan tetap ni tak mampu nak cover dah
  2. nak ajor ana-anak.. supaya tak terbiasa dengan budaya makan di restoren fastfood seperti McDonald, MarryBrown, KFC dan yang seumpamanyer
  3. jaga pemakanan .. makanan di restoren segera ni sebenornya tak begitu sihat.. tinggi kolestrol, dan bukan pemakanan yang seimbang malahan boleh menggemukkan
  4. kalo tingin nak makan ayam goreng ala KFC @ nak buat ayam popcorn., kat ipoh ni pun dah ade orang kita jual tepung KFC, ni buatan orang kita. Pack terakhir yang suami beli pun dah beberapa bulan yang lepas, jadi tak dapek la na tunjuk ruper packingnyer. Kata suami, nak beli tepung tu kena order, setakat ni takde jual dikedai-kedai runcit lagi.. nanti le kalo suami ade beli (sebetuinya ibu mertuaku yang beli..), boley ler teman share foto nyer

Semalam masa tengah dok godek-godek email di yahoogroup , terima email ini, merayu jangan boikot KFC... hmmmmm.. sekarang ni terserah pada diri memasing.. Insya ALLAH, kalo ade mase teman ingat nak upload annual audited report KFC Holdings..

ni teman copy & paste

>salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada USmahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysiahanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut Kedai Ayamas RasaMas Restaurant Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Region Food Industries (Sos life) bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian. Muhamad Ammar Abdullah Halal Audit Executive KFC Holdings (M) Bhd 03-20263388 ext 282 012-5678443
******************************************************************************************************************* UPDATE 5.30 PM

Petang ni teman sempat ler g masuk website Bursa Malaysia. Godek-godek cari latest annual report KFC Holdings (Malaysia) Bhd & Kulim (M) Berhad. Setelah amik masa browsing kedua-dua annual report tahun 2007, ini ler hasilnyer yang teman jumpa.

Kulim (M) Berhad sebenarnya hanya mempunyai 47% pegangan terhadap saham KFC Holdings (Malaysia) Bhd. Yang 53% lagi siapa yang pegang??!! Maknanya, KFC Holdings (selepas ini disebut KFCH) bukan la milik Kulim (M) Berhad (selepas ini disebut KulimB), KFCH hanya syarikat bersekutu kepada KulimB. Pizza Hut Holdings (Malaysia) Sdn Bhd pula adalah anak syarikat KulimB melalui pegangan saham (58%) ke atas QSR Brands Bhd.

maklumat berkaitan dengan struktur korporat tersebut boleh tengok di sini. 1 muka surat sahaja. Jika ingin lihat laporan penuh laporan tahunan KulimB & KFCH, boleh browse di website Bursa Malaysia.

sekian untuk kali ini. Belum sempat lagi nak upload annual report QSR Brands Bhd.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

5 kawan ibu yang hebat:

azlishukri said...

mcm mana ni ibu..KFC dah buang pekerjanya..gara2 kesan boikot kita semua. anak sedara saya dah tak ada kerja..boleh tak orang2 yang boikot tu kasi kerja baru kat anak sedara saya ni?

Opah said...

Salam untuk Kak Yong, opah pun bukanlah berkenan sangat kfc tu tapi bila dah sampai kena buang kerja ni, memerlukan pertimbangan kita semula. Maklumat yang kak yong bagi tu dah jelas nampaknya...

kakLuna said...

KFC ni sejak harga minyak naik aritu pun dah kureng layan...kecuali kalo anak teringin nk makan.

sbenonya kalo boikot pun elok juga,tp demi kesihatan..bkn berkhasiat mkn junk food nih...dah le rega nya mahai..

yg kene buang khoje ni, rezeki Allah di muka bumi ni berlambak..yakin le Dia yg menentukannya..

mmg le cakap tu senang, ni pun ingatan utk diri sendiri supaya tidak buruk sangka pd Allah dlm soal rezeki.

Unknown said...

Muhammad Azli Shukri,
salam ukhwah..
teman tadi singgah diblog miker.. ingatkan nak ninggalkan pesan ker aper ker.. huh, sempat le juger baca profil miker.. amboi, panjang senarai nyer. teman ni pulak bukan le saper2.. hanya seorang ibu ajer.
Pasai KFC mberhentikan pekerja tu, pasti ade sebab2 lain, kerana bab boikot-mboikot ni kang baru ajer mula. Tapi masa teman g jusco, ramai juger org dalam KFC..
Insya Allah, nanti teman ade masa, teman baca artikel2 yg miker tulis.. mungkin ada manafaatnyer.
Miker ketua muda umno Talang Masjid.. kenai gamaknyer kot dgn Ketua Pemuda umno Pdg rengas.. kerabat2 ibu mertua teman tu. :)

Unknown said...

dapatkan info bukan 2007...tp yg 2008 punya annual report nnt yer...

Saham QSR ( milik KULIM ni ) dalam KFC Holdings
adalah 55%
30% milik tabung haji
dan 15% milik campuran company local..termasuk mayban securities etc..

dan paling utama..
OVERHEAD adalah 100% local..
Bahan mentah etc 100% local..


2bilions jualan... cuma 3% iaitu 60juta sahaja
di bayar kepada pemegang brand KFC di US yg sahamnya di pegang oleh NGO...


if boikot... sama macam boikot barangan local...
dan membunuh ekonomi malaysia...


renungkan...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .