Sunday, January 18, 2009

Home » , » 029 Terkenang x-staff...

029 Terkenang x-staff...

Baru ajer teman nak nulih ni, tetiba ade ym masuk. Rupernya x-staff tempat kojer lama dulu. Bior le teman namakan dia F. Dah ade baby rupernya dia. Teman pun tak ingat bila kali terakhir teman berhubung dengan F melalui ym. Sebetulnya teman nak citer pasal aktiviti hujung minggu, tapi disebabkan teman tengah seronok nak citer pasal F, bior le teman nulih pasal F, x-staff teman ni.

F ni dulu seingat teman antara staff teman yang 'blurrrr'.. bukan sikit 'blurr' nya.. sebetulnya dia ni ngambik jurusan kewangan (financial management) di universiti yang sama teman belajor dulu. Cuma dia junior banyak tahun ler dari teman. Bila diterima bekerja dan jadi staff teman, post dia adalah "Accounts Officer (AO)". Eh eh.. bukan teman nak ngutuk dia.. ni citer tak abis lagi ni. Sepanjang dia kojer dengan teman, teman perasan dia ni 'macam' tak faham asas akaun. Asas akaun yang paling penting adalah memahami debit dan kredit, memahami item-item kunci kira-kira dan item akaun untung rugi. Memandangkan waktu itu teman amat memerlukan staff bawahan, jadi F ni bermanafaat juger le untuk jabatan teman. Walaupun dia ni kurang faham dengan asas perkaunan tapi ade le juga kerja yang dapat diselesaikan. Cuma kekadang teman kena luangkan masa yang agak lama untuk menyemak dan membetulkan kerja-kerja F, selain terpaksa pulak mengawalselia F ni dengan rapat, omputeh kata 'close monitoring'. hihi..

Satu ketika, bila teman dah terlalu sibuk dengan mesyuarat pengurusan, mesyuarat antara jabatan dan ntah apa-aper lagi ler mesyuarat adhoc, maka tugas 'close monitoring' ni teman agihkan kepada 'Accounts Executive (AE)'. Mana lah tahu kan, mungkin dengan tunjukajar AE F akan bertambah faham dengan bidang tugas dia. Mana lah tahu, cara AE lebih berkesan daripada cara teman. Rupernya, diringkaskan ceriter.. memang betui F ni blurr pasal akaun. Dia sebenornya boleh buat kojer, cuma kojer tu macam takde 'nyawa'. Hinggakan ketua jabatan teman pun asyik dok komplen kat teman pasal F ajer. Maksudnya F adalah staff yang selalu jadi kritikan ketua jabatan. Yer le selepas hampir setahun, tahap kerja dia masih tidak dapat memuaskan hati ketua jabatan teman. Teman pun ade juga perasan yang dia ni macam tak selesa dengan kerja dia, tapi dia suka bekerja di situ mungkin sebab ade kawan-kawan yang sekepala.

Hampir setahun F berkhidmat di jabatan teman, tetiba suatu hari, F jumpa ketua jabatan, katanya nak berhenti 24 jam. Haaa.. teman dah susah hati, sebab teman ker dia nak berhenti. Almaklum ler, teman ni memang terkenal dengan 'cengey', kalo marah tu, siap ler komer.. kalo boley teman nak 'siat-siat' setiap sorang staff.. teman memang jenis yang cakap tak bertapis, kalo dari segi kerja la. Teman memang kerap panggil staff datang 'face-to-face' dengan teman, dan teman akan tegur 'direct'.. tak main lapik-lapik dah. Teman pun tahu, waktu tu dalam tahun 2004 kot, staf-staff teman memang ade yang mengata teman dibelakang teman. Depan mata teman, kan main baik lagi, tapi kat belakang teman macam-macam citer.. Sampe ade yang ngater teman ni andartu garang sebab tu ler takder orang nak kawin dengan teman. Huhu.. memang sedey bila staff dari jabatan lain menyampey kan cerita-ceriter yang memburukan teman, tapi teman takde ler nak nyerang staff teman yang bawa mulut tu. Biorler, yang teman tahu, teman tegur & marah adalah hal-hal berkaitan dengan kerja semata-mata. Aduh.. melalut la pulak.

Okay, berbalik kesah F tadi.. dia nak berhenti 24 jam tu sebab dia terima tawaran KPLI. Hujung minggu tu dah kena mendaftar diri. Hmm, jadi mahu tak mahu, teman relakan ajer la. Mungkin itu lah gamaknya kerja idamannyer, untuk menjadi seorang guru. Memang betui pun, sebenornyer memang kojer sebagai pendidik tu lebih sesuai dengan F. Walaupun bertugas di kawasan yang agak 'remote' dari segi pembangunan, namun teman dapat rasakan (dari perbualan melalui ym) yang dia seronok dengan tugas nyer mendidik anak bangsa. Sebetulnyer teman pun tidak tahu sejauh mana ketinggalan Selama, Perak dari sudut pembangunan, sebab teman tak pernah ke sana & tak pernah tengok dari dekat cara kehidupan orang di sana. Tapi apa yang F ceritakan pada teman, dia nampaknyer seronok dengan suasana & persekitaran di sana. Yer la, walaupun dia selalu 'blurr' masa kojer dengan teman, tapi tugas nyer sebagai pendidik telah menonjolkan kematangan dan keseriusan F.

Dan satu lagi yang teman kagum dengan dia ni.. ketabahan dan kekentalan hati berjauhan dengan suami. Sejak awal perkahwinan, DEc 2006, dah berpisah jauh dengan suami. Suaminya bekerja dengan TLDM dan sekarang ni dalam latihan di France. Tak silap teman belajor selok belok pasey kapal selam. Alhamdulillah, F bunting pelamin, rezeki dia.. suami jauh di negara orang.. ade le baby sebagai penawar. Dan teman tahu dia ni hari-hari ber'ym' dengan suaminyer. Bila teman tanyakan 'aper perasan, dah ade baby & berjauhan dengan suami', Selamba ajer jawapannyer.. "dah biasa." Hmm, alahai.. betui juga kata ustazah teman masa minggu orientasi tingkatan 1 dulu, "Alah bisa tegal biasa"..

Moral of the story (baru hari ni entri teman ade moral.. haha) teman nak ngaborkan.. kalo ler seseorang tu 'blurr' @ macam tak berapa sesuai untuk sesuatu pekerjaan, tak semestinya dia tak boleh maju untuk pekerjaan yang lain. Teman cukup hangin kalo ade bos-bos yang suka hamput staff bila staff tak perform dan siap sumpah seranah yang staff tu bila-bila pun tak buleh maju. Hanya kerana sekarang tak perform, belum tentu di masa depan tak perform.

Jadi teman pikio bagi adik-adik, terutama yang baru grad & sedang mula nak membina kerjaya, usah le riso sangat kalo bos manjang tak puashati. Pilihan ditangan kome juga, samada kome terus belajar dan tambah ilmu didada pasal kojer kome tu @ cari ajer kojer lain yang sesuai dengan kome. Memandangkan pusingan kelembatan ekonomi dah nak mari.. elok ler tingkat kan kemahiran diri. Potensi dalam diri kita ni kadang-kadang apa yang orang lain nampak tu cuma 'a tip of an iceberg' jer... yang 'inner part' tu hanya kita yang kena 'explore'.

lagipun, bukan senang nak cari kojer zaman kelembapan ekonomi ni. Kabornya tak lama lagi pun ramai pekerja yang akan dibuang kojer. Gawat.. memang gawat.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .