Friday, January 2, 2009

Home » , » 017 kerja rumah part 2

017 kerja rumah part 2

2 jan 2009
hari ni cuaca pagi cukup baik, terang benderang.. tapi sebaik suami balik dari solat jumaat, cuaca bertukar mendung. tapi sempat jugalah kain baju yang digantung pada jam 10 pagi tadi. Alhamdulillah, pagi tadi sebelum anak-anak bangun dah sempat melipat kainbaju yang tertunda beberapa hari yang lepas. cuma tak sempat nak dimasukkan ke dalam almari lagi, susun ajer dulu atas katil bujang bilik belakang.
Teringat pula kata seorang teman "alah, ko dok rumah mana ade bz..." sebenarnya panjang lagi kata-katanya tu, cuma yang hendak teman fokuskan di sini adalah "dok rumah, tak bz" Hmm, siapa kata dok rumah tak bz. kalau ikutkan pendapat teman, senang lagi masa bekerja dulu. sebabnya :
  • bila balik rumah, dah almost maghrib, tapi rumah masih kemas, anak-anak pulak masa tu dah letih @ tak begitu aktif, jadi kecenderungan untuk menyepahkan rumah tu kuranglah sikit, jadi takde ler kerja-kerja mengemas rumah bersepah, sebab memang takde apa2 yang bersepah
  • kerja yang menanti hanya memasukkan baju ke dalam mesin basuh & sambil2 tengok tv boleh la melipat kain.
  • balik rumah cuma masak nasi ajer, sebab lauk2 dah beli on the way nak balik ke rumah, kadang2 makan di rumah mertua @ rumah makbonda... langsung tak masak, so mana ade susah.
tapi bila dah fulltime di rumah ni, seawal subuh dah kena plan apa nak buat & apa yang perlu diselesaikan dahulu.. almaklumlah anak-anak teman ni jadual tidur depa bukan nya fixed. adakala kita tengah mandi, dah si aliya menangis, nak menetek. baru jer buka telekung, dah si kakak @ abang pulak bangun nak susu. kalo melayan si aliya, kurang-kurang setengah jam juger le bagi dia menetek, baru dia lelap semula. Tu pasal kadang-kadang solat subuh dulu baru mandi, kalo mandi dulu, kemudian aliya pulak terjaga nak menyusu.. alamat nya subuh nya dah almost 'subuh gajah'.
kebiasaannya jadual menyusu aliya antara 6.15 @ 6.30 pagi. tempoh menyusu pulak selalunya memang 1/2 jam, 40 minit pun pernah juga. suami pulak keluar rumah untuk meniaga seawal pukul 4 @ 4.30 pagi. teman ni kekadang tu tersedar masa suami hidupkan enjin kereta, tapi kebanyakan masa tu memang tak sedor langsung. sedor-sedor dah azan subuh, kekadang tu terjaga sebab aliya nak menyusu. Ni le dugaan setiap pagi.. bukan tak nak bangun awal, tapi kekadang tu memang tak sedor. lebih lagi kalo pukul 1 pagi baru masuk bilik. (ni masa time dok buat kerja akaun.. selalunya selepas jam 11 mlm ke atas baru ade masa untuk mengadap kerja-kerja akaun). Alhamdulillah, sejak kerja akaun yang bebaru ni dah siap, boleh la masuk tidur jam 11 malam. paling lewat pun pukul 12 malam, lepas bertenet.
Dalam post 'kerja rumah part 1' tu teman dah citer sikit, apa yang teman biasa buat seawal pagi. hari ni nak citer pasal makan pagi. teman tak panggil nyer sarapan pagi, sebab waktu makannya bersama anak-anak (anis & fikri) selepas jam 10 pagi. jadual bangun pagi anak-anak memang tak sama setiap hari. kekadang tu jam 8.30 pagi adalah masa menyusu ke2 untuk aliya, masa yang sama juga anis @ fikri juga akan minta susu. jadual mandi pagi pun tak sama setiap hari. :-) kekadang aliya mandi dulu. kekadang anis dulu. biasanya pada jam 10.30 @ 11.00 pagi, semua dah mandi, dah wangi & dah pakai lawa-lawa. so makan pagi pun dalam lingkungan masa 10.30 ke 11.00 pagi juger.
teman ni kalo pepagi tu takde le rajin sangat nak memasak, tapi kenangkan anak-anak yang jenis pemakan, jadi kena lah juga teman merajinkan diri. menu makan pagi anak-anak kebanyakannya menu yang ibunyer suka makan - spageti (@ pasta simpul & bentuk siput tu) goreng, cucur ikan bilis (kekadang campur brokoli, tengok le apa yg ade dalam freeze), roti & telur scramble, nasi goreng, masak bubur & goreng ikan. kalo maleh sesangat - call ajer opahnye minta tolong antorkan nasi lemak & kuih-kuih i.e karipap, popia. Memasak ni tak le mangambil masa sangat untuk teman. cuma selalu mati kutu nak masak menu apa. kekadang tengok dulu apa yang ade dalam freeze.
Lepas masak, kena la setting kan tempat duduk makan anak-anak. kena makan dengan depa, sembang-sembang dengan depa. Tu semua amik masa, so saper kata dok rumah senang, boleh relaks, tak banyak kojer. silap tu silap. kerja rumah memang tak pernah selesai, the list will go forever, walaupun content nya macam sama jer, tapi 'the cycle could never be ended'. Lepas anak-anak makan, kena bawa depa basuh tangan, remind depa lapkan tangan. pastu kena bersihkan meja, cuci pinggan-mangkuk. semua tu tak boleh ditangguh, kalo ditangguh.. bertambun jadinya,.. sinki pun penuh, lagi semak mata memandang. teman ni pun belajar dari pengalaman. setiap hari masih berusaha tak nak tangguhkan kerja-kerja rumah.
ni ler keadaan 'workstation' teman. masa tengah ade job, this area memang area larangan & memang sentiasa berserabut macam ni.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

2 kawan ibu yang hebat:

Hazia said...

Selamat tahun baru!
Ko ni memang la busy sesangat, hehe... Takut aku dengar:p

Unknown said...

ala rumai, bz org dok rumah, tak sama bz dgn dok pejabat.. dia punya headache pun lain..

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .