Thursday, January 8, 2009

Home » » 020 Timba pengetahuan baru melalui blog

020 Timba pengetahuan baru melalui blog

Dalam tempoh 48 jam yang lepas, selain menguruskan hal ehwal anak-anak & rumahtangga, sempat juga ler teman menjenguk-jenguk ke laman-laman blogger yang rajin menulis disekitar negeri Perak ni.
Kalo sebelum-sebelum ni, selain aktif ber'facebooking' dengan kawan-kawan semasa di MRSM dulu, yang selalu teman buat adalah 'check email' di yahoo, gmail & live mail. Sambil-sambil membaca posting yang dihantor oleh subsciber mailinglist yahoogroups seperti 'keluarga02', 'uum', 'kidsIslamicStories' & 'Hamil'. Memang tak terbaca sebenornya, melambak-lambak postingnyer.. tapi itu ler antara pengisian masa teman.
Cuma sehari dua ni, teman cuba meluaskan capaian. Teman main redah jer masuk blog orang yang teman tak kenal. Teman memang 'follows' blog Datin Seri Fatimah Taat & YB MB Nizar (MB Perak ler), so dari situ mana-mana ajer yang ade 'link' @ pautan ke blog yang lain, teman masuk ajer ler. Macam-macam gaya orang ber'blog' ni. Blogger2 ni memang kreatif, memasing ade gaya unik tersendiri dalam menyampaikan 'cerita' memasing. Banyak juger le pengetahuan baru yang teman dapat. Tetapi ade juga yang teman perasan yang 'published' tulisan orang lain dalam blog depa. Ish, kalo amek artikel orang lain tu, OKAY kalo dia letakkan link@pautan asal. Cuma yang tak patutnya, bila tak letak pautan asal. huhu, haru haru..
Satu perkataan baru yang teman dapat ialah 'bocat'. Teman jumpa perkataan ni semasa teman singgah di blog Dango Mamamat. Rupanyer 'bocat' ni adalah bahasa orang perak untuk 'ikan haruan'. Haha.. LOL.. malu benor teman rasa sebab teman ni name jer orang perak. Mujur ler makbonda teman tahu apa maksud 'bocat'. Kata bonda teman, orang Changkat Tin (kampung ayahnda teman) ade yang panggil ikan haruan tu bocat. Ate, teman ni sejak kecik dah meranto ikut ayahnda posting ke sana-sini. Ayahnda teman dulu soja. Bila dah masuk sekolah menengah, teman sekolah asrama di MRSM terendak Melaka. Dah abis belajo di Melaka, sambung lagi ke Kedah. Bila dah dapat ijazah, baru le settledown koje di Perak. yer le dah koje di Ipoh, di tempat koje teman, bukannya bergaul dengan orang2 perak yang mari dari kampung. Jadi memang teman ni mengasah loghat kampung ayahnda pun berdasarkan apa yang teman besa dengor jer. Itu belum kalo terserempak dengan orang Manong ker, orang Bota ker.. kekadang tu teman kena tanya berkali-kali apa yang dimaksudkan. Walau apa pun, sekurang-kurangnyer teman ni reti juger le cakap perak.
Ni sejak 2 menjak, citer panas di Gaza ni, timbul pulak isu boikot barangan Israel & Amerika. jadi teman ingat, esok lusa boley le teman mencari-cari maklumat2 yang patut. Hmm, memang jahat betui orang Yahudi ni, entah bila la kemelut Palestine Israel ni akan berakhir. Udah lama benor, sejak teman belum lahir lagi dah bermula isu depa ni. Yer le, sebagai seorang Islam memang teman rasa sedih benor dengan nasib saudara seagama kita di Palestin. Semoga Allah melindungi dan merahmati mereka di sana.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .