Suami teman pun udah bisin.. katanya dia sorang jer nak kena bayor seme.. ish ish, ayah ni baru jer sebulan ni ibu tak berduit (bukan tak berduit langsung.. cuma 'putus' kemampuan sket) dah ayah nak bisin-bisin. Walhal, ansuran rumah ibu tak pernah lagi minta duit ayah, belanja bertenet streamyx, handphone dan memacam komitmen ibu yang lain.. belum lagi pernah ibu minta duit ayah.. baru sebulan ni ayah kena beli macam-macam keperluan anak-anak & rumahtangga, dah ayah nak kata ayah sorang jer nak tanggung semua. Sampai hati ayah, walhal dulu masa nak kawin ayah kata sanggup nak tanggung semua.. hatta nak tolong bayarkan ansuran rumah ibu pun ayah sanggup. Bukan ibu yang minta, tapi ayah yang janji.. tapi tengok ler sekarang ni, baru jer sebulan ibu tak tolong hulur duit untuk keperluan rumah dah ayah cakap macam tu.
Kecil hati ibu.. selama hari ni ibu bersabor jer.. ibu tak merungut pun sebab ibu pikir ini semua ujian. Yer le, semua orang diuji, kalo tak diuji mana ler kita nak tahu sejauh mana ketahanan jiwa dan keyakinan kita ni.. dan kerana itu ibu yakin ibu mampu menangani nyer.. kalo orang lain boleh buat kenapa ibu tidak. Tapi sehari dua ni ayah buat ibu sedey.. sedey sangat-sangat.. ibu dah mencuba sebaik yang ibu mampu untuk menguruskan ketiga-tiga anak-anak.. memang le depa banyak buat ibu letih, setiap sorang ade jer kerenah nyer.. kadang-kadang ibu terpaksa biarkan anis melalak sorang-sorang masa ibu tengah menyusukan aliya. Badan ibu ni satu ajer, tak mampu nak belah 3 nak 'accomodate' semua keperluan 3-3 anak sekaligus. Tapi ibu dah cuba yang terbaik untuk didik, beri kasih sayang, ajar apa yang ibu termampu,.. cuba 'bersembang' dengan depa dengan ilmu yang sedikit yang ibu cedok dari pelbagai sumber. Ibu sedar, bukannyer mudah nak mendidik anak-anak.. tapi ibu perasan ayah ni macam pikir bila dah bagi anak makan minum, cukup lah tu.. yang lelain tu ayah letak kat ibu jer. Mentang la sekarang ni ibu dok rumah jer. Ayah tinggalkan ajer hal anak-anak & hal nak uruskan rumahtangga kat ibu. Ibu dah buat sehabis baik supaya rumah kita ni sesuai untuk anak-anak membesar, ibu jaga kebersihan rumah, ibu masak, ibu kemas kainbaju.. ibu cuba pastikan semuanya bersih.. maklum lah aliya & anis suka mengutip. Ibu ingat ayah hargainya.. sebab masa ibu masih bekerja dulu, rumah selalu macam tongkang pecah. Ibu cuma sempat basuh pinggan mangkuk & mop lantai.. kainbaju plak selalu menimbun-nimbun tak berlipat,.. dan.....
Ibu tahu ayah susah hati bila tak cukup duit, tapi bukankah itu tanggungjawab ayah untuk sediakan keperluan untuk ibu & anak-anak. Ibu tak minta yang mewah-mewah pun dari ayah. Sedangkan vitamin, jamu-jamu & keperluan peribadi ibu sebelum ni ibu beli dengan duit ibu. Hatta kain baju, tudung ibu, pakaian anak-anak sebelum ni ibu yang beli.. bila ibu 'putus' duit sekarang ni.. ayah nak salahkan ibu plak tak tolong ayah. Sehari dua ni ibu tak berapa sihat, pun ayah masih biar anak-anak berkepuk kat ibu. Ibu memang sedey, sedey.... memang la sekarang ni dunia ibu dalam rumah ni ajer.. dunia dengan anak-anak.. dunia dengan kerja-kerja rumah.. kadang-kadang ibu menangis sorang-sorang sebab terkejar-kejar nak selesaikan semua kerja sebelum tengahari.. lagi rasa sedey bila anak-anak mula merengek dan ibu tak mampu nak accomodate setiap sorang pada masa yang sama.. ayah tak tahu rasanya, kalo 3-3 anak serentak melalak.. ibu rasa rumah macam kena 'bom'..
Dan sekarang ni ayah memandai lak minta tolong kawan ayah untuk buat marketing.. cari sesapa yang nak buat akaun. Bukan ibu tak nak buat akaun dah, tapi ibu ingat lagi, job terakhir yang ibu buat selepas bersalinkan aliya. Kalo masa ibu ade opis diluor dulu, ibu ade 8 jam sehari untuk buat kerja.. jadi job tu ibu boleh siapkan dalam tempoh 3 minggu. Tapi bila ibu buat job tu di rumah, ibu cuma boleh spent 2-3 jam ajer sehari... job tu ibu mula buat awal Oct 2008 dan akhir Dec 2008 baru dapat disiapkan. JOb yang 3 minggu ibu cuma dapat siapkan dalam tempoh hampir 3 bulan. Kalo ayah tolong ibu jaga anak-anak, pasti ibu boley siapkan lebih awal & Insya Allah, payment pun boleh dapat lebih awal. Tapi ayah acuh tak acuh jer, ikut suka ayah jer, kadang-kadang tolong jaga, kadang-kadang biar kat ibu jer.. dah tu camaner ibu nak buat kerja. Kali ni nampak nyer ibu kena lah bagi syarat kat ayah, kalo ayah nak ibu kerja & nak ibu tolong ringankan beban ayah. Ayah kena la tolong ibu jaga anak & beri ibu ruang masa untuk buat kerja..
BUkan ibu nak salahkan ayah.. ntah lah.. ibu pun dah buntu.. dah ler ibu tak sihat ni, kepala ibu pun lagi la tak sihat... ibu cuma pk kan ibu mesti lepaskan apa yang terbuka dalam kepala ibu ni..
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!