Tuesday, March 23, 2010

Home » , » Air dicincang & Mr cendol

Air dicincang & Mr cendol

Salam buat semua,

Ibu ni sebenarnya angin ber'Blog' masih lagi suam-suam kuku, tapi ibu gagahkan juga menulis.. kan apa, beberapa hari ni ibu dok menadah telinga mendengar alkesah keluhan sahabat yang dibuang keluarga gara-gara difitnah adik-beradik. Adik men'cucuk' mak ayah hingga tergamak mak ayah menghalau si kakak dari rumah. Gitu juga cerita sorang sepupu ibu ni yang dituduh adik-beradik konon2nya si dia mengamal @ menuntut ilmu hitam.. sudahnya, dibuang adik-beradik... walhal nawaitu nya hanya nak membantu mengubat omak nyer yang sakit.

Tak perlah, dalam kes sepupu ibu tu.. jawab ibu senang jer.. 'kalo raya ni, tak de rumah nak tuju, datang lah rumah kakyong.. sentiasa terbuka luas untuk sedara mara. Kakyong ni tak le kaya apatah lagi mewah, tapi takat nak menjamu adik-beradik makan minum 2-3 hari tak de hal nyer.. lagipun seronok berkumpul ramai2.. '





~gambar tiada kena mengena dengan tajuk... musim panas ni memang sedap pekena cendol ~



Dalam kes sahabat ibu tu, hanya SOT-BA-RO sahaja yang mampu ibu ucapkan. Siapalah yang tidak sedih bila dihalau oleh mak ayah. bertambah sedih bila segala barang2 kain baju dicampak di laman rumah.. kalo dia sorang tak perlah.. ni kain baju anak & suami nyer sekali. Ibu pun pernah merasainya masa ibu masih bujang dulu. Alah, tu hal dulu, dah lama lepas. Cuma pada sahabat ibu tu, ibu yakin ini semua berpunca dari perasaan irihati. Sahabat ibu ni kuat kerja orangnya, Alhamdulillah rezekinya memang melimpah ruah. DOk dengan mak ayahnya pun sebab mak ayah yang ajak dok sekali, walhal sejak balik ke Perak depa dah beli rumah pun. Mujur lah lepas kena halau ade rumah nak berteduh..

Ibu yakin suatu hari nanti, mak ayah sahabat ibu tu akan nampak kebenarannya. Allah tidak menduga kita hanya untuk sia-sia.., ada hikmah yang terlindung di sebalik nya. Banyak2 kan bersabar, usahlah asyik dipikirkan yang 'diri tu anak terbuang'.. anggap ajerlah pakcik & makcik khilaf dalam percakapan & tingkah.. mungkin sangat2 tajam TUSUKAN fitnah sampai begitu sekali makcik & pakcik bertindak.


Bahaya sungguh tusukan fitnah adik-beradik ni, lebih lagi jika mak ayah hanya dengar sebelah pihak sahaja & langsung tidak mahu mendengar penjelasan anak yang difitnah. Itu lah yang jadi pada ibu pada hari ibu nak nikah dulu. Ayahnda sampai telefon tok kadhi bagitau tak jadi nak nikahkan ibu, gara2 ayahnda diberitahu, enal (en ayah) amik/guna duit hantaran.. walhal ayahnda tak tau, duit tu ibu bayar balik sebab masa buat renovation rumah (rumah yang kami dok sekarang ni lah) guna duit en ayah. Tersangat2 sedih bila ayahnda langsung tak mau dengar penjelasan ibu. :( Alhamdulillah, at last kami nikah juga. ;)



~ anak2 ibu bertiga ni.. ibu sentiasa doakan agar anak2 ibu sentiasa bersatu hati & saling bantu membantu ibarat aur dengan tebing~




Actually pergaduhan adik-beradik ni bukan perkara luar biasa. Kami yang 10 orang ni pun tak terlepas, gaduh 2-3 bulan lama2 berbaik juga.. adik2 marah kan kakyong.. 3-4 bulan datang juga jenguk kakyong.. masa baru bergaduh, memang lah tak nak bertegur sapa, masing2 tengah HOt.. masing2 nak tegakkan yang dia betul.. bila dah sejuk hati, baru boleh berfikir elok2.. kakyong sekarang ni ambil pendekatan mudah jer, malas sangat nak fikir2 tentang hal yang boleh buat jiwa kaco. So kalo ade adik2 yang marah & tak suka dengan teguran @ cara kakyong.. tak per.. bawalah jalan hidup masing2.. lagi pun masing2 dah besor panjang.. akal pun dah berjengkal2.. cuma doa kakyong usahler sampai kami dengki-mendengki.. jangan sampai ada yang nak men'jatuh'kan kehidupan adik-beradik @melaga2kan adik-beradik.. tiada untung nya.


Berkenaan alkesah sepupu ibu tu, ibu pun fenin bila dengor cerita macam2.. rimo belang putih ber'cakor' dengan rimo belang kuning lah, saka rimo mencari waris... bila dah masuk bab rimo ni memang ibu malas nak fikir lelebih. Semoga Allah ta'ala jauhkan keluarga kami dari segala perbuatan syirik.

owhh, apa ke alkesah masuk citer rimo ni... jom layan cendol ...


~ ibu ke Manjung sbb g ziarah makngah di Hospital Manjung, on the way balik singgah pam minyak.. sudahnya melepak kat situ pekena cendol. Cendolnya sedap, lemak berkrim tapi sikit sangat tak padan dengan harga nya.



~ ada mee rendang (tak sedap.. rendang pedas bebenor, baik buat sendiri.. celur mee & masak rendang sedap..), laksa - boleh lah , 6/10 byk benor petis, ibu tak suka petis , rojak - byk timun & sengkuang.. kuahnya teramat pedas.. cili apa kooo... hmm rojak mamak gerai DBI depan Greentown mall tu lagi kaww.



~ Aliya posing depan Mr Cendol






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

14 kawan ibu yang hebat:

Fid said...

saya tak de gaduh adik beradik tapi mmm.mmm...entah laaaa

ngan spapat...tak gaduh tapi kecill sgt atui
sbb depa kata saya anak derhaka..padahal mak ayah saya tak kata pun
atas sbb saya tak lawat grandpa

mcm mn kla nak lawat nak mkn pun catu masa tu

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Yong akak tak reti pula nak bergaduh adik beradik, kami 8 beradik, berlainan emak tapi hubungan rapat, kalau akak marahkan adik-adik mesti ada sebab dan dia orang memang tak berani nak bantah, kalau berselisih pendapat pun habis masa tu ajelah,
hairan sungguh dengan manusia yang bergaduh adik beradik

transformed housewife said...

sy pun ada 8 beradik. setakat ni belum ada bergaduh yg besar2 la. alhamdulillah setakat ni kami masih ada rasa syg dan hormat. Sy pun tak nak bergaduh adik beradik ni sbb sedihla kalau keluarga sendiri ada masalah lebih2 lg lps kami kehilangan ibu tersayang hampir 2 thn lps. Harap2 sepupu K.Yong bersabar dgn ujian Allah. kalau dia di pihak yg benar, lambat laun, Allah akan tunjukkan.

Nadiah Sidek said...

sedih kan kalau berlaku perkara2 mcm tu. yg paling sedih bila difitnah adik-beradik sendiri..tumpang simpati pd kwn kakyong tu..

♥cybermummy♥ said...

betul tu kak yong , air di cincang tak akan putus.kadang-kadang kecik ati ngan tindakan adik beradik.Dah merasa kena fitnah dan ibu bapa siap backing lagi.Tapi tak apa tuhan maha melihat maha mengetahui,tahulah dia macam mana nak membalas kebaikan serta kejahatan perilaku seseorang tu.
Shikeen pernah buat chendol sendiri tapi tak larat bila adunan tu mula memekat . lenguh tangan nak mengacaunya :p

yatie chomeyl said...

erm tu la masa kecik rapat kan tp bila masing2 dah besar dan ada keluarga sendiri, adik beradik pun boleh jd musuh. lagi parah kalau kes berebut harta mak bapak pulak huhuuh..nauzubillah, semoga di jauhkan dari kita semua

Unknown said...

fid,
kdg2 kita memang x bergaduh tp ade pulak pihak yg suka melaga2kan.. mbuat cerita2 yg ntah apa2..

senang citer, kita buat derk jer.. buat apa nak susahkan hati..

makan kena catu? uishh, berkira @....??!!


kakyati,
biasanya kalo kakak ni tak kuasa nak cari gaduh adik-beradik.. lebih lagi mcm kes kakyati.. mcm mertua saya lah, dia ramai adik beradik berlainan ayah.. so dia lah usaha satukan semua adik-beradik supaya saling dekat & saling kenal.. supaya anak2 cucu pun kenal juga..
mcm adik-beradik saya kan ramai yg muda remaja lagi.. so kalo tegur lelbih kan, mula lah majuk, mogok tak dtg rumah saya.. tp bila susah, dia dtg gak cari kakyong nyer... hihiiii..

mak saya adik-beradik 4 org jer, tp ntah lah tak pernah sebulu.. pak sedara saya plak jenis suka 'mencucuk' & mengada2 kan cerita yg tak ada-ada... tak tau camana mentaliti depa ni.. mujur lah maklang saya selalu ada dgn mak.. tp saya selalu amik ikhtibar, saya tak mo adik-beradik saya mcm tu.. ni seme berpunca dr harta pusaka atok & opah le..

mujur lah mak ayah saya xde harta nak direbut kan... kalo takat nak rebut rumah mak tu... hihiiii, rumah saya lagi besor.. LOL...

Unknown said...

adyani,
tu lah kan, sepatutnya bila kita dah kehilangan salah seorg mak ayah, sepatutnya kita adik-beradik lebih rapat.. sian gak kat sepupu tu, niat dia cuma nak tolong buang saka mak ayah dia.. tp dlm diam rupanya ade adik dia yg 'puja' plak saka tu...
makngah (mak sepupu) sakit tak leh bangun & x leh bercakap.. kiranya hampir lumpuh, nak angkat tangan pun xleh.. la ni masih terlantar di hospital Klang.
xtau lah ntah apa yg telah diapi2kan oleh kakak & adik2 nya, sampai kan sepupu dtg tlg lapkan bdn makngah pun makngah siap tepis, tunjuk muka marah... agak2 camner perasaan kita kalo kat tempat dia, walhal dia cuma nak berbakti pd omaknyer jer..


Nadiah,
Fitnah tu tak kiralah dr adik-beradik @ kwan2 @ sedaramara.. memang sakit dibuatnya... minta dijauhkan lah kita dr memfitnah & difitnah..


shikeen,
betul sangat2 tu..
rajin nyer mencendol.. tp berbaloi kan bila buat sendiri.. bila lah nak mencendol nih... ;)

Suhana Shahril said...

Hmm..gaduh adik beradik biasa lah.Masa kecik2 dulu ana kerap jgk bgaduh dgn adik2.Tp bila dah besar panjang dah ok...dah boleh pikir buruk baik..bertelagah pendapat tu ada,tp xder lah sampai bertarik rambut.Moga Allah mempermudahkan segala urusan kehidupan kita.Amin

NzA said...

apa nk buatkn, trkadang org trtuduh xdpt membela diri..

chekna said...

wah..musim panas ni kalo pekena cendol mmg best!!

Izan Ishak said...

hmmm...kecik ada jugak gaduh2 sbb masih budak kan! dah besar ni ada jugak masam2 muka, tapi saya buat dek je.
**mcm best je mr.cendol tu kak yong!

Unknown said...

kak nza,
ya betul sgt2 tu..

chekna,
heheheee...cendol, ABC, Lai chi kang... nyaman jer terasa tekak....


Izan,
adik-beradik ni org tua kata carik2 bulu ayam.. lama2 bercantum juga.. kdg2 didikan mak ayah waktu kecil juga sgt penting. ada mak ayah yg dr kecil lagi suka pilih kasih & sebelahkan anak2 tertentu jer..
kakyong ni kat rumah, tak tau lah sehari ntah brp kali kena ckp dgn anak2.. 'kakak, abang main sama2'.. 'tak baik gaduh nanti tuhan marah'.. 'abg kena lah sayang adik'

ummuabdullahsyaakir said...

Dalam Al quran n hadith pun sebut fitnah tu lbh besar dari mmbunuh.Kalau kita tak buat jahat pun ada yang dengki pda kita...eem minta lindungn Allah dari benda2 keji mcmni.
Insya Allah org yg teraniaya doanya tak ada hijab.

eem sedapnya makn cendol tgh pans2 mcmtu..^_^

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .