Tuesday, March 30, 2010

Home » , » Ber'cloth diaper' itu satu pilihan..

Ber'cloth diaper' itu satu pilihan..

Salam ceria hari selasa buat semua,

Semalam ibu menjengah report analisis Google analytic.. sambil dok belek2 report visitors.. sambil compare dengan bulan2 sebelumnya, ibu perasan rupanya trafic memang menurun.. tu pasal lah ranking blog ni mencanak2 NAIK...

mungkin antara sebabnya : ibu sendiri yang sudah lama @ jarang blog walking ke blog kawan2.. itu pasal lah orang pun jarang datang blog ibu.. http://www.emocutez.com

Apa kes la pepagi ni nak membebel pasal visitor & ranking ni.. actually ibu dah tak berapa nak amik port bab ranking ni, as long masih ada kawan-kawan yang sudi berinteraksi (bagi komen & tinggalkan pesan di kotak sembang) kat blog ibu ni.. dah cukup untuk ibu.







Cloth diaper @ kain lampin modern.. sejak ibu mula berjinak-jinak men'cloth diaper' kan anak-anak, memang banyak ler soklan2 & pertanyaan2 juga statement yang ibu terima. antaranya :
  • bagus ke guna lampin ni, anak tak ruam ke ?
  • senang ke nak membasuh @ menguruskan nya, camana kalo anak 'poo poo' ?
  • mahal lah nak beli.. suami tak bagi.. takde budget
  • susah lah kalo nak berjalan jauh
  • tak sempat lah, saya ni kerja.. lain lah kalo suri rumah
dan pada yang baru nak kenal cloth diaper, ramai yang bertanya.. :
  • macamana cloth diaper ni 'berfungsi", 
  • apa kah brand yang patut guna
  • apa yang sesuai, jenis button @ velcro
  • boleh ke campur2 guna antara cloth diaper (CD) dan disposable diaper (DD)
  • adakah sesuai dipakaikan dari newborn @ pada usia yang lebih tua eg 1 tahun

Ibu ni bukan lah 'hard core' @ tegar @ fanatik sangat dalam penggunaan cloth diaper ni. Walaupun anak2 ibu sekarang ini sudah pun ber'CD' sepenuhnya.. dan memang tiada lagi stock DD di rumah, tapi tidak pernah terlintas di hati untuk mengasak @ memaksa orang lain ber'CD', apatah lagi nak merasa riak kerana sudah menyahut cabaran untuk menjadi 'natural parenting' dan menyokong usaha untuk menghijaukan bumi.

Ber'CD' ni pada ibu adalah satu optional, bukan wajib. Sebab ibu juga mengambil masa agak lama untuk ber'CD', mainly atas sebab kemampuan kewangan. Pelaburan awal untuk ber'CD' ni juga bukan lah MURAH. Tapi bila sudah terjebak dengan CD ni, semakin jatuh cinta jadinya. http://www.emocutez.com


Jadi, pada yang baru2 nak menjebakkan diri dengan cloth diaper ni, sila buat kajian @ study @ research terlebih dulu ya.Bukan apa, ada baiknya cari ILMU tu dulu, supaya nanti tidak lah kita berada dalam kumpulan yang 'suka2 nak ikut2 orang, hanya kerana orang lain berCD, maka kita pun sibuk nak ber'CD'.

why ibu cakap macam ni.. sebabnya bila takde ilmu mula lah merungut - " CD berbau lah, susah nak basuh lah, anak ruam lah, CD bocor lah dan macam2 lagi lah " , in which at last, putus asa nak ber'CD.. dan akhirnya CD tu jadi 'gajah putih' jer.. sayang kan pelaburan beratus ringgit , yer lah kalo beli 10 pcs, harganya pun dah mencecah  +-RM300.

Dalam apa juga situasi, nak memulakan langkah untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru bukan lah satu yang mudah. Namun ade pepatah melayu mengatakan : 'Alah bisa, tegal biasa'. Maksudnya bila dah betul2 tahu & ada ilmu dengan apa yang kita nak buat, Insya Allah, tak ada sebab lagi kita nak berfikir 'TIDAK BOLEH'.

Jika anda rasa, anda baru bersalin, anak pertama pulak tu, dan harus pula berpantang sendiri dan suami pulak seorang yang sangat kuat kerja (orang besar di pejabat, jadi tak boleh nak bercuti lama & menjaga anda untuk 1-2 minggu pertama). Jadi dalam keadaan ini, anda ada pilihan, nak mula belajar ber'CD' & bersulam-seli dengan DD atau bergantung sepenuhnya kepada DD. Keputusan adalah ditangan anda & suami. Sokongan suami juga sangat penting dalam menjayakan usaha untuk ber'CD' ni. Dan menCUBA adalah lebih baik daripada tidak membuat apa-apa.

So, tak ada salah @ betul, jika ada yang kata dia hanya part-time meng'CD' kan anaknya, Almaklum lah, pengasuhnya pun keberatan untuk menguruskan CD, suami pulak sibuk takdak masa nak tolong cuci CD. Jadi hanya mampu nak men'CD' kan anak di hujung minggu @ pada masa dia cuti sahaja.. tak de salahnya, nak part time ke full time ni, as long si ibu merasa selesa dan gembira. Kalo weekdays adalah hari2 yang hectic, tensi dengan macam2 hal.. kang balik rumah tengok plak koleksi CD tak berbasuh yang sudah melimpah ruah.. en suami pula tidak mahu membantu...tensi lagi.. selalu tensi pun tak bagus kan.
http://www.emocutez.com







Bagus kah ber'CD'?
If you know the rule, Insya Allah ber'CD takkan menjadi masalah besar.. namun tidak disangkal sama sekali, ber'CD tetap ada pro & con.. jadi kita anda positif & berusaha untuk belajar & memahirkan diri tentang CD, then you are on the right track untuk ber'CD. Jika anda belum bersedia untuk ber'CD' tidak ada salahnya.


Fuhhh... http://www.emocutez.com pasti ada yang bengkek ni baca apa yang ibu tulis ni... ibu ni seolah2 tak menggalakkan ibu2 ber'CD' plak... please dont get me wrong.. kita boleh ajak kawan2 ibu ber'CD tapi tak boleh paksa ok.

Insya Allah, nanti ibu cerita kan pengalaman ibu yang tidak seberapa ni meng'CD kan Anis & Aliya.


p/s :
terpk nak buat contest @ giveaway tentang cabaran berCD.. cuma susah lah pulak nak menilai nyer... ade ke yang sudi nak jadi juri... sponsor ker... http://www.emocutez.com






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

8 kawan ibu yang hebat:

Hanz Jamaludin said...

Salam Kakyong...nak kasi tahu..ber-CD, insyaAllah, si-anak cepat potty train...perbezaan dibuat hasil pengalaman sendiri antara anak yang sulung dengan anak yang bongsu...

Dah excited & dah sharing... :D
http://thehoneybunch.blogspot.com/2010/03/baby-hambali-is-ready-for-potty.html

Suhana Shahril said...

Masing2 ada pendapat sendiri.Ber CD ni pd pendapat ana bagus tp kena bersungguh2. Kalo cam ana ni,on of jer sbb x larat nak basuh.kekeke..almaklumlah basuh baju pun seminggu sekali..aiyak..

Izan Ishak said...

betul tu kak yong...tiada paksaan dan mmg kene buat sungguh2...**mcm izan ni dah xsesuai sbb twin pun dah 2thn lebih...dah dekat dgn time utk potty train dorg pulak...cabaran lain bila kene 2org sekaligus...

Rozy said...

masa rozy setat cd kan hadiffbolat, memang fikir gak aku nih rajin ker dak..yalahh nak invest ratusan one short dan dulu rega cd agak mahal compare to lani... tp tekad juga dan berjaya sampy sekarang.. ada ups and down..hadiff melecet kat bird... tp now okaylaa..

mazlyna said...

salam kak yong...

tak susah pun sebenarnya....yg jadik susah tu sbb org dok pk nak kena basuh sume....

otai ajar....klu poo poo tu memang lah bilas...tp klu setakat pee...campak jer sume dlm wm....biar wm yg buat....

first round buat utk bilas....second round...baru basuh ubuh sabun cam sepatutnya....senang keje...;)

10 said...

ya la kakyong... sonok tgk cd warna warni tu... dulu2 masa x keja rajin jugak org membasuh cd ni... skrg dh bz, kain baju sndiri pun x sempat nk sidai... ada tips x kakyong?

Unknown said...

Hanz,
tahniah... ;)
aliya pun dah menunjukkan tanda2 nak belajar ke toilet.. la ni kejap2 dia akan buka CD & dok cangkung kat lantai bilik air.. konon2 nak wee-wee la tu.. jenuh lah kena tunggu..
kalo kakak dia masuk toilet, sekali lagi dia pun masuk sekali..


Ana,
memang betul sangat2.. hatta dlm ape hal sekalipun perlu kesungguhan..


Izan,
letih tu nak train 2-2 sekali.. jenuh ke toilet la... ni pun aliya pun dah sibuk nak mbuang di toilet... tak kering kaki dibuatnya.. asyik melayan depa ke toilet jer..

Unknown said...

rozy,
memula tu memang lah mcm2 pk.. rasa mcm tak leh buat jer.. tp bila dah biasa & dah tau cara terbaik.. xde hal nye kan.... ;)


mazlina,
owhhh.. kenapa tak dpt nak link ke ur profile.. ur profile not available... huhuuu.. nanti tinggalkan link di kotak sembang ke....
btw, betui tu, kakyong pun guna cara mcm tu.. then kalo nak strip washing, tambah jer round ke 3... memang xde masalah langsung..


aten 10,
kalo kerja, sebaiknya sediakan satu bilik utk gantung baju.. lepas maghrib mesin baju, sblm tidur tu gantung siap2..

mcm kakyong bulik blkg memang utk gantung baju (dulu la masa kerja), la ni guna gantung CD plak.. tp kena beli byk hanger la.. minta lah walid nya buatkan palang2 utk sangkut..
pasang kipas siap2.. kipas siling, psg slow jer.. esok pg sblm p kerja matikan kipas..

masa anak 1, mesin kain 2 hari sekali ok lagi.. kakyong la ni kena mesin hari2.. kalo tak bakul tu melimpah ruah.. sakit mata memandang...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .