Salam bahagia,
saya dah lama mencari contoh kad untuk perkataan sama bunyi seperti ni… bukan sehari saya mencari.. tak sangka saya bertemu jodoh dengan blog cikgu liza Terima kasih cikgu Liza… saya merasa sangat berbesar hati dengan perkongsian cikgu ni..
updated : Terlupa nak sharekan linknya tadi.. amik kat SINI ya..
updated : Terlupa nak sharekan linknya tadi.. amik kat SINI ya..
Alhamdulillah, saya dah print sikit.. setakat untuk menguji kemampuan anak-anak.
Saya ajar kan Fikri dan Haris, cara untuk membaca kad ini. Fikri cakap “senang ajer.. tak payah eja pun.. sebut jer”.. jangan berlagak sangat abang Fikri..
Haris?? … maklong nya terpaksa urut dada berkali-kali… 2-3 kali saya ajar kaedahnya, agak lambat dia faham.. saya juga masih cuba mengenalpasti apa punca nya sampai dia masih lambat nak menyebut, mahupun mengeja.
Semalam saya buat sesi.. di mana saya mengeja , Fikri dan Haris sebut apa yang saya eja… nampaknya Haris masih ketinggalan. fuuuhh… takpa, kita buat lagi nanti.. bila dah selalu, bak kata Cikgu NZA.. kerap latih tubi..
Kanak2 sebaya fikri perlu lebihkan latih tubi, mengeja secara kuat n brkali2..
p/s
Haris sudah ada kemajuan, hari ni dia sendiri buka buku tanpa saya panggil. Alhamdulillah, semangat tu sudah ada. tapi dia masih fobia tengok perkataan banyak-banyak.. masih susah nak menyebut sukukata yang dieja.
Fikri dan Haris ni sebenarnya masing2 ada weak & good point.. Dari segi penulisan, tulisan Haris cantik dan tersusun, Fikri…??!! hmmm... way to go. Fikri suka melukis tapi tak berapa bagus sangat dalam mewarna.. takpa boleh dibanyakkan lagi latihan. Haris pula cekap mewarna, tapi kurang pandai melukis.. Haris ni tak macam ayah dia yang suka melukis.
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!