Sunday, November 13, 2011

Home » , , » mengajar anak membaca - menilai kemampuan anak

mengajar anak membaca - menilai kemampuan anak



Salam bahagia,


Sebelum saya mula terus menulis, ingin saya tegaskan dulu.. apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman saya mengajar anak saya membaca. Saya memang tiada kelayakan mengajar, mahupun seorang guru yang bertauliah.. semuanya saya lakukan kerana keinginan dan kesungguhan yang kuat, untuk melihat anak saya boleh membaca sebelum dia mencecah umur 6 tahun. 


anak saya suka melukis, 


Fakta tentang anak saya :

  • Anak saya berumur 5 tahun ++. 
  • setelah 8 bulan belajar di taski, dia masih belum boleh membaca
  • setiap masa (8 bulan sebelum ini) anak saya hanya membaca jadual suku kata. Bila saya suruh dia baca muka surat yang ada perenggan, dia kata cikgu belum ajar.
  • anak saya sukar untuk mendengar arahan guru, dan beberapa bulan (Jun-Aug) dia refuse untuk mengikut sesi membaca 1-to-1 dengan cikgu.
  • anak saya langsung tak boleh mengeja setelah 8 bulan di taski
  • bila di suruh membaca dia akan menangis.. berjurai-jurai air mata.. sadis betul.. ggrrr (time tu saya memang dah macam mak Incredible hulk)


Saya mula mengambil langkah yang serius untuk mengajar anak saya membaca setiap hari, semasa bulan Ramadhan (Ogos 2011) yang lalu. Saya jadi 'terpukul' pulak.. sebenarnya marah juga dengan diri sendiri, lebih-lebih lagi bila anak saya dibandingkan dengan sepupunya (sama umur), yang mana sepupunya sebelum masuk PRA langsung tak kenal ABC, tapi sudah boleh membaca dan mengeja dengan baik sekali. 

JIran saya cadangkan saya hantar ke rumah jiran (di lorong yang lain) yang juga mengajar anak-anak pra-sekolah membaca. Saya berfikir, jika saya mampu mengajar anak saya, kenapa perlu nak dihantar kepada orang lain,.. kan..!! Lagipun saya sangat tersentuh dengan phrasa ini

"Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

saya jumpa di blog Pendidikan Awal Anak


Perkara pertama yang saya buat, adalah membuat penilaian dulu.. yer lah apa2 pun kena cari dulu, apa yang tak kena kan.. memang lah tidak wajar untuk membandingkan prestasi anak kita dengan anak orang lain.. tapi hal ini saya jadikan motivasi untuk saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajar anak saya.. 


2 minggu pertama saya mengajar Fikri - adalah saat yang sangat getir.. sebab dalam tempoh ni saya perlu menilai sejauh mana kesungguhan dan semangat dia untuk belajar dan 2 minggu pertama ini juga tempoh untuk saya mencungkil potensi juga kelemahan anak saya. JIka bahasa office tu.. kita buat analisa SWOT lah.. 


setiap hari memang ada sesi belajar untuk anak-anak saya.. menconteng, mewarna, menulis (tracing ajer) tengok CD magic English, sesi membaca (saya lah yang bacakan)


1 minggu pertama , saya mengajar dia membaca dengan rotan di tangan.. dan sesi membaca hanya lah 10 minit setiap kali. 3 sesi 1 hari. Saya tidak tetapkan jadual.. tapi kebiasaannya, bila dia dah habis bermain @ sudah selesai dengan aktiviti conteng-conteng, saya akan panggil dia untuk sesi membaca. 



ini memang aktiviti harian anak-anak saya.. tak perlu saya suruh, mereka akan ke meja belajar ikut masa depa.. tiada jadual



Saya menggunakan teknik tradisional.. huhuu.. mengeja dan menyebut tiap suku kata dan menyebut semula perkataan. Saya tak tahu langsung pasal teknik fonik.. saya berkeinginan nak membeli set membaca phonic di Adikbijak.. tapi manjang je tak dapat bajet dari en suami. Jadi saya gunakan ajer teknik lama.. 


jika mood anak sudah macam ni... hentikan ajer sesi membaca.. 


Apa penilaian yang kita nak tengok pada minggu-minggu pertama mengajar anak membaca :
  • sikap anak semasa proses membaca - positif @ negatif.. cara duduk, cara letak tangan.. jika dok tongkat tangan, dok cocok mata, dok garu kepala, pandang kiri kanan... 
  • kemampuan anak menguasai huruf.. semasa anak mengeja, kita perhatikan huruf apa yang dia kerap salah sebut... huruf-huruf apa yang dia selalu keliru.. contoh anak saya, sehingga kini (setelah 3 bulan), dia masih tertukar antara huruf b & d, j & g.. 
  • kemampuan anak menyebut suku kata yang dieja.. peringkat awal, anak akan amik masa 5-10 saat untuk menyebut suku kata yang dieja bagi perkataan dengan 2 suku kata.. contoh, "masa itu emas" , mungkin dia boleh eja 'm-a ma, s-a sa'.. tapi dia akan ambil masa sikit untuk sebut jadikan 1 patah perkataan 'masa'.. sebab tu saya katakan 2 minggu pertama adalah masa yang sangat getir.. kesabaran ibu perlu lah ditahap yang sangat tinggi.. 1st week, boleh lagi tinggi suara.. minggu ke2, tak boleh, minggu seterusnya adalah saat ibu kena selalu bagitahu kat anak.. 'abang boleh, ni dah baca banyak kali dah.. senang jer ni.."
  • uji anak mengeja secara oral.. mulakan dengan yang mudah-mudah.. contoh buku, bola, baju.. hari-hari lain suruh lah dia eja benda yang ada disekeliling rumah, contoh pintu, tingkap, kereta, lori, bas, pisau, pinggan.. sebaiknya yang ada 2 suku kata dulu.. 
  • tumpuan anak semasa membaca - jika fokus dia sudah berada di tahap yang baik, gangguan bunyi suara tv, suara adik-adik, dia dah boleh abaikan.. 







Setelah kita buat penilaian anak - subjektif dan tidak sama untuk setiap anak.. tapi dari situ kita boleh berusaha untuk mencungkil kemampuan anak.. guna lah kaedah apa pun untuk mengajar anak.. kuncinya adalah.. mengajarlah dengan kasih sayang, sentiasa beri semangat pada anak.. jangan sesekali putus asa.. kena SABAR-SABAR-SABAR... berdoa setiap hari supaya anak kita terang hati dan kita diberi kesabaran untuk mengajar anak. Anak-anak yang sudah ada motivasi untuk belajar, kita tak perlu nak paksa dia buka buku dah.. bahkan kita lah yang kena selalu bersedia untuk luangkan masa. 

Fikri mula positif & ada kemahuan sendiri untuk membaca setelah 3 minggu.. bukan tempoh yang singkat yer.. almaklum lah saya ni hanya guna kaedah trial n error..


Kaedah-kaedah yang boleh diguna , dalam kes saya anak dah umur 5 tahun lebih.. jika umur kurang 5 tahun, kita cerita di n3 lain yer.. 
  • beri anak kebebasan memilih - untuk membaca mana-mana perenggan @  muka surat yang disukainya.. peringkat awal anak mungkin akan pilih perenggan yang sedikit.. yang nampak mudah pada anak-anak.. note : buku tu sebaiknya yang punya huruf berwarna untuk setiap suku kata.. 
  • beri pujian pada anak jika anak dapat membaca dengan lebih cepat daripada hari yang sebelumnya.

                                 ......bersambung





p/s

N3 ini dah lama saya perap dalam draft.. hari ini & semalam saya tidak begitu sihat.. jadi takde mood nak disambung.. Insya Allah, saya kongsikan apa yang saya dah taip dulu...


salam kasih sayang,
.







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (27)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hizami dulu pun lambat gak bab nak membaca, bila tanya cikgu dah ajar ke blum mesti dia jawab dah belajar tapi still tak boleh membaca, akhirnya saya yang ajar dia membaca dengan buku bacalah anakku sayang tu, syukur alhamdullillah dia boleh jugak akhirnya
1 reply · active 699 weeks ago
Teruskan usaha, kakyong! :-)
Kita sama--sama la membaca dan beri dorongan pada anak kita ya. Hafizan Alhamdulillah, dah boleh. Amirul dulu pun darjah 1 baru boleh membaca. Lain anak, lain, ada yang lebih, ada yang kurang.
1 reply · active 699 weeks ago
tahniah buat kakyong kerana gigih berusaha
budak2 memang tak sama cara dan kebolehan
asal saja kita beri tumpuan, pandai memujuk, mereka pasti dapat
insya-allah
1 reply · active 699 weeks ago
salam kakyong.. terharu sungguh dgn kegigihan kakyong mengajar mereka..
My recent post Eh.. Surat Untuk Aku?
1 reply · active 699 weeks ago
kakyong, tahniah dpt ajar fikri sepenuhnya. cemburu ana...kalaulah dapat masa spt kakyong alangkah baiknya..tentu Aqilah x lambat masuk sekolah. Ana pun dh x boleh patah balik...kena bijak curi masa utk attract aqilah belajar
My recent post
2 replies · active 699 weeks ago
umo sebaya fikri adalah pngenalan prtama dan apa yg di ajar kn melekat smpai bila2..contohnya teknik menulis...jika teknik menulis salah maka ia akn trbawa smpai ke dewasa..mmg sukar utk diubah krn masa ni minda mrk dh mula menerima isyarat prtama.....

Kanak2 sebaya fikri perlu lebihkan latih tubi, mengeja secara kuat n brkali2....mrk lebih seronok cara santai sprti yg k.yong lakukan krn mrk xcpt jemu...kalau seawal usia mrk dh mula jemu, mrk akn mendtgkan masalah di sk...akak prnah mengajar thn 1 selama 2 thn je....mmg tramat mencabar brbanding mengajar kelas yg lebih atas...sbb tu smpai skrg akak respect sgt dgn rakan2 guru yg begitu sabar melayan kerenah 45+ org murid disatu2 kelas..
Syabas kakyong, akak mmg respect dgn k.yong krn akak pn xsegigih kak yong......
My recent post Wajah Baru....
1 reply · active 699 weeks ago
tahniah kakyong...

anak saya abid pun masih belum baca dengan baik. Kalau buku Bacalah Anakku tu baru masuk buku 5. Sangat berbeza berbanding abang dan kakaknya. Aqil 4 tahun dah boleh baca dengan baik, BM dan English. Alia 5 tahun, tp Abid mmg lambat sikit. Apa pun dia baru nak 5 tahun 20 November ini. Yus pun tak beri penekanan sangat. Dia cepat boring. Sangat menguji kesabaran kalau ajar dia. Mmg berbeza dari Aqil dan Alia.

Apa pun kesungguhan kakyong mmg patut di puji. Siapa lagi nak ajar anak kita kalau bukan kita kan kakyong.
Keep it up! InsyaAllah dia boleh baca dengan baik nanti.

p/s: Yus ajar ikut kaedah phonic, dah terbiasa kot dari Aqil. Kalau cara eja, mcm yang lama tu, mmg ada lambat sikit, tp tulah lain anak lain kan. Abid ni mmg lain, sama mcm anak kakyong kot, j dan g pun selalu tertukar, d dan b pun sama...hihi
My recent post Plan cuti-cuti sekolah : Bukit Gambang Resort
1 reply · active 699 weeks ago
salam kkyong ...

bukan kkyong seorg rase mcm tu..Hanie pun same... susah ati gak sebenornye ni... dah le xberape rajin (dan sabor) dlm mengajar2 anak ni... hari tu Hanie siap buatkan flash card lagi utk ajar anak mmbaca,udahnye ke laut jer...insyaAllah azam nk start ajar blk nnti ... ank lelaki mmg liat sikit kot ... ank prempuan ni kerajinan dan keinginan nk blaja tu lebih lg tau ...wallahua'lam..itu ikut pngalaman Hnaie ler...
My recent post TAG tentang ANAK
1 reply · active 699 weeks ago
Akak takde kegigihan dan kesabaran macam kakYong.
Tahniah atas progress Fikri
My recent post Permintaan demi permintaan
1 reply · active 699 weeks ago
keupayaan anak memang tak sama... saya pun sedih jugak tiap kali cikgu cakap Irfan masih tak lancar membaca jika dibandingkan dengan kawan-kawan sekelasnya, dah la tahun depan dah masuk darjah satu dan hari ini adalah hari terakhir persekolahannya... bila suarakan perkara ni pada kaum keluarga, semua kata benda tu normal... kena beri dia peluang rather than tekanan... ye jugak, faktor gen pun mungkin menyumbang jugak.. ummi dan abah dia mana pandai membaca lagi di usia 6 tahun... hehehe....

tapi, kalau saya bagi soalan matematik utk irfan, fuhh, memang cepat jer dia boleh selesaikan sampai saya pun dah hilang idea nak buat soalan :)
My recent post Hari Tautan Kasih (HTK)
1 reply · active 699 weeks ago
tadika nurin pun guna kaedah ni jugak kak yong..jadi saya pun ajar kat umah ikut kaedah ni spy tak keliru...cuma kat skolah cikgu ada guna alat bantuan mengajar (ABM) yg lain yg dpt menyokong kaedah ni...

tadika nurin tu mmg bg penekanan spy anak konpem membaca dlm masa setahun, tp parents pun kena involve sama..masa dlm proses mengeja & membaca tu setiap hari cikgu tulis mesej kena baca page berapa kat rumah...maksudnya matlamat utk pandai membaca dlm masa setahun tu takkan berjaya tanpa sokongan parents. jujurnya pada peringkat mula2 tu saya pun ikut stress sbb spend sejam tiap malam ngadap nurin sorang jer..tak leh wat benda lain dah...bila dia mula mengeja tu barulah rasa xcited & seronok nak ajar dia...hehe
My recent post Gaya Rambut Baru Along & Angah
1 reply · active 699 weeks ago
lain budak memang lain kemampuan dia kan, tapi yang penting kanak2 ni perlu di stimulate awal, anyway, bagusla perkongsian akak ni, thanks..
1 reply · active 699 weeks ago
Sidratul Muntaha's avatar

Sidratul Muntaha · 699 weeks ago

kak..
tak payan risau
adik kau yg amik spm thun ni
klu akak nak thu
sampia umur 9 thun baru pndai membaca..
tapi dia sgt bijak matematik
1 reply · active 699 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .