Tuesday, November 8, 2011

Home » , , , » Pengalaman pertama Aliya dan majlis korban

Pengalaman pertama Aliya dan majlis korban


Awas! Ini adalah n3 penuh gambar.. lebih dari 5 keping..


Salam bahagia..


Ni gambar-gambar sekitar korban di surau Muawanah, RPA 2, Ulu Kinta. Sebanyak 14 ekor lembu telah dikorbankan di majlis tersebut.





Kami pergi ke surau dengan ibu dan ayah.. sebelum pergi, kena lah 'peace' dulu...




Lembu ni sedang berehat menanti giliran.. ibu kata SUNAt diberi makan dan minum lembu yang belum disembelih.



Lembu hitam ni garang.. mulut dia asyik berbunyi jer... Aliya takut, Aliya dok jauh-jauh dari lembu



Ibu bawa Aliya, kakak dan abang, tengok lembu kena ikat..




Pastu, bila kami pusing belakang, tengok ade 1 lembu baru kena sembelih.. leher dia berdarah.. lembu tu sedang meronta-meronta.. mujur tak kena darah yang terpercik.. ibu kata : kesian kawan lembu tu, terpaksa tengok kawan dia mati meronta-ronta macam tu.. Ibu cakap, perbuatan ni makruh..




Aliya sudah CUAK.... macam-macam bunyi ada... bunyi lembu, bunyi orang takbir, bunyi orang asah pisau sembelih..


Aliya sudah takut.. Aliya takut lembu.. Aliya nak balik.. Aliya nak tengok kartun.. tak nak dok sini.. NAK BALIK...






Tengok pakcik-pakcik ni gantung kaki lembu yang sudah dilapah, lagi lah buat Aliya rasa nak jerit kuat-kuat..


anak siapa lah yang berbaju hijo tu.. tak takut langsung..


Abang Fikri dan kakak Anis tengok kawan-kawan ayah lapah lembu... Abang Fikri dan kakak Anis tak takut pun..




Nampak pulak kepala lembu nih... lagu kuat Aliya melalak... "baby nak balik.. baby nak balik"







Walaupun dah diumpan dengan aiskrim.. tapi Aliya tetap melalak tak hengat dunia dah... anak orang lain okay jer... huhuuu...



p/s

ni memang 1st time untuk Aliya.. tahun lepas kami tak pergi ke mana-mana majlis korban pun.. jadi kali ni, kami bawa lah anak-anak, sebagai pelajaran baru jugakkan.. banyak soalan anak-anak yang perlu dijawab : kenapa orang sembelih lembu?, korban tu apa? lepas sembelih orang buat apa? kepala lembu boleh makan ker? dan macam-macam lagi lah.. 
Fikri dan Anis, lepas balik dari tengok orang sembelih lembu.. terus tak mau makan daging lembu.. tiap kali nak makan, siap tanya ni daging apa? 'kakak tak nak lembu'
KIta sebagai ibu bapa kena lah cuba menjawab sebaiknya persoalan anak-anak kan... Fikri tanya, berapa hari raya korban. Ibu jawab 4 hari. Pastu dia tanya kenapa orang tak datang rumah kita pun.. heheh, susah jugak nak jawab kan sebab sambutan di belah sini tidak semeriah di sebelah pantai timur kan.. cuma saya beritahu Fikri, masa raya haji @ korban, takbir akan dilaungkan selama 4 hari.. tak macam hari raya Aidil Fitri.. takbir hanya untuk hari raya pertama.. 
susah utk anak 5 tahun nak faham kan.. tapi mereka berhak diberi kefahaman kan.. bukan sekadar menjawab "hari raya korban, memanglah orang sembelih lembu"
saya sudah mula terasa bahang diuji dengan pelbagai soalan oleh anak-anak (dalam segala hal).. jadi ibunya pun harus lah 'bersekolah' semula.. gali-gali semula ilmu-ilmu yang berkaitan.. 


salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (17)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
sian dia....takut tu...bawa bawala pujuk tak samapai hati pula nengoknye
My recent post wordless wednesday#2
nk gelak pun ada tgk muka alya yg menangis ketakutan..tapi bagus kak yong kita bawa anak2 melihat sendiri..Kata org pengalaman sedia ada ini akan tersimpan dalam memori.
Farouk dan Naurah gitu juga masa 1st time tengok..mereka xnk makan daging lembu..bila akak ceritakan kisah disebalik tuntutan korban ni mrk sgt2 berminat...

Tapi 2lh, kalau ikut Agama, Raya haji merupakan perayaan terbesar umat Islam ttp di Msia ni terbalik pula.......
My recent post Lipas Kudung.....
betul tu kak. kita kena bagi diorang faham kenapa ia berlaku. setakt tgk je tak beri ilmu pun. setiap apa yg kita lalui dgn anak2 adalah satu proses ilmu. especially bab berkaitan agama, memang kena explain. qurban tu apa. nape pilih lembu, tak pilih ayam or itik. nape dipanggil hari raya haji. nape ada 2 kali raya.
jenuh kak nak menjawab. moreover anak2 dara aida memang kak nam, mulut tak berhenti bercakap hi hi hi...
1 reply · active 700 weeks ago
lama nya tak nampak aida kat blog kakyong..
kakyong pun dah lama x jengah blog aida...

betui aida/... kakyong setuju sgt dgn aida..
bagus jika anak suka bertanya.. maknanya minda dia aktif..
Jangankan Anis, makcik Yati ni pun takut tengok lembu kena korban. Pernah tengok sekali je. Lain-lain tahun orang ajak, tak nak ikut dah, tak sampai hati tengok.
My recent post Le' cucur the ikan bilis
1 reply · active 700 weeks ago
Yati,
kalo kesian kat lembu.. kang susah pulak nak makan kan.. asyik teringat2 jer...
tranformed hw's avatar

tranformed hw · 700 weeks ago

mmg ada budak kecik yg takut bila tengok dekat lembu disembelih. sy tak berkesempatan nak bawak anak2 lg tengok lembu disembelih. yelah sblm ni 4 thn beraya di NZ. Thn ni pulak tak balik Kelantan masa raya haji.
1 reply · active 700 weeks ago
Nur,

betul Nur.. keberanian anak2 ni tak sama kan.. org tua pun ade jugak yg takut tgk lembu kena sembelih...

Insya Allah, anak2 Nur pun akan berkesempatan nanti... dpt beraya di Kelantan mesti best.. meriah kat sana..
Alya Ze plak ni kali kedua dia tengok org sembelih lembu... 1st time dulu dia tak tahu apa2 lagi sebab baru 5 6 bulan... Kali kedua, dia dah pandai cakap..,mulut bising duk sebut lembu... Excited tengok.. Ibunya yang tak berani tgk.. :)
My recent post SIPNOSIS TENTANG DHIA | SLOT AKASIA TV3
2 replies · active 700 weeks ago
Tak lama lagi Zie pun akan alami pengalaman macam K.yong bila Alya dah pandai tanya itu ini.. Memang kena study balik, tak boleh main hentam je jawab....
My recent post SIPNOSIS TENTANG DHIA | SLOT AKASIA TV3
Zie,

kecil lagi si alya masa 1st & 2nd time tu..
anak2 ni masa tgk lembu tu okay lagi.. tp part yg lembu dah kena sembelih & dok meronta2 sementara nak mati tu.. tu yg bikik trauma ..

zie,
tak leh amik ringan apa yg kita beritahu anak2.. kdg2 kita ni letih melayan pertanyaan anak.. tu yg jawab sesedap rasa.. tp bila pk balik.. ish, kesian plak bg info yg tak betui kan..
kak yong... mak/abah nani dok kg. kelubong matang raja, kat pantai remis.. abah asalnya kat situ, mak nani lak matang, taiping, perak.. so dua2 org taiping.. skrg ni kalau balik kg, mmg ikut jalan sabak bernam - telok intan - manjung tu, terus sampai ke pantai remis, dah jarang2 sangat ikut h.way..

pengalam aliya tengok lembu kena sembeleh, sampai nangis dia ye.. nani time kecik2 dulu je berani tengok, tapi skrg tak berani tengok langsung... eheheh.. jadi ibu mmg sama cam jadi cikgu kakyong.. :)

Psttt.. kak yong plak orang mane ni?
My recent post Serawa Durian & Sup Tulang (Daging qurban)
1 reply · active 700 weeks ago
Nani,

kg kelubong matang raja ni kat belah mana ehh.. area sebelum dr Pengkalan baru tu ke..

mak kakyong org Kg 40 Rantai.. area dekat dgn Sg batu & estet sogoomana..

aliya tu terkejut... lebih lagi bila tengok lembu tu meronta2 selepas kena sembelih tu..
trauma budak kecik tu...hihi
dulu masa umur 10 tahun aiman marah bila tengok org sembelih lembu masa raya haji.bila saya kata benda tu tak salah..malah dapat pahala sebab buat korban,lagi dia hangin...siap cakap..."tak yah la sembelih!...kesian lembu tu"
1 reply · active 700 weeks ago
kak ieda,

memang betui kak.. trauma jap si aliya..
dah sampai rumah.. elok jer dia melompat2.. cuma jgn sebut pasal lembu jer..
ololo sian Aliya takut ye, meh sini aunty hugs aliya XOXO

My recent post Tips posing untuk menyembunyikan lemak
1 reply · active 700 weeks ago
Tie..

memula tu okay jer.. dia lah yg terlebih2 xcited.. sekali nampak pakcik bawa kepala lembu.. huwaa.. dengor lagi bunyi lembu ...

sanggup balik ke rumah opah jalan kaki.. x nak tunggu ayah..

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .