Tuesday, March 30, 2010

GIVEAWAY TERATAK PUTERI

GIVEAWAY TERATAK PUTERI 

 



Ibu suka sangat dengan hadiah giveaway ni.. actually kat rumah ibu ade simpan beberapa koleksi piring bunga kangkong (yang bunga warna pink & hijau tu).. ibu akan  terlebih excited kalo le BerTUAH mendapat salah satu daripada 4 + 1 hadiah tu..

Kawan2.. nak cuba nasib, sila klik sini.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ber'cloth diaper' itu satu pilihan..

Salam ceria hari selasa buat semua,

Semalam ibu menjengah report analisis Google analytic.. sambil dok belek2 report visitors.. sambil compare dengan bulan2 sebelumnya, ibu perasan rupanya trafic memang menurun.. tu pasal lah ranking blog ni mencanak2 NAIK...

mungkin antara sebabnya : ibu sendiri yang sudah lama @ jarang blog walking ke blog kawan2.. itu pasal lah orang pun jarang datang blog ibu.. http://www.emocutez.com

Apa kes la pepagi ni nak membebel pasal visitor & ranking ni.. actually ibu dah tak berapa nak amik port bab ranking ni, as long masih ada kawan-kawan yang sudi berinteraksi (bagi komen & tinggalkan pesan di kotak sembang) kat blog ibu ni.. dah cukup untuk ibu.







Cloth diaper @ kain lampin modern.. sejak ibu mula berjinak-jinak men'cloth diaper' kan anak-anak, memang banyak ler soklan2 & pertanyaan2 juga statement yang ibu terima. antaranya :
  • bagus ke guna lampin ni, anak tak ruam ke ?
  • senang ke nak membasuh @ menguruskan nya, camana kalo anak 'poo poo' ?
  • mahal lah nak beli.. suami tak bagi.. takde budget
  • susah lah kalo nak berjalan jauh
  • tak sempat lah, saya ni kerja.. lain lah kalo suri rumah
dan pada yang baru nak kenal cloth diaper, ramai yang bertanya.. :
  • macamana cloth diaper ni 'berfungsi", 
  • apa kah brand yang patut guna
  • apa yang sesuai, jenis button @ velcro
  • boleh ke campur2 guna antara cloth diaper (CD) dan disposable diaper (DD)
  • adakah sesuai dipakaikan dari newborn @ pada usia yang lebih tua eg 1 tahun

Ibu ni bukan lah 'hard core' @ tegar @ fanatik sangat dalam penggunaan cloth diaper ni. Walaupun anak2 ibu sekarang ini sudah pun ber'CD' sepenuhnya.. dan memang tiada lagi stock DD di rumah, tapi tidak pernah terlintas di hati untuk mengasak @ memaksa orang lain ber'CD', apatah lagi nak merasa riak kerana sudah menyahut cabaran untuk menjadi 'natural parenting' dan menyokong usaha untuk menghijaukan bumi.

Ber'CD' ni pada ibu adalah satu optional, bukan wajib. Sebab ibu juga mengambil masa agak lama untuk ber'CD', mainly atas sebab kemampuan kewangan. Pelaburan awal untuk ber'CD' ni juga bukan lah MURAH. Tapi bila sudah terjebak dengan CD ni, semakin jatuh cinta jadinya. http://www.emocutez.com


Jadi, pada yang baru2 nak menjebakkan diri dengan cloth diaper ni, sila buat kajian @ study @ research terlebih dulu ya.Bukan apa, ada baiknya cari ILMU tu dulu, supaya nanti tidak lah kita berada dalam kumpulan yang 'suka2 nak ikut2 orang, hanya kerana orang lain berCD, maka kita pun sibuk nak ber'CD'.

why ibu cakap macam ni.. sebabnya bila takde ilmu mula lah merungut - " CD berbau lah, susah nak basuh lah, anak ruam lah, CD bocor lah dan macam2 lagi lah " , in which at last, putus asa nak ber'CD.. dan akhirnya CD tu jadi 'gajah putih' jer.. sayang kan pelaburan beratus ringgit , yer lah kalo beli 10 pcs, harganya pun dah mencecah  +-RM300.

Dalam apa juga situasi, nak memulakan langkah untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru bukan lah satu yang mudah. Namun ade pepatah melayu mengatakan : 'Alah bisa, tegal biasa'. Maksudnya bila dah betul2 tahu & ada ilmu dengan apa yang kita nak buat, Insya Allah, tak ada sebab lagi kita nak berfikir 'TIDAK BOLEH'.

Jika anda rasa, anda baru bersalin, anak pertama pulak tu, dan harus pula berpantang sendiri dan suami pulak seorang yang sangat kuat kerja (orang besar di pejabat, jadi tak boleh nak bercuti lama & menjaga anda untuk 1-2 minggu pertama). Jadi dalam keadaan ini, anda ada pilihan, nak mula belajar ber'CD' & bersulam-seli dengan DD atau bergantung sepenuhnya kepada DD. Keputusan adalah ditangan anda & suami. Sokongan suami juga sangat penting dalam menjayakan usaha untuk ber'CD' ni. Dan menCUBA adalah lebih baik daripada tidak membuat apa-apa.

So, tak ada salah @ betul, jika ada yang kata dia hanya part-time meng'CD' kan anaknya, Almaklum lah, pengasuhnya pun keberatan untuk menguruskan CD, suami pulak sibuk takdak masa nak tolong cuci CD. Jadi hanya mampu nak men'CD' kan anak di hujung minggu @ pada masa dia cuti sahaja.. tak de salahnya, nak part time ke full time ni, as long si ibu merasa selesa dan gembira. Kalo weekdays adalah hari2 yang hectic, tensi dengan macam2 hal.. kang balik rumah tengok plak koleksi CD tak berbasuh yang sudah melimpah ruah.. en suami pula tidak mahu membantu...tensi lagi.. selalu tensi pun tak bagus kan.
http://www.emocutez.com







Bagus kah ber'CD'?
If you know the rule, Insya Allah ber'CD takkan menjadi masalah besar.. namun tidak disangkal sama sekali, ber'CD tetap ada pro & con.. jadi kita anda positif & berusaha untuk belajar & memahirkan diri tentang CD, then you are on the right track untuk ber'CD. Jika anda belum bersedia untuk ber'CD' tidak ada salahnya.


Fuhhh... http://www.emocutez.com pasti ada yang bengkek ni baca apa yang ibu tulis ni... ibu ni seolah2 tak menggalakkan ibu2 ber'CD' plak... please dont get me wrong.. kita boleh ajak kawan2 ibu ber'CD tapi tak boleh paksa ok.

Insya Allah, nanti ibu cerita kan pengalaman ibu yang tidak seberapa ni meng'CD kan Anis & Aliya.


p/s :
terpk nak buat contest @ giveaway tentang cabaran berCD.. cuma susah lah pulak nak menilai nyer... ade ke yang sudi nak jadi juri... sponsor ker... http://www.emocutez.com






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, March 28, 2010

Magic Photo editor

Salam buat semua,

Hari ni just nak share dengan semua pasal software untuk foto editing yang baru jer sebulan ni ibu explore. Boleh jengah di sini http://www.picget.net/

Kalo suka u all boleh download... Insya Allah, pasni kerja2 menyunting foto akan menjadi lebih menarik.. lebih2 lagi kalo nak buat banner, header, atau apa2 ajer lah... memang mudah, sungguh tertarik debom.... heee..


Ini adalah antara hasil dari menggunankan magic photo editor.. actually ibu guna photoscape & magic photo untuk hasilkan banner ni..





yang ini, asasnya edit di magic photo.. text & crop di photoscape..




Cubalah... lepas ni xtvt edit-mengedit foto akan lebih deboommm... http://www.emocutez.com




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, March 27, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway"

Salam buat semua,

Ibu jumpa giveaway ni kat blog Nadnye... suka.. suka.. sebab hanya perlu upload foto babywearing... tak perlu cerita apa pun..









foto ni diambil semasa Aliya berusia 4 bulan.. montel Aliya masa tu..now Aliya Nadhirah sudah 1 tahun 8 bulan.



Nak join.. klik jer banner.. due on 31st March 2010














kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, March 26, 2010

masih dalam 'pembinaan'

Salam buat semua,


Jika ada yang hadapi masalah untuk masuk ke blog ini pada hari ni 26 mar 2010, harap diampun.. sebab ada banyak custmization yang belum complete.

Baru jer semalam announce nak buat make-over.. ingatkan nak tunggu hujung minggu nih.. tapi sebab semangat tengah berKOBAR-KOBAr ni.. maka kerja2 lain ditangguhkan dahulu... dok ngadap kod html template jer... ada banyak nak kena buat ni...

  • nak tukor header baru (kena buat baru lerr..).. so header lama tu sementara jer untuk beberapa hari ni.
  • nak masukkan semula link kawan2.. *kwn2 yg rajin komen jer ibu masukkan sini, yg lain ibu simpan di kakyong's bloggerlist
  • nak check semula cara nak buat "READ MORE"...atau kena explore cara nak guna function 'insert jump-break' semasa nak buat n3
  • nak check balik cara nak masukkan favicon.. 
  • nak check semula untuk masukkan kod nuffnang utk 'ads between n3'.. jenuh dok cari tadi, tak jumpa lah pulak..
  • dan banyak lagi yang tidak terfikir lagi saat ini ... definitely MAKEOVER ni belum final lagi.. ;)

Hopefully blog ini sudah menjadi semakin RINGAN & mudah untuk di'LOADING'.. kalo ade sesapa yang masih bermasalah.. harap beritahu lah yer...








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, March 25, 2010

nak makeover blog Catatan Ibu

Salam ceria buat semua,

Ibu ni kan dah lama merancang nak tukor template blog ni.. dengan harapan bila dah tukor, bertambah "RINGAN" & mudah le kawan2 ibu nak masuk @ loading blog nih.


Ada la ibu jengah ke btemplate.com . Amik masa juga nak cari templates yang menepati citarasa ibu.

Ibu ade lah juga berkira2 @ berura2 nak TUTUP jer blog blogspot ni & maintain terus blog di wordpress. Tapi tu lah, bila mengenangkan di blogspot ni ibu leh dapat jana income dari Nuffnang.. *walaupun sedikit tapi tak lama lagi leh la ibu nak cash out.. tinggal bbrp ringgit jer lagi nak cukup RM100 * harus juga ibu berfikir berkali-kali.. sayang bangat sama ini blog..



Ni ibu dah try test a few templates.. kalian agak yang mana sesuai..? ;)


~greenleaf ~


~snails~


~whiteevident~


Ibu suka kalo blog ni nampak LUAS.. defintely warna putih combine with blue & a bit greeny..

or you all ade suggestion lain.... ? *tolong le jgn beri jawapan 'TAK KESAH'.. ;)*

definitely ibu akan customize template yang dicadangkan.. cuma sekarang ni nak mencari rangka tu lah... kalo ade yang sudi, meh la tolong share idea..









kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, March 23, 2010

Air dicincang & Mr cendol

Salam buat semua,

Ibu ni sebenarnya angin ber'Blog' masih lagi suam-suam kuku, tapi ibu gagahkan juga menulis.. kan apa, beberapa hari ni ibu dok menadah telinga mendengar alkesah keluhan sahabat yang dibuang keluarga gara-gara difitnah adik-beradik. Adik men'cucuk' mak ayah hingga tergamak mak ayah menghalau si kakak dari rumah. Gitu juga cerita sorang sepupu ibu ni yang dituduh adik-beradik konon2nya si dia mengamal @ menuntut ilmu hitam.. sudahnya, dibuang adik-beradik... walhal nawaitu nya hanya nak membantu mengubat omak nyer yang sakit.

Tak perlah, dalam kes sepupu ibu tu.. jawab ibu senang jer.. 'kalo raya ni, tak de rumah nak tuju, datang lah rumah kakyong.. sentiasa terbuka luas untuk sedara mara. Kakyong ni tak le kaya apatah lagi mewah, tapi takat nak menjamu adik-beradik makan minum 2-3 hari tak de hal nyer.. lagipun seronok berkumpul ramai2.. '





~gambar tiada kena mengena dengan tajuk... musim panas ni memang sedap pekena cendol ~



Dalam kes sahabat ibu tu, hanya SOT-BA-RO sahaja yang mampu ibu ucapkan. Siapalah yang tidak sedih bila dihalau oleh mak ayah. bertambah sedih bila segala barang2 kain baju dicampak di laman rumah.. kalo dia sorang tak perlah.. ni kain baju anak & suami nyer sekali. Ibu pun pernah merasainya masa ibu masih bujang dulu. Alah, tu hal dulu, dah lama lepas. Cuma pada sahabat ibu tu, ibu yakin ini semua berpunca dari perasaan irihati. Sahabat ibu ni kuat kerja orangnya, Alhamdulillah rezekinya memang melimpah ruah. DOk dengan mak ayahnya pun sebab mak ayah yang ajak dok sekali, walhal sejak balik ke Perak depa dah beli rumah pun. Mujur lah lepas kena halau ade rumah nak berteduh..

Ibu yakin suatu hari nanti, mak ayah sahabat ibu tu akan nampak kebenarannya. Allah tidak menduga kita hanya untuk sia-sia.., ada hikmah yang terlindung di sebalik nya. Banyak2 kan bersabar, usahlah asyik dipikirkan yang 'diri tu anak terbuang'.. anggap ajerlah pakcik & makcik khilaf dalam percakapan & tingkah.. mungkin sangat2 tajam TUSUKAN fitnah sampai begitu sekali makcik & pakcik bertindak.


Bahaya sungguh tusukan fitnah adik-beradik ni, lebih lagi jika mak ayah hanya dengar sebelah pihak sahaja & langsung tidak mahu mendengar penjelasan anak yang difitnah. Itu lah yang jadi pada ibu pada hari ibu nak nikah dulu. Ayahnda sampai telefon tok kadhi bagitau tak jadi nak nikahkan ibu, gara2 ayahnda diberitahu, enal (en ayah) amik/guna duit hantaran.. walhal ayahnda tak tau, duit tu ibu bayar balik sebab masa buat renovation rumah (rumah yang kami dok sekarang ni lah) guna duit en ayah. Tersangat2 sedih bila ayahnda langsung tak mau dengar penjelasan ibu. :( Alhamdulillah, at last kami nikah juga. ;)



~ anak2 ibu bertiga ni.. ibu sentiasa doakan agar anak2 ibu sentiasa bersatu hati & saling bantu membantu ibarat aur dengan tebing~




Actually pergaduhan adik-beradik ni bukan perkara luar biasa. Kami yang 10 orang ni pun tak terlepas, gaduh 2-3 bulan lama2 berbaik juga.. adik2 marah kan kakyong.. 3-4 bulan datang juga jenguk kakyong.. masa baru bergaduh, memang lah tak nak bertegur sapa, masing2 tengah HOt.. masing2 nak tegakkan yang dia betul.. bila dah sejuk hati, baru boleh berfikir elok2.. kakyong sekarang ni ambil pendekatan mudah jer, malas sangat nak fikir2 tentang hal yang boleh buat jiwa kaco. So kalo ade adik2 yang marah & tak suka dengan teguran @ cara kakyong.. tak per.. bawalah jalan hidup masing2.. lagi pun masing2 dah besor panjang.. akal pun dah berjengkal2.. cuma doa kakyong usahler sampai kami dengki-mendengki.. jangan sampai ada yang nak men'jatuh'kan kehidupan adik-beradik @melaga2kan adik-beradik.. tiada untung nya.


Berkenaan alkesah sepupu ibu tu, ibu pun fenin bila dengor cerita macam2.. rimo belang putih ber'cakor' dengan rimo belang kuning lah, saka rimo mencari waris... bila dah masuk bab rimo ni memang ibu malas nak fikir lelebih. Semoga Allah ta'ala jauhkan keluarga kami dari segala perbuatan syirik.

owhh, apa ke alkesah masuk citer rimo ni... jom layan cendol ...


~ ibu ke Manjung sbb g ziarah makngah di Hospital Manjung, on the way balik singgah pam minyak.. sudahnya melepak kat situ pekena cendol. Cendolnya sedap, lemak berkrim tapi sikit sangat tak padan dengan harga nya.



~ ada mee rendang (tak sedap.. rendang pedas bebenor, baik buat sendiri.. celur mee & masak rendang sedap..), laksa - boleh lah , 6/10 byk benor petis, ibu tak suka petis , rojak - byk timun & sengkuang.. kuahnya teramat pedas.. cili apa kooo... hmm rojak mamak gerai DBI depan Greentown mall tu lagi kaww.



~ Aliya posing depan Mr Cendol






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, March 21, 2010

Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah

kakyong's shoppe 1st Giveaway



Meh la semua kawan2 ibu & sesiapa jua yang singgah sini @ yang ternampak n3 ni.. join Kakyong's shoppe 1st Giveaway@Cabutan Bertuah. Klik pada banner utk maklumat lanjut.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Menampal award tahun 2009

Selamat hari minggu utk semua,


Ibu sudah melangsaikan hutang award2 yang diterima pada tahun 2009.

sila klik n3 yang dibawah ya....




http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2010/03/xtvt-menepek-award-tahun-2009-part-ii.html


Jadi dengan ini diumumkan ibu sudah bersedia untuk menerima award untuk tahun 2010. ;)



p/s

1. ada 14 hutang TAG yang belum dilangsaikan... nanti ade masa akan dibuat pelan2...

2. award BF dari shira akan ditepek sekali dengan pengkesahan perjalanan BF ibu & Aliya...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, March 20, 2010

keMALASan tahap gaban

Salam & selamat berhujung minggu buat semua kawan2 ibu,

Minggu ini ibu SANGAT malas nak berblog - nak menulis pun malas & nak blogwalking pun tak ade mood. Jadi ibu mohon ampun maaf jika blog ini SUNYI & SEPI untuk seketika.

Maaf juga kerana ibu belum juga dapat menampal poin2 Giveaway Catatan Ibu untuk bulan Februari. Ibu sudah kira separuh jalan, kemudian bila en ayah balik dari niaga, ibu pun beralih ke dapur.. lupa nak savekan.. tau2 aje bila fikri guna laptop, dia pandai2 jer tutup semua dokumen ibu... :(( huwaaaaa.... ibu hangin gak jap.. pastu terus tak bagi dia guna kalo ibu tak izinkan.


Jadi, ibu kena buat semula untuk kira poin2 tu.. kena tunggu mood mari. Ari ni ibu fokus masukkan data entry kerja akaun, sambil2 jengah FB.

Selamat berhujung minggu.. pada yang ke Pesta Buku KL... nak pesan beli buku... ade ke yg nak tolong... pm kakyong di FB ya..!!


p/s :
nanti kan kemunculan kakyong's shoppe giveaway.. bermula 22 march 2010 ni... hari senin ni daaa..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, March 19, 2010

DJ Epoi & Casa Epoian



Inginkan rumah anda di renovasi @ di upgrade sila klik banner di atas.. ;)










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, March 16, 2010

ANis dah diaperless in daytime

Salam buat semua kawan2 ibu,

Apa khabar semua.. buat ibu2 yang anak2 sedang bercuti sekolah ni, camner yer jadual @ program anak2.. antor balik kampung ke.. ke ibuayah nyer yang tumpang cuti sekali bawa anak bercuti. Apa2 pun kakyong harap semua nya bahagia selalu disamping anak-anak dan keluarga.






~basikal ni en ayah beli dari kawan nyer.. RM20 jer.. pastu repair tayar, 'mudguard' spend hampir rm30.. so altogether rm50. Not bad lah kan.. kalo nak beli baru pun RM100++ ~




Dah lama tak blog tentang Anis. Anis la ni dah pun 2 tahun 7 bulan., berat Anis dah 15 kg.. tp tak tau lah kot naik lagi.. tu timbang masa bulan Feb lepas. hari khamis lepas Anis dah tak mau pakai CD (cloth diaper) di siang hari. Anis dah tak rebut2 Cd dengan Aliya dah. :D

Anis cakap " kakak tak mo lampin. kakak pakai war (seluar) jer. kakak pandai. kakak da besor. " hmmmm, dah pandai plak dia puji diri dia sendiri.

Alhamdulillah, setelah 6 hari diapersless... ade lah 2,3 kali Anis kebocoran.. itu pun masa kat laman. seronok sangat main sampai kebocoran. kalo dok dalam rumah tu, memang Anis akan sendiri ke toilet, nak poo-poo or nak wee-wee.

Ibu tak sure camner ibu2 lain toilet-training kan anak2 kalian. Cara ibu memang slow sket.. tak ikut pun 'protokol' supaya check dengan anak setiap 15 minit. Cuma Ibu dah mulakan train ANIS sejak awal Januari lagi.. lama gak kan.. 2 bulan. Itu pun ibu takde lah tanya setiap jam.. kadang2 bila ibu teringat, ibu akan tanya. "kakak nak kencing ke, kalo nak kencing jom g toilet" "kakak kencing dalam lampin ker..." "kakak nak berak ker.."

semasa bulan pertama, Anis kurang beri respond positif.. dia selalu cakap "kakak kecik. kakak nak biyak (berak) pepes (CD lah tu)" Bila ajak g wee-wee kat toilet pun tak mau. Dia asyik cakap dia kecik. dia nak pepes jer.. huhuuuu...

Ibu target at least anis reach 2 tahun 6 bulan, anis dah boleh g toilet sendiri. Meaning dah boleh kawal rasa nak buang air besar & air kecil & ada kemahuan nak ke toilet & tidak lagi buat 'urusan' dalam CD.

Bila dah masuk Mar, ibu masih train cam biasa, on & off.. tapi takde lah push dia. Dalam kepala ibu dah set, kalo anis tak berjaya di toilet training pada umur 2 tahun 6 bulan.. at least biarlah sebelum umur 3 tahun.

Alhamdulillah, at last Anis volunteer sendiri untuk tidak ber'CD di siang hari. Malam waktu nak tidur ajer Anis ber'CD.. tapi ade juga waktunya dia minta nak ber'CD, terutama petang hari.. *dah letih dok berulang ke toilet kot* tapi ibu pulak yang cakap kat Anis... "kakak dah besar la.. dah pandai g toilet.. tak yah lampin lah"


2,3 hari ni Anis takde lagi minta nak pakai CD di siang hari.





~ni aksi Anis ber'CD (coolababy button) pada bulan Feb 2010 ~







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, March 12, 2010

CD Coolababy - stock clearance

Salam buat semua,

Selingan dari kakyong's shoppe.

Jualan penghabisan stok.


CD Coolababy - AIO (all-in-one)



available - 4 pcs (purple/green/pink/white)




price offered :
RM 28 for 1 Cd pant + 2 insert
RM110 for 4 CD pant + 8 insert (FOC delivery)

normal price: 
RM31 for 1 CD pant + 2 insert (market price RM33-38)
RM120 for 4 pcs (4 CD pant + 8 insert) package without postage.





CD Coolababy - velcro



available -7 pcs (purple/green/viola@light purple(2)/orange/blue/jasmine green)



priced offered :
RM29 for 1 CD pant + 2 insert
RM57 for 2 CD pant + 4 insert (FOC delivery)
RM113 for 4 CD pant + 8 insert (FOC delivery)
RM192 for all 7 CDs (FOC delivery) - amik semua... ;)


normal price :
RM32 for 1 Cd pant + 2 insert  (market price RM35 - 38)
RM124 for 4 pcs (4 Cd pant + 8 insert) package without postage



First come 1st serve. Nak booking dulu, amik kemudian pun boleh, asal letak deposit RM30. Kakyong akan simpan sehingga bayaran penuh diterima.

contact : kakyong72@gmail.com

payment : MBB 158220549419






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, March 11, 2010

Top 5 Contest Seiras wajah musim kedua utk Feb 2010




Anis & ayah berjaya masuk dalam senarai TOP 5. heheeee... :D senyum lebor ibu.. setelah sekian lama tak join contest, ade lah juga buat hati ibu kembang...

Pasni akan ade TOP 5 utk bulan March & April pulak.. then lastly semua TOP 5 akan bersaing.. untuk TOP TOP 5 yang finale....( ehh, betui ke yer... ibu ni pun tak berapa pasti penjurian Contest Seiras Wajah ni..)

So, mana yang terlepas peluang join bulan Feb, masih boleh join untuk bulan Mar & April.. apa lagi, cepat-cepat cari foto ibu + anak @ ayah + anak...





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, March 10, 2010

Promosi cloth diaper & cross-stitch bookmark

Salam ceria buat semua,


Sempena hari jadi fikri yang ke-4 pada 27 Feb ni.. maka dengan besar hatinya ibu nak buat promosi jualan (untuk pertama kalinya :D). Insya Allah, promosi ini akan berlangsung dari 10 Februari 2010 hingga 10 Mar 2010.



Mana2 belian cloth diaper (min 2 pcs), boleh dapat 1 cross-stitch bookmark pada harga RM5 (termasuk stitching ur own name @ apa2 wording yang kalian suka up to 30 huruf)

Harga promosi untuk cloth diaper adalah RM27/pc (1 CD pant + 2 insert). harga ini tidak termasuk kos pos.

Harga ini applicable untuk semua CD yang ibu jual, Coolababy (velcro, button & AIO) & babyland printed. Boleh campur-campur ye. :D





"warna cloth diaper untuk rujukan pembeli"warna untuk rujukan
picture credit to QQ baby



untuk check stok/warna CD yang ada.


Anda boleh buat tempahan untuk warna CD yang berkenan, cuma perlu bayar RM30 untuk deposit tempahan.


Ibu juga menawarkan skim bayaran ansuran sebanyak 4 kali (boleh dilangsaikan dalam tempoh 6 - 8 minggu) untuk belian lebih daripada RM150. Barang akan dihantar sebaik menerima bayaran ke 3. Skim ini hanya valid untuk tempahan yang dibuat dalam tempoh promosi ini sahaja yer.. :)




Sila klik sini untuk rujukan lanjut cloth diaper yang ibu jual --> cloth diaper kedai ibu




Untuk penghantaran : boleh pilih samada pos biasa (Pos Malaysia) @ Pos laju.

Pembayaran boleh di buat melalui a/c Maybank 158220 549419, Habibah Yahya


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email jer, kakyong72@gmail.com

Bagi tempahan CD : sila nyatakan jenis CD, warna & kuantiti.

dan pilihan untuk cross-stitch bookmark, boleh pilih mana2 paten yang ada di kakyongshoppe. http://kakyongshoppe.wordpress.com/category/cross-stitch-bookmark/




& Sila war-warkan pada kawan2 yer. Terima kasih.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, March 9, 2010

Pentingkah blogwalking

Salam ceria buat semua,

Semasa baru mula belajar untuk aktif berblog (pada awal tahun 2009), ibu langsung tak tahu pasal blogwalking ni.. hatta masa tu berblog pun sekadar syok2 sendiri jer. Selain daripada blog Pija yang rajin ibu singgah, baca, belek dan cari2 artikel untuk panduan, ibu start belajar blogwalking selepas ter'landed' di blog kak luna. Dari blog luna le ibu belajor apa kah itu ertinya 'bloglist'. maklum le kan, kalo dah namanyer menulis blog atas dasar syok2 sendiri, mana le nak ade 'bloglist'.






Then, slowly lah ibu belajor.. memula kenal aktiviti blogwalking ni, takde lah hari2 ibu blogwalking.. mainly ibu 'jalan2' ala2 touch n go jer.. pastu ibu mula study kenapa orang letak 'cbox' @ 'shoutbox' di blog.. pastu ibu study, apa yang orang selalu tulis kat shoutbox... heheheee... tu la, 1,2 bulan kerja ibu dok 'perati' jer.. masa tu ranking blog 2x,xxx,xxx.

lepas tu, ibu belajor plak pasal 'follower'.. then baru le letak widget follower kat blog Catatan Ibu. Among follower yang awal adalah kakluna, ummusyahid, kak wani, mommy lyna.. just to name a few.


Dari mommy lyna, ibu kenal & explore MBP @ mombloggersplanet.

Selepas kenal MBP, aktiviti blogwalking terus menjadi aktiviti 'wajib-harian'... mula lah rasa seronok berkongsi & beramah-mesra di kotak komen. Kawan2 blog pun semakin ramai, dunia blogging ibu pun jadi semakin meriah. Tau tak, dalam tempoh 3 bulan ranking blog ibu dah dlm lingkungan 10,xxx,xxx... dan pada penghujung Sept 2009, sebelum laptop ibu kaput & ibu tak beronline utk 3 bulan, ranking blog adalah 6xx,xxx. Memang sonok lah rasanya masa tu, ranking pun dah okay, kawan blog pun ramai....

Apa ke hal nya ibu membebel pasal 'pentingkah blogwalking'... ????!!

Ibu kan sejak kembali berblog selepas 3 bulan ber'hiatus', ibu memang telah kurang ber'blogwalking'.. juga sangat2 kurang meninggalkan komen2 di blog kawan2.. kalo ibu singgah pun, ade le 3,4 n3 yang ibu baca.. kalo n3 pendek2 tu, leh la ibu baca sampai 5-6, tapi kalo panjang2 tu.. ibu pun baca ala2-skip gitu... :)) dan secara pukul rata nya --> ibu la ni dah jadi silent reader jer... ;)  maaf ya kawan-kawan... ibu sebenornya rasa sedih gak.. kadang2 terasa gak sunyi..

Btw, ibu observe juga blog2 yang ranking masih dalam lingkungan 10-2x juta biarpun pemilik blog sudah agak lama berblog.. setengah orang tak kesah @ tak amik port pun pasal ranking, tapi ade juga yang usaha macam2 untuk tingkatkan ranking.

Nasihat ibu:
  • bila menulis di blog, jadi lah diri sendiri. -->tulislah dari buah fikir sendiri.. orang kadang2 malas nak baca n3 yang diceduk & panjang lebor pulak tu. kalo nak ceduk artikel,just buat rujukan link jer.. pastu buatlah ulasan & pendapat sendiri
  • tulis lah dengan bahasa santai.. dengan gaya & nada bahasa yang seronok orang baca.. kalo boleh kurangkan guna perkataan2 shortform sms. 
  • layout blog tak kurang juga penting nya.. so amik lah masa untuk belajor2 pasal nak 'menyolek' blog.. yang penting ia masih menggambarkan diri empunya blog..
  • kalo ade kawan2 yang tinggalkan komen di blog tu, rajin2 lah menjawab.. kalo tak berjawab, nanti orang ingat kita sombong plak  *Ibu sekarang ni pun ade komen2 yang ibu terlepas pandang*
  • pastu, bila ada orang follow blog you, so secara mutualnya.. rajinlah ber'blogwalking', kenal-kenal dengan lebih lanjut, kenal serba sedikit 'perwatakan' kawan kita tu, tahu latarbelakang.. yang basic2 ler.. pastu rajin2 amik tahu perkembangan... itu lah gunanya blogwalking.... *ini lah yang ibu dah tak dapat nak buat sekerap dulu, terasa semakin jauh pulak dgn kawan2 ibu...:( *

lastly, *terpaksa nak stop sebab aliya sudah ngamuk2* ibu nak ucapkan terima kasih pada kawan2 ibu yang masih rajin singgah blog ibu, walaupun tak tinggalkan komen, tapi ibu tahu kehadiran kalian *Mr Google Analytic kan ade*  Ibu jer yang rasa terkilan sebab ibu tak leh nak blogwalking cam dulu... 


nak tahu kenapa.... sebab FIKRI yang selalu conquer laptop ibu ni... habis jengah ikan di FB, dia akan masuk starfall.com (dah reti cari sendiri... x tanya ibu dah pun). Pastu dia akan ngadap video Upin Ipin, since xde masa nak upload, so ibu dah kumpulkan sikit2 kat Fikri video's collection. Fikri hanya akan berhenti kalo dia bosan, 2-3 jam depan laptop pun dia tak reti nak stop.. kadang2 sampai kena marah dengan ayahnya... "Ibu plak nak WORK"... la ni dok addict dengan games pendidikan pulak... nak tahu pasal games pendidikan, you all boleh klik banner kat header tu. btw, Ibu citer len kali lah lebih lanjut pasal fikri & aktiviti dia sekarang ni... susah juga bila kecik2 dah celik IT. 








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, March 8, 2010

Anda kenal dengan --> haslyndahassan@yahoo.com

Salam buat semua,


Ibu cuma nak minta tolong kawan2 ibu, kot2 lah kenal dengan pemilik email ni.. haslyndahassan@yahoo.com

actually ibu dah google tapi macam ade something wrong dengan email ini --> takde matching,.. pelik kan.

actually empunya email ini telah membuat pesanan di kakyong's shoppe. So dah berhari2 ibu antar email untuk confirmkan order tapi takde respond pun.







So, jika sehingga hujung minggu ini ibu tidak mendapat respond, maka ibu akan batalkan pesanan tersebut.



Lastly, ibu cuma nak pesan pada diri ibu & pada sesiapa jua yang membaca email ni. Sekiranya anda membuat pesanan belian online, sila lah Bertanggungjawab. Sila lah buat follow-up melalui alamat email pemilik kedai online.


tanpa banyak bicara, mulai malam ini ibu akan tepek logo ini di kakyong's shoppe.



Your Shopping Kaki



p/s :

ada item baru di kakyong's shoppe, sila lah jengah sini --> http://kakyongshoppe.wordpress.com/2010/03/07/bracelet-kristal-mutiara/




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .