Thursday, September 30, 2010

Surat amaran/saman dari NUffnang

Salam ceria dan bahagia




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Rentetan daripada Pesanan no2 entri semalam. Ni ibu tunjukkan contoh surat amaran yang bakal diterima sekiranya ade blogger yang masih berdegil dan masih suka dengan aktiviti klik-klik fraud ni..

Surat ni bukan ibu yang punya.. tapi kalo ibu dapat surat ni.. mau menangis gak la... sebab earning dah banyak tetiba tak leh cash-out... huwwaaa... naya jer...  dah memang dah ade kes benar blogger yang ditarikbalik keistimewaan dari nuffnang & terima surat 'cinta' macam ni dari Nuffnang.


kalo tak leh baca dengan jelas.. sila klik untuk dapat baca dengan jelas..
So, jangan klik-klik fraud okay..

maksud klik-klik fraud ni (ikut fahaman ibu yang simple ni) :
  1. klik2 iklan di blog sendiri setiap hari dengan kerap
  2. klik iklan di blog orang lain & tinggalkan mesej minta/request di klik2
bukan tak boleh klik, tapi klik la iklan yang anda betul2 nak tahu & berminat.. dan belek details hingga ke akhirnya.. bukan klik2, pastu anda tinggalkan.. silap2 haribulan, tuan blog yang iklannya di klik plak kena banned dengan Nuffnang. Jadi, kerana tidak kecerdikan sesetengah blogger main klik fraud ni, jadi teraniaya plak blogger lain.. kita ingat kita tolong dia, walhal kita dah niaya dia... kan tak bagus macam tu kan.. sangat2 tak harmoni kan dalam perhubungan sesama blogger.

Jadi, jom sesama kita elakkan daripada terima surat saman dari Nuffnang yer.. 

Pada yang tidak berminat dengan pendapatan dari Nuffnang, tak per.. no harm. Namun, alang2 berblog dan sudah ade ruang untuk menjana pasif income.. apa salahnya kan.. lagipun dengan Nuffnang ni banyak yang boleh kita explore.. 

Ibu suka baca pasal Nuff di blog GTO, dengki (dengki yang +ve yer..) ibu dengan dia.. sebab macam2 aktiviti dia involve dengan NUff... ibu sebut GTO sebab ibu suka cara penyampaian dia. Tapi ibu selalu jadi silent reader jer. Ibu pun teringin juga nak aktif2 dengan aktiviti Nuff (eg contest etc..) tapi selalu nya ibu terlepas pandang.. dan sibuk dengan hal lain.

btw, dalam ruang ni ibu nak ucapkan terima kasih pada kawan2 Nuffnanger yang membaca blog ibu... walaupun ade yang tak pernah tinggalkan komen.. tapi dah alang-alang dah singgah, sila lah sudi2 beramah-mesra yer... ;)

dulu, sikit jer.. la ni dah bertambah sket.. sikit jer..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Bukan ibu tak ajar makan tangan kanan tapi depa selesa dengan tangan kiri

Salam ceria dan salam bahagia,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Anis dan Fikri sejak dari baby lagi memang lebih selesa memegang objek atau apa jua barang mainan @ mencapai segala yang ingin di pegang dengan tangan kiri. Kalo ibu sua barang pun, tindakan refleknya adalah --- depa akan datang ke arah ibu dan sua tangan kiri untuk ambil... 


Hakikatnya, kami (ibu & en ayah) bukan le kidal.. dua-dua kami memang pro tangan kanan. Btw, ibu rasa satu tanggungjawab juga untuk membiasakan mereka melakukan beberapa perkara menggunakan tangan kanan.. contohnya sewaktu makan. 






Setiap kali makan.. selepas baca doa.. ibu harus @ mesti cakap...

"kakak, makan tangan kanan"
anis pulak dia suka jawab... " yang ini ke.. ini ke ibu.. " sambil angkat tangan kanan.. tapi time tu tangan kiri dan berlemus dengan nasi bagai.
kadang2 tu dah tengah2 makan.. tetiba Anis tanya.. "ibu.. ini kanan ke bu.. ini ke tangan kiri" sambil angkat tangan yang salah... huhuu..

Anis ni kadang2 bila sambil main guling2, ibu tanya ' mana tangan kanan kakak' betul pulak dia angkat.. tapi bila nak makan jer dia selalu jadi keliru. Kadang2 ibu plak rasa yang ibu kurang mengajar, sepatutnya dalam usia 3 tahun Anis dah patut ingat mana satu kiri dan kanan sebab dah lama ibu ajar @ ibu yang kurang buat aktiviti ulang-sebut & ulang-tunjuk.

Fikri pulak...,
"abang, makan tangan kanan..."  dah kerap dah bagitahu dia tangan kiri tu untuk 'cebok' ber*k.. tapi fikri suka menjawab..
" ibu... abang dah cuci bersih-bersih dengan sabun, dah wangi.. abang cuci cuci ber*k dengan tangan kanan"

huhuuu.. so, apa daya lagi nak buat.. kadang2 gelihati jer dengor jawapan dia. At least Anis dia cuba juga untuk makan dengan tangan kanan.. walau pun kadang2 habis bersepah jadinya. Fikri, tak usah harap lah.. dia dah besor... dia buat mana yang dia selesa. So, nampaknya memang kena cari 'cikgu' lain untuk ajar @ biasakan dia makan dengan tangan kanan.

Aliya is not a problem.. sebab dia memang pro tangan kanan.

Ibu ade la surf godek sana-sini.. dan jumpa link ni.. Ini actually post yang dibuat oleh seorang ibu yang juga kidal.. nak tau.. check it out ya... Info : kelebihan si kidal

btw, ibu ni kadang2 terasa hati juga tau.. bila g kenduri @ majlis makan-makan ker.. ade le mulut2 yang bisa selamba jer cakap. "la kenapa tak ajar anak makan tangan kanan??!!".. tapi kalo di kawasan kejiranan ibu ni, Alhamdulillah, ramai makcik2 sini yang tak kesah, bahkan ramai yang cakap "dah dia kidal, dia biasa tangan kiri.. camana nak paksa makan tangan kanan"

but yet.. 1 jer la harapan ibu... walau depa hebat dengan tangan kidal.. tetap nak depa makan dengan tangan kanan.. sebab makan dengan tangan kanan kan sunnah. 



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 29, 2010

kotak sembangku ada di situ... dan jangan suka-suka klik-klik okay

Salam ceria



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Perkara 1..

Beberapa hari ni, ada kawan blogger yang tak nampak @ tak jumpa di mana ibu sorokkan kotak sembang kakyong[dot]com.

Kalo tak jumpa kotak sembang tu... tinggalkan lah pesanan di kotak komen.. Insya Allah, akan selalu ibu balas singgahan... ibu lebih suka orang datang sini & komen di kotak n3... 




Cuba tengok gambar di atas betul-betul.. nampak tak di mana ibu 'simpan' kotak sembang.... dah nampak kan.. (to those yang ade mengadu tak jumpa tu..) .. sila lah klik kotak pink tu... Insya Allah, anda akan jumpa 2 kotak jerit itu... sila lah tinggalkan pesanan seperti biasa.


Perkara 2

Pesanan untuk mereka yang suka klik2 nuff.... sila jangan buat di blog kakyong[dot]com.. dan jangan ade yang berani2 tinggalkan mesej di kotak sembang yang you dah klik nuff & request me to do the same... TOLONG YA.... JANGAN BUAT MACAM NI... 

Nuffnang tidak benarkan sama sekali aktiviti macam ni.. last few month ibu ade hantar email kepada beberapa orang rakan blogger supaya tidak terusan membuat aktiviti klik-klik ini. Sebab Nuffnang boleh detect ur IP dan kemungkinan besar ads nuffnang anda di banned @ dibekukan untuk sesuatu tempoh adalah sangat cerah. So, kalo tetiba ads nuff tak naik di blog kome tu.. mungkin antara sebabnya ads kome dibekukan ler... (ini andaian semata2... tapi jika anda memang ade buat xtvt klik2 nuff ni.. tolong le berenti yer...)

Jadi, kot iyer pun nak cari income melalui berblog... bior le tahu tatacara nyer.. the best is tolong UP kan trafik sesama kita... u visit i, i visit u.. bila UV tinggi... cerah masa depan untuk dapat BE.. selain tu rajin2 yer update blog dengan citer/n3/perkongsian yang menarik..

Sekian terima kasih dan sila ambil perhatian.. terutama pesana no.2














kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, September 28, 2010

Dah kemaruk ke rumah opah.. jalan kaki pun sanggup..

Salam ceria




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Anak-anak ber3 ni sejak dari minggu lepas.. kadang2 maktam, kadang atok, kadang maksu ainun yang datang jemput... selalu tu memang tak lama depa kat sana.. 1-2 jam jer... hari ni motor atoknya rosak.. maktam nyer pulak ade kuliah.. tapi gigih juga nak g rumah opah.. 



la ni fikri refer rumah opah nasi lemak as rumah opah kecik... hehehe.. bukan opah yang kecik.., tapi rumah opah yang kecik... so area yang anakpanah biru tu le.. rumah opahnasilemak.. 
opah yang di Ulu Kinta fikri akan refer as rumah opah besor.... huhuuu...


ni le yang dapat ibu crop... tadi dah jauh baru ibu teringat nak snap... kan main gigih lagi.. walhal dah jam 12 tengahari tu... mujur le cuaca ta terik sangat...

pukul 2.30 tadi en ayah amik anak ber3 ni... si Aliya masuk rumah jer terus melalak... nak nyontet lagi... tak nak balik rumah... amboi... dah sonok sangat berjalan, tak ingat ibu dah ke ni....

p/s :
Alhamdulillah, berdikit2 buat kerja rumah hari ni... basuh pinggan pun 2-3 round... ntah naper tangan ni masih ade sikit2 rasa kebas... petang ni pun masih pakai stokin.. pepagi tadi masa buang sampah jam 7.30 pagi, makcik jiran rumah besor tu tegur  ' tu kenapa yang macam orang baru lepas bersalin??!!' .... huhuuu, jiran ibu yang itu memang camtu... dah le suara besor... ibu cakap jer lah..' baru baik demam?' .. jiran sebelah rumah pun menegur.. ' yalah kak, macam orang dalam pantang...'  

cuma selera makan jer yang belum mari.. lidah nipun masih rasa kelat2... 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Demam sakit gigi

Salam bahagia buat semua


sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Semalam seharian ibu tak online... demam yang tak leh bangun nak buat apa... huhuuu... setelah sekian lama tak demam macam ni.. akhirnya tiba juga saat nya.... Alhamdulillah, jam 4.30 sebelum subuh tadi ibu dah boleh bangun, walaupun masih ade fenin-fenin.. cuma tak leh berdiri lama2.. tekak masih rasa tak sedap. Jam 5 pagi tadi ibu minum 1 cawan susu kambing suam.. itu jer yang lalu diterima tekak.

malam tadi langsung tak leh nak makan.. habis muntah semua.. terima kasih en ayah & anak2 sebab tolong jaga ibu.. Insya Allah, harapnya pasni ibu sehat. Selepas subuh tadi ibu dah mesin kain 1 round.. ade 1 bakul lagi yang belum selesai. Seharian ibu demam, lebih 24 jam.. haru biru keadaan rumah ni... adehhh..

Kesah bermula pada hari ahad 26 Sept 2010, pukul 11 pagi tu ibu pergi tampal gigi.. gigi geraham yg no 2 dari hujung ade sedikit lobang. (ibu sampai la xde geraham bongsu.. so jumlah gigi ibu bawah ade 14 jer ye).. Semasa ditampal, xde langsung rasa sakit.. tapi beberapa hari lepas memang ade sakit...

Beberapa jam selepas ditampal, sakit nya datang kan main lagi.. berdenyut2... dah le lupa nak minta ubat tahan sakit.. so en ayah petang tu dia gagah gak nak g mancing.. tapi sebelum pergi tu en ayah belikan panadol dan minyak cap kapak.. (semasa menaip ni tangan jadi kebas la plak..)  lepas telan 2 biji panadaol & sapu minyak cap kapak (sakit gigi ni mendesup hingga ke kepala..).. ibu pun rehat.. tertidur le... hampir 2 jam.. jam 4 petang terjaga.. tengok anis & aliya tengah main air kat bilik air... aduuhhh... habis sabun ketul & ubat gigi depa kerjakan... mujur le masa tu sakit gigi dah kurang...

Lepas maghrib, sakitnya datang lagi, berguling2 rasanya menahan sakit.. air mata jngan cakap la... dah makan pandaol pun sakit tak berkurang... sampai lah esok subuh (hari isnin).. dalam sakit tu gagah kan mandi.. lepas mandi terus menggigil.. terpaksalah cari sweater & stokin... telan 2 biji panadol terakhir.. tapi sampai jam 10 pagi.. ibu masih berguling2 menahan sakit.. cesss, ingatkan boleh la menahan sakit seperti biasa.. akhirnya ibu surrender... tapi dalam dok tahan sakit tu.. sempat juga uruskan anak2.. masak jer yang tak daya..

jam 11 pagi, call adik.. then maktam datang.. angkut semua budak 3 orang ke rumah opahnasilemak.. tak lama lepas tu, maksu Ainun datang, dia bawa ubat tahan sakit.. (makbonda yang punya).. hentam ajer lah.. ibu makan 1 biji.. ubatnya halus jer warna oren. Pastu tak lama maksu datang lagi, dia beli panadol actifast.. pun ibu makan 1 biji. Pastu ibu pun melayan kepala.. sedor2 terjaga masa azan zohor.. Alhamdulillah, sakit gigi dah hilang, sakit kepala pun takde. 

Masa tu gigih selesaikan urusan kat dapur.. selalunya jam 8 pagi dah settle semua.. ni hampir jam 1.30 ptg baru nak mula buat.. hanya mop lantai jer ibu tak buat...tetiba tangan jadi sejuk sangat..Pukul 2 petang atok antar balik budak 3 orang.. ibu hanya sempat masak nasi bubur jer.. Sebelum jam 3 petang tu, ibu dah kesemputan... badan rasa sangat2 letih.. sakit semua.. mujur le en ayah balik awal juga sebelum jam 3 dah sampai rumah. hingga jam 5 petang tu ibu terbaring jer.. sakit gigi datang mendesup berdenyut-denyut..

Senja tu, ibu diserang demam sejuk.. habis sejuk 1 badan.. menggigil2... tangan kaki jadi kebas.. dah wrapp dengan 2 conforter pun masih tak hilang rasa sejuk menggigil tu... en ayah sempat lari g pasar malam jap.. belikan nasi ayam untuk anak2.. dan en ayah beli stokin baru untuk ibu... huhhuu, sebab stokin yang ade tu dah basah. Alahmdulilllah, lepas en ayah sapu minyak panas.. kat kaki & tangan ibu.. baru le kurang sket sejuk menggigil.. tapi still sejuk.. ibu terbaring jer.. tak leh nak bangun.. bila bangun duduk pun kepala rasa macam lalok, tak stabil macam orang baru bersalin tu.. walhal ibu tak makan ubat apa pun... tapi memang satu badan sakit.. 

Jam 8 lebih tu en ayah soh makan sikit.. ibu yang masih tak daya nak berdiri ni gigih jugak la turun dari katil... sudahnya tak leh nak telan apa pun.. minum air masak sket.. pastu terus muntah segala isi perut.. dalam masih dok rasa menggigil tu, terpaksa juga masuk bilik air untuk bersihkan diri dan salin baju... sempat lagi lepas tu request en ayah, ibu nak minum air panas. Ingatkan en ayah buat kopi ker.. rupanya dia buat teh.. hmm, hentam jer lah, janji dapat minu air panas.. oleh kerana masa tu gigi masih sakit lagi.. ibu telan sebiji lagi ubat tahan sakit yang makbonda punya tu.. 

Jam 10 malam.. en ayah kerah anak2 masuk tidur... ibu pun tak daya nak buat apa.. layan jer lah badan.. Anis ade gak tolong picit2 kepala... ' ibu sakit ke bu??!!'  berkali2 lah dia dok tanya.. ibu angguk jer... aliya plak, sian kat dia sebab dari senja tu tak dapat peluang nak dok dekat2 dengan ibu.. nak nenen dia la, apa lagi... so malam tu dia melekap jer... ibu dah rasa kebah sikit.. cuma takde kudrat jer nak bangun dari katil. Tapi dalam kepala ni dah setting.. mesti boleh bangun.. mesti.. terjaga jam 1 pagi.. ibu gagahkan juga bangun dan berjalan sambil pegang dinding... sampai juga ke dapur.. minum air suam secawan.. masuk balik bilik... adeiii... betul2 rasa fenin @ terawang2... merangkak naik atas katil.. 

Alhamdulillah,, selepas subuh ni ibu dah rasa kebah sikit.. cuma tangan jer ade sedikit rasa kebas-kebas.. mandi pagi ni pun ibu masak air panas... takut plak kalo jadi menggigil2 lagi cam semalam.. 1-2 hari boleh la minta tolong kat adik-mak-ayah tolong tengok kan anak2.. kalo hari-hari... apa hal nya pulak..

sehingga n3 ini ditulis (sebelum jam 7 pagi), sakit gigi dah kurang.. tapi pipi memang masih bengkak.. tak tahu lah nanti datang pulak sakitnya... 

Insya Allah, jika ibu kuat & ade ruang masa nak ngadap lappy.. ibu akan BW.. terima kasih, walau semalam lebih 36 jam ibu tak on lappy.. tapi rekod UV nuff ade juga 80++ terima kasih ya... doakan lah semoga cepat ibu sihat & kuat macam selalu..








Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, September 26, 2010

Saper yang berjaya kejor nombor berTUAH 001010 di Kakyong's Shoppe

Salam ceria hari minggu



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Ibu ni berdebor-debor ni... berapa orang ler yang berjaya capture nombor bertuah Kakyong's shoppe... 

Ibu sengaja tak announce kat blog ni.. ibu hanya invite kawan-kawan blog semasa ibu blogwalking.. dan ibu ade letak notis kat bawah iklan di bawah header.



mungkin malam ni atau awal pagi esok kot, ada yang bakal capture nombor itu... pada masa n3 ni dipublish.. nombor yang sedang naik adalah 000957.

Ibu ni berdebor-debor bukannya apa... riso kalo ramey yang dapat capture.. sedangkan ibu sediakan max 2 orang jer... tapi kalo lebih tu.. huhuuu... kena tengok balik le depa ikut syarat ke tak.. kalo tak ikut syarat.. terpaksa lah reject & beri pada yang seterusnya..

Lagipun, kadang2 boleh jadi lebih daripada 3 orang yang dapat capture nombor bertuah ni.. contoh macam kes ibu yang tak menang hari tu kan..  begitu juga dengan kes si ~akulife~...  so untuk tidak mengecewakan, ibu sediakan hadiah untuk 2 orang pemenang.. kira baik hati lah jugakkan.... huhuuu.. 

Bagi yang baru tahu.. jemputlah sama2 kejor nombor bertuah.. dah nak hampir dah tu.... klik SINI




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

BILA IntanBerlian BUAT KONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!

Salam ceria hari ahad





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

sila klik banner untuk join yer... due 1 Okt 2010


Ibu nak menang hadiah dari India.. sebab tu le gigih join contest ni... cari punya cari.. at last ibu pilih gambor ini.. Aliya sedang disuap makan oleh opah nasilemak..



Aliya lately ni memang suka makan... kalo opah yang suap lagi le laju dia makan.. ni gambor masa beraya kat rumah makteh Ani.. sebelum tu dah makan 1 pinggan bihun.. abis makan, dia g main.. abis main, dia minta makan lagi.. kawan2 ibu - sedap tau mee goreng makteh ni... meh makan ramai-ramai....


Ibu PALING SUKA ENTRI INTANBERLIAN YANG  ini.... Bila imbau kenangan masa form 1 kena paksa duduk asrama!.... kenapa??!!

sebab kesah yang ditulis dalam n3 tu sungguh mencuit hati... buat kakyong teringat masa zaman dok asrama dulu... tapi kakyong dok asrama yang sekolah ade laki & perempuan.. seingat kakyong memang ade la kawan2 yang homesick masa bulan2 pertama dok asrama... tapi kesah yang diceritakan dalam n3 intanberlian tu memang sungguh mencuit hati, lucu dan ade sentimental value tersendiri .... hahaha... kalian kalo nak tahu.. sila klik link tu yer... gamaknya camno yer perasaan intanberlian bila kali pertama jejak kaki ke bumi India.. ade ke nangis sampai guling2... huhuuu,, ibu bergurau ajer.. pasni dah dewasa, sudah lebih matang.. 





nota buat puan penganjur :
banner contest sila jengah kat auto slide-menu di sidebar
[+/-] Banner Contest & Giveaway join



bloglist untuk penganjur & penaja contest
sila scroll kat bawah sekali yer...






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, September 25, 2010

CONTEST: LEBARAN SI MANJA

Salam ceria,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Lagi n3 contest...  terhad sungguh gambar anak-anak semasa hari raya yang lepas... nak buat camne.. ibu tak menang tangan, sampi tak sempat @ takde mood nak pegang kamera. btw, gigih juga nak join contest ni...

klik sini untuk maklumat lanjut.. due pada 5 Okt 2010


muka ALiya yang chomot.. huhuu.. baru selesai makan mee goreng..

nama : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
umur : 2 tahun 2 bulan
status :  anak kandung ibu
nama pengirim : kakyong HY

ibu kan sebenarnya teruja nak menang botol susu weego ni..

comel bangat botol susu ni.. di samping segala kebaikan yang ada...
Aliya memang masih lagi fully direct BF.. & aliya minum susu kambing via cawan jer.. 
kalo Aliya tak mau kak chor Anis leh guna... huhuuu.. bestnya berangan.. 
bukan apa, botol susu ni memang mahal... leh beli kain untuk ibu sepasang tau..



nota buat puan penganjur :
banner contest sila jengah kat auto slide-menu di sidebar
[+/-] Banner Contest & Giveaway join




bloglist untuk penganjur & penaja contest
sila scroll kat bawah sekali yer...





Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Aksi Aliya di Pelamin

Salam bahagia dan salam ceria..




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

INi adalah foto2 aksi Aliya yang sempat ibu snap... masa kenduri rumah bibik Nyah tu.. kami buat macam rumah sendiri.. hahaha, makan sampai tak hengat.. datang awal sebelum jam 11 pagi lagi.. apa jer yang ada di dapur semua nya ditelan... so bila pukul 11.30 pagi bila orang dah semakin ramai.. ibu dah kenyang.. so anak2 pun dah kenyang.. jadi senang le nak snap sana-sini.


muka comot... berminyak... apa lah ibu ni.. lupa nak touch-up

Aliya dengan makcik e-kin

Aliya dah mula seronok explore pelamin... cantik pelamin ni...

gaya tangan... asyik nak buat peace jer... nanti muka pulak tak nampak

gaya apa ni sampai terangkat kaki

pelamin ni 2 pasang tau... sebab pengantin pun 2 pasang....

ibu biarkan Aliya main jap.. kasi ruang dia nak explore.. tapi kejap jer... kang abis terbalik bekas bunga rampai tu... 

masa tengah snap yang ni, tetiba ade makcik (takkenal pun) ni datang.. macam nak kasi warning... ibu buat derk jer... eiii, takkan le ibu nak biorkan Aliya 'meranap' hiasan di pelamin tu... ish, tuan rumah pun tak  kesah... sibuk jer lah..


sekian n3 bergambar.. nanti ibu update gambor pelamin dengan pengantin..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 24, 2010

2 BE baru kakyong[dot]com

Salam bahagia dan salam ceria,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Terima kasih NUffnang sebab beri blog kakyong[dot]com 2 lagi BE baru... tapi tu ler.. dapat BE di section ads below n3 (LR -large rectangular).. ibu kena belajor @ cari ilmu ler camno nak buat supaya iklan di sidebar (SS) dan header (LB) berfungsi sepenuhnya....


hari tu tingin nak join contest vaseline nuff.. tapi ibu xde @ tak pernah guna vaseline. jadi idea pun tak mari... 

dan 1st time dapat BE kat leaderboard.. itu pun selepas ibu ubah kedudukan ads ke bawah  header.. sebelum ni dok kat atas header, jarang benor iklan kuor

BE yang sedang ON sekarang.. cuma untuk blog Tanda Kasih, ibu jarang tarik trafik ke situ.. agaknya pasni kena usaha BW untuk Tanda kasih juga... huhuuu... bukannyer apa, x de masa nak BW... tapi percayalah.. earning BE yang ada pun kecik jer... x pernah cecah RM30 pun... takat RM5 tu biasa ler... huhuuu...  

Kalo tengok total earning, memang dah boleh cash-out.. tapi nak tunggu sampai hujung tahun le.. at least boleh servis untuk renew domain dan juga cover sket bil streamyx... beberapa bulan ni ibu service bil streamyx dengan hasil jualan Kakyong's shoppe... pasni harus gigih cari duit poket.... :)  

Apa pun terima kasih Nuffnang.. dapat juga menjana sedikit pendapatan hasil berblog. Ibu tetap akan setia dengan Nuff.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Bila takde mood nak posing

Salam bahagia dan salam ceria



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


hari Ahad lepas, sebelum ke majlis kenduri kahwin anak bibik Nyah (bibik Nyah ni mak sedara en ayah.. side suami jowo jadi kami panggil paman & bibik untuk bapa & mak sedara) yang gilang-gemilang, ibu konon2 nak buat reshoot raya... sebab hari tu ibu pakaikan anak2 dengan baju raya 1st Syawal. tapi 1/2 hari tu mood fikri memang hancus... layan jer la foto ni yer...


tengok lah.. tak nak tengok kamera.. Anis & Aliya, okay jer...

tengok lah muka si Fikri, langsung tak senada dengan Anis & Aliya.. Aliya is always the best la.. mesra kamera..

monyok jer mukanya.. ntah apa yang tak kena

ni kat rumah kenduri, makcik nya kan main beriya nak pose.. tapi si Fikri ni buat mula lentok plak... huhuu
note :
terpaksa kasi makcik pakai spesel spek.. hheeehhhee.. x dpt approval utk masuk blog.. so tutup mata, x de le orang kenal kot... hihiiihii.. kalo kenal pun mungkin si puteri



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, September 23, 2010

Koleksi kad raya - Syawal 1431H/2010 - part 6

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..





kad ni dapat masa BW... hehe... simply black n white... 
dari blog annisyiba


dari Luna


dari Fiza







Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

20 perkara anda perlu tahu tentang kakyong...

Salam ceria dan salam bahagia





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni sesi taaruf untuk ibu @ kakyong...  hehehe.. kononnya le ta'aruf.. yer le mungkin beberapa fakta ni dapat membantu mereka yang baru @ belum kenal tentang kakyong.



  1. Dulu kerjaya saya adalah Akauntan.. saya akauntan bertauliah yang masih (sehingga kini masih membayar yuran) berdaftar dengan MIA (Malaysian Institute of Accountant)... aiseh, sesi jul2010/jun2011 belum bayor lagi ler... 
  2. Pernah menjadi SAHM (betul2 suri rumah) selama 6 bulan , dari Julai 2006 hingga Dec 2006.. sebab company bangkrup... huhuuuu... letih den koje siang malam... akhirnya tumbang juga syarikat itu...
  3. Pada awal tahun 2007, di ajak joinventure membuka perniagaan konsultansi dan perakauanan... saya suka.. suka bangat... saya sibuk sana sini.. tapi sebab business sendiri, tiada tekanan sangat.. cuma nak memuaskan hati klien dan masa untuk melatih staff... 
  4. Saya berhenti berniaga pada May 2008 dan telah sepenuh masa duduk di rumah  masa tu tengah sarat mengandungkan Aliya.. sebab saya tak mampu nak handle sorang2 (partner saya buka opis di KL).. lagi pulak ade beberapa isu dengan partner.. maka saya menjadi WAHM (working-at-home-mommy) dari May 2008 hingga Nov 2008.
  5. Sangat mudah menguruskan masa saat itu, sebab Aliya masih baby.. terbaring jer.. Anis pulak baru nak belajar berjalan (baru 1 tahun).. dan Fikri pulak ayahnya bawa ke rumah opahsantan setiap pagi.. petang baru balik... 
  6. Dec 2008 saya menjadi SAHM semula... adeiii, koje saya banyak mengadap anak2 (Fikri dah tak diantor ke rumah opahsantan) & urusan rumahtangga... ade la job akaun.. tapi kecik bebenor.. dan saya stop amik job, bila masa saya jadi tak terurus dan anak2 mula koyakkan dokumen klien... huhuuuu.... 
  7. Jan 2009.. saya mula berjinak2 dengan dunia blog.. tapi baru bertatih la... 
  8. Saya suka join contest & giveaway blog.. sejak tahun lepas lagi... Alhamdulillah, ade la yang menang.. banyak juga le hadiah yang pernah dapat hasil dari contest dan giveaway.
  9. Tapi saya tak berapa reti nak join contest @ GA yang kena ade slogan... sebabnya saya ni memang susah @ memang tak reti le bab2 nak reka slogan... huhuu... idea tak kreatip..
  10. Saya ni suka menggodek @ belajar sendiri.. pasal blog, html, IT dsb yang berkaitan dengan internet dan dunia tanpa sempadan ni... walau takde asas IT yang hebat, tapi saya belasah jer...
  11. Masa kerja dulu.. saya selalu diberi kerja/assignment yang renyah dan perlu kepada penilitian fakta/details.. saya suka koje camtu.. mengira dan segala maknenek statistik... sebab i just love number...
  12. Saya telah memberi khidmat bakti kepada 3 syarikat (majikan) dalam tempoh 10 tahun bekerja (dari May 1996 hingga Jun 2006). Saya pekerja yang setia tau... hahaaa.... tekan butang naik lift sendiri...
  13. Semasa menjadi bos.. saya adalah seorang yang cerewet.. judgement saya selalunya betul... saya selalu biarkan staff mencabar saya.. sebab saya suka tengok prestasi orang yang mencabar saya.. sebabnya bila staff cabar saya.. cabaran itu akan terletak pada staff untuk merealisasikannya... dan saya memang suka kerja saya membuat penilaian staff pada setiap bulan... 
  14. walaupun saya cerewet., tapi saya beri kebebasan pada staff.. you all nak tunggang-terbalik ke masa opis hour.. itu u all punya pasal, tapi kalo u all fail deadline saya.. penilaian untuk bulan itu adalah 'merah'... saya beri rule, saya beri kebebasan, u decide apa u nak buat... 
  15. Sepanjang 6 tahun saya bekerja sebagai Akauntan.. meja saya tak pernah bersih dan kemas.. sentiasa menimbun dengan macam2 kertas.... laporan, kerja staff yang perlu disemak, dokumen bank dan macam2... 
  16. Sekarang ni, setelah 2 tahun lebih di rumah.. rumah saya juga tidak pernah kemas.. baru jer sapu lantai, dah ade sampah lain.. baru jer kemas, dah sepah balik dengan mainan anak2.., baru jer mop lantai, dah ade lagi yang tumpah, baru jer semalam basuh baju, hari ni dah menimbun balik... baru jer pagi tadi basuh pinggan mangkuk, tengahari ni sinki penuh lagi... adehhhh.... that's life kan...
  17. saya tak pandai buat kek... Fail sungguh bab2 baking ni... uwaaa... saya memang kena masuk kelas belajar membuat kek dengan Ummi Noor
  18. Sekarang ni, rutin harian saya adalah sangat penuh.. anda ingat saya ngadap blog jer ke... saya ubah xtvt harian setiap hari.. saya susun aktiviti : menjahit, memotong kain, urus barang untuk kakyong's shoppe, blogwalking utk blog, BW untuk promo kakyong's shoppe, mencari bahan tutorial jahitan, ajar anak2 belajar, bermain dengan anak-anak dan list goes on... tu tak termasuk xtvt kerja rumah.. jadi kalo saya tak jawab komen di blog tu, bermakna saya memang tak online... 
  19. Saya suka hargai kawan2 blog yang rajin beramah-mesra di kakyong[dot]com.. sebab itu saya selalu buat GA untuk kawan blog & follower... 
  20. Saya adalah seorang yg bekerja ikut mood... jadi bila mood saya malas.. maka saya bermalas-malasan dengan anak2 layan tengok kartun... tapi selalunya saya tak leh nak bermalasan.. ade jer yang nak di buat.

sekian... ini semua fakta ya... 

kakyong dah selesai menjawab tag ... 

ni foto terbaru.. cik J telah hinggap di muka saya...



kakyong tak tau nak tag sesapa.. sesiapa yang sudi buat, sila lah yer...


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Suasana pagi.. 23 Sept 2010

Salam bahagia dan salam ceria




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Malam tadi hujan lebat di kawasan kami.. mungkin semua area di Ipoh hujan lebat..

Pagi ni..

jam 7.30 pagi.. si fikri dah start main besskal dia... mandi belum lagi tu

tengok langit.. mendung.. macam nak hujan lagi... adehhh.. tolong lah cerah.. sebab ade 1 batch CD (cloth diapers) belum jemur lagi..

sejam kemudian.. jam 8.45 pagi.. Alhamdulillah.. cerah bersinar terang benderang...

bagaimana cuaca di tempat kalian... yang ibu2 SAHM/WAHM.. bagaimana anda hari ni?
meh segerakan selesai kerja2 rumah.. pastu kita merempit BW.. 
ooppsss... anak2 dah breakfast??!! Hari ni ibu order nasi lemak dan karipap daripada makbonda (opah nasi lemak).. 



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .