Friday, December 24, 2010

Home » , , » Adakah jadi bos tu mengarah ajer kojer nyer… !!

Adakah jadi bos tu mengarah ajer kojer nyer… !!

Salam bahagia,


Ada semua bos..??!! belum lagi… tapi mungkin akan jadi bos juger kan.. Insya Allah, rezeki kenaikan pangkat pasti ada… walau tak jadi bos besor, bos kecik pun tetap bos.. supervisor @ penyelia juga dalam katergori bos. Selagi anda ada anak buah @ orang bawahan, maka anda adalah bos.


Meh tengok adakah anda bos yang hanya pandai mengarah atau bos yang serba-serbi boleh dan ade skil macam ni :


facilitator_cartoon



1. Pemudah-cara @ fasilitator



Anda suka jika sesuatu kerja/projek dapat disiapkan mengikut jadual dan suka anak2 buah anda bekerja dalam keadaan aman damai. Maka anda suka berkongsi segala tips dengan harapan kerja dapat dibuat dengan cekap.


pengalaman ibu : kalo nampak staff yg buat koje sampai pegang kepala @ ampu kepala sambil membelek dokumen seperti memandang kertas kosong.. ibu akan panggil dan terus tanya apa masalah dia. sedaya mungkin cuba untuk memberi kefahaman kepada staff. Sebab kalo dia faham, cepat kerja siap.. ibu juga yang akan senang @ dapat manafaat. Boleh cepat2 disemak & siapkan laporan untuk bos besor pulak. Winking smile



boss_pointing_finger


2. Sifu yang suka berkongsi


Sebagai seorang bos anda memang kaya dengan pelbagai pengalaman dan skil. Maka anda tidak akan segan silu untuk berkongsi dengan anak buah @ kakitangan bawahan (staff) anda. Dan anda akan selalu menggalakkan staff anda supaya sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baru. Dan anda akan selalu menawarkan diri anda untuk menjadi tempat rujukan sekiranya staff anda menghadapi masalah @ kurang faham dengan sesuatu skill @ ilmu baru. Thumbs up 


pengalaman ibu : ibu memang suka share apa yang ibu tahu dengan staff.. supaya staff turut berkembang (tidak lah selepas setahun, masih ditakuk lama) & berpotensi untuk kenaikan pangkat & kenaikan gaji. Paling suka menggalakkan staff melanjutkan pelajaran. Ada staff ibu yang masuk sebagai kerani akaun (masa umur 18 tahun), akhirnya dia sambung amik program CAT (Certified Accounting Technician). Kalian boleh refer tentang CAT ni di SINI


teacher-boy-copyright5


3. Tidak malu belajar


Anda suka meng’ekplorasi’ skil @ ilmu baru. Jika anda dapati ada staff anda yang mahir dalam sesuatu bidang, contoh anda tidak begitu fasih menggunakan Ms Excel, tahap anda hanya immediate jer & dapati staff anda sudah tahap ‘advance’. Maka anda berdikit2 belajar dengan staff tersebut beberapa tips dan teknik. Anda sedikit pun tidak merasa malu walaupun belajar daripada staff kerana pada anda, belajar itu tiada penghujung nya. Thumbs up


pengalaman ibu : banyak yang ibu dah belajar dari staff terutama menajamkan lagi skill mengguna software Ms Office (macam ade kan, powerpoint, access, excel, words, dll). Dan sangat membantu ibu dalam menyiapkan kerja dalam penyediaan laporan dan presentation.. selain tu belajor juga sikit2 hal IT dan komputer. Terima kasih staff saya terutamanya Vinna.. u memang rock, rajin melayan bos yang lambat catch-up ni.




makan-sedap


4. Suka belanja staff makan


Kalau dalam sebulan anda tak belanja staff anda apa2.. anda pasti akan rasa tak sedap hati. Kadang2 anda akan tapau makanan dari rumah.. ada masanya anda akan jemput staff anda menjamu selera di rumah. Anda seronok bila staff anda melicinkan setiap yang anda hidangkan dengan penuh selera. Satu kepuasan bila dapat melakukannya. Thumbs up 


pengalaman ibu : heheh.. ini jangan dibuat @ dicontohi… Winking smile boleh kata setiap petang @ selang 1 hari.. ibu akan suruh staff g beli goreng pisang or cucur udang & kami pun berkenduri dalam opis.. selalunya bila bos besor takde la…. Smile with tongue out  Kalo ade tu memang kantoi, tapi bos pun sporting juga, bila staff kata cik habibah belanja.. bos pun tumpang sekaki. Thumbs up 


Ada banyak point lagi sebenarnya.. kome camana? ade ciri2 ni… kalo ade, kome memang sah boleh jadi BOS…

meh tengok poin akhir ni :

5. Mengelat koje vs buat koje

Kalo itu koje kamu sebagai bos, maka sila laksanakan okay. Jika kamu yang kena attend meeting, sila attend yer. Kalo kamu kena bentang @ present report.. sila present dengan penuh confident okay..
Kalo kamu suka agih2kan koje2 ni suruh staff yang buat, meeting pun suruh staff, report pun staff buat.. presentation pun staff juga buat… kome memang suka mengelat kerja… kalo kamu ade ciri2 macam ni, kamu memang tak layak jadi bos…


Ibu terdetik nak buat n3 macam ni bila terbaca n3 pasal sikap seorang bos ni, dari blog Kak Erna.. maaf yer kak, saya kongsikan link nya di sini.. sila klik kalo nak tahu citernya… >>> bantu ringankan beban perasaan



nota : semua pic hasil google..


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .