Semalam petang BW ke blog cikgu isza.. cikgu isza ni memang dah sarat menanti hari nak bersalin. ibu sempat la skodeng n3 cikgu isza yang bertajuk Wad 1 vs Wad 2 - Ada beza ke?
Ibu tak pernah dok wad bersalin kelas 1, walaupun pernah bersalin di GH. Hari air ketuban pecah pada 25 Februari 2006, sebaik mendaftar dan dibuat ujian CTG (cardiotocography), ibu kemudiannya di masukkan ke wad kelas 3. Layanan punya lah kasar.. dan kebanyakan ibu-ibu yang berada di wad kelas 3 adalah ibu2 yang datang dari kampung, mainly suri rumah, yang sangat2 penyabar, dan tidak langsung merungut dengan layanan misi2 yang bermulut laser.
Ibu sebenarnya tak kesah berkongsi bilik dengan ramai.. bilik wad tu bersesak dengan 4-5 katil, bilik pulak sempit.. sungguh.. jika keluarga bertandang.. memang tiada langsung privacy. katil pun rapat2..
Ibu request tukor ke wad 2.. dari jam 11 pagi mintak tukor.. hampir malam baru dapat/selesai.. itu pun kena tanya 4-5 kali kat kaunter.. misi2 ni sebuk bersembang dari menyiapkan kerja (masa itu la.. Feb 2006). Ohya, ibu kena bayar RM400 sebagai deposit, kalo nak ke wad 1 kena bayar RM800 sebagai deposit.
jika tengok dari jadual yang ibu dapat dari SINI.. deposit sepatutnya RM350, tak tau la kenapa masa tu ibu kena bayar RM400. Bukan tak bertanya, tapi jawapan depa dok sebut RM400 jer..
Ibu stay di wad dari 25 Februari 2006 sehinggalah 1 Mar 2006, kos semua sekali almost RM400 la (5 hari… lama tau, sampai macam2 kes ibu nampak sepanjang dok wad). Ada 1 kes ni budak umur dalam 18 tahun macam tu.. masa dihantar ke wad 3, dia dok cakap pada kak di sebalah yang dia rasa macam nak bersalin.. terasa baby nak keluor. Tapi misi dok marah2, at last kakak yang sama sarat2 ni.. berkejor panggil misi sebab dah nampak kepala budak… kelam kabut suasana.. sebelum tu doktor & misi dok marah2, belum masa nak bersalin lagi.. sebab budak tu baru 7 bulan.. kalo misi lambat memang kak sebelah (yang juga sarat) jadi bidan terjun..
Ada satu kes lagi.. kak ni datang dari Parit.. sempoi je kak ni.. baby dia, 4 orang dah mati dalam perut… Ya Allah… kecut ibu dengor.. dah le kali pertama nak bersalin, dengor plak pengalaman macam ni. Tapi kan, kak tu punyalah tenang.. dia kata kalo anak yang ni pun menerima nasib yang sama, dia redho. Pregnant kali ni dia memang terus direfer ke Hospital Ipoh. Ibu pun tak tau apa nasib kak tu, sebab lepas ibu bersalin tu tak jumpa dah kak tu.. dok tanya2 depa kata kak tu dah balik Parit, doktor suruh datang minggu depan. Ni 2-2 kes yang dok wad kelas 3.
Pengalaman ibu dok kelas 2.. Alhamdulillah, misi boleh tahan la.. ikut shif depa kerja.. ada masa dapat yang baik.. ada masa dapat yang mulut laser. Tapi yang best, ade kelas mengajar cara nak susukan baby. Misi ni memang senior la.. sangat2 supportive.. siap ajor lagi cara nak pegang, cara nak picit dsb… 1st time kan masa tu, segala2nya kekok.
hari ibu bersalin, 27 Feb 2006, actually ibu sakit hati juga.. sebab doktor yang pakar kata lepas 24 jam mesti bersalin, maknanya 26 Feb lah kan.. tapi doktor yang kecik sikit (bukan saiz doktor tu kecik, ni kira pangkat doktor biasa la) kata takper.. boleh tunggu sampai 48 jam.. hangin jer tau, sebab air ketuban dah mengering.. malam 26 Feb tu, pad yang ibu guna dah bertukor jadi kuning2.. jika jernih bermakna masih selamat.. subuh 27 Feb, pad dah jadi warna hijo.. Misi dah kelam kabut.. pagi2 jam 7.45 pagi ibu dah bersiap.. ade 4 orang sama2 dengan ibu dijadualkan untuk pagi tu.. semua induce..
Citer di labor room… hmmm.. ibu rasa macam dah penah citer.. tapi tak jumpa plak link. so ibu skip la citer tu kat sini. btw, fikri lahir memang dah biru la.. jadi 1 hari ditempatkan di NICU selama 24 jam untuk pemantauan. Ibu dipindahkan ke wad 2 jam 6 petang. Jam 7.30 malam, suami pun dah balik.. so sendiri2 le jaga diri sendiri.. darah di pad memang dah banyak atas lapik tilam. Datang sorang jururawat muda (memang muda) dia marah, kenapa tak salin pad. Selamba jer dia suruh turun katil dan salin pad. Rasa nak nangis pun ade, macam budak2 dibuatnya kita.. Dah la katil tu tinggi.. tinggi gila, kalo tak letak kerusi memang susah nak turun… mujur lah dah pesan pada en ayah supaya letakkan kerusi supaya senang nak turun. Patutnya katil di wad ibu bersalin sepatutnya rendah dan memudahkan ibu yang nak bersalin dan yang sudah bersalin.
Pukul 8 malam, rasa tak selesa sangat, cuba lah turun.. lepas turun dari katil, dok kat kerusi dulu.. terasa dunia berpusing2.. cuba gagahkan diri berpaut pada katil & dinding.. terus pitam.. mujur kawan katil sebelah cepat datang dan tolong.. dia plak baru masuk & tunggu saat nak bersalin. Dia tolong sapu minyak cap kapak..
Kebetulan datang pula Misi yang lain.. dia cakap., ‘eh.. kenapa turun katil.. tak boleh lagi ni.. tunggu lagi 2-3 jam.. dah2, naik balik.. rehat jer.. bior jer darah kuor, lapik ada.. nanti tengah malam kita ganti lain’ Tak lama Misi tu datang, bawa sepersalinan uniform pink baru untuk ibu.
Ibu pun terus sambung rehat & tidur.. terjaga jam 12 tengahmalam. Baru la rasa segor, bangun buat milo panas.. dan pelan2 jalan ke toilet.. toilet tak le jauh, tapi 20 langkah le jugak.. 20 langkah untuk ibu yang baru bersalin bagai berbatu2 juga jauhnya. Kebetulan ade pulak Misi lalu, Misi tu siap teman & tunggu kat luor toilet.. dia riso ibu pitam dalam toilet, sebab ibu baru melepasi 6 jam pertama kan. Alhamdulillah, rezeki ibu lah kan dapat misi baik camtu. Btw, ibu kata kat misi tak payah tunggu, sebab ibu nak mandi (mujur bilik mandi tu ade heater).. tapi 5 minit lepas tu dia datang lagi check.. kan dah kata, ibu memang bertuah.
Kat wad tu ade time2 tertentu ada staff (selalunya staff senior, dah pangkat makcik2) akan antor air panas.. kadang2 makcik2 ni akan tolong amikkan bekas/termos dan isikan air panas.. Kalo Misi mulut laser nampak, Misi ni akan marah pesakit, selamba je dia cakap.. “dah nak beranak tu bawa2 lah berjalan, jangan malas asyik nak baring jer…” huhuuu… bisa beracun sungguh…
ohya, cikgu isza ade mentioned baby tidak dimandikan untuk di wad 2.. tapi masa hari ke 2, baby dah dihantar/dipulangkan pada ibu jam 6 petang. Malam tu ibu lap2 sikit2 jer si baby, sebab keadaan baby masa tu memang bersih.. esok pagi Misi yang mandikan, jam 8 pagi Misi dah start ambil baby untuk dimandikan..
rujukan gambar dari sini, wad bersalin di bangunan lama.. wad PICU di bangunan ini
Banyak la juga kenangan pahit manis bersalin di GH, maklum lah dok situ 5 hari kan.
Antara yang tak best, selepas bersalin, hari2 doktor nak check VE.. harap2 tau lah apa menda ni kan… bayangkan 2 hari dok situ selepas bersalin, 2-2 hari kena check… gila ke doktor ni macam xde koje lain.. dah lah tu, korek macam apa jer… walhal di swasta, once doktor dah jahit, dah bersihkan.. the next day kalo belum balik.. misi cuma pastikan kita bersihkan dengan air garam setiap kali tukor pad. Takde nya sibuk2 nak ‘intai2’ lagi dah. Pengalaman kalian camana, yang bersalin di GH le.. ?!
Ibu bersalin kali ke 2 & 3 di PRI Ar-Ridzuan? Mahal? Mahal sikit jer kalo bersalin wad kelas 1 GH, lebih kurang RM1,200++. Masa tu ibu bekerja dan mampu. Jika bersalin di wad 1 GH kos dalam RM800 gitu.. tapi tak boleh pilih doktor.
Sebab memilih PRI? Nak doktor perempuan Islam yang menyambut anak, siap dengan bacaan Bismillah & laungan takbir Allahu Akbar. Anis & Aliya sejak dari dalam perut lagi dah di’layan’ oleh doktor/gynea yang sama. Layanan dari nurse/misi di PRI memang baik dan mesra.. misi di situ nampak lebih santai.. sebab ade 4-5 jer wad/bilik untuk ibu bersalin (single bedded), jadi setiap masa max depa hanya ade 5 pesakit jer.
Yang belum kahwin dan juga yang bakal menjadi ibu, sakit bersalin setiap orang tak sama tau.. ade yang langsung tak rasa sakit.. ade yang menanggung sakit berhari2 sebelum/selepas bersalin. Jadi, masuk wad 1,2 @ 3.. tidak akan menyebabkan sakit bersalin berkurang @ bertambah… CUMA… jika u dilayan dengan sedikit kasar, mungkin jiwa lah yang akan sakit.. sakit di jiwa lebih meninggalkan kesan daripada sakit dijahit luka episiotomi.
Rule of thumb : jangan kuat merungut dan komplen.. tak kira nak bersalin diswasta @ GH.. ibu2 yang nak bersalin ni kena banyak bersabar & selawat banyak2.. Insya Allah, Allah permudahkan.
salam kasih sayang buat semua
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!