N3 ini banyak gambor yer.. harap bersabar
Malam minggu lepas kami memang tiada di rumah, bermalam di rumah opahsantan di Ulu Kinta. Sejuk kat situ kome, tapi anak2 nyadin jer tidur tak berbaju, ibunya jer yang tidur ala2 dok dalam bilik beraircond.. siap membalut diri dengan comforter..
Bukan kami ajer yang bermalam situ.. ramai kome… mujur le rumah pahcik (panggilan cucu2 pada opah santan@wanchik) ni besor. bilik ade 5.. tapi bilik yang buleh guna 3 jer, 1 bilik dah jadi bilik pengantin.. maka 3-3 bilik fullhouse. Yang bujang2 tidur di hall. Macam2 ragam ada, almaklumlah budak2 kecik umur dari baby sampai 6 tahun ade dalam 10-11 orang kot…
Anis & Aliya posing2 di pelamin comel ala2 English..
Baju disponsor oleh makcik yang bertunang.. konon2 pink ala English la.. yang lelaki 1 sut baju melayu warna pink…
Maksu Ainun kata Fikri nampak jambu pakai baju melayu warna pink..
Ni antara anak2 sedara.. susah nak kumpul deme ni untuk snap gambor ramai-ramai.. memang sampai habis majlis tak de snap gambor deme ramai2.. bukan apa cuma nak dapatkan foto deme sedondon ni..
Majlis dimulakan dengan marhaban untuk majlis berendoi @ naik buai @ cukur jambul untuk Rayyan Darwisi.
Buahtangan untuk jemputan… comel kotaknya… ibu lupa nak snap isi dalam.. tapi berupa wangian dari bunga2 kering…
Fikri dan abang Haris.. abang haris selalu je pose menten hensem.. fikri jer yang selalu muka tak siap….
Akhirnya pengsan… koje nyer dari pagi dok main, berlari serata ceruk.. memula dengan Aliff, tengahri masa si Alif ‘pengsan’, dia main dengan abang haris pulak… dah abang haris balik.. dah takde kawan.. perut dah kenyang, sibuk ajak balik rumah.. sudahnya dia yang ketiduran.. Anis & Aliya menten tak tidur @ rehat langsung.. tapi masuk jer kereta 2-2 terus pengsan..
Alhamdulillah, majlis meriah.. jemputan pun ramai.. makanan pun sedap belaka. Ibu perasan ramai yang ratah ayam & daging kambing jer… tak per, lauk banyak.. makan le selagi mau..
Ni ibu makan dengan Anis.. lamb-rib tu habis Anis kerjakan, sampai tinggal tulang jer.. ayam dan air asam dan kerabu tu ibu yang habiskan.
Ada lagi lauk lain, nangka masak lemak (ibu tak makan… takut angin, langsung tak eh buat koje nanti), kurma daging, ulam jantung pisang, ayam dan cecah air asam, kerabu daun selom dan togeh.
PakLang E sekeluarga pun datang sekali dengan Makbonda@ opah nasi lemak. Tengok deme makan.. penuh pinggan masing2.. makan sampai licin… Mak Ngah Miela sekeluarga yang tak sampai2… ibu dah pesan pada paklang E, jemput deme sama….
Insya Allah, majlis seterusnya ditetapkan pada bulan May 2011. Baik2 lah yer sepanjang tempoh bertunang ni. Ibu doakan semoga berkekalan..
p/s
actually ibu tak buat apa sangat eg tak tolong memasak pun.. sebab ade beberapa lauk Bibik Yah yang sponsor. Urusan kambing dari sembelih, melapah dan memasak upah wak suparman, nasi pun wak suparman sponsor. Ibu cuma tolong kemas2 di dapur jer.. amik tender basuh pinggan.. bukan basuh pinggan kenduri, tapi untuk yang makan kat dalam rumah jer… kemas2 dapur pun ON & Off.. mujur le shift dengan mama Rayyan.
rindu dengan blog.. lebih 24 jam tak online... huhuuu.... ni n3 live sebab pagi2 ni baru menaip.. malam tadi memang dah tak leh buat apa dah...
salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!